Tarif AS: Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Ekonomi – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan khas menerusi Facebook pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi buat masa ini walaupun Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif balas.

Tegas Perdana Menteri, ekonomi negara kekal berdaya tahan selepas pentadbiran Donald Trump mengenakan tarif berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif balas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan khas menerusi Facebook pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari sudut ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus perlu disemak semula.

Bagaimanapun, buat masa ini, saya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,” katanya dalam video yang menyentuh mengenai tarif AS itu disiarkan di Facebook hari ini.

Anwar berkata, asas makroekonomi negara kekal kukuh dan menjelaskan asas makroekonomi positif Malaysia disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, pelaburan domestik yang mantap, hasil pelancongan yang baik dan pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.





No comments: