RASANYA ZAMAN MADANI NI HEBAT DENGAN MERAIKAN KULIAH PARA ULAMA JEMPUTAN- NAK PINGGIR MACAMANA? RUU355 PUN ENTAH KEMANA, HUDUD JAUH JAUH JA DENGAR....




 Pas seru hapuskan perjuangan yang mahu pinggirkan Islam

Pas mendakwa terdapat “perjuangan yang mahu meminggirkan Islam mutakhir ini” yang merupakan suatu bentuk pengkhianatan yang dibawa oleh beberapa buah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)”.


Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan tersebut hendaklah “ditentang dan dihapuskan kerana boleh merosakkan negara dan hubungan masyarakat kini yang berada dalam keadaan baik”.



“Tindakan melampau tidak mengenang budi umat Islam terhadap mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar.


“Usaha untuk meminggirkan Islam, melemahkan kedudukannya, bahkan juga mahu memurtadkannya merupakan perancangan penjajah yang telah dilaksanakan ketika kekuasaannya dahulu.


“Maka, kumpulan yang meneruskan perancangan penjajah itu ialah makhluk perosak yang wajib diharamkan, kecuali bukan Islam yang tidak ekstrem maka mereka tetap dihormati dan dipelihara,” tegas Abdul Hadi menerusi Minda Presiden hari ini.


Dalam artikel panjang ketika umat Islam seminggu meraikan Syawal itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, musuh Islam menggunakan pelbagai saluran dalam memperjuangkan ideologi mereka.


“Adanya makhluk perosak yang merancang dan memperjuangkan berbagai-bagai ideologi dan pendekatan merupakan musuh Islam yang terus menerus berjuang menentang Islam serta umatnya secara terbuka, malah berterusan melalui pelbagai pendekatan politik, ekonomi dan media,” dakwanya.


Menerusi artikel bertajuk,”Perkukuhkan kuasa Islam di Malaysia untuk selamatkan negara”, Abdul Hadi turut menyenaraikan “usaha melemahkan umat Islam”.


Jelasnya, usaha tersebut sama ada melalui cara menegakkan syiar yang melampau seperti mendirikan rumah ibadat tanpa sempadan yang menyalahi undang-undang dan adab menjaga hubungan, mahupun langkah berpolitik untuk merampas kuasa politik.



No comments: