ADUN SEMANTAN BERAYA BERSAMA MASYARAKAT


YB Syed Hamid Syed Mohamad,ADUN Kuala Semantan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa di pejabat PAS Temerloh siang tadi.




TEMERLOH-Siang tadi bertempat di Pejabat PAS Temerloh, ADUN Semantan YB Syed Hamid bersama ribuan penduduk sekitar Temerloh telah mengadakan hari raya terbuka berhadapan Pejabat PAS temerloh.Majlis yang bermula pada jam 10.0 pagi tadi dan berakhir jam 3.00 petang di hadiri oleh berbagai lapisan masyarakat baik kaum India dan juga kaum Tionghua yang turut serta merayakan majlis hari raya peringkat Temerloh.

Dalam ucapan ringkas beliau , YB Syed Hamid mengucapkan jutaan terima kasih dengan kehadiran ramai penyokong mahu pun bukan penyokong parti PAS, malah mengalu-ngalukan ribuan hadirin dari kawasan sekitar.Tanpa bas, kehadiran artis dan juga duit... penyokong pakatan tetap hadir bagi menyambut dan sebagai tanda sokongan kepada pemimpin dan ini yang tidak ada kepada penyokong Umno

Nasib Pemandu Teksi Selangor, Kuala Lumpur Bakal Terbela



KLANG 10 SEPT: Keperitan hidup yang dialami pemandu-pemandu teksi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terbeban sejak sekian lama akibat eksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bakal menemui titik noktah apabila Pakatan Rakyat akan membawakan suara mereka ke parlimen bulan hadapan.

Lanjutan daripada Forum Teksi Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur yang diadakan pada penghujung Julai lalu di Dewan Sivik MBPJ, hari ini mereka berkumpul dengan penuh semangat untuk memperjuang kebajikan mereka.

Menurut Exco Selangor, Ronnie Liu, parlimen adalah medium paling tepat untuk pemandu-pemandu teksi menyuarakan kegusaran dan segala masalah yang dihadapi mereka selama ini.

"Saya bercadang agar persatuan pemandu teksi di bawah penasihat dan pengerusinya untuk membuat satu memorandum lengkap dengan 10 resolusi ke parlimen agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh membawa suara anda ke palimen,"kata Ronnie.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur di Berkeley Corner Restaurant, Klang hari ini.

Forum Teksi Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur yang diadakan pada 31 Julai 2011 yang lalu di Dewan Sivik MBPJ adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang sudah lama dihadapi oleh kebanyakan pemandu teksi di Malaysia serta sebarang eksploitasi terhadap mereka.

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri forum tersebut komited untuk membawa 10 resolusi penyelesaian masalah para pemandu teksi yang telahpun didrafkan oleh persatuan tersebut.

Antaranya adalah peruntukan PERKESO serta faedah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk pemandu-pemandu teksi yang selama ini tidak pernah diusulkan,
pengkajian semula perjanjian 'hire-purchase' serta isu pemberian permit teksi kepada pemandu-pemandu teksi dan bukan melalui syarikat teksi yang kebiasaannya akan memonopoli pemberian permit tersebut.

Anwar yang juga Penasihat PKR ketika menghadiri forum tersebut turut berkata, pemandu teksi merupakan suatu 'campaigning force' kerana mereka merupakan
golongan yang kerap berinteraksi dengan masyarakat sejagat.

Mengulas lanjut, Ronnie turut berkata bahawa kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan berjuang mendepani masalah kebajikan para pemandu teksi yang selama ini tidak terbela.

"Kita tidak boleh lakukan banyak perubahan kerana kita masih kerajaan negeri, tetapi sekiranya kami berjaya ke Putrajaya, semua ini akan terjawab dan tertunai"katanya sambil menerima tepukan para pemandu teksi yang hadir.

Sekurang-kurangnya 100 pemandu teksi turut hadir pada sidang media petang ini.

Hadir sama ialah Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan dan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, S. Manuharan.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan menggesa agar kerajaan pusat menghentikan sistem pemberian permit secara longgok kerana amalan tersebut menekan kehidupan pemandu-pemandu teksi sejak sekian lama.

"Saya ingin tekankan, bahawa pemberian permit secara longgok kepada syarikat-syarikat wajib diberhentikan serta merta oleh kerajaan, syarikat-syarikat ini bermaharajalela sedangkan ia memberi rasa tidak senang kepada para pemandu teksi,"ujar beliau.

TvSelangor difahamkan, amalan pemberian permit secara longgok, menguntungkan syarikat teksi yang hanya bertindak mengaut keuntungan sebagai orang tengah sedangkan pemandu teksi yang bertungkus lumus mencari rezeki terus hidup terbeban.

Senario ini jelas tergambar apabila sekurang-kurangnya 45 ribu pemandu teksi sekitar Selangor-Kuala Lumpur terpaksa membayar purata RM45 sehari untuk permit dan sewa kenderaan sedangkan mereka terpaksa menanggung sendiri risiko kesihatan, cuaca serta kos penyeleggaraan kenderaan sendiri.

"Kalau kita mahu tranformasikan negara, mahu melihat transfromasi masyarakat, kenapa kebajikan pemandu teksi terus terbiar, adakah salah buat kerajaan untuk melihat serius perkara ini?,"soal beliau.

PROFESSOR PUN KELIRU...MANA PUNYA KELUARAN UNIVERSITI..TARIK BALIK LAH..

ULASAN Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

NONEBeza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

malayan union billboardMeskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

khoo kay kim anti auku gma 141006 pointingKesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...