US PAKSA IRAN TERIMA KEKALAHAN




 Presiden Donald Trump mengarahkan Iran supaya menerima bahawa mereka telah kalah secara ketenteraan, dan menegaskan bahawa sekiranya Tehran enggan berbuat demikian, beliau akan melancarkan serangan lebih keras, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, pada Rabu.






“Presiden Trump tidak berbohong dan beliau bersedia ‘melepaskan neraka’. Iran tidak sepatutnya salah anggapan sekali lagi,” ujar Leavitt kepada pemberita. Beliau menekankan bahawa jika Iran gagal menerima realiti semasa, Trump akan memastikan mereka “dihentam lebih keras daripada sebelum ini.”


Peperangan bersama AS-Israel kini memasuki minggu keempat, dengan beberapa negara termasuk Pakistan, Turki dan Mesir berusaha menjadi pengantara. Seorang pegawai tinggi Iran memberitahu Reuters bahawa Tehran masih mengkaji cadangan AS untuk mengakhiri perang, walaupun maklum balas awal bersifat negatif. Leavitt menambah rundingan masih berjalan dan “produktif seperti yang dinyatakan presiden pada Isnin lalu.”


Beberapa laporan sebelum ini menyebut Washington menghantar pelan 15 perkara kepada Tehran, tetapi Leavitt menjelaskan sebahagian laporan itu tidak sepenuhnya tepat.




CUKUP UNTUK SATU KELUARGA.

 


Che Ibrahim


Semenjak Budi Ron95 diperkenalkan, ambo tak pernah guna habis kouta 300L dlm sebulan. Tu tak kira lagi kouta isteri dan anak anak ambo, muga dok pulas kereta yang sama jah. 






Takleh boleh ke kita ada tempoh bertenang untuk seketika terutama musim perang ni?? 


Dah la cuaca panas, kita dipanaskan lagi dengan politik persepsi dan kebencian kerana hati terluka.




PEMBANGKANG YANG TAK BERGUNA MENYUSAHKAN

 



INI BEBERAPA PERTANYAAN UNTUK KJ


26 Mac 2026


Khairy Jamaluddin atau KJ menyifatkan pembangkang yang ada sekarang sebagai tidak berguna kerana gagal memanfaatkan peluang terbuka untuk mereka menyinar di pentas politik negara.


Beliau berhujah, walaupun terdapat "pentas" yang disediakan untuk pembangkang "bersinar"  tetapi mereka "terlalu bodoh dan tidak cekap" untuk memanfaatkan peluang itu.


“Kita benar-benar mempunyai pembangkang yang paling tidak berguna sekarang… berharap untuk menang sendiri tanpa buat apa-apa bukanlah strategi yang meyakinan,” bekas menteri kesihatan itu lagi.


Beliau juga mengkritik Dr Sam atau Ahmad Samsuri Mokhtar yang baru-baru ini dilantik mengetuai blok pembangkang PN.


“Anda mengatakan anda seorang jurutera aeronautik, tetapi anda tidak mempunyai pendapat tentang apa-apa isu yang penting,” tambahnya.


Berikutan kenyataan KJ itu, di sini ada beberapa pertanyaan untuk beliau:-


Jika pembangkang yang ada sekarang tidak berguna, apakah kerajaan semasa yang ada lebih berguna?


Mana yang lebih membawa keburukan -  pembangkang tidak berguna atau kerajaan yang tak berguna?


Sebagai pemimpin yang sedang dalam proses untuk kembali kepada UMNO dan UMNO pula merupakan ebahagian daripada kerajaan semasa, tidakkah pembangkang yang tak berguna sepatutnya membuatkan KJ tambah gembira?


Tetapi kenapa KJ nampaknya tidak gembira apabila pembangkang kelihatan tdak berguna?


Apakah KJ sebenarnya mahu PN jadi berguna daripada kedudukan yang dianggapnya tidak berguna sekarang kerana beliau mahu PN mengambil alih kerajaan selepas ini?


Daripada sudut lain, apakah kekecewaan KJ terhadap pembangkang yang ada sekarang yang disifatkannya tidak berguna kerana beliau lebih suka PH kembali jadi pembangkang dan seterusnya menjadi pembangkang yang berguna? - ShahbudinHusin 26Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1246098524179931&id=100063393840098



KITA HADAPI KRISIS . NAMUN KERAJAAN MASIH MENGEKALKAN HARGA MINYAK DAN KUOTA DIKURANGKAN

 


Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.









Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.


Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.


Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.


Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:

⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026

📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan

🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing

🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan

👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan


Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.


Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.


Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI 

#YakinMADANI





MEROYAN SEBAB TAK LESEN

 

DiMalaysia , stesen minyak tak tutup tapi walaun meroyan isi minyak kena harga tanpa subsidi sebab tak ada lesen memandu.😑😑




KITA TAHU DI MANA DIA

 


KAPAL MALAYSIA LALUI TELUK HURMUZ






 Kapal Malaysia dibenar lalui Selat Hormuz - satu lagi petunjuk kejayaan PMX dalam berdiplomasi dengan Negara yang tengah perang. Tahniah Malaysia


https://vt.tiktok.com/ZSu3hmXXm/



SUSULAN PENDEDAHAN KUIL HARAM DI KEDAH: AKU KINI DISIASAT POLIS - TELEFON AKU DIRAMPAS.


Aman Muhamad







2 hari lepas, aku telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat (IO), yang meminta aku hadir untuk memberi keterangan, berhubung 5 laporan polis terhadap aku yang membuat pendedahan mengenai kuil-kuil haram di Kedah sebelum ini.


Laporan polis itu telah  dibuat oleh pegawai khas MB Kedah bersama dengan beberapa pihak pengurusan kuil yang lain.


Aku seperti biasa, telah hadir seorang diri memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.


Telefon aku dirampas, dan bila polis minta password, aku beri kerjasama. Nothing to hide.


Aku telah ditanya 17 soalan, dan aku telah jawab kesemua 17 soalan tu.


Aku juga telah serahkan bukti kukuh yang bersumberkan PBT Kedah sendiri, yang menjadi rujukan utama aku dalam usaha mendedahkan kuil-kuil haram di Kedah.


Semasa menjawab soalan, aku juga turut menyatakan tindakan pegawai khas MB Kedah yang telah berbohong apabila mendakwa pihak JKR telah mengeluarkan 'surat kebenaran sementara' kepada satu kuil haram yang berada di tepi lebuhraya Jitra-Bukit Kayu Hitam. 


Namun, pihak JKR sendiri telah menafikan mengeluarkan apa-apa dokumen kebenaran kepada apa-apa bentuk binaan haram termasuklah kuil, selepas aku sendiri menghubungi pihak JKR.


Proses mengambil keterangan ini ambil masa lebih kurang 1 jam setengah.


Layanan pihak polis sangat mesra dan profesional, terima kasih abang-abang polis.


Disebabkan telefon dirampas, aku tak dapat nak update status sejak 2 hari lepas, terpaksa baiki henset lama dan hari ni buka Facebook ada lebih 99+ notification. Maafkan aku.


Kesimpulan ringkas;


1. Pihak polis mengesahkan  aku disiasat di bawah Akta 233 SKMM.


2. Apabila disiasat di bawah akta ini, ia menjadi bukti jelas, bahawa aku disiasat bukan kerana memfitnah, tapi kerana 'mengeluarkan kenyataan jelik melampau untuk menyakitkan hati' - yang mana tiada satu pun perkataan jelik melampau pun di dalam mana-mana post aku sebelum ini. 


3. Ini juga menjadi bukti jelas,  bahawa pendedahan aku mengenai kuil-kuil haram sebelum ini bukan fitnah atau menghasut 3R.


4. Terima kasih kepada pihak polis, kerana membuktikan bahawa polis di zaman Madani ini tidak bertindak berat sebelah, bahkan bertindak profesional terhadap semua laporan yang diterima.


5. Apa yang paling penting, tindakan pegawai khas MB Kedah membuat laporan polis terhadap aku, telah menjadi satu gambaran yang cukup jelas bahawa PAS adalah pembela kuil haram.


6. Tindakan pegawai khas MB Kedah juga boleh dianggap sebagai mewakili MB Kedah dan mewakili kerajaan PAS Kedah tu sendiri.


Alhamdulillah, kali ini Allah memang zahirkan musuh sebenar di sebalik kuil-kuil haram di negeri Kedah, iaitu kerajaan PAS Kedah tu sendiri.


Semoga hikmah yang berlaku hari ini, membuka mata rakyat Kedah, untuk bangkit melawan musuh sebenar yang selama ini membela kuil-kuil haram di Kedah.


Aku bukan influencer.

Aku tiada bekap daripada mana-mana NGO, mualaf, pendakwah, ustaz, mufti, rektor, pakar hadith dan sebagainya.

Aku hanya marhaen biasa sahaja.

yang melawan kuil-kuil haram di Kedah mengikut saluran aduan dan undang-undang.


Insya Allah, aku akan lawan kes ni sampai habis.

Sebelum ni aku pernah lawan kerajaan zalim PN di mahkamah, dan aku telah pun menang.

Jadi kali ini aku akan lawan kerajaan zalim PAS Kedah pula.


Aku melawan sebagai orang Islam yang melawan pencerobohan tanah di Kedah demi menegakkan undang-undang.

Doakan aku diberi kekuatan dan menang melawan PAS yang  jelas menjadi pembela kuil haram di Kedah ini.


:)


p/s: aku telah dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa ulasan dan kenyataan lagi mengenai kes ini, jadi posting ini adalah sekadar makluman sahaja.


Sekian, terima kasih.



PEMBANGKANG YANG TIDAK BERGUNA.




 Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan pembangkang hari ini sebagai “paling tidak berguna”, ketika pelbagai isu besar melanda negara dan dunia. 



Beliau menegaskan bahawa pembangkang gagal memainkan peranan semak dan imbang walaupun berdepan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat serta dakwaan panas melibatkan skandal RM9.5 juta.


Khairy turut menyentuh dakwaan ahli perniagaan Victor Chin yang mengaitkan seorang Ahli Parlimen PKR dengan penerimaan RM9.5 juta bagi menyelesaikan isu “mafia korporat”. 


Chin mendakwa bayaran itu dibuat pada Oktober tahun lalu dan memberi amaran akan mendedahkan identiti individu terbabit jika wang tersebut tidak dipulangkan sebelum 30 Mac, sekali gus menambah bara dalam landskap politik negara.


Menurut Khairy, situasi ini sepatutnya menjadi peluang untuk pembangkang “bersinar”, namun sebaliknya mereka dilihat gagal bertindak. 


“Kita benar-benar mempunyai pembangkang yang paling tidak berguna sekarang,” katanya, malah menyindir bahawa harapan untuk menang tanpa usaha bukanlah satu strategi yang meyakinkan.


Beliau juga menyindir Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, dengan mempersoalkan ketiadaan pendirian tegas terhadap isu besar walaupun mempunyai latar belakang sebagai jurutera aeronautik. 


Dalam masa sama, Khairy mempersoalkan mengapa tiada pemimpin pembangkang tampil mengulas dakwaan RM9.5 juta yang kini hangat diperkatakan rakyat.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengaitkan dirinya dengan wang tersebut, sambil menegaskan beliau tidak pernah mengenali atau bertemu Victor Chin. 


Namun di sebalik penafian itu, persoalan besar masih berlegar siapa sebenarnya ahli parlimen yang dimaksudkan, dan mengapa masih tiada jawapan tuntas?




PERUBAHAN LALUAN MENYUKARKAN.


 Nazri Hamdan


Langkah Saudi Aramco untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebenarnya bukan kerana kekurangan sumber, tetapi kerana perubahan laluan eksport akibat konflik di Selat Hormuz. 





Secara tradisinya, lebih 70% hingga 80% eksport minyak Arab Saudi melalui laluan ini, dengan jumlah eksport sekitar 7 hingga 7.1 juta tong sehari (bpd) sebelum konflik. 


Akan tetapi apabila laluan ini terganggu, Aramco terpaksa mengalihkan eksport melalui pelabuhan Yanbu di Laut Merah menggunakan saluran paip East-West (Petroline). 


Data menunjukkan eksport melalui Yanbu melonjak daripada sekitar 770,000 bpd kepada hampir 3 hingga 4 juta bpd dalam tempoh singkat, malah berpotensi mencecah 5 juta bpd.


Masalahnya, walaupun Yanbu lebih selamat kerana tidak melalui kawasan konflik Teluk, kapasiti laluan ini tetap terhad. 


Secara teknikal, paip East-West boleh membawa sekitar 7 juta bpd, tetapi hanya sekitar 4 hingga 5 juta bpd boleh digunakan untuk eksport kerana selebihnya digunakan untuk penapisan domestik. 


Ini bermaksud walaupun Aramco cuba “redirect” minyak, mereka masih kehilangan kapasiti eksport berbanding laluan asal. 


Sebab itu kita nampak angka eksport keseluruhan jatuh kepada sekitar 4.3 hingga 4.4 juta bpd setakat Mac dan ini jauh lebih rendah berbanding paras normal sebelum krisis. Ini bukan soal tak cukup minyak, tapi bottleneck logistik.


Kalau tengok sejarah, Arab Saudi sebenarnya sudah lama bersedia untuk senario macam ini. Saluran paip East-West dibina sejak 1980-an ketika perang Iran-Iraq untuk mengurangkan kebergantungan kepada Selat Hormuz yang mengendalikan hampir 20% bekalan minyak global. 


Akan tetapi krisis kali ini membuktikan satu perkara penting, walaupun ada “backup route”, ia tetap tak mampu menggantikan sepenuhnya laluan utama. 


Sebab itu walaupun Yanbu kini jadi “lifeline” eksport, dunia tetap berdepan risiko kekurangan bekalan, dan inilah faktor utama kenapa harga minyak global terus volatile dan cenderung naik dalam situasi geopolitik seperti ini.




MAFIA KORPORAT : DI FB, DI WHATSAPP GROUP CEPLOS CUBA "INSULT OUR INTELLIGENCE" DGN SURUH REPORT POLIS ATAU SPRM










#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham 





1) JUJURnya memg bosan sejak pagi hingga malam dok nampak Ceplos guna hujah TOLOL, BAHALOL dan sangat BODOH yg sama. Umpama diarahkan boss mereka si BADIGOL SO'OT yg TARAK OTAK cuba "INSULT OUR INTELLIGENCE" dgn cabar DSRR report polis atau SPRM dlm isu MAFIA Korporat. Lihat SS, saya terpaksa jawap juga sebab Ceplos cuba nak memperbodoh-bodohkan kita.


2) HAKIKATnya mereka sudah rimas sbb Team HIRUK terus bogelkan NoN@KACANG, PKR dan Kerajaan MADANON yg menipu Rakyat KUNUNnya MAFIA Korporat TAK wujud dan sekadar fitnah Bloomberg. Skrg dgn pendedahan Victor Chin (VC) ianya semakin terburai dan terbarai. Ceplos dah panik.


3) VC sudah hantar 40 mukasurat dokumen memperincikan kronologi perebutan NexG yg melibatkan MAFIA Korporat. RCI yg sepatutnya menyiasat. Tapi Ceplos cuba memperbodohkan Rakyat dgn cabar DSRR report pada Polis (PDRM) atau SPRM sdgkan kedua2 agensi itu di bawah PM dan MDN. 


4) Di mana ketelusan? Apa jaminan agensi-agensi itu akan bertindak secara adil bila melibatkan diri sendiri?? Berlambak bukti BLOCKENCING pun RoS tak berani bertindak walau surat enggan dijawap?? Itu contoh sikap agensi yg Menterinya pemimpin PKR.


5) Dunia tahu, Bloomberg dakwa SPRM bantu MAFIA Korporat manakala CNA dakwa PDRM turut bantu MAFIA Korporat. Takkan nak suruh agensi2 yg dituduh ini siasat sesama sendiri? Nak jadi KARTUN?? Menteri Digital Gobind Singh Deo pun kata SPRM tidak layak siasat diri sendiri. Begitu jugalah PDRM.


6) Itulah sebab kita tuntut RCI yg BEBAS dan TELUS ditubuhkan bg menyiasat isu MAFIA Korporat yg didakwa terkait dgn SPRM dan PDRM. Ceplos patut BERHENTI memperbodohkan Rakyat. PAP TIDAK SEBANGANG Ceplos yg pajak Otak pada pemimpin SEMBUNYIAN dan SIALAN.


7) PAP benci dgn kumpulan yg suka memperbodoh-bodohkan Rakyat. "It's An Insult to Our Intelligence. Lagi diperbodohkan oleh puak politik ni, lagi kuat PAP akan tolak parti seperti itu. Dulu dah berlaku pd UMNO BN yg cuba perbodohkan Rakyat walau Rakyat dah tahu mereka menyamun. 


Wallahualam.


-Zus Din

26/03/2026

#RR_RealReform

#Sepenggal 

#SepenggalCukup




WALAUN KENA FAHAM BAB INI..TEKNIKAL EKONOMI SIKIT.



Zulimran Saiduddin



 Selepas Iran dan Amerika katanya mula nego dan cool down, Brent mula tunjukkan penurunan harga, tapi Means of Platts Singapore (MOPS) nampak tak turun pun.


Kenapa jadi macamtu?


(FYI, harga minyak Malaysia adalah berdasarkan Automatic Pricing Mechanism (APM) yang gunapakai harga MOPS).



Ini soalan power 🔥 sebab ramai tengok Brent turun → ingat harga semua akan turun serta-merta, 


tapi realitinya… MOPS ni “lembu lain padang lain makan rumput”.


Aku explain straight to point, gaya trader meja minyak 👇



🧠 1. Brent ≠ MOPS (dua dunia berbeza)

 • Brent = harga crude oil (minyak mentah global)

 • MOPS = harga produk siap (petrol, diesel, jet fuel) di Singapore


👉 Maksudnya:


Brent turun = kos bahan mentah turun

Tapi MOPS = harga barang siap, ikut supply-demand Asia


Dan MOPS memang ada banyak komponen lain:

 • kos refining

 • margin refinery

 • shipping & storage

 • risk premium  



🏭 2. Refinery margin tengah “kembang”


Ini punca paling besar sekarang.


Walaupun Brent dah sejuk sikit:

 • refinery masih hadapi supply tight

 • permintaan Asia (China, India, aviation) masih kuat


Contoh real:

 • Jet fuel MOPS boleh sampai premium +$30–$40/barrel atas Brent  


👉 Maknanya:


refinery tengah “buat duit”, jadi harga produk tak turun cepat



⏳ 3. Lag effect (delay macam lori naik Genting)


Harga tak gerak serentak sebab:

 • kontrak beli minyak → bukan spot harian

 • inventory lama masih mahal

 • pricing guna average beberapa hari/minggu


Kajian pun tunjuk:

 • harga petrol & produk ambil masa beberapa hari hingga minggu untuk adjust  


👉 Lagi pedih:

 • naik → cepat

 • turun → perlahan (classic asymmetry)



🌏 4. Asia market ada cerita sendiri


MOPS Singapore reflect:

 • demand Asia Pacific

 • shipping route (Selat Hormuz, Laut China Selatan)

 • refinery outage / maintenance


Walaupun Iran–US dah cool down:

 • risk premium belum hilang sepenuhnya

 • trader masih “price in” ketidakpastian



🧩 5. Struktur rantaian (double margin effect)


Dalam oil chain:

 1. crude producer

 2. refinery

 3. trader

 4. distributor


Setiap layer ambil margin → jadi bila cost turun:


penurunan “bocor” sikit-sikit je sampai bawah


Fenomena ni dipanggil:

👉 double marginalisation  



🔥 Ringkas brutal (versi kopi warung)


Kalau nak satu ayat:


Brent turun sebab geopolitik reda.

MOPS tak turun sebab refinery masih control supply & margin.



📊 Analog paling senang faham


Bayangkan:

 • Brent = harga gandum 🌾

 • MOPS = harga roti 🍞


Gandum murah tak bermaksud roti terus murah

→ sebab bakery masih control harga, stok lama mahal, demand tinggi



⚡ Kesimpulan gaya trader:


Kalau nak tengok MOPS turun, kena tunggu:

 1. refinery margin jatuh

 2. demand Asia lemah

 3. inventory cycle habis

 4. risk premium betul-betul hilang


Baru dia ikut Brent turun.


Kredit: Ezreen Muhaizie Marzukhi




Politik Malaysia yang berantakan: Adakah gabungan ‘Madani’ akan bertahan? SIRI 1

 



Politik Malaysia yang berantakan: Adakah gabungan ‘Madani’ akan bertahan?


Di sebalik kelihatan selesa, kerajaan Madani berhadapan dengan realiti yang rapuh – dan pilihan raya umum yang semakin hampir



Anwar Ibrahim with other coalition leaders in his 'unity government' - AFIQ HAMBALI/PRIME MINISTER'S OFFICE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Bagi kebanyakan pemerhati di Malaysia, mengikuti perkembangan landskap politik bukanlah tugas yang mudah.

Gabungan dibentuk, berpecah, disusun semula dan dijenamakan semula. Namun, perubahan ini amat penting, kerana kestabilan tadbir urus negara, kesihatan badan politik, bergantung kepadanya.

Mari kita telusuri perkembangan terkini dalam politik gabungan Malaysia dan meneroka apa maksudnya untuk keadaan politik jangka panjang negara.

Sedekad yang lalu, dalam karya saya berjudul Power Sharing in a Divided Nation: Mediated Communalism and New Politics in Six Decades of Malaysia’s Elections, saya berhujah bahawa Malaysia telah memasuki era baharu politik gabungan berkembar.

Pilihan raya umum 2008 merupakan titik perubahan: buat pertama kali dalam sejarahnya, Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga parlimen yang telah lama dipegang. Detik itu menamatkan era dominasi satu parti dan membuka pintu kepada persekitaran politik yang lebih berdaya saing – dan, pastinya, lebih tidak stabil.

Gabungan yang cair

Tahun-tahun berikutnya mengesahkan perkembangan ini. Jelas, tiada gabungan sejak 2008 yang hampir-hampir mendapat supermajoriti. Perpecahan telah menjadi kebiasaan. Gabungan bangkit dan jatuh bukan sahaja melalui sentimen pengundi tetapi juga melalui politik dalaman, muslihat pelbagai puak dan peralihan pakatan.

Perpecahan besar seterusnya berlaku pada tahun 2018, apabila Pakatan Harapan (PH), pengganti blok pembangkang terdahulu iaitu Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat – mengalahkan BN, sekali gus menamatkan pemerintahan enam dekadnya.

Kemenangan PH adalah bersejarah: majoriti mudah dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi, dan pemindahan kuasa di peringkat persekutuan dijalankan secara aman buat pertama kalinya di Malaysia sejak kemerdekaan.

Tetapi kemenangan itu tidak bertahan lama. Politik dalaman memuncak dalam Langkah Sheraton yang terkenal pada Februari 2020, yang menjatuhkan kerajaan PH.

Apa yang berlaku selepas itu ialah tempoh pergolakan, dengan tiga perdana menteri dalam tempoh kurang daripada tiga tahun: Mahiaddin Yasin, Ismail Sabri Yaakob dan kemudian Anwar Ibrahim.

Antara tahun 2020 dan 2022, Malaysia mengalami margin parlimen yang sangat tipis, pertempuran puak yang sengit dan kebangkitan Perikatan Nasional, yang banyak bersandar pada politik Melayu-Islam.

Menjelang akhir tahun 2022, tekanan dari dalam Umno menyebabkan Ismail Sabri membubarkan Parlimen, sekali gus mencetuskan pilihan raya umum.

Pilihan raya tersebut menghasilkan parlimen tergantung pertama di Malaysia, dengan PH memenangi 82 kerusi, PN 73 dan BN 30.

Sebagai tindak balas, Anwar Ibrahim membentuk gabungan perpaduan – kerajaan “Madani” – yang menyatukan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti yang lebih kecil.

READ MORE:  Malaysia's fractured politics: Will the 'Madani' coalition survive?


Politik Malaysia yang berantakan: Adakah gabungan ‘Madani’ akan bertahan? SIRI 2

 





Kerajaan Madani hari ini


Melangkaui jangkaan, gabungan yang rencam dan pelbagai ideologi ini terus kekal bersama.

Sehingga awal tahun 2026, kerajaan Madani menguasai majoriti yang stabil, dengan PH memegang 79 kerusi, BN 30, GPS 23, GRS lima dan pendukung lainnya seramai 16, memberikan gabungan sejumlah 153 kerusi.

Pembangkang berjumlah 69: PN dengan 62 (Pas 43 dan Bersatu 19), Muda dengan satu dan calon bebas atau lain-lain seramai enam orang.

Secara teorinya, ini memberikan kerajaan Madani kedudukan yang selesa.

Walau bagaimanapun, secara praktiknya, politik gabungan di Malaysia kekal tidak menentu dan tidak dapat diramalkan. Persaingan puak, perjuangan kepimpinan parti dan penjajaran semula strategik terus membentuk medan politik – dan berkemungkinan akan meningkat apabila pilihan raya umum yang akan datang semakin hampir.

Sekali imbas, gabungan Madani kelihatan stabil, namun di sebalik permukaan ini, keretakan yang biasa mula kelihatan. Tunjang utama gabungan itu ialah dua parti terbesar PH: DAP dengan 40 kerusi dan PKR dengan 39. Ketegangan itu halus, belum meletup, tetapi jelas wujud.

DAP kekal diurus dengan agak baik walaupun wujud sedikit ketegangan dalaman. Masalah semasa berpunca daripada parti utama gabungan, PKR, iaitu parti perdana menteri itu sendiri.

PKR di ambang perpecahan

Bukan rahsia lagi bagi pengamat politik bahawa PKR telah berpecah kepada dua puak yang jelas.

Bekas timbalan presiden dan bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengetuai blok reformis yang dipimpinnya yang berjumlah sekitar 9–11 ahli parlimen. Kekalahannya kepada Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti pada bulan Mei lalu telah meruncingkan perpecahan tersebut.

Perletakan jawatan Rafizi daripada kabinet – bersama-sama dengan peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang meletak jawatan sebagai menteri sumber asli – menyusul sejurus selepas itu, menandakan kekecewaan peribadi dan teguran terhadap hala tuju parti itu.

Kenyataan Rafizi selepas itu hanya meruncingkan lagi keadaan. Dalam temu bual BFM yang terus terang pada bulan lalu, Rafizi berkata beliau terbuka untuk “melayari kapalnya sendiri” – satu frasa yang ditafsirkan oleh pemerhati politik sebagai petunjuk paling jelas setakat ini bahawa wahana politik baharu mungkin akan hadir apabila pilihan raya umum semakin hampir.

Lebih konfrontatif, Rafizi nampaknya berhasrat untuk membangkitkan semula kontroversi yang menyelubungi ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki – sebuah langkah yang boleh menjejaskan kestabilan perpaduan dalaman PKR dan kredibiliti kerajaan Madani.

Pendek kata, PKR tidaklah dalam keadaan bermasalah; namun tidak dinafikan, ia goyah. Apa yang kita dapat perhatikan bukanlah krisis tetapi letupan yang terkawal: perlahan, disengajakan dan berkemungkinan akan membentuk masa depan parti itu sendiri.

Umno: ketenangan yang mengejutkan

Tanpa diduga, kestabilan datang dari sumber yang tidak dijangka: Umno, parti komponen utama BN dan rakan kongsi utama PH. Walaupun telah bertelagah selama bertahun-tahun, parti itu hari ini kelihatan lebih sehaluan berbanding sebelum ini.

Tindakan paling ketaranya datang pada awal Mac 2026, apabila presiden Umno Zahid Hamidi secara terbuka menyampaikan ucapan “rumah bangsa” sebagai tanda perpaduan kepada bekas ketua sayap pemuda parti dan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, dengan menjemput bekas ahlinya itu kembali menyertai parti.

Khairy menjawab secara terbuka dengan segera – di podcastnya Keluar Sekejap – dengan mengarahkan setiausaha akhbarnya untuk “mula merangka” permohonan kemasukan semula secara rasmi, yang kemudian dikemukakannya pada pertengahan Mac.

Simbolismenya tidak dapat disangkal: Umno, yang kalah teruk tetapi pragmatik, sedang bersedia untuk terus bertahan dalam pilihan raya, dan Khairy sekali lagi menjadi tumpuan utama dalam strateginya itu.

Penganalisis menyatakan bahawa dengan mengalu-alukan kepulangannya, Umno memberi isyarat kesediaan untuk menentukur semula haluannya dalam menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Ia suatu ironi: pada saat PKR menunjukkan keretakan, Umno pula menuju perdamaian.



Politik Malaysia yang berantakan: Adakah gabungan ‘Madani’ akan bertahan? SIRI 3

 




PKR di ambang perpecahan

Bukan rahsia lagi bagi pengamat politik bahawa PKR telah berpecah kepada dua puak yang jelas.

Bekas timbalan presiden dan bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengetuai blok reformis yang dipimpinnya yang berjumlah sekitar 9–11 ahli parlimen. Kekalahannya kepada Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti pada bulan Mei lalu telah meruncingkan perpecahan tersebut.

Perletakan jawatan Rafizi daripada kabinet – bersama-sama dengan peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang meletak jawatan sebagai menteri sumber asli – menyusul sejurus selepas itu, menandakan kekecewaan peribadi dan teguran terhadap hala tuju parti itu.

Kenyataan Rafizi selepas itu hanya meruncingkan lagi keadaan. Dalam temu bual BFM yang terus terang pada bulan lalu, Rafizi berkata beliau terbuka untuk “melayari kapalnya sendiri” – satu frasa yang ditafsirkan oleh pemerhati politik sebagai petunjuk paling jelas setakat ini bahawa wahana politik baharu mungkin akan hadir apabila pilihan raya umum semakin hampir.

Lebih konfrontatif, Rafizi nampaknya berhasrat untuk membangkitkan semula kontroversi yang menyelubungi ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki – sebuah langkah yang boleh menjejaskan kestabilan perpaduan dalaman PKR dan kredibiliti kerajaan Madani.

Pendek kata, PKR tidaklah dalam keadaan bermasalah; namun tidak dinafikan, ia goyah. Apa yang kita dapat perhatikan bukanlah krisis tetapi letupan yang terkawal: perlahan, disengajakan dan berkemungkinan akan membentuk masa depan parti itu sendiri.

Umno: ketenangan yang mengejutkan

Tanpa diduga, kestabilan datang dari sumber yang tidak dijangka: Umno, parti komponen utama BN dan rakan kongsi utama PH. Walaupun telah bertelagah selama bertahun-tahun, parti itu hari ini kelihatan lebih sehaluan berbanding sebelum ini.

Tindakan paling ketaranya datang pada awal Mac 2026, apabila presiden Umno Zahid Hamidi secara terbuka menyampaikan ucapan “rumah bangsa” sebagai tanda perpaduan kepada bekas ketua sayap pemuda parti dan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, dengan menjemput bekas ahlinya itu kembali menyertai parti.

Khairy menjawab secara terbuka dengan segera – di podcastnya Keluar Sekejap – dengan mengarahkan setiausaha akhbarnya untuk “mula merangka” permohonan kemasukan semula secara rasmi, yang kemudian dikemukakannya pada pertengahan Mac.

Simbolismenya tidak dapat disangkal: Umno, yang kalah teruk tetapi pragmatik, sedang bersedia untuk terus bertahan dalam pilihan raya, dan Khairy sekali lagi menjadi tumpuan utama dalam strateginya itu.

Penganalisis menyatakan bahawa dengan mengalu-alukan kepulangannya, Umno memberi isyarat kesediaan untuk menentukur semula haluannya dalam menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Ia suatu ironi: pada saat PKR menunjukkan keretakan, Umno pula menuju perdamaian.

Usaha sama dari Borneo

Sementara itu, di seberang Laut China Selatan, rakan kongsi Madani di Malaysia Timur – GRS dan GPS – terus memainkan peranan mereka sebagai penstabil.

Sokongan mereka sebahagian besarnya kekal teguh, didorong oleh kepentingan bersama dalam pembangunan dan isu hak Perjanjian Malaysia 1963 yang berterusan dan belum selesai.

Sikap mereka amat pragmatik: cukup mantap dalam menyokong kerajaan persekutuan, namun cukup tegas untuk mengingatkan Putrajaya tentang kewajipan perlembagaan yang telah lama termaktub dalam MA63.

Dalam soal ini, Sabah dan Sarawak kekal menjadi sauh yang menenangkan bagi gabungan ini – berlawanan dengan parti yang berpengkalan di semenanjung yang goyah.

Bersatu yang luka sendiri

Jika PKR kelihatan berpecah belah, parti utama pembangkang, Bersatu, pula berada dalam keadaan kucar-kacir.

Pada Februari 2026, parti itu memecat 17 ahli, termasuk timbalan presiden Hamzah Zainudin, empat ahli parlimen dan dua ahli dewan undangan negeri. Pembersihan ini dilaporkan dicetuskan oleh percubaan dalaman untuk menggulingkan presiden partinya, Mahiaddin.

Pemecatan ahli parti itu mencetuskan gelombang peletakan jawatan dan pembubaran beberapa cawangan parti, menandakan perebutan kuasa yang telah mencapai tahap yang tidak dapat didamaikan.

Pemecatan Hamzah juga mengganggu kestabilan gabungan PN yang lebih luas, memandangkan peranannya sebagai Ketua Pembangkang.

Dengan Bersatu berpecah-belah dan kehilangan tokoh kanannya, Pas kini muncul sebagai pemimpin de facto gabungan itu, menguasai bahagian terbesar kerusi pembangkang di Parlimen dan memegang peranan kepimpinan yang pernah dipegang oleh rakan sekutunya yang bermasalah.

Apa yang mendatang

Tinjauan ringkas ini hanya menyentuh permukaan ketegangan politik yang dihadapi oleh kerajaan campuran Madani.

Bagi kerajaan pimpinan Anwar, ancaman paling mendesak bukan datang dari kerusi pembangkang tetapi dari dalam partinya sendiri.

Menjelang pilihan raya, kestabilan gabungan akan bergantung pada sama ada PKR dapat menutup keretakan dalaman mereka – atau barangkali parti baharu Rafizi yang mungkin menjadi pemangkin kepada penjajaran semula seterusnya.

Politik gabungan, secara semula jadinya, mudah berubah dan terdedah kepada ketidakstabilan.

Namun, beberapa dekad pengalaman sepatutnya mengajar kita bahawa ketidakstabilan politik jarang sekali berlaku secara tidak sengaja. Selalunya, tingkah laku pemimpin politik itu sendiri yang memperdalam perpecahan dan mempercepatkan kejatuhannya.

Malangnya, corak ini berterusan. Menyoroti sejarah gabungan politik di Malaysia menunjukkan bahawa pemimpin kerap menjadi punca kepada bukannya penyelesaian tetapi ketidakstabilan, yang kononnya mereka sendiri kecam.

Dinamika semasa di bawah kerajaan Madani menunjukkan bahawa kitaran ini jauh daripada terputus. Gabungan itu mungkin kelihatan stabil, namun ia masih jauh daripada kukuh, serta ketegangan yang mendasarinya memang tidak dapat disangkal.

Memandangkan trend yang kita saksikan hari ini – daripada keretakan dalaman parti kepada peralihan pakatan dan persaingan kepimpinan – tidak hairanlah jika Malaysia sekali lagi mendapati dirinya berhadapan dengan sebuah parlimen tergantung selepas pilihan raya umum yang akan datang.

Cabaran bagi golongan elit politik adalah jelas: melainkan para pemimpin sanggup mengatasi nafsu berpuak-puak dan cita-cita peribadi, politik gabungan akan kekal sebagai sebuah kitaran dan bukannya asas untuk tadbir urus jangka panjang.

Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Mac 2026

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme