NAIK SIKIT SAJA.... TAPI AIR MACAMANA


 

KITA TENGOK FILEM ACTION NI. HIBURAN SEBELUM LENA MALAM NI


 

NI BUKAN BANTU. NI HANTU MAKAN DUIT NI. REGA SEWA TAPAK GERAI CEKIK DARAH


 

Parlimen perlu bergerak seiring aspirasi rakyat - Johari Abdul

 



Oleh: Abdullah Zaid



Warga Parlimen diseru terus berkhidmat dengan cekap dan tertib untuk memastikan institusi Parlimen kekal menjadi tonggak demokrasi negara.



Menerusi satu kenyataan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata sebagai sebuah badan mewakili rakyat, Parlimen adalah landasan penting dalam memastikan dasar dilaksanakan secara efektif dan berkesan melalui mekanisme semak dan imbang.



"Warga Parlimen Malaysia harus bergerak seiring dengan momentum negara yang positif serta ditandakan dengan perkembangan ekonomi sebanyak empat hingga lima peratus pada tahun 2024 di samping nilai pelaburan RM225 billion pada tempoh sembilan bulan pertama 2023," katanya dalam Majlis Amanat Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia, pagi tadi.



Pada masa sama, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas segala sumbangan dan bakti beliau, khususnya usaha untuk mengembalikan kedudukan insitusi Parlimen.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_1f67aef3514b44aab451e3968f7ce15c~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_375,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_1f67aef3514b44aab451e3968f7ce15c~mv2.jpeg

TS Johari (kanan) bersalam perpisahan dengan DS Dr Junaidi yang akan dilantik sebagai TYT Sarawak



Selain itu, Johari mewakili Parimen Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan baginda sebagai Ketua Negara negara walaupun dilanda badai pandemik dan ketidaktentuan politik.



"Pertimbangan baginda yang amat teliti mengemudi bahtera negara walaupun dilanda badai pandemik dan ketidaktentuan politik, alhamdulillah, negara kita masih kekal aman makmur di atas izin-Nya.



"Tidak lama lagi, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari 2024.



"Umum mengetahui bahawa pendirian Sultan Ibrahim yang tegas menyuarakan pendapatnya secara terbuka mengenai isu-isu dan dasar-dasar Kerajaan," tambah kenyataan itu.



Justeru, Johari bersedia menyahut titah baginda mengenai isu-isu yang dekat dengan hati rakyat dan warga Parlimen Malaysia yang bekerja di institusi yang bertindak sebagai wadah suara nurani rakyat bekerjasama menggembleng tenaga meningkatkan prestasi Parlimen.



Hal itu katanya, boleh dilakukan dengan mendemokrasikan Parlimen dan mendekatkan Parlimen kepada rakyat melalui pelbagai program jangkauan untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem Parlimen.



*Foto kredit: Parlimen Malaysia

 

Pelantikan TYT Sarawak diumumkan Agong dalam masa terdekat




 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak Istana Negara akan mengumumkan perkenan berhubung pelantikan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sarawak yang baharu dalam masa terdekat



Perdana Menteri berkata nama Yang Dipertua Negeri baharu itu telah dibawa oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan beliau telah mengemukakannya untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.



"Proses pelantikan Yang Dipertua Negeri merupakan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, (nama) dikeluarkan oleh Premier.

"Saya telah kemukakan nama (yang dicadangkan oleh Premier) kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu dan perkenan akan diumumkan satu dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Pemikir Global di Universiti Malaysia pagi ini.

Anwar berkata mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu pula, perbincangan akan diadakan dalam mesyuarat parti-parti kerajaan perpaduan malam ini untuk disegerakan pelantikannya.



Beliau ditanya mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu susulan laporan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada Jumaat lalu.



Laporan tersebut menyebut Wan Junaidi bakal dilantik sebagai TYT Sarawak yang baharu menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang dilaporkan akan tamat perkhidmatannya pada 28 Februari ini.



Abdul Taib yang jugas bekas Ketua Menteri Sarawak telah memegang jawatan itu sejak Mac 2014.



Wan Junaidi yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal undang-undang dan bekas pegawai polis menang dalam Pilihan Raya Umum 1990 di Batang Lupar dengan mengekalkan kerusi itu sehingga 2004.



Beliau kemudian bertanding di kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum 2004 dan mengekalkan kerusi itu hingga 2022.



Wan Junaidi bertangungjawab dalam menggubal draf Akta Anti Lompat parti ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) pada 2022.

Pada 19 Jun lalu, beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat perkhidmatan.



Beliau adalah calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.

Usul pencalonan Wan Junaidi dikemukakan Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

 

RUPA-RUPANYA SULTAN ABDULLAH TAK PERNAH LANGSUNG AMBIL ELAUN YANG DIPERTUAN AGONG

 

“Mesra dan cakna kesejahteraan rakyat” itulah keperibadian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang begitu dekat dengan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ jelas terserlah sepanjang tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah.

“Selama tempoh pemerintahan, itulah baginda (yang sebenar). Itu adalah sifat semula jadi baginda, sebagai Sultan Pahang, baginda yang akan turun untuk sama-sama membantu rakyat, khususnya ketika berlaku malapetaka seperti banjir, kebakaran bahkan kemalangan.

“Apabila berlaku banjir khususnya di Pahang, Tuanku akan turun untuk bersama-sama dengan rakyat bagi mengharunginya. Malah, Tuanku juga akan meminta bantuan dari luar untuk menggantikan rumah-rumah (rakyat) yang telah rosak,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mengimbau kembali momen ketika Al-Sultan Abdullah sanggup menghentikan kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya, Ahmad Fadil yang kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan Seri Paduka Baginda sangat prihatin akan kesejahteraan rakyat.

“Kadang-kadang Tuanku akan membawa kenderaan sendiri, dan apabila terlihat ada kemalangan jalan raya, Tuanku akan berhentikan kenderaan untuk pastikan mangsa kemalangan itu dibawa ke hospital dan Seri Paduka Baginda akan menanggung kos rawatan yang diperlukan.

“Untuk makluman, Tuanku juga tidak ambil elaun sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga sekarang dan elaun-elaun baginda termasuk Raja Permaisuri Agong dihalakan kepada (yang memerlukan).. ketika itu Tabung Covid-19, tetapi ia tidak diuar-uarkan, itu antara Seri Paduka Baginda, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Menceritakan pengalaman mencabar berdepan penularan wabak Covid-19, beliau berkata Al-Sultan Abdullah sangat bimbang akan keselamatan dan kesihatan rakyat pada ketika itu, memandangkan wabak berkenaan pertama kali berlaku dalam negara.

Katanya, Seri Paduka Baginda banyak mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan dan ahli-ahli profesional lain, setiap minggu tanpa gagal, bagi mencari solusi terbaik dalam memastikan kesejahteraan rakyat kekal terjamin.

“Malah, semasa Covid-19 merebak dan petugas Istana Negara ada yang mula menunjukkan simptom jangkitan virus itu, baginda begitu bimbang dan ambil berat akan kesihatan kami.

“Ternyata, bahawa apa yang ditunjukkan oleh Tuanku Agong perlu diteladan oleh rakyat iaitu dalam aspek mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tuanku Agong juga berulang kali mengingatkan rakyat untuk mematuhi SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan,” katanya.

Di sebalik karakter Al-Sultan Abdullah yang begitu dekat dengan rakyat, baginda juga seorang ketua negara berkaliber dalam memacu sektor ekonomi dan pentadbiran negara di persada antarabangsa.

Ahmad Fadil berkata baginda berperanan besar dalam mengeratkan hubungan Malaysia di pentas antarabangsa dan ini jelas dibuktikan, antaranya apabila Al-Sultan Abdullah berupaya mengeratkan hubungan antara Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

“Ini ternyata pada 5 hingga 6 Okt lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan (ke UAE), dan berupaya mendapatkan pelaburan ekonomi yang baik daripada di UAE, dan mereka (pelabur) bersetuju melabur kira-kira RM40 billion di Malaysia.

Sumber – Bernama.

 

VID PENDEK : PN DAN WAN FYZAL KELIRUKAN BUDAK2 GRAB

[panas] KEDUDUKAN DALAM SANUSI BAHAYA! BRO IS BERUS OTAK MP MACHANG!

WALAUN TAK MAU NI.





 Alhamdulillah, sukacita saya maklum program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat. Sementelahan itu, program SARA telah ditambahbaik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.


Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan Kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu. Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas.


Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.


Insya-Allah, Kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.


#MalaysiaMADANI



TUUUDIAAAA- BANYAK RAKYAT YANG SUSAH..ANAK DIA JUGA DIA NAK BELA.

Iswardy Morni


 Tun buat statement nak bela anak dia.

Fuh umo 60 tahun pun mintak bapak backup. Perghhh..



TAK BERUBAH LAGI RUPANYA


Shahbudin Husin


 Kesiannn…jawatan sekecil ahli majlis PBT pun rupanya jadi masalah besar kepada Ketua2 UMNO Bahagian…🤭🤭



TANYA LAH USTAZ...



Che Ibrahim

Tak boleh ke ustaz masa kita "like" tu kita niat dakwah??.. berdosa juga ke??



WALAUN, KALAU TAK PAHANG MUNG TANYA YANG PAHANG... STANDING ONDER...


 

PULAK... TAK PASAI PASAI...


 

Puteri Jannah


Jangka hayat hanya lg 8 hari tu yang goyang tu...deposit kat Langkawi pun hangus hari tu tapi  msih ade hati lagi cakap banyak 🙄


Benda 5 tahun skali kot...ingat free kot buat PRU tu...hanya walaun² jek yang sokong atok n the geng 😆



KISAH MAT JARGON LAGI . MULA DIA SURUH BOIKOT KEMUDIA DIA SALAHKAN KERAJAAN. JOM TONTON TIKTOK.





 Dari malam tadi aku buat video TikTok. Post pukul 9 malam sampai hari ni tak lepas lagi. Nasib la bila line connection slow kat laut ni.


Aku cerita pasal Grab ni. Menarik bila MP Palatao buat isu. Paling kelakar dia kata Grab bawah Kementerian Kewangan yang mana DS Anwar adalah menterinya.


Mana la dia dapat fakta. Mungkin la bawah MOF soal lesen dah cukai. Tapi soal pekerja bukan bawah kawal selia MOF. Kan ada Kementerian Sumber Manusia.


Lagipun aku tak pasti kalau Grab riders dikira pekerja Grab dan tertakluk di bawah Akta Pekerja. Setahu aku tiada peruntukan untuk pekerja ekonomi gig.


Lepas tu si Fayhsal ni kata DS Anwar dah berjanji nak selesaikan isu kadar upah Grab riders ni. Tapi betul ke ada janji sebegitu? Sebenarnya DS Anwar janji apa?


DS Anwar tak ada janji pun kadar upah akan dinaikkan. Beliau cuma janji akan jumpa semua operator p-hailing ni dan sampaikan isi hati mereka.


Dan itu telahpun ditunaikan. Tapi kalau operator tu tak nak naikkan kadar, apa yang kerajaan boleh buat. Nak ugut, kalau tak naikkan maka lesen tak diperbaharui?


Kalau kerajaan buat begitu, habis lari la pelabur yang nak masuk melabur. Siapa nak melabur di negara yang kerajaannya menekan pelabur sebegitu rupa?


Jadi Wan Fayhsal ni cerita apa sebenarnya?


Lagipun lebai dan walaun sibuk pulak nak buat isu hal ni. Kan ke Grab tu penyokong Israel? Isteri pemiliknya sayang ketat-ketat dekat Israel.


Dalam kes boikot McDonald's, walaun bukan main lagi kutuk pekerja McD. Suruh berhenti. Ada yang sampai dibaling batu. Walaupun McD Malaysia tak ada kena mengena dengan Israel. Tapi dalam isu Grab ni lain pulak jadinya ye?


Itu yang aku kata. Walaun dan lebai bukan kisah pun soal perjuangan. Dia cuma nak hasut rakyat supaya bencikan PMX. Itu je matlamatnya.


Aku bukan sokong Grab. Sebagai seorang pekerja, aku pun tak setuju apa yang Grab buat. Tapi dalam industri seperti ini, perkara ini memang dah boleh diagak.


Sebab akan ada persaingan. Nak tangani persaingan, terpaksa main harga. Bila main harga akan jejaskan keuntungan syarikat. Jadi kena kawal kos.


Produk Grab cuma servis penghantaran. Kosnya cuma pada kadar upah. Jadi untuk kekalkan margin untung dan turunkan kos hanya dengan turunkan kadar upah.


Yang boleh ajar Grab ni cuma riders je. Caranya hanya dengan tinggalkan Grab. Bila Grab kehilangan riders dan kualiti servis menurun, mereka akan bertindak.


Sebab tu orang kata, ekonomi gig ni tak boleh jadi sumber pendapatan utama. Kalau nak buat kerja sementara atau sambilan, mungkin boleh. Sebab gaji tak menentu. Sukar untuk rancang kewangan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MURID SEKOLAH MAKAN ATAS LANTAI KANTIN SEKOLAH. MENTERI DAP BANTU SEGERA.


 

CEHH... MAT JARGON PENAKUT RUPANYA.






 MP Palatao Wan Ahmad Fayhsal berjaya membuktikan yang dia adalah seorang yang sangat sangat sangat penakut. Cakap depan walaun je berani.


Tahniah penyokong PN sebab ada pemimpin pengecut macam Fayhsal ni. Malah bukan dia je, tapi dari semua pemimpin PN tak sorang pun yang berani.


Kalau setakat masuk podcast dah kecut, apa lagi bila berdepan masyarakat antarabangsa? Sebab tu la puak PN ni tak layak jadi pemimpin negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.MP Palatao Wan Ahmad Fayhsal berjaya membuktikan yang dia adalah seorang yang sangat sangat sangat penakut. Cakap depan walaun je berani.


Tahniah penyokong PN sebab ada pemimpin pengecut macam Fayhsal ni. Malah bukan dia je, tapi dari semua pemimpin PN tak sorang pun yang berani.


Kalau setakat masuk podcast dah kecut, apa lagi bila berdepan masyarakat antarabangsa? Sebab tu la puak PN ni tak layak jadi pemimpin negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SAPA LA NAK JATUHKAN BANG. KECUALI ORANG DALAM


 

AKIBAT MAKAN NASI DENGAN AIR OREN



 

YB YEO BEE YIN SUMBANG BANTUAN MEWANGAN MEPADA SEKOLAH. YB LAIN PATUT RASA MALU.


 

PMX MENGADAKAN MESYUARAT PRA MAJLIA EKONOMI BUMIPUTERA








 Petang tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera yang turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri yang berkaitan serta beberapa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan.


Mesyuarat mendengar taklimat dan menyinggung kedudukan serta cabaran semasa dan akan datang terkait pembangunan ekonomi Bumiputera. 


Antara lain, saya tekankan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional dan perlu sentiasa didasari tatakelola yang jelas. Syarikat Berkaitan Kerajaan perlu terus komited memainkan peranan dalam menyokong agenda nasional ini. 


Mesyuarat turut membincangkan mengenai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024. 


KEB 2024 bertujuan membantu Kerajaan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu serta penambahbaikan agenda Bumiputera yang adil, saksama dan inklusif.


Mesyuarat turut mendengar pandangan awal yang dibentangkan oleh Pengerusi-pengerusi kluster sesi libat urus yang telah ditubuhkan bagi tujuan KEB 2024. Banyak isu di lapangan dan cadangan bernas yang dilontarkan. 


Saya menyambut baik kerjasama strategik yang diwujudkan dan menekankan kepentingan penyelarasan antara kementerian dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.


#MalaysiaMADANI



DAIM Kepanasan MAHATHIR Koyak Rabak

 

DAIM Kepanasan MAHATHIR Koyak Rabak 






Zuwairi Md Yusof


Selepas menyoal siasat NAIMAH dan anak2 kini SPRM akan memanggil DAIM ZAINUDDIN pula untuk soal siasat berhubung penglibatan dia dan BFF dia si TAN SRI ROBERT TAN HUA mengenai kontrak RM 4.5 BILLION antara kerajaan dulu dengan SPANCO.

Terlalu banyak rasuah dan salah guna kuasa melibatkan tukang cuci wang MADEY bernama DAIM ini.Semuanya akan di telanjangkan untuk tontotan anda semua.MADEY sampai koyak rabak buat sidang media hari ini,kehkehkeh.Baru cuit MIRZAN ja belum lagi jentik MOKHZANI,MUKHRIZ dan MARINA mahu masuk IJN nanti MADEY dan konco2 penyamun dia,huhuhu



TANYALAH USTAZ. KALAU TAK JUGA, AZAN KAT SEKUTU MEREKA.


 Che Ibrahim.

 Apa hukum anak pembesar melayu pelihara/tidur dengan anjing, adakah haram serupa tidur dengan teddy bear juga????



CADANGAN YANG TIDAK CERDIK

 Masalah terpaling Palestine, sampai sanggup kata kerja KFC tu haram.




Inilah jenis ghuluw bila berbeza pendapat. Suka-suka aje suruh kerajaan Malaysia paksa tak payah bayar royalti ke KFC, dia tak tahu ke KFC Malaysia under QSR brand (Johor Corp Bhd) . Pastu nak suh QSR kena saman ke apa? 


Lepas tu senang-senang aje nak suruh cari kerja lain, biasa yang kerja fastfood ini sebab tak dapat cari kerja office hours, saya dulu pernah kerja dominos lepas grad diploma sebab tak dapat kerja bersesuaian, memang penat kadang2 sampai 12 jam shift kalau tak cukup orang. Habis tu kalau berhenti kerja fastfood, nak suruh kerja gig economy macam rider, nak bagi tambah pool rider yang sudah tepu?


Kadang2 jenis yang tak ada empati ni susah nak bawa berbincang, tulis pakai main sedap tangan aje. Tak fikir tentang orang lain. 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10161086940662145&id=588217144&mibextid=Nif5oz


PENAKUT JUGA RUPANYA.... SEMBANG JUGA



Rafizi Ramli


 Walaupun pejabat saya telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN yang berpotensi untuk membakar saya dalam podcast YBM, sehingga kini semuanya telah menolak. 


Selain dari YB Viral, senarai pemimpin dan aktivis maya PN yang tidak berani bersemuka termasuklah YB Wan Fayhsal (AP Machang), YB Pendang, Solisidtor, Hawa Yaakob dan Sufi Kamari. Saya tidak akan putus asa dan akan terus menghubungi lebih ramai pemimpin dan aktivis maya PN untuk menyahut cabaran membakar saya secara langsung. Jangan hanya berani mengkritik di belakang tetapi tidak berani memberi pandangan membina di depan.


Ada dari kalangan bekas pemimpin PH yang menawarkan diri. Perkara ini diambil kesempatan oleh aktivis maya PN untuk mengelak, kononnya saya tidak berani bersemuka dengan individu tertentu.


Matlamat podcast YBM ialah memberi keutamaan kepada penyokong dan pemimpin PN untuk bersemuka, supaya rakyat dapat menilai sendiri hujah kerajaan berbanding pembangkang. Pemimpin PH (atau bekas pemimpin pun) memang sudah ada peluang untuk menyampaikan pandangan kepada saya, sama ada melalui saluran kerajaan atau parti. Ada yang memang sudah ada saluran sendiri pun untuk menyampaikan kepada rakyat. Mengisi ruang di podcast YBM samalah seperti memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk mengalihkan isu dengan mengapi-apikan sesama PH.


Jadi, saya akan berpegang kepada matlamat utama podcast YBM; iaitu memberi ruang kepada mereka yang membangkang, atau kritikal kepada pendekatan kerajaan.


Oleh kerana setakat ini belum ada pemimpin atau penyokong PN yang berani tampil, kami buka juga kepada individu lain. Mereka bukan pembangkang, tetapi ada kecenderungan kritikal dan cynical dengan kerajaan.


Dr Barjoyai Bardai ialah seorang ahli akademik di universiti swasta yang banyak juga mengkritik saya dan pendekatan kerajaan sebelum ini. Semasa debat antara saya dan Ahli Parlimen Bachok, beliau dilambung oleh penyokong PN sebagai bukti yang pandangan saya ditolak oleh seorang ahli akademik. 


Malam ini beliau akan mengkritik dan membakar saya secara berdepan. Jangan lupa ikuti sesi membakar malam ini bermula jam 8 malam di semua saluran media sosial – Facebook, Spotify, Youtube, X dan Tiktok.



OWHHH... NAIK JUGA




 Hmph... Kedah dah naik, Kelantan pun dah naik. Aku ingat Terengganu ni negeri berkebajikan, yang utama nasib rakyat, tak zalim lagipun diperintah oleh orang yang walaun kata layak jadi PM, tak naik la tarif air.


Rupanya sama je. Cuma naik tak sebanyak Kelantan la. Kira Terengganu lagi ok la. Bekalan yang lebih baik, kenaikan pula rendah. Cuma sayangnya Terengganu ni MB bukan dari kalangan ulama. Itu je dia punya slack.


Aku tak kritik kebaikan tarif air ni. Cuma aku harapkan walaun yang sibuk hina dan fitnah kerajaan terutama DS Anwar agar buka mata dan insaf. Kalau tak nak insaf, sila kecam pemimpin korang macam korang kecam kerajaan hari tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


8 OGOS 2023 PMX DAH JUMPA MEREKA









"Kami nak minimum order 7 ringgit"


PMX tanya "sekarang berapa ringgit?"


"Mula-mula 7 ringgit, lepas tu 6 ringgit, 5 ringgit, sekarang 4 ringgit"


Ada sebab kenapa orang kata knowledge is power. 


Nak faham benda ini kita kena tengok financial report sesebuah syarikat, sedangkan laporan terkini untuk suku ke 3, GRAB masih lagi rugi sebanyak 99M USD, menurun dari 71% daripada 2022 YoY 342M. Ini penting sebab kita nak fahamkan pattern dan trend kewangan sesebuah syarikat.


Dan bukti insentif rider di kurangkan pun ada tulis "Partner incentives" 17% daripada 199M ke 165M. Sama juga dengan insentif pelanggan 22% daripada 277M ke 216M.


Sebab utama dia mudah, trend pengguna dah berbeza dengan zaman pandemik. Zaman pandemik orang tak boleh keluar dan rely dengan rider. Kalau ikut pattern laporan kewangan yang sama, insentif akan terus menurun untuk syarikat recover dari rugi kepada untung. ( baca tokey balak pun boleh jual ranting kalau terus bagi insentfi tak tentu hala) 


Nak bagi insentif untuk pakai duit, jadi mereka upfront benda ini untuk market share yang lebih besar. Strategi marketing "penetration pricing" ini sering digunakan oleh syarikat besar untuk menarik pelanggan dengan cepat dan melangkah tapak baru di pasaran, walaupun ia bermakna beroperasi pada kerugian pada awalnya. 


Itu yang Nazir Hamdan tulis cash burn phase. Market share pula boleh tengok dekat MTU (Monthly Transacting Users) yang mana masih lagi growing sebanyak 7%. 


Tapi dalam setiap market pasti akan ada tahap tepu, bila dah sampai tahap tepu, syarikat kena buat cost saving atau venture into new market untuk maintain profit. Kalau anda lihat, Grab dah masuk dalam area digital banking dan juga supermarket jaya grocer untuk diversify portfolio mereka. 


Lepas tu ada yang sindir kata bila PMX kata beri saya masa seminggu. In fact 8 Ogos 2023, PMX sudah berjumpa dan suarakan keluhan penghantar seperti yang di janji. Lepas itu takkan expect PMX boleh paksa syarikat swasta naikkan harga upah sesuka hati, negara kita ada undang-undang. Nak paksa mereka naikkan upah atas akta apa? Akta Pekerja 1955 sekarang pun tak cover pekerja gig ekonomi. 


Kalau kerajaan nak masuk campur, kena bagi subsidi juga, jadi subsidi itu nak dapat duit dari mana? Bagi pendapat saya lebih sesuai kerajaan bagi subsidi upah untuk syarikat swasta naikkan gaji perkerja mahir, ataupun skim IPR vending machine, itu lebih berbaloi untuk masa hadapan.


Lagi satu bila Grab dah pegang market share, mereka akan jadi monopoli, sebab itu mana-mana pesaing susah nak lawan. Kalau Grab nak naikkan juga insentif penghantar, pelanggan yang kena absorb kenaikan harga. Contoh bila dah monopoli semua vendor ada dalam sistem mereka, Kedai Nasi Ayam Madu XYZ contohnya, kalau pelanggan pakai aplikasi pesaing mereka takkan jumpa sebab mereka hanya ada dalam Grab. Vendor pun biasa malas nak maintain 3-4 terminal pembayaran, lagipun mereka akan pakai sistem yang mana base user lebih besar. 


Kesimpulannya Gig ekonomi sepatutnya jadi pekerjaan sementara tapi ada sesetengah pihak buat jadi kerjaya, sampai ada yang tak nak sambung belajar sebab boleh kerja jadi rider. Ini tak ada masalah sebab market bertindak dengan demand dan supply, tapi kena faham risiko bekerja dengan gig ekonomi. Bagi pendapat saya, sesiapa yang ada kelulusan perlu cari kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran sebab kita masih lagi kekurangan pekerja mahir. Usaha, tawakkal dan doa, insyallah akan ada jalan keluar.




LUMAYAN... PATUT LA

 

Gaji penyampai radio sebulan ye.

Ibu Fauziah dah tolong jawap kan tu.

K.kin ingat 40k sahaja rupanya cecah sampai 150k sebulan.


Mantap amat😝





FUHHH... ADA GAK YA... SAKAW


 Dengar cerita kat Pulau Duyung Terengganu?  Salam 40-0 😂




KNOCK.. KNOCK.... KNOCK...



           Zunar cartoonist fan club.