RAKYAT PERLUKAN TANAH, SELANGOR NAK RAMPAS TANAH KERANA PEMBAKARAN.

Selangor rampas tanah pemilik lakukan pembakaran terbuka, kata MB.Lagi tindakan yang kurang wajar.Di ketika rakyat perlukan tanah kerajaan negeri mahu merampas tanah.Sedangkan denda kesalahan dari asap kilang tidak dikuatkuasa dengan ketat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengeluarkan senarai tanah yang dirampas melalui kenyataan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengeluarkan senarai tanah yang dirampas melalui kenyataan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2014.Selangor bertindak tegas menghalang pembakaran terbuka termasuk merampas tanah daripada pemilik jika didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka secara berterusan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mula mengeluarkan surat rampasan tanah kepada beberapa pemilik tanah di sekitar kawasan Klang dan Hulu Langat.

"Jika didapati pembakaran terbuka berleluasa dan sentiasa berlaku di tempat tertentu, proses kerajaan negeri akan lakukan ialah rampas tanah tersebut dan proses rampas tanah sedang berjalan.

"Borang perampasan tanah dah dikeluarkan. Senarainya saya akan keluarkan melalui kenyataan media nanti," katanya pada satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.
  Namun katanya, beberapa syarat dan peringkat perlu dipatuhi kerajaan negeri termasuk mengeluarkan surat amaran sebelum bertindak merampas tanah.

"Ini kerana tuan tanah adalah mereka yang bertanggungjawab menjaga tanah mereka," katanya.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini mencatatkan Pelabuhan Klang dan Putrajaya berada di paras paling tinggi setakat jam 5 pagi tadi iaitu 113.

Menurut laporan daripada laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang mencapai tahap IPU tidak sihat adalah Banting, 112; Shah Alam, 106; dan Petaling Jaya, 104.
Manakala di Kuala Lumpur, bacaan IPU pada tahap tidak sihat dicatatkan di Cheras, 107 dan Batu Muda Kuala Lumpur, 101.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 19 Jun lalu mengisytiharkan Selangor, Melaka dan Johor, sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan berkata, larangan itu dibuat mengikut Seksyen 29 A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling, pindaan 2001.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala mereka yang terlibat juga boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Namun, larangan itu tidak melibatkan upacara pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar. – 25 Jun, 2014.