IRAN GAK BAGIBPINGAT APA.

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-55 hari ini.



Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



KHABIB PELAWA JOJO BERLATIH BERSAMA BELIAU

 

Bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.



"Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews


BAWA LAH LAGI MUSIBAT.

 

W. Faudzin


Aku banyak kali pesan...jangan bawa mamat musibat tu datang kempen...nanti kena telanjang lagi macam kat Nenggiri.  Tengok, terbaru dia fitnah bodoh kononnya rombongan umno ke china untuk belajar politik komunis.  Pastu fitnah calon Bn kat Mahkota tu ada rekod polis nak bgtahu calon tersebut adalah penjenayah.  Dia ingat rakyat Johor bodoh macam walaun?



BILA KALAH GUNA FITNAG PULA.

 

Bila tak boleh terima kekalahan, dia buat firman pula.




Gambar pertama adalah apa yang PN sebarkan untuk fitnah kononnya 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮.


Ada seorang pengguna X yang menggunakan nama 𝗧𝗼𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 (@𝘛𝘰𝘬𝘗𝘦𝘳𝘢𝘬8) cari video asal di TikTok dan ternyata is fitnah.


Yang sebenarnya seperti apa yang tertera di Gambar 2. Buruk benar perangai PN. Fitnah dah menjadi darah daging mereka.


Khabarnya pemilik akaun akan buat 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵 polis. Harap ada tindakan terhadap 𝗮𝗴𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 yang mulakan fitnah ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


7 WATAK AGAMAWAN ZAMAN INI

DZULKARNAIN ABIDIN


7 WATAK "AGAMAWAN" ZAMAN SEKARANG


1. Berbeza pandangan, nak menang.

2. Makan, harap orang belanja.

3. Depan orang, tunjuk baik.

4. Buka pondok, kutip derma.

5. Bagi kuliah, buat lawak bodoh.

6. Depan nama, letak datuk palsu.

7. Pendapat orang, tak pernah terima.


Hangpa nak tambah jadi 8, 18, 80... hangpa punya pasal. Aku tak mau campoq. 


Sebab, semakin hari aku semakin malu (dan meluat) dengan watak, perangai dan kelaku agamawan.


Agamawan Aswaja ka, Wahabi ka, serupa saja. Dua kali lima.



MAJLIS ILMU MADANI

 

Alhamdulillah majlis-majlis seperti ini wujud dan meriah di negara luar seperti di Turki dan Timur Tengah. 




Namun asbab ikhtiar para pencinta Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم di negara kita, maka akan wujud majlis ini di negara tercinta. Allahu akbar 


Majlis ini merupakan majlis yang sangat berkat, akan menarik rahmat Allah ta’ala khususnya ke bumi Malaysia dan insyallah akan dihadiri oleh kibar ulama dari luar negara dan dalam negara. 


Jom kosongkan jadual kita, insyallah ianya akan bermula 10-20 November 2024. 


Semoga Allah Ta’ala pilih kita semua untuk mengambil bahagian dalam majlis ini. Allahuma amin


Updated : Senarai list ulama jemputan ditarik balik kerana ada perubahan kepada ulama jemputan.



KERAJAAN KELANTAN PERLU BUAT KEPUTUSAN



Perletakan jawatan penghulu di mukim Dewan Beta Kota Bharu dan seretak dengan perobohan pejabat penghulu membawa mesej tersendiri dan memberi implikasi kepada parti menerintah di negeri itu hari ini.


Tidak ada kenyataan rasmi oleh penghulu berkenaan tetapi video perobohan pejabat itu sesuatu memalukan. Jika tidak ada perkara besar berlaku tidak mungkin proses perobohan itu diviralkan.


Apabila diviralkan dan prrobohannya mrnggunakan jentolak tentu ia membawa maksud tertentu dan dalam hal ini adalah sindiran dan kecaman kepada kerajaan Kelantan.


Apa yang dijadikan alasan tindakan  itu kerana suara rakyat tidak dipedulikan. Ini boleh diambil pengertian bahawa rakyat di kawasan berkenaan tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan hari ini.


Sebenanya walaupun isu di Beta itu isu terpencil tetapi itulah hakikat yang berlaku di Kelantan hari ini. Pihak berkuasa atau agensi kerajaan tidak mampu untuk memenuhi kehendak rakyat termasuk menguruskan infastraktur tempatan.


Apa boleb dibayangkan penghulu yang letak jawatan itu mungkin sudah tidak sanggup berhadapan dengan rakyat yang memerlukan perhatian termasuk sumbangan daripada kerajaan tetapi tidak dipenuhi oleh wakil rakyat disitu.


Jadi sebagai alternatif dia meletak jawatan sebagai jalan keluar daripada diasak oleh rakyat yang mahu bantuan dan tidak mahu pusing kepala.


Fenomena ini jika dibiarkan ia merbahaya kepada kerajaan Kelantan hari ini. Apa yang berlaku di Beta itu boleh jadi ikutan kepada penghulu mukim lain pula selepas ini.


Justeru sesuatu tindakan penyelesaian perlu diatasi segera bagi mengelak lebih banyak penghulu letak jawatan dan perobohan pejabat berlaku. 


Dan jika perkara itu berlaku kerana masalah ketidak mampuan dari segi kewangan elok kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk bergabung atau menyokong penuh kerajaan Madani kini. Trims.