DSAI DI PROGRAM FREEPALESTINE

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Palestin terus mencabar kita untuk mencari solusi kepada konflik ini sejak Pengisytiharan Balfour 1948 hingga ke hari ini, dan ternyata penderitaan yang dialami warga Palestin adalah kesan dari kerakusan dan kebobrokan imperialisme Barat.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, perkahwinan dan dalaman
Saya menyeru kepada semua kerajaan di dunia bahawa ‘politics of dispossession’ terutamanya di Palestin mesti dihentikan segera dengan kesedaran moral yang jelas menentang ketidakadilan.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri

Pemahaman Perlembagaan UMNO dan kuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam isu pemecatan keahlian UMNO..


Tulisan Datuk Zaharin Mohd Yasin atau Sang Kelembai.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggunakan kuasa tanpa ada Fasal dalam Perlembagaan UMNO kuasa memecat keahlian Ahli UMNO tanpa melalui proses Lembaga Disiplin. Dimana kuasa memecat keahlian dalam bidang kuasa Ahli Lembaga Disiplin UMNO.

2. Kebanyakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa Perlembagaan UMNO juga ada fasal fasal saperti mana Perlembagaan Negara ia itu pengasingan kuasa. Yang terdiri dari Legislatif, Eksekutif dan Judisiari.

3. Perlembagaan UMNO juga meletakkan Legislatif di tangan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO.Eksekutif di tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Judisiari di Lembaga Disiplin.

4. Dalam Perlembagaan UMNO fasal 10-Tanggungjawab Majlis Tertinggi tidak ada satu ayat pun ada menyebut kuasa MKT memecat keahlian UMNO. Melainkan satelah dirujuk kepada Lembaga Disiplin yang telah memutuskan seorang ahli UMNO itu dihukum dengan dipecat keahliannya, digantung atau di beri amaran.

5. Banyak ahli UMNO tersalah tafsir bidang kuasa Fasal 10.6 yang ada menyebut menggantung atau melucutkan keahlian sesaorang ahli UMNO.

6. Fasal 10.6 berkaitan dengan Fasal 5.7 yang memberi keputusan muktamad taraf pendaftaran keahlian seorang ahli yang tidak diambil tindakan disiplin saperti bertanding pilihanraya, menyertai parti lain atau ahli tidak aktif dan ahli meninggal dunia.

7. Fasal 10.9 bidang kuasa MKT melucutkan jawatan saorang ahli dalam Badan Perhubungan, UMNO Bahagian dan Cawangan jika seorang ahli itu melanggar Akta Pertubuhan, tidak siuman dan hukuman Mahkamah denda 2 ribu dan penjara tidak kurang satu tahun.

8. Kesimpulannya tidak ada satu peruntukan Fasal 10 dalam fasal tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi yang ada kuasa memecat keahlian dan melucutkan jawatan sesaorang ahli tanpa dirujuk kepada Lembaga Disiplin.

9. Jika digunakan Fasal 10.15 MKT boleh membuat keputusan parti bagi kesempurnaan perjalanan parti dalam keputusan memecat keahlian seorang ahli UMNO tidak terpakai.

10. Sebagai seorang yang memahami Perlembagaan UMNO, keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO saya kira sebagai ultra vires atau melampau kuasa Majlis Kerja Tinggi, dimana keputusan itu tidak bersandarkan kepada sebarang fasal dibawah Fasal 10, Majlis Kerja Tertinggi ada kuasa memecat keahlian UMNO tanpa melalui proses Fasal 20-Disiplin.

11. Majlis Kerja Tertinggi mesti memahami Asas dan Tujuan UMNO yang tertulis dibawah Fasal 3 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang terkandung Hak Asasi Rakyat Malaysia.

12. Agak pelik jika UMNO sendiri tidak mematuhi hak yang di jamin oleh Perlembagaan dalam pertubuhannya sendiri.

13. Apa yang dilihat orang anak muda dan orang diluar UMNO. Bahawa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.. dia bertindak sebagai Pendakwa Raya. Juga bertindak sebagai Hakim. Dan menjatuhkan hukuman tanpa yang dijatuhkan hukuman tidak tahu apa tuduhan. Tidak hadir perbicaraan dan tidak pula disebut ada hak merayu.

14. Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sama saperti zaman Presiden Soekarno yang membungkam musuh politiknya melalui MAHMILUB@mahkamah militer luar biasa di mana menghukum orang yang kena tuduh tidak hadir dalam perbicaraan.

15.Apa pun MKT mesti berfikir waras dan melihat keputusan itu melalui komsep ROI@return of investment. Dimana untung dan rugi pemecatan Lokman Noor Adam.
16. Semoga tulisan 'menyekolahkan' Majlis Kerja Tertinggi akan membuka tempurung yang menutup kepala mereka untuk berfikir.

Di Tulis oleh Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 10,2020





BERGAMBAR : PERSIDANGAN "3rd Conference of The League of Parliamentarians for Al-Quds” BERSAMA DSAI



SAIFUDDIN NASUTION

Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang berdiri, orang duduk, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 17 orang, orang berdiri dan dalaman

Alhamdulillah, hari ini persidangan antarabangsa "3rd Conference of The League of Parliamentarians for Al-Quds” diakhiri dengan makan malam yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri

Dalam 2 hari ini, ratusan ahli-ahli Parlimen dari seluruh dunia telah berkumpul di Malaysia bagi menentang kezaliman yang berlaku di Palestine di mana tanah umat Islam dirampas, kota suci ditakluk dan rakyat Palestine dihalau keluar dari tanah nenek moyang mereka.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang
Dalam ucapan saya, saya telah menyuarakan penghargaan kepada para hadirin daripada seluruh dunia yang telah berjalan jauh serta ada yang mengambil penerbangan lebih 20 jam bagi menyumbang kepada usaha menegakkan keadilan dan mempertahankan hak asasi manusia.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang duduk, orang makan, meja, kanak-kanak dan dalaman
Selain itu, saya juga menegaskan bahawa Malaysia sedia mainkan peranan membantu Palestine membina kekuatan dan kapasiti strategik terutamanya dalam segi pemindahan kemahiran serta menawarkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan dan pembinaan rangkaian.
Imej mungkin mengandungi: 32 orang, orang berdiri dan dalaman
Semoga benih yang disemai dalam persidangan tahun ini akan berjaya membuahkan hasil dan kerjasama antarabangsa yang efektif dalam perjuangan membebaskan rakyat Palestine daripada penindasan dapat dijalin.
Imej mungkin mengandungi: 35 orang, orang berdiri dan orang ramai


GAMBAR MENJELASKAN SEGALANYA

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, teks mungkin yang mengatakan 'M WA NWARMER time hangpa kutuk kami time hangpa pulak kena kutuk nape... koyak ke bang?? kehkehkeh'

ISU 6 KOTAK EZAM- BIAR SAYA JELASKAN-HAMDAN TAHA


Isu kotak saudara Ezam Mohd Noor dan pemuda keadilan tahun 99 -2001
Saya tolong jawap lah ye walaupun sudah berkali kali di jawap perkara ini,saya terpanggil tolong jawap kerana saya antara orang yang terlibat perkara ini.

Isu nya apa 6 kotak itu...isunya adalah bahan bukti rasuah menteri menteri dan anak anak perdana menteri yang telah di siasat oleh BPR ketika itu di tahun 1998.

Antara yang di dedahkan di dalam kotak tersebut ialah kes rasuah yang melibatkan Rafidah Aziz menteri kerajaan umno ketika itu.

Kes Rahim Tamby Chik dan kes Mirzan yang terlibat di dalam menyelamatkan syarikat beliau di jual ke Petronas dan kes Perwaja. Kes Perwaja ini juga saya bangkitkan dalam perhimpunan agung pemuda tahun 98.

Setelah Sdr Ezam dan pemuda keadilan ketika itu membuat kenyataan dan tunjuk bukti dokumen rasuah yang ada lapuran BPR apa yang terjadi,Ezam dan 6 lagi kami di pemuda keadilan di tahan oleh pihak polis di bawah umno dan Dr M. Termasuk lah saya,rumah kami di geledah untuk mencari bahan bukti lain.

Kes yang kami dedahkan tidak di siasat langsung,sebaliknya kami di siasat. Ada di antara kami ditahan di dalam lokap dan di bawa ke mahkamah selepas beberapa hari.
Ezam pula selepas di bebaskan beliau jelajah dan terus dedahkan penyelewengan menteri menteri dan anak perdana menteri Dr M bersama saya juga terlibat.

Akhirnya beliau dah 10 orang dari kami di tahan di bawah ISA atas isu pendedahan rasuah tersebut atau isu 6 kotak tersebut.
Rumah di geledah untuk kali ke dua dan mereka mengambil semua bahan bukti tersebut. Ezam di bicarakan di atas OSA kerana mendedahkan bahan rahsia kerajaan walaupun bahan rahsia itu ialah dokumen rasuah para menteri.

Beliau di penjarakan dua tahun di penjara Kajang,beliau adalah orang pertama di Malaysia yang di dakwa dan di penjara dalam kes OSA atau pendedahan 6 kotak tersebut,selepas beliau belum ada lagi di penjara dalam kes OSA kerana Rafizi telah di bebaskan jika tidak Rafizi orang kedua.

Jadi jika ada yang masih bertanya dan bermain dengan isu itu adalah hanya sekadar menghina dan tidak betul betul ambil kira isu tersebut. Kerana 6 kotak itu telah pun di ambil pihak polis dan sebahagiannya telah pun di dedahkan. Tapi kerajaan ketika itu PM ialah Dr M tidak membenarkan perkara itu berlaku dan penjarakan siapa sahaja yang mendedahkannya.

Isunya di sini orang yang bertanya tetang isu 6 kotak itu benar benar faham ke isu itu. Apa jasa orang orang yang bertanya itu dalam memperjuangkan isu rasuah di dalam negara Malaysia ni. 

Apa kah sumbangan pihak yang bertanya itu dalam menegur pemimpin mereka dalam isu rasuah. Kami yang terlibat sekurang kurangnya berani berlawan ketika di dalam umno dan di luar umno.

Saya sendiri berani mempersoalkan isu Perwaja dan isu Mas di dalam perhimpunan agung umno sehingga membawa pemecatan saya. Jadi kadang kadang orang yang banyak mempersoalkan isu kotak itu berkata kata hanya sifat hati yang mahu menghina sahaja bukan kerana memahami isu.

Yang menariknya mereka yang banyak fail rasuah itu sekarang berada di dalam BERSATU . Dan mereka yang ada fail baru pula semua ada di dalam umno. Apa yang nak saya sampaikan ialah 6 kota itu seperti isu 1MDB lah juga. Masa itu bila orang PH dedahkan maka umno gunakan akta yang sama OSA sehingga Najib mendakwa Rafizi Ramli dalam kes yang sama sahaja seperti isu 6 kotak.

Latifah koya ketua pengarah SPRM  sekarang mendedahkan semua yang ada dalam kotak SPRM  kepada masyarakat termasuk audio Najib dan Rosmah. Kerana dia kerajaan dan Najib sudah tidak berkuasa maka tidak lah Latifa itu di dakwa. Cuba Najib PM dan Latifa dedahkan secara terbuka audio Najib....apa akan jadi pada Latifa agaknya masa itu....sudah tentu di tangkap...

Itu sebab saya benci Polis dan SPRM yang berpangkat di Malaysia ini. Mereka bukan mencari kebenaran tapi hanya lalat dan najis kepada siapa PM. Boleh kah kita bayangkan jika penganti Tun M nanti ambil tindakan kepada Tun M  dan keluarga ??.

Sudah pasti masa itu SPRM  dan Polis akan buat kenyataan kami ada bukti Tun M dan keluarganya  mempunyai kekayaan melampau batas dan ada terlibat salah laku. Jika itu berlaku bukan lagi 6 kotak tapi ada ribuan kotak.

Terima kasih
Hamdan Taha
*gambar sekadar hiasan



BURUKNYA PERANGAI MAHATHIR, SIKAP BAIK HATI ANWAR TAK DIHARGAI TAPI KERJA JAHAT PAS YANG DIALU-ALUKANNYA



Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen, Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh diperolehi bakal penggantinya di Dewan Rakyat.

Katanya, walaupun beliau berjanji dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, kuasa muktamad akhirnya terletak kepada Parlimen.

“Korner baring” kenyataan Tun Mahathir itu dengan jelas membuktikan beliau berhasrat ingin berkuasa dengan lebih lama dan memungkiri janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya sejak sebelum PRU14 lagi.

Hari ini pula, apabila ditanya wartawan mengenai usul percaya yang bakal dibawa Pas itu, Tun Mahathir dengan rasa gembira yang tidak terselindung, mengucapkan terima kasih kepada “parti Islam yang tidak berwatak islam” itu.

Menurut Tun Mahathir, walaupun tidak tahu menahu mengenai usul itu, beliau tetap mengalu-alukannya.

“Saya tidak tahu apa yang akan mereka (PAS) lakukan.

“Saya sudah menjadi Perdana Menteri. Jika mereka mahu menyokong saya, terima kasihlah,” katanya ringkas.

Benarkah Tun Mahathir tidak tahu menahu mengenai usul Pas itu?

Tidak mungkinkan tindakan Pas membawa usul percaya itu merupakan perkara yang dirancangnya bersama parti Islam itu?

Bukankah beliau beberapa kali berjumpa dengan pemimpin Pas sebelum ini?

Jika tidak tahu menahu, mengapa rentetan peristiwa yang berlaku seolah-olah diatur dengan sempurna?

Dari segi logiknya, sebagai parti pembangkang, Pas sepatutnya mengemukan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan bukannya usul undi percaya.
Usul percaya sebaliknya mesti dikemukakan oleh parti kerajaan yang sedang mendokong Perdana Menteri apabila terdapat sesuatu keadaan yang menyebabkan kerajaan tidak stabil atau kedudukan ketua kerajaan dipertikaikan oleh pembangkang.

Tetapi, apa yang berlaku sekarang memperlihatkan keadaan jadi terbalik kerana pembangkang yang beria-ia memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam hal ini, harus difahami tujuan Pas membawa usul percaya itu hanyalah untuk memecah-belah dan memporak-perandakan PH menjelang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.

Sebaik saja usul percaya itu berjaya dibentangkan, maka disitulah bermulanya PH akan berpecah di mana Pas yang bekerjasama dengan UMNO percaya hanya dengan cara itu mereka lebih mempunyai harapan untuk menumbangkan kerajaan dalam PRU akan datang.

Mesti difahami, Pas hanyalah menyokong Tun Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan ia adalah semata-mata kerana parti itu takut, dengki dan iri hati kepada Anwar yang bakal menjadi pengganti selepas itu.

Walhal, kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui oleh PH dan tidak perlu campurtangan pihak luar mengenainya.

Selepas usul itu diluluskan dan PH berpecah kerana dengan sendirinya janji peralihan kuasa terbarai,!Pas akan tetap meneruskan kerjasamanya dengan UMNO untuk mengalahkan PH dalam PRU akan datang.
Dalam keadaan PH yang sudah berpecah, sudah tentulah Pas yang bekerjasama dengan UMNO dan BN mempunyai peluang lebih baik memenangi PRU15 nanti.

Maka, adalah teramat bodoh jika PH, khususnya Tun Mahathir terpedaya dengan permainan politik jahat Pas yang berselindung di sebalik agama itu.

Selain itu, tindakan Tun Mahathir mahu menyerahkan kepada Parlimen berhubung perlantikan Perdana Menteri selepasnya dan berterima kasih kepada Pas berkaitan usul undi percaya yang mahu dibentangkannya adalah jelas menunjukkan beliau tidak menghagai sikap baik hati dan tolak ansur Anwar dalam soal peralihan kuasa.

Meskipun sebelum ini telah dijanjikan dengan kata-kata Tun Mahathir akan menyerahkan kuasa kepadanya dalam tempoh dua tahun dan kemudian Perdana Menteri meminta lanjutan enam bulan lagi sehingga Sidang Apec pada November, Anwar secara terbuka telah menunjukkan sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaan itu.

Kata Anwar, kalau beliau boleh menunggu selama 20 tahun, apalah sangat dengan tempoh enam bulan itu.

Tetapi, apakah reaksi Tun Mahathir terhadap sikap baik hati Anwar itu?

Beliau bukan saja memberi dalih baru dalam soal peralihan kuasa dengan mengatakan kedudukan Anwar sebagai penggantinya bakal ditentukan oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen, malah mengalu-alukan usul undi percaya Pas yang mahukannya kekal sehingga habis penggal.

Sikap dan perangai Tun Mahathir itu jelas membuktikan beliau mahu memungkiri janji peralihan kuasa dan ingin kekal bertakhta di singgahsana jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Perangai buruk Tun Mahathir ini menunjukkan beliau sudah lupa akan jasa dan pengorbanan Anwar serta keluarganya sehingga beliau dapat diterima dengan baik oleh PH dan seterusnya berjaya beroleh kedudukan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Bolehkah manusia seperti ini terus kita sokong lagi? (ShahbudinHusin 10/02/2020)



SIAPA DI SEBALIK MALAYA POST?




Berita Awani memetik temubual TDM dengan The Malaya Post ke dalam siaran mereka.




The Malaya Post sebenarnya dibiayai oleh Tun Daim Zainuddin?. Adakah benar ianya dibiayai Daim Zainuddin?? Temubual dengan TDM dilakukan oleh Nik Suryani isteri Saiful Bukhari.






SIAP SEDIA LEBAI...ADA YANG NAK KENA SAMAN.

Ibrahim Mat Isa





Punggah... 😁😁😂😂
Kita tengok siapa yang kena..

PERANGAI MAHATHIR TERBUKTI BERBEZA DENGAN DASAR PANDANG KE TIMUR YANG DIPERKENALKANNYA



Semakin dekat tibanya bulan Mei, Tun Mahathir Mohamad kian menampakkan petunjuk yang jelas ke arah mahu memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini beliau hanya selalu berdolak-dalik berkenaan bila mahu melakukan peralihan kuasa, kini beliau membayangkan akan membiarkan Parlimen membuat penentuannya pula.

Perkembangan ini dengan sendirinya memperlihatkan Tun Mahathir tidak mahu isu peralihan kuasa itu diputuskan oleh Majlis Presiden, walaupun itulah yang sepatutnya.

Soal peralihan kuasa sebenarnya adalah isu dalaman PH yang tidak perlu sama sekali melibatkan Parlimen.

Ini kerana banyak peralihan kuasa sebelum ini, misalnya daripada Tun Abdullah Badawi kepada Najib Razak pada 2009, daripada Tun Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi pada 2003 dan daripada Tun Hussein Onn kepada Tun Mahathir pada 1981, tidak pun melibatkan Parlimen, sebaliknya hanya melalui serah kuasa yang diumumkan tarikhnya saja.

Jadi, mengapa pula sekarang Tun Mahathir mahu melibatkan Parlimen sebelum mahu melakukan peralihan kuasa kepada Anwar?

Apakah majoriti sedia ada yang dimiliki oleh PH di Parlimen sehingga berjaya membentuk kerajaan tidak cukup lagi sebagai bukti?

Yang lebih penting daripada itu, soal peralihan kuasa ini adalah suatu janji yang bukan saja sudah terikat dalam PH, tetapi juga janji yang telah diberitahu kepada rakyat sejak kempen PRU14 lagi.

Kenapa tiba-tiba sekarang mahu memungkirinya?

Tidakkah Tun Mahathir sedar bahawa memungkiri janji adalah perbuatan terkutuk dalam Islam yang boleh menyulitkan laluan seseorang menuju ke syurga?

Apakah Tun Mahathir mahu kehidupan abadinya nanti berada di tempat lain selain syurga?

Tidak saja dalam agama, bahkan dalam kehidupan masyarakat dunia mana sekali pun, berpegang kepada janji adalah disiplin kehidupan yang sangat penting untuk dipegang serta diamalkan.

Dalam masyarakat Jepun dan Korea contohnya, mereka sangat berpegang kepada janji dan kerana disiplin itulah yang memungkinkan kedua-dua negara itu mencapai kemajuan serta dihormati seperti hari ini.

Kenapakah, dalam memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dan mengajak rakyat mengkagumi kejayaan orang Jepun serta Korea, Tun Mahathir sendiri nampaknya cuba mengamalkan sikap berbeza dalam soal menepati janji peralihan kuasa?

Apakah ketamakan kepada kuasa membuatkannya lupa tentang disiplin berpegang kepada janji itu?

Tetapi, kiranya dengan cubaan mahu melibatkan Parlimen ini merupakan petunjuk Tun Mahathir enggan menyerahkan kuasa kepada Anwar, beliau seharusnya dapat berterus-terang saja mengenai hasratnya itu.

Denga berterus-terang itu, maka PH dapat mengambil langkah sewajarnya atas perkara itu.

Kenapa Tun Mahathir tidak berani berterus-terang?

Kalau selama ini beliau begitu berani mengecam Amerika Syarikat dan dunia Barat, mengapa pula mesti takut untuk berterus-terang mahu mungkir janji dan ingin memegang jawatan Perdana Menteri sampai ke mati? (ShahbudinHusin 10/02/2020)

NAK BAWA USUL TAK SALAH.



Izuafi Hadi Kamilan
Peg.Penyelidik,Parlimen Malaysia

Konvensyen Kepercayaan (Confidence Convention) bermaksud satu prinsip dimana kerajaan tidak boleh meneruskan tugasnya tanpa sokongan daripada ahli-ahli perwakilan yang dilantik di dalam Parlimen dan ia merupakan asas kepada konsep ‘kerajaan bertanggungjawab’. 

Sir Winston Churchill telah menerangkan Undi Percaya adalah merupakan ‘sesuatu yang normal, berperlembagaan dan demokratik’ apabila beliau meminta supaya diadakan Undi Percaya kepadanya pada Januari 1942. Usul Percaya kepadanya telah di bawa Mr. Attlee yang menyatakan  

That this House has confidence in His Majesty’s Government and will aid it to the utmost in the vigorous prosecution of the War’.

Dalam konteks sejarah institusi Parlimen Malaysia, hanya sekali usul kepercayaan pernah dikemukakan di dalam Dewan Rakyat terhadap Y.A.B. Datuk Hussein Onn sebagai Perdana Menteri (ketika itu)

Pada 27 Januari 1976, satu usul telah dikemukakan Datuk Senu Abdul Rahman (ahli parlimen Kuala Kedah) di dalam Dewan Rakyat yang berbunyi  

"Bahawa Dewan dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kepercayaan penuh terhadap pimpinan beliau dan berikrar akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada beliau bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

Tujuan usul ini dikemukakan adalah untuk menyatakan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen terhadap pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Pada masa yang sama, ia boleh diguna untuk menunjukkan kestabilan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri sedia ada. Di dalam kes Datuk Hussein Onn ketika itu, beliau baru sahaja mengambil alih kerajaan daripada YAB Tun Abdul Razak yang baru sahaja meninggal dunia. Wujud keadaan tidak berbelah bahagi dan ketidakstabilan menyebabkan satu Usul Undi Percaya terpaksa diadakan bagi menunjukkan keyakinan Dewan Parlimen terhadap kepimpinan kerajaan Datuk Hussein.

Justeru di dalam kes PAS akan membawa satu Usul Percaya ia adalah normal, berperlembagaan, dan demokratik.

USUL UNDI PERCAYA PAS DI LUAR ‘TABIE’?

DINASIHAT JANGAN HENTAM MAHATHIR



Shahbudin Hussein

Ada orang nasihatkan saya agar jangan kuat sangat hentam Mahathir, nanti katanya, ramai akan simpati kepadanya.

Jawapan saya beginilah - kenapa Najib Razak dapat kita kalahkan?

Salah satu sebabnya, bagi saya  ialah kerana kita sentiasa menghentam dan membalunnya daripada setiap sudut sejak sebelum PRU13 lagi.

Saya sendiri sempat menerbitkan 6 buah buku dan menulis beribu-ribu artikel mengenai beliau.

Ramai lagi yang turut melakukan perkara yang sama.

Maka, begitu juga dengan Mahathir sekarang. Oleh kerana beliau kian ternampak tidak jujur terhadap janji peralihan kuasa dan berbelit-belit dalam berkata-kata, Mahathir juga wajar dihentam atas sikapnya itu.

Tetapi, saya tidak akan menghentamnya secara membuta tuli, sebaliknya berdasarkan fakta, dari sudut politik dan logik yang boleh diterima akal.

Bagi saya, oleh kerana Mahathir mula menunjukkan sikap menyeleweng daripada perjanjian, rakyat wajib disedarkan bahawa sikapnya itu adalah bertentangan dengan semangat reformasi serta menjurus ke arah menghancurkan PH yang telah meletakkannya sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Berjaya atau tidak,  kita hanya bertawakal kepada Allah. 

Tetapi, usaha memberi kesedaran itu mesti dilakukan kerana kalau tidak ada usaha, sudah tentu tiada kejayaan sama sekali.




KENAPA SEBENARNYA TUN TAK NAK DS ANWAR?




Oleh Zaidi Yusoff

1) Kalau Tun tak nak Anwar sebab isu moral kenapa dia tidak bersungguh dalam isu video seks luar tabi'e seseorang yang dikatakan kabur itu?
.
2) Kalau Tun tak nak Anwar sebab liberal, bandingkan cara hidup keluarga Tun dan Anwar? Anak siapa yang terlibat dengan aktivis liberal?
.
3) Kalau kata Anwar tak pandai mentadbir, sila tengok balik bila keadaan Malaysia dalam keadaan ekonomi terbaik? Siapa Menteri Kewangan pada masa tu?
.
3) Kalau kata Anwar korup, bandingkan kekayaan keluarga Anwar dan Tun, keluarga siapa yang melampau2 mengumpul kekayaan?
.
4) Kalau kata Anwar boleh merosakkan islam cuba cek balik di era siapakah proses islamisasi begitu berkembang subur di Malaysia? Siapa lebih islamik? Anwar atau Tun?
.
5) Kalau nak kata Anwar bukan pemimpin rakyat, sila tengok balik perjuangan dan keprihatinan Anwar untuk rakyat marhaen dari zaman mudanya sampai hari ni?
.
6) Kalau nak kata Anwar bakal menghancurkan negara, sila tunjuk apa yang telah Anwar hancurkan? Sila tengok balik siapa sebenarnya yang merosakkan seluruh sistem pemerintahan di Malaysia.
.
Jadi kenapa sebenarnya Tun tak nak Anwar?

SEBAB DIA PERCAYA KEPENTINGAN DIRI, KELUARGA DAN KRONI MUNGKIN TERJEJAS JIKA ANWAR NAIK KERANA ANWAR SEORANG REFORMIS DAN TUN SEORANG DIKTATOR YANG KORUP.

ATOK BERHAJAT TONGKAT USIA,TONGKAT DUNIA DAN TONGKAT KUASA!


KENANGAN LAMA SEORANG SAHABAT

‪Hari ini aku mengingati seorang sahabat dan ulama yang telah meninggal dunia pada 26 tahun yang lalu. Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali. ‬

‪Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad ialah cucu Tok Kenali, seorang ulama tersohor di Nusantara. Dia ADUN PAS Kelantan bagi kawasan Lundang 1986-1994.‬

‪Tuan Guru Ustaz Mawardi adalah di antara hanya beberapa kerat ADUN Kelantan yang kuat menyokong usaha untuk melakukan perubahan membenteras penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam Kerajaan Negeri Kelantan selepas kemenangan PAS menumbangkan BN dalam PRU 1990.‬

‪Pengalaman yang tak aku lupakan dengan Tuan Guru Ustaz Mawardi ialah semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-38 yang diadakan pada 14-16 Ogos 1992 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan.‬

‪Ketika muktamar tersebut, aku membentangkan usul ‘Kod Etika Pengurusan dan Pentadbiran bagi Penambahbaikan Kerajaan Negeri Kelantan'. Kerajaan Negeri Kelantan waktu itu ialah Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang merupakan gabungan PAS dan Parti Melayu Semangat 46 dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar.‬

‪Aku bentangkan usul itu dengan latar belakang terdapat kalangan pemimpin parti dalam PAS Kelantan disyaki terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah kayu balak, di luar pengetahuan Menteri Besar. Aku diberikan maklumat, seorang Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan disyaki telah menerima habuan besar daripada tauke balak. Aku mendapat maklumat, terdapat ramai wakil-wakil rakyat Kelantan dianugerahkan kawasan balak.‬

‪Aku kemukakan usul Kod Etika itu setelah merujuk dan mendapat panduan daripada kalangan pimpinan tertinggi PAS Pusat supaya isu-isu berbangkit dibawa dan dibahaskan dalam muktamar.‬

‪Seperkara yang kekal dalam ingatan aku ialah pendirian Tuan Guru Ustaz Mawardi. Sebagai ADUN Kelantan yang bersih, beliau beristiqamah menyokong usul Kod Etika yang aku kemukakan.‬

‪Setelah dibahaskan, usul itu menjalani proses pengundian sebanyak dua kali dalam muktamar. Kali pertamanya usul itu dipersetujui oleh muktamar dengan undi majoriti perwakilan. Namun, pengundian kedua terpaksa diadakan kerana pengerusi muktamar mendakwa proses pengundian pertama dikatakan salah teknik. Dalam pengundian kedua, usul itu ditolak.‬

‪Tuan Guru Ustaz Mawardi tetap menyokong usul yang aku bentangkan dalam pengundian pertama dan juga kedua.‬

‪Selepas selesai pengundian kedua yang menolak usul Kod Etika itu, kekecohan berlaku sebaik sahaja muktamar ditangguhkan. ‬

‪Aku menjadi saksi dengan mata aku sendiri dan melihat seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang disyaki terlibat dengan isu konsesi kayu balak segera meluru, menerpa ke tempat duduk Tuan Guru Ustaz Mawardi di dalam muktamar.‬

‪Aku saksikan Exco berkenaan dengan berang menempeleng Tuan Guru Ustaz Mawardi sehingga serbannya tertanggal dan tercampak ke lantai.‬

‪Selepas muktamar, Tuan Guru Ustaz Mawardi jatuh sakit. Aku menziarahinya di rumah dengan seorang sahabat yang kini menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan. Ustaz Mawardi kelihatan terlalu uzur. Dia memberitahu kami, perbuatan Exco Kelantan yang memukulnya semasa muktamar tempuhari amat memakan dalam jiwa dirinya. Dia merasakan masanya untuk pergi kian hampir. ‬

‪Selama lebih setahun Tuan Guru Ustaz Mawardi beruzuran dan  kemudiannya meninggal dunia, dan pilihanraya kecil DUN Lundang diadakan pada 24 Mac 1994 berikutan kematiannya.‬

‪Aku mengingati Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali sebagai seorang ulama yang sangat beristiqamah melawan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam Kerajaan Negeri Kelantan sehingga akhir hayatnya.‬

- Abd Malek Hussin

MENJAWAB HUJAH DR MAZA BERKAITAN JANJI PERALIHAN KUASA PM





Kita tahu Dr Maza bukan orang politik, beliau hanya seorang Mufti.  Tidak salah seorang Mufti mahu berbicara soal politik kerana politik dan agama tidak boleh dipisahkan.  Cuma, agak pelik sejak kebelakangan ini selepas PH menjadi kerajaan, suara Dr Maza lebih banyak bercakap soal politik sehingga kita terlupa beliau seorang Mufti.  Bahkan, suaranya tentang politik lebih lantang berbanding sewaktu beliau berada di situ di bawah kerajaan Kleptokrasi.

Perubahan ini terjadi kerana di bawah kerajaan PH, keterbukaan  untuk bersuara itu diberikan jauh lebih baik berbanding di era kerajaan Kleptokrasi sebelum ini.  Oleh kerana itu, semuanya berani bersuara tanpa rasa takut dan bimbang.  Alhamdulillah, itu wajar diberi pujian oleh Mufti sepatutnya.  Bayangkan, bekas Ketua Polis Negara pun ada yang berani menjelajah ke hulu ke hilir membakar isu perkauman.  Baiknya kerajaan PH sekarang.

Saya mahu menjawab hujah Dr Masa seperti yang tersiar di Malaysiakini.  Dr Maza menimbulkan persoalan wajarkah janji itu dipenuhi jika meibatkan hak orang lain?  Beliau cuba untuk menggambarkan wajarkah janji dibuat untuk jawatan PM ke 8 kepada Anwar, sedangkan jawatan itu bukan milik anwar mahupun Tun M, tetapi milik rakyat.  Maksudnya, wajarkah janji itu dipatuhi?

Baik, saya petik kembali persoalan2 dari Dr Maza:  Beliau berkata,

1.  “Persoalan yang patut kita fikirkan, dalam sistem negara ini, jawatan perdana menteri sebenarnya milik siapa?

2. "Siapakah yang berhak menentukan? Siapakah yang berhak berjanji? 

3.  "Siapakah yang betul atau salah jika berjanji? Siapakah yang betul atau salah jika menuntut janji? PM? Parlimen? Rakyat?" Soal mufti Perlis.

Saya mahu menjawab soalan beliau yang pertama.  Jawatan PM adalah milik seseorang yang telah diberi mandat oleh rakyat di dalam PRU.  Di dalam konteks negara kita, parti yang terbanyak memenangi Kerusi Parlimen maka itulah parti pemerintah untuk menjadi kerajaan yang dipilih oleh rakyat.  Maka, parti tersebut akan memilih seorang calon untuk menjadi PM.   Sekiranya diperkenankan oleh YDP Agong, itulah PM bagi kerajaan.  

Bagi PH, sebelum PRU14 lagi, kita telah umumkan kepada rakyat melalui kempen2 kita bahawa sekiranya PH memerintah kerajaan, kita akan melantik Tun M sebagai PM, WAn Azizah sebagai TPM dan Anwar akan mengambil alih PM ke 8 setelah beliau dibebaskan dari penjara dan dibenarkan untuk menjawat jawatan di dalam politik.  Ini adalah  janji PH disepakati di dalam PH dan diumumkan secara terbuka tawaran dan janji ini kepada rakyat sebeum PRU14 lagi.  Apabila Parlimen dibubarkan, jawatan PM bukan lagi milik sesiapa tetapi akan diserahkan kepada rakyat untuk menentukannya berdasarkan janji2 oleh semua parti yang akan bertanding.  

Ertinya, jika rakyat setuju dengan janji2 dari PH itu, maka rakyat akan mengundi PH dan jika rakyat mahu Umno/Bn terus memimpin dengan Najib sebagai PM dikekalkan, maka rakyat akan memilih Umno/Bn.  Hasilnya, kita tahu rakyat majoriti memilih PH iaitu bersetuju bahawa PM sementara sebelum Anwar adalah Tun M.  Itu jelas.  Sebab itu, Kak Wan tidak mengambil jawatan tersebut apabila ditawarkan oleh YDP Agong meskipun Kak Wan adalah Presiden Keadilan iaitu logo parti yang digunakan oleh PH di dalam PRU14 kerana Kak Wan amat mematuhi janji2 di dalam PH.  Sekiranya Kak Wan menerima jawatan PM waktu itu, maka Kak Wan dianggap munafik kerana melanggar janji2 yang telah dipersetujui bersama.

Persoalan kedua oleh Dr Maza, jawapannya mudah.  Siapakah yang berhak menentukan?  Parti2 yang bertanding adalah berhak menentukan siapa calon PM dan mereka juga berhak membuat janji sesama mereka asalkan janji2 tersebut dihebahkan secara terbuka kepada rakyat untuk rakyat nilai dan buat pilihan.  Tidak timbul rakyat dikhianati di atas pilihan mereka dan parti2 di dalam PH juga jangan khianati janji2 mereka di dalam soal jawatan PM ini.  

Soalan ketiga dari Dr Maza juga mudah.  Siapa yang betul dan salah jika berjanji?  Tiada sesiapa yang bersalah di dalam membuat janji kecuali yang melanggar janji2 yang telah dibuat.  Berjanji di atas sesuatu perkara yang diharuskan adalah betul dan baik, tetapi menjadi haram dan munafik jika melanggar janji2 itu tadi.  Apabila janji telah dibuat, tidak salah mana2 parti di dala PH menuntut janji2 itu dilaksanaan dan rakyat juga tidak salah untuk menuntut janji2 tersebut untuk ditunaikan kerana mereka memilih parti berkenaan kerana percaya kepada janji2 yang telah disampaikan kepada mereka sebelum PRU14 lagi. Di dalam soal peralihan kuasa ini, rakyat sedar akan janji2 yang telah dihebahkan.   

Soal siapa salah jika janji2 ini tidak ditunaikan, jawapannya juga jelas iaitu Majlis Presiden yang patut menanggung kesalahan ini kerana janji2 ini dibuat oleh mereka.  Parlimen tidak bersalah, jauh sekali rakyat tidak boleh dipersalahkan.  Adalah menjadi satu kesalahan besar dan khianat jika ada mana2 pimpinan dari PH yang telah mengikat janji2 ini cuba untuk memungkiri janji2 tersebut atau sengaja membuat helah bagi melambat2kan proses peralihan kuasa seperti yang dijanjikan.  

Jadi, tidak timbul serah jawatan PM jika pemiliknya (rakyat) tidak setuju kerana rakyat telah buat keputusan memilih PH berdasarkan janji2 PH termasuk janji peralihan kuasa PM tersebut.  Soalnya sekarang, adakah janji2 itu dipatuhi?  

Saya sarankan agar Mufti Perlis ini mencari maklumat yang tepat tentang senario sejak awal sebelum PRU14, bagaimana PH dibentuk dan bagaimana serta mengapa perjanjian tentang peralihan kuasa ini dibuat sebelum beliau cuba untuk mengulas isu tentang peralihan kuasa ini yang beliau sendiri tidak mengetahui butiran dan asasnya.  Jika beliau sangka peralihan kuasa tentang PM ini sama seperti di era kerajaan Umno/Bn, maka beliau perlu banyak lagi belajar tentang politik khususnya pendekatan, prinsip dan dasar di dalam PH.  .   

WFAUZDIN NS