Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
NASIB LA...NAK BUAT MACAMANA.
Ibrahim Mat Isa.
Ketika di sana ditimpa banjir, pemimpin sibuk berpolitik makan² di kelumpo. Itu pemimpin pilihan mereka. Terimalah seadanya, jangan memekak!
PENGGUNA TEKAN PENUAL
“Ayam mahal, Kerajaan tengah giat pantau rantaian bekalan dan ambil tindakan susulan. Kita target akan selesai dalam masa sekian2.
Pada masa yang sama, Kerajaan perlukan bantuan pengguna untuk tekan penjual. Guna kuasa beli untuk tekan harga agar lebih rendah. Makanya, boleh lah kurang beli ayam buat masa ini. Agar kurangkan harga dimanipulasi.
Protein alternatif lain yang boleh dibeli ialah sekian2 dengan harga sekian2 di tempat sekian2. Team saya akan edarkan maklumat segera di website.
Kami hargai jasa pengguna yang nak sama2 bantu Kerajaan… Terima kasih”.
Cadangan dari saya seorang marhein sebagai ayat Menteri dalam Kerajaan. Sama tapi tak serupa. Ia lagi sedap didengar daripada retorik Menteri lama.
Ramai pun dah mula sedar, tiada magical formula. Alih2 kuasa pengguna juga.
Makanya, note to self, bila jadi Pembangkang berpada2. Menteri yang combative dengan pengguna juga tak pi mana.
~LM~
MEMILIH KEDAI TERMURAH BUKAN SAHAJA UNTUK MEMBELI PAKAIAN, TETAPI JUGA UNTUK MAKANAN. JIKA KEDAI SI MENJUAL KUIH 5 RM2 SEDANGKAN KEDAI SI B MENJUAL 3 R.M 1...MAKA WAJAR PULA PEMBELI MEMBUAT PILIHAN
Kenyataan Rafizi yang ini jadikan dia bahan kutukan termasuklah
oleh penyokong PH sendiri. Ada yang kata kenyataan ini sama macam menteri
sebelum ini. Tapi pada pandangan aku kenyataan Rafizi kali ini sebenarnya
berbeza.
Jika sebelum ini yang dikatakan kalau ayam mahal, jangan makan
ayam. Tapi kenyataan Rafizi adalah kalau satu kedai mahal, cari kedai lain yang
murah. Rafizi juga berulang kali ulang tentang minuman tak beralkohol sebagai
contoh.
Basis kepada kenyataan Rafizi ni mudah. Sebagai contoh air
diabetes seperti Starbucks, Zus serta banyak jenama lain. Sudah pasti air
begini sangat sangat overpriced. Tapi mahal pun, masih ramai yang tergila nak
beli.
Rafizi bukan kata jangan minum kopi. Tapi yang dia kata, cari
alternatif lain. Yang lebih murah. Yang lebih berpatutan harganya. Selagi
rakyat masih nak beli air mahal ini, selagi itu mereka akan naikkan harga
minuman mereka.
Apa yang peliknya? Macam makanan di Salt Bae. Harga pancung
kepala. Ramai yang pertikai kepada harga mahal begitu. Tapi dalam masa yang
sama, masih beli kopi yang mahal. Sikap double standard la tu. Dia pertikai
harga Salt Bae ok, Rafizi nasihat cari alternatif murah, kena kecam.
Satu lagi yang bezakan kenyataan Rafizi dengan menteri-menteri
sebelum ini adalah Rafizi akui ada tanggungjawab kerajaan dalam soal ini.
Rafizi juga berkata akan ada usaha untuk membolehkan dibuat perbandingan harga.
Maksudnya, rakyat akan dapat melihat kedai mana yang jual
barangan yang mereka kehendaki pada harga yang lebih murah. Jadi pengguna hanya
akan beli dari kedai paling murah. Dengan itu, penjual akan fikir banyak kali
untuk naikkan harga.
Pernah ke menteri sebelum ini beri penyelesaian yang sebegini?
Malah ulama PAS pernah berkata kenaikan harga barang tak membebankan. Ada yang
kata itu semua ketentuan Allah. Tak pernah ada jalan penyelesaian pun.
Masalahnya mungkin cara Rafizi buat kenyataan tu tak difahami.
Selain ada wartawan nak nak jual berita. Atau memang ada niat nak burukkan nama
Rafizi dan kerajaan yang diketuai oleh DS Anwar ini. Maka sengaja dicipta
kekeliruan.
Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3BVf76E.
Pada aku kenyataan Rafizi ini ekonomi paling asas. Kalau kedai
jual mahal, pergi kedai yang murah. Biar harga barangan ditentukan oleh
permintaan. Bukan biarkan peniaga naikkan harga sesuka hati mereka. Guane boh?
OLEH KERANA SEMASA PEMERINTAH LEPAS...RAMAI YANG BERHIJRAH KE ENGLAND DAN SPORE UNTUK MENJALANKAN KERJAYA SEBAGAI DOKTOR. SELAIN PUNYA KEMUDAHAN TERBAIK, MEREKA BELAJAR SESUARU YANG BAHARU.
Keadaan kerja lebih baik, haluan kerjaya jelas penting kekal bakat perubatan negara.
PETALING JAYA: Keadaan kerja dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan profesional sektor penjagaan kesihatan mesti ditambah baik demi memastikan bakat perubatan terbaik Malaysia kekal di negara ini, kata kumpulan kesihatan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib, berkata syif kerja tidak munasabah, imbuhan rendah, laluan kerjaya yang tidak jelas dan persekitaran kerja tidak kondusif menjadi antara sebab utama kakitangan profesional muda mencari peluang di luar negara.
Mereka mengulas kenyataan Dr Adeeba Kamarulzaman pada Khamis, bahawa Universiti Malaya (UM) kehilangan sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan “terbaik dan paling cemerlang” kepada Singapura, saban tahun.
Bekas dekan Fakulti Perubatan UM itu, berkata wujud keperluan membendung perhijrahan pegawai perubatan dan graduan Malaysia bagi menambah baik sistem penjagaan kesihatan awam.
Muruga Raj berkata, gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup di Malaysia turut menjadi faktor.
Katanya, walaupun kos sara hidup tinggi di Singapura, kakitangan perubatan muda boleh dibayar gaji hampir empat kali ganda lebih tinggi, berbanding berkhidmat di Malaysia.
Beliau menambah, sistem kontrak, jawatan tetap, buli di tempat kerja dan kekurangan keseimbangan kerja dengan kehidupan adalah antara isu lain yang perlu diselesaikan.
Sementara itu, Azrul berkata, tiada kemajuan kerjaya jelas bagi kakitangan profesional perubatan muda berdasarkan merit dan ketelusan.
Katanya, kekurangan tenaga mahir dalam hampir setiap bidang dalam sektor penjagaan kesihatan dan jika ini tidak diselesaikan dengan mengambil tenaga mahir tempatan bekerja, pekerja asing perlu dibawa masuk untuk mengisi kekosongan jawatan.
“Ini penting untuk melindungi sistem penjagaan kesihatan kita daripada kejutan masa depan seperti satu lagi wabak global,” katanya kepada FMT.
“Ia juga penting sebagai sebahagian daripada tindak balas kepada krisis yang berterusan, seperti kelaziman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan untuk menangani jurang, termasuk dalam sokongan untuk penjagaan warga emas.”
Bagaimanapun, Azrul berkata, mengimport pekerja penjagaan kesihatan dari negara lain tidak akan menyelesaikan apa-apa jika masalah sedia ada berterusan.
“Akhirnya, pekerja penjagaan kesihatan asing akan meninggalkan (negara ini) jika keadaan kerja tidak mencapai standard,” katanya.
ELAK BANJIR TERUK KELANTAN DIGESA WUJUD PELAN PERPARITAN
Elak banjir teruk Kelantan digesa wujud pelan perparitan
on:
Kerajaan Negeri Kelantan digesa membentangkan pelan perparitan holistik bagi menangani masalah banjir di negeri itu.
Gesaan itu disuarakan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di akhbar baru baru ini yang menjelaskan punca berlakunya banjir sekitar Kota Bharu kerana masalah saluran sistem perparitan.
“Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar tersebut, Mohd Amar mendakwa ada penduduk yang menambak tanah sehingga saluran perparitan tersumbat.
“Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya yang seperti menyalahkan rakyat yang mengakibatkan saluran perparitan gagal berfungsi.
“Sedangkan tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk memastikan saluran perparitan lancar, apatah lagi amaran taburan hujan luar biasa sudah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum pembubaran parlimen menjelang PRU15 lagi,” katanya.
Beliau turut berkata, berdasarkan pemantauan di media sosial rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), dalam tempoh September sehingga Disember 2022 hanya dua kali pembersihan longkang dan parit dilakukan.
Sedangkan tegasnya kawasan pentadbiran MPKB-BRI memerlukan penggalian dan pembersihan berkala sistem perparitan yang lebih kerap, sesuai dengan statusnya sebagai sebuah bandar raya Islam.
“Sehubungan itu, ABIM Kelantan menggesa kerajaan negeri membentangkan pelan perparitan holistik di semua daerah, dengan membuat pemetaan parit, longkang dan saliran dan membentangkan pelan tersebut kepada awam.
“Bentangkan Pelan Perparitan Holistik Kelantan dengan membentangkan peta aliran perparitan untuk kawasan di bawah kawasan MPKB-BRI sebagai projek rintis sebelum April 2022
“Setelah berjaya melaksanakan Pelan Perparitan Holistik Kelantan di peringkat MPKBBRI, kerajaan Kelantan perlu melaksanakan projek ini di semua daerah lain di seluruh negeri,” tambahnya.
Mohd Syahiran turut memberitahu, gesaan dikemukakan itu adalah berdasarkan contoh polisi yang dilakukan oleh Gabenor Bangkok, Chatchart Sittipun pada September 2022 yang lalu dalam menambahbaik sistem perparitan di bandaraya itu.
“Kadar taburan hujan di Bangkok pada ketika itu adalah hujan lebat luar biasa, namun persediaan yang dilakukan lebih awal termasuklah penggalian parit dan longkang berskala besar di seluruh Bangkok, pengaliran air banjir turun ke laut (maka banjir) dapat surut dalam tempoh yang lebih singkat,” jelasnya.
KENYATAAN HJ HADI: DOSA TIDAK MENGUNDI ROSAKKAN PERPADUAN
Kenyataan Hj hadi: Dosa tidak mengundi rosakkan perpaduan
Pandangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu sehingga PN tidak mendapat cukup sokongan adalah sangat tidak sesuai dan merosakkan, kata mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail.
Azman berasa kesal dengan kenyataan Presiden Pas yang melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas umat Islam negara ini yang berpunca daripada sikap, pendirian, tindakan dan pelbagai hal karut yang pernah dikeluarkan demi kepentingan politik sempit.
“Pandangan saya mesej yang cuba disampaikan beliau (Hadi) adalah tidak sesuai untuk keharmonian masyarakat di negara ini kerana memecahbelahkan.
“Sikap sering melabelkan seseorang itu pun sudah sangat merosakkan dan inilah kerosakan yang berlaku sejak dahulu dan menjadi masalah utama dalam Pas iaitu suka mempermainkan agama demi nafsu serakah politik,” katanya dipetik.
Justeru, Azman mengesyorkan agar pimpinan-pimpinan Pas lain yang lebih berwibawa untuk berani tampil menegur kesilapan yang dilakukan dalam parti itu meskipun terhadap Presiden mereka sendiri.
Mengulas isu kekecewaan rakyat Terengganu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika negeri itu dilanda banjir besar, Dr Azman pemimpin Pas khususnya Hj Hadi seharusnya lebih mengutamakan isu tersebut berbanding mengeluarkan kenyataan dosa – pahala dalam sokongan politik.
“Isu banjir yang sedang diperkatakan sekarang terutama di Terengganu, Hj Hadi sepatutnya arahkan MB Terengganu untuk pulang segera daripada bercuti dan uruskan mangsa banjir di negeri itu,” ujarnya lagi.
UMNO KALAH KERANA PENGKHIANAT
Salah satu sebab UMNO kalah teruk dalam PRU15 adalah kerana kaum pengkhianat, PN - Bersatu dan PAS - dibiarkan berleluasa. Pengkhianatan mereka disokong malah dibantu.
Dengan sokongan dan bantuan itu, mereka jalankan kerja menghasut rakyat. Dan natijahnya UMNO yang hanyut dan kelemasan. Jadi pemimpin UMNO yang sokong PN juga bertanggungjawab.
UMNO takkan mampu bangkit seperti dahulu. Kini suasana telah berbeza. Di bandar, UMNO ditolak kerana kelihatan rasis. Di desa pula, UMNO ditolak kerana dakyah Melayu dan Islam terancam.
Dengan barisan pimpinan UMNO yang diragui dan tidak kelihatan kompeten (hasil kerja Mahathir yang cantas sesiapa yang kelihatan bijak dahulu), UMNO cuma mampu kekal di luar bandar.
Tapi untuk menentang doktrin rasisme yang dilagu oleh PAS dan Bersatu tidak mudah. Senang cerita, UMNO takkan mampu berdiri sendiri lagi. UMNO perlukan berteman dengan musuh PN yang lain.
UMNO perlu berubah secara total. Barisan pimpinan yang baharu. Nota perjuangan yang baharu. Tapi UMNO akan lupus kalau ia dilakukan serta-merta. Sebab itu UMNO perlukan teman sementara proses itu berlangsung.
Bagi aku, UMNO akan kekal relevan hanya jika terus bersama PH. PH sendiri pun perlukan UMNO untuk hapuskan pengaruh PN di kawasan majoriti Melayu. Terpulang kepada UMNO untuk buat pilihan. Guane boh?
Raja Gelap
.
RENTASAN 1277 | GEMPAR!! INI MOTIFNYA ANWAR IBRAHIM TERUSKAN USUL UNDI P...
MENARIK DALAM RENTASAN 1277
1. APABILA PEMBOHONG MENUDUH PIHAK LAIN MENIPU
2. PEMIMPIN PN TAK TAHU BEZA KRITIKAN DENGAN FITNAH?
3.BERANI KERANA BENAR
LATIKAN DITANGGUH MEYAKINKAN RAKYAT
Apabila kerajaan umumkan
semua lantikan politik ditamatkan perkhidmatan serta-merta, aku antara orang
yang sangat teruja. Malangnya tak berapa hari kemudian, Zahid umumkan
perlantikan Ahmad Jazlan sebagai pengerusi Felcra.
Aku agak terkilan waktu itu. Ia
seperti mencabar DS Anwar. Tapi aku tak komen kerana aku mahu lihat reaksi DS
Anwar. Alhamdulillah, hari ini kita dapat lihat apa yang berlaku. Nyatalah DS
Anwar masih lagi DS Anwar yang aku sokong lebih 2 dekad.
Soal perlantikan politik ini,
bagi aku kata kuncinya adalah kelayakan. Kompetensi. Kalaulah orang itu memang
ada kemahiran, tapi tidak dilantik hanya kerana dia orang politik, itu adalah
satu kerugian.
Yang kita tak mahu, orang
politik yang kerja tak reti tapi jawat jawatan tinggi dengan bayaran gaji yang
lumayan. Makan gaji buta. Tapi kalau dia penuhi kriteria yang ditetapkan, apa
salahnya dia diberi peluang untuk menyumbangkan tenaganya?
Tindakan penangguhan lantikan
Ahmad Jazlan ini adalah jawapan kepada mereka yang persoalkan DS Anwar melantik
Zahid sebagai TPM. Jelas sekali apa yang kita hujahkan sebelum ini adalah
betul. Dengan adanya DS Anwar sebagai PM, tiada siapa dapat berbuat sesuka
hati.
Namun tindakan DS Anwar ini
pasti tak disenangi oleh pemimpin UMNO. Ianya satu tindakan berisiko tapi
itulah DS Anwar. Beliau berani buat apa yang beliau yakini betul. Dan kerana
itulah Mahathir tak mahu DS Anwar naik sebagai PM.
Kalau DS Anwar sanggup gadaikan
integriti, sudah lama beliau jadi PM menggantikan Mahathir...
Kalau betul Ahmad Jazlan ini
bagus dan didamba oleh warga Felcra seperti dakwaan Zahid, aku pasti dia akan
dilantik semula ke jawatan itu. Tiada apa yang perlu digusarkan.
Setakat ini, semua tindakan dan
keputusan yang dibuat oleh DS Anwar berjaya meyakinkan aku yang beliau mampu
memacu negara ini ke arah kejayaan, insyaAllah. Alhamdulillah, sokongan kami
selama ini telah terbayar. Guane boh?
Raja Gelap
.
HISHAMMUDDIN BAKAL TANDING PRESIDEN UMNO?
Melalui hantaran video di media sosialnya, bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein menggariskan sedikit sebanyak tentang hala tuju politiknya selepas ini.
Antara lain, beliau berazam mahu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu susulan keputusan paling buruk yang dicapai BN pada PRU15 baru-baru ini.
Katanya, UMNO dan BN tidak boleh salah langkah lagi selepas parti ditimpa kekalahan yang terburuk itu.
Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN menegaskan, UMNO perlu menyedari dan menginsafi kedudukannya susulan kekalahan itu dengan sedia membetulkan kelemahan yang berlaku.
“Pada PRU15 baru-baru ini, BN kalah teruk dengan hanya dapat 30 kerusi saja, satu keputusan yang sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga UMNO dan BN.
“Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan dan apa juga pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan kita ini.
“Banyak sangat kerja kita kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat. Kita tak boleh salah langkah lagi,” katanya.
Video Player
00:00
02:12
Dalam waktu yang sama, Hishammuddin yang kini merupakan Ahli Parlimen Sembrong turut mengimbas perjalanan politiknya selama ini, bermula di peringkat cawangan dalam UMNO Bahagian Ledang sehinggalah sekarang yang tidak pernah mudah laluannya.
“Memang sukar dan jalan ke depan lebih sukar,” tambahnya lagi.
Selain menjawab persoalan bahawa dirinya akan kekal dulu, kini dan selama-lamanya bersama UMNO, Hishammuddin seterusnya berkata, beliau akan menggunakan masa yang ada sekarang dengan kedudukan dirinya yang tidak lagi sibuk lantaran tiada jawatan dalam kabinet untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO.
“Memandangkan sekarang ada sedikit kelebihan masa, tidaklah sesibuk sebelum ini, masa yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti,” tegasnya.
Beliau menolak tuduhan kononnya bakal meninggalkan BN dan menyertai parti lain sambil menegaskan akan kekal setia kepada UMNO.
”Ada satu soalan yang selalu orang tanya saya, pendirian macam mana dan selepas ini apa hala tuju dalam politik, bagi saya mudah saja. Saya tetap UMNO dulu, kini selamanya,” katanya.
Hishammuddin sedia maklum diketahui tidak sependapat dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berhubung hala tuju parti itu selepas keputusan PRU15 baru-baru ini.
Sehari selepas keputusan PRU15 itu, Hishammuddin menegaskan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan dengan menyatakan keperluan parti itu untuk bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.
Apa pun, meneliti video tersebut, walaupun tidak dinyatakan secara jelas dan terbuka, Hishammuddin jelas difahami sedang menyusun sesuatu perancangan untuk dirinya dalam UMNO.
Terutama dengan menyatakan untuk berperanan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO dalam keadaan dirinya tiada apa-apa jawatan di peringkat nasional, ia dengan jelas bermaksud beliau sedang mengintai jawatan yang bukan kaleng-kaleng dalam pemilihan parti yang dijangka hanya beberapa bulan daripada sekarang.
Ini kerana, tanpa memegang sebarang jawatan, apa sangatlah upaya Hishammuddin untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO.
Lebih terserlah apabila beliau juga mengimbas tentang perjalanan politiknya selama ini yang tidak pernah mudah, sambil menegaskan, jalan ke depan lebih sukar, tentunya ia bermaksud bukan sekadar jawatan Naib Presiden UMNO yang ingin ditandinginya.
Lagi pula, berikutan pernah memegang jawatan Naib Presiden UMNO sebelum ini, kalau inginkan kembali jawatan itu, ia tidaklah sesukar mana untuk beliau memperolehinya, bahkan tak perlu pun sampai merakam video sebegini.
Video begini hanya sesuai sebagai permulaan jika jawatan yang ingin direbut ialah Presiden UMNO.
Hanya merebut jawatan Presiden UMNO yang ternampak sukar bagi beliau, tetapi ia bukanlah pula mustahil untuk direbutnya, tambahan lagi Hishammuddin sendiri seperti sudah bersedia menghadapi laluan yang lebih sukar di depannya.
Betul tak ahli-ahli UMNO sekalian? – ShahbudinHusin 23/12/2022.
Subscribe to:
Posts (Atom)