OLEH KERANA SEMASA PEMERINTAH LEPAS...RAMAI YANG BERHIJRAH KE ENGLAND DAN SPORE UNTUK MENJALANKAN KERJAYA SEBAGAI DOKTOR. SELAIN PUNYA KEMUDAHAN TERBAIK, MEREKA BELAJAR SESUARU YANG BAHARU.

 


Keadaan kerja lebih baik, haluan kerjaya jelas penting kekal bakat perubatan negara.




Sistem kontrak, jawatan tetap, buli di tempat kerja dan kekurangan keseimbangan kerja dengan kehidupan adalah antara isu lain yang perlu diselesaikan dalam sektor penjagaan kesihatan.

PETALING JAYA: Keadaan kerja dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan profesional sektor penjagaan kesihatan mesti ditambah baik demi memastikan bakat perubatan terbaik Malaysia kekal di negara ini, kata kumpulan kesihatan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib, berkata syif kerja tidak munasabah, imbuhan rendah, laluan kerjaya yang tidak jelas dan persekitaran kerja tidak kondusif menjadi antara sebab utama kakitangan profesional muda mencari peluang di luar negara.

Mereka mengulas kenyataan Dr Adeeba Kamarulzaman pada Khamis, bahawa Universiti Malaya (UM) kehilangan sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan “terbaik dan paling cemerlang” kepada Singapura, saban tahun.

Bekas dekan Fakulti Perubatan UM itu, berkata wujud keperluan membendung perhijrahan pegawai perubatan dan graduan Malaysia bagi menambah baik sistem penjagaan kesihatan awam.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai.

Muruga Raj berkata, gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup di Malaysia turut menjadi faktor.

Katanya, walaupun kos sara hidup tinggi di Singapura, kakitangan perubatan muda boleh dibayar gaji hampir empat kali ganda lebih tinggi, berbanding berkhidmat di Malaysia.

Beliau menambah, sistem kontrak, jawatan tetap, buli di tempat kerja dan kekurangan keseimbangan kerja dengan kehidupan adalah antara isu lain yang perlu diselesaikan.

Sementara itu, Azrul berkata, tiada kemajuan kerjaya jelas bagi kakitangan profesional perubatan muda berdasarkan merit dan ketelusan.

Katanya, kekurangan tenaga mahir dalam hampir setiap bidang dalam sektor penjagaan kesihatan dan jika ini tidak diselesaikan dengan mengambil tenaga mahir tempatan bekerja, pekerja asing perlu dibawa masuk untuk mengisi kekosongan jawatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib.

“Ini penting untuk melindungi sistem penjagaan kesihatan kita daripada kejutan masa depan seperti satu lagi wabak global,” katanya kepada FMT.

“Ia juga penting sebagai sebahagian daripada tindak balas kepada krisis yang berterusan, seperti kelaziman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan untuk menangani jurang, termasuk dalam sokongan untuk penjagaan warga emas.”

Bagaimanapun, Azrul berkata, mengimport pekerja penjagaan kesihatan dari negara lain tidak akan menyelesaikan apa-apa jika masalah sedia ada berterusan.

“Akhirnya, pekerja penjagaan kesihatan asing akan meninggalkan (negara ini) jika keadaan kerja tidak mencapai standard,” katanya.



No comments: