UMNO KALAH KERANA PENGKHIANAT

 



Salah satu sebab UMNO kalah teruk dalam PRU15 adalah kerana kaum pengkhianat, PN - Bersatu dan PAS - dibiarkan berleluasa. Pengkhianatan mereka disokong malah dibantu.


Dengan sokongan dan bantuan itu, mereka jalankan kerja menghasut rakyat. Dan natijahnya UMNO yang hanyut dan kelemasan. Jadi pemimpin UMNO yang sokong PN juga bertanggungjawab.


UMNO takkan mampu bangkit seperti dahulu. Kini suasana telah berbeza. Di bandar, UMNO ditolak kerana kelihatan rasis. Di desa pula, UMNO ditolak kerana dakyah Melayu dan Islam terancam.


Dengan barisan pimpinan UMNO yang diragui dan tidak kelihatan kompeten (hasil kerja Mahathir yang cantas sesiapa yang kelihatan bijak dahulu), UMNO cuma mampu kekal di luar bandar.


Tapi untuk menentang doktrin rasisme yang dilagu oleh PAS dan Bersatu tidak mudah. Senang cerita, UMNO takkan mampu berdiri sendiri lagi. UMNO perlukan berteman dengan musuh PN yang lain.


UMNO perlu berubah secara total. Barisan pimpinan yang baharu. Nota perjuangan yang baharu. Tapi UMNO akan lupus kalau ia dilakukan serta-merta. Sebab itu UMNO perlukan teman sementara proses itu berlangsung.


Bagi aku, UMNO akan kekal relevan hanya jika terus bersama PH. PH sendiri pun perlukan UMNO untuk hapuskan pengaruh PN di kawasan majoriti Melayu. Terpulang kepada UMNO untuk buat pilihan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: