SPRM TUNGGU 4 TAHUN SEBELUM AMBIL KEPUTUSAN MENDAKWA?

PRN JOHOR KERANA KETAMAKAN PEMIMPIN UMNO

  PRN Johor kerana ketamakan pemimpin Umno

PENDAKWAAN PEGAWAI SIVARASA SALAH GUNAKUASA?


PRESIDEN UMNO – PM BERTEMBUNG RAKYAT JOHOR HADAP PRN?


SATUKAN SELURUH KEKUATAN HADAPI PRN JOHOR – ANWAR

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor ini adalah satu tindakan yang diatur khusus untuk mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen dan melaksana Pilihan Raya Umum ke-15 segera.

Pada ketika rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak COVID-19, dan banjir, PRU Johor akan amat membebankan rakyat.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk bertanding dalam PRU Johor. Isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti-parti Pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Memandangkan wabak COVID-19 di Malaysia sudah semakin bersifat endemik dengan jumlah kes positif COVID-19 serta jumlah kemasukan ke hospital yang agak stabil, dan jumlah penerima dos kedua yang mencecah 80% dan dos penggalak lebih 30%, Pakatan Harapan berpendirian bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memperbetul Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kempen PRU Johor ke-15 bagi membolehkan aktiviti seperti ceramah serta kempen bersemuka diadakan dengan selamat.

Ini termasuk:

1) Membenarkan ceramah dan aktiviti-aktiviti kempen bersemuka seperti pemberian bahan cetak rumah-ke-rumah dibenarkan dengan pematuhan ketat SOP;

2) Akses media diberi kepada semua parti secara adil dari segi ruangan masa (air time) dan ruangan cetak (akhbar, media online);

3) SPR digerakkan dengan aktif untuk berada di kedutaan-kedutaan Malaysia di Singapura, UK, US, Australia serta negara-negara lain untuk memastikan undi pos dapat dilaksana dengan baik; dan

4) Tempoh kempen sekurang-kurangnya 21 hari.

Majlis Presiden bertekad merangkul seluruh kekuatan Pembangkang dan masyarakat sivil dalam usaha memenangi PRU Johor ke-15 bukan sahaja demi memenangi semula mandat rakyat yang telah diperolehi pada PRU-14 yang lalu, tetapi dengan matlamat membentuk sebuah Kerajaan Negeri yang lebih stabil demi masa depan Johor yang lebih baik.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



BONGKAR ISWARDY: PAS "BERLUTUT KAKI" UMNO DIJOHOR? UMNO-PAS KELANTAN BER...



BONGKAR ISWARDY: PAS "BERLUTUT KAKI" UMNO DIJOHOR? UMNO-PAS KELANTAN BERPISAH? RAFIZI RAMLI KEMBALI BERPOLITIK? HAJIJI AKAN KELUAR BERSATU?

IDEA KHEMAH BESAR SELEPAS KALAH 2 PRN: ISWARDY "BANTAI" IDEA MAT SABU, P...



IDEA KHEMAH BESAR SELEPAS PH KALAH 2 PRN: ISWARDY "BANTAI" IDEA MAT SABU, PH SEDANG MENUJU PERPECAHAN?

24.01.2022 - FOKUS 4.45 | ZAHID DIPERINTAH BELA DIRI ATAS 42 PERTUDUHAN,...



ZAHID DIPERINTAH BELA DIRI ATAS 42 PERTUDUHAN, TIDAK BERI KESAN KEPADA PRN JOHOR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi,



GAMBARAN SANDIWARA UMNO-PN-PAS-BN

 

ABDULLAH MAT ISA


Sandiwara UMNO-BN-PN-PAS...

Mengucar-kacirkan politik. Tapi slogan kempen kata "Kestabilan demi Kemakmuran".
Sedih.



47 BANYAK TU


 

Lokman Adam Berdepan Saman RM30 Juta


Bukan kaleng kaleng saman ni, sampai RM30 juta nilai saman fitnah terhadap Lokman adam yang di failkan oleh Ketua Pengarah Jabatan kehakiman Syariah, Datuk Dr Naim Mokhtar.
Ini adalah susulan dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang yang bergelar Datin.
Lokman telah membuat dua siaran langsung mengandungi kenyataan berbau fitnah di laman sosial miliknya pada 10 dan 13 Januari lalu.
Kau hadaplah sorang sorang Lokman Oii..memang padan dengan hang suka sangat tabur fitnah.. kan dah kena..
Dah bolehlah kalau nak lancarkan tabung tin milo pun kan..Orang-orang umno tak nak tolong ke..?
Crdits#Tipukini
May be an image of 2 people, headscarf and text that says "tktipukini Fitnah ketua Hakim syarie: Lokman Adam disaman RM30 juta"

Panas! Aminolhuda dedah muslihat Umno bubar Dun Johor secara mengejut

 


Panas! Aminolhuda dedah muslihat Umno bubar Dun Johor secara mengejut


Pengerusi pembangkang Johor, Aminolhuda Hassan menganggap ada udang di sebalik batu dari tindakan Umno yang secara drastik membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, walhal parti itu sebelum ini menafikan hasrat pembubaran yang bertiup kencang selama beberapa hari.

Menurutnya, Umno mungkin mahu meminimakan peratusan keluar mengundi kerana rakyat Johor tidak mungkin pulang ke kampung halaman untuk kali kedua selepas mereka bercuti sempena sambutan raya Cina minggu depan.

Bahkan katanya, sempadan Singapura yang masih belum dibuka sepenuhnya bakal menghalang rakyat untuk pulang mengundi.

“(Tindakan Umno ini menggambarkan) dia mahu menghalang pengundi-pengundi yang baru balik pada Tahun Baru Cina. Mereka (pengundi) tidak akan balik lagi semata-mata mahu mengundi.

“Selain itu, pengundi-pengundi yang baru pertama kali berdaftar iaitu 21 tahun ke bawah terutama 18 tahun, kebanyakan mereka tidak mengetahui tempat mengundi.

“Sempadan Singapura yang belum dibuka menyebabkan rakyat Johor tak dapat pulang mengundi. Dia secara tak langsung menggambarkan Umno seolah-olah mahu menghalang pengundi luar untuk pulang,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Sementara itu Aminolhuda juga tidak menolak kemungkinan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal membabitkan impak kewangan yang besar lebih RM150 juta kepada kerajaan susulan limpahan pengundi-pengundi muda yang baru didaftarkan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan DUN Johor berkuatkuasa hari ini.

Spekulasi mengenai PRN Johor mula tersebar minggu lalu dengan kerajaan yang dipimpin BN hanya mempunyai kelebihan satu kerusi.

Ia berikutan kematian Adun Kempas daripada Bersatu, Osman Sapian pada 21 Disember lalu.


DEMONTRASI DEMI TEMBOLOK SENDIRI





Rakyat sebelum merdeka luahkan bantahan kepada Malayan Union melalui demonstrasi jalanan. Sampailah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Ia satu bentuk kebebasan berekspresi yang termaktub dalam Perlembagaan.
Fast fwd 60 years, demonstrasi Padang Merbuk dan Demonstrasi bantah Israel, malah untuk tentang ICERD, takde hal berarak sakan.
Cuma bila bab tak menguntungkan, dipropa dan di dumb down rakyat katakan ia bukan budaya kita.
Walhal dah jadi budaya sejak berzaman.
Budaya yang cuba diterap ialah halal untuk kita, haram untuk orang.

SEMBANG....PISHANGGGGG

 

Ada plot twist pula, macam drama pukul 7. Semalam kata solo hari ni nak berbincang dengan PH. Ala PH yang boboi kata pengerusi dia tak relevant.

Inilah dia politik tuan-tuan, sembang gajah pun boleh terbang. Sedangkan masa bersatu dulu pun hanya boleh menang 11 kerusi DUN ( tak ambil kira yang lompat), ini mahu bertanding 42 kerusi dan yakin menang setiap satu darinya. Sedangkan dalam DUN sekarang pun pejuang zero, nilch, zilch, nada
I don't know what this gentleman had for breakfast but I'll drink to whatever this he had early on.

KENYATAAN MEDIA DSAI

 Kenyataan Media

24 Januari 2022
Saya ingin mengulangi gesaan kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk segera menghentikan gangguan dan siasatan kepada penganjur demonstrasi tempoh hari.
Menyatakan bantahan dan menganjurkan demonstrasi secara aman adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Langkah ini ternyata suatu tekanan terhadap mereka dalam menyikapi gejala rasuah di negara ini.
Justeru itu, segala siasatan dan intimidasi terhadap mereka mesti segera dihentikan.
ANWAR IBRAHIM


SETAHU AKU SATU CAWANGAN PUN TAK ADA...SAJA NAK KACAU DAUN KOT KAH..KAH..KAH

 

Warisan mahu tanding semua kerusi di P Pinang pada PRU15





(Dari kiri) Danny Law, Jeff Ooi dan bekas pekerja parti DAP Pulau Pinang, Martin Lim menunjukkan tanda ‘W’ (untuk Warisan) pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN: Warisan menyasarkan untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Koordinatornya Jeff Ooi, berkata lebih ramai individu daripada pelbagai latar belakang politik dijangka menyertai parti itu.

Katanya, beliau berharap dapat merekrut 50% ahlinya terdiri daripada golongan profesional muda, termasuk pemimpin syarikat terkemuka.

“Kami tidak akan terperangkap dengan slogan seperti parti lama kami. Kami tidak akan memusuhi orang lain. Kami mencari rakan kongsi dan belia untuk menyertai kami,” kata bekas Ahli Parlimen DAP Jelutong selama dua penggal itu pada sidang media hari ini.

“Tiada satu kerusi pun patut ditinggalkan. Kami akan bertanding di semua kerusi.”

Ooi berkata beliau sedar bahawa rakyat Pulau Pinang akan ragu-ragu dengan Warisan tetapi merasakan ia boleh memenangi hati mereka dalam tempoh tertentu.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan pakatan strategik dengan parti lain yang berkongsi matlamat dan cita-cita bersama.

Katanya, beliau dan bekas ADUN Batu Lanchang Danny Law meninggalkan DAP selepas tidak diberi peluang dan melihat perebutan kuasa memuncak ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah yang menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri.

Katanya, ketidakstabilan politik telah menjejaskan ekonomi negara.

“Kami berasa sedih. Law beritahu saya kita perlu buat sesuatu. Ketika itu, kami tidak diberi peluang untuk menyumbang.

“Kami fikir mengapa tidak Warisan kerana kami berdua adalah idealis parti berbilang kaum dan inklusif.

“Realitinya PH tidak lagi memegang nilai itu. Selepas 22 bulan, kami tidak nampak ke mana hala tuju mereka dan mereka tidak mempunyai suara bersatu bergerak ke depan,” katanya.

Ooi berkata Warisan, yang matlamat utamanya adalah untuk mengambil alih Putrajaya, memujuk ADUN Bebas Selangor Bryan Lai, yang sebelum ini bersama DAP, untuk menyertai kumpulannya baru-baru ini.

Beliau membayangkan bahawa seorang ADUN Pulau Pinang mungkin melakukan perkara yang sama.

Ooi berkata dengan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik, kepelbagaian pengundi telah berubah dengan lebih ramai golongan muda menentukan masa depan negara.

JAGA JAGA ORANG SELANGOR..CONTOH TERBAIK TAK ADA PUN...

 

Mustahil tawan Selangor tanpa kerjasama Umno, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri




Mohd Shafie Ngah berkata, kenyataan Presiden PAS sebelum ini bahawa parti itu tidak boleh bersama Umno dalam MN sekiranya ia tetap berkeras menolak Bersatu harus diimbangi dengan penerimaan PAS negeri masing-masing. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dengan Umno untuk menawan negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekali pun persoalan mengenai penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional masih berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Shafie Ngah membayangkan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi itu berkata, kenyataan Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa PAS tidak boleh bersama Umno dalam MN sekiranya parti itu tetap berkeras menolak Bersatu harus diimbangi dengan penerimaan PAS negeri masing-masing.

“Ikut keadaan negeri masing-masing. Paling penting muafakat ummah mesti didahulukan. Sekiranya parti atau NGO lain sehaluan dengan kita, boleh turut serta,” katanya.

“Di atas kertas, soal PRU, kalau kita tak bersama (Umno) kita takkan dapat Selangor. Kita kena bekerja untuk jayakan muafakat ummah,” kata beliau kepada FMT.

Pada masa sama, Shafie menerima pendirian PAS Pusat bahawa Bersatu juga berperanan dalam merealisasikan perpaduan ummah.

Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) yang kemudiannya dijenamakan sebagai Pakatan Harapan (PH) sejak 2008 dan dilihat sebagai kubu kuat PKR, DAP dan Amanah.

Hadi sebelum ini menuduh Umno melanggar piagam MN kerana menolak penyertaan Bersatu dalam gagasan itu yang ditubuhkan pada 2019.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Nov lalu, PAS memilih untuk bersekutu dengan Bersatu, namun parti Islam itu tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya manakala Umno menang selesa untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Shafie berkata, langkah Umno beberapa negeri termasuk Kelantan menolak kerjasama dengan PAS lebih berupa strategi untuk menghadapi pilihan raya.

“Negeri-negeri lain itu ada pandangan mereka sendiri, saya percaya itu berbentuk taktikal pilihan raya. Taktik ini akan disesuaikan mengikut negeri masing-masing.

“Tujuannya ialah nak menang PRU dan memenangi hati pengundi. Jadi apa yang dibuat di negeri lain itu sesuai dengan demografi dan ‘pattern’ pengundi di negeri tersebut,” katanya.

Di Selangor, Shafie berkata, PAS dan Umno negeri komited untuk terus bergabung di bawah payung MN dbagi memastikan agenda muafakat ummah tercapai.

“Setakat ini tiada ‘move’ yang lain melainkan yang satu ini (MN) sahaja. Setakat ni kita (PAS Selangor) sudah adakan beberapa pertemuan (dengan pemimpin Umno negeri) dan komitmen (kerjasama) itu sentiasa diperbaharui setiap masa,” katanya.

Semalam, Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata, pihaknya mahu meneruskan kerjasama dengan PAS negeri, walaupun Umno Kelantan mengambil pendirian sebaliknya.

Noh akur kerjasama Umno-PAS penting untuk menawan Selangor daripada PH.

Beliau berkata demikian setelah Umno Kelantan mengumumkan parti itu tidak akan meneruskan kerjasama dengan PAS negeri yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu.

Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob berkata, parti itu, menerusi Barisan Nasional (BN) akan menentang PAS di semua kerusi DUN dan parlimen di negeri itu.

TAHUN BARU UNTUK FAHMI REZA


 

Polis dah buka kertas siasatan baru terhadap aku bawah Akta Hasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira pertama yang aku post tahun ni pasal #HouseOfBalak. Macam biasa aku dipanggil untuk disoalsiasat esok, kali ni di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Kita jumpa esok @PDRMsia! https://t.co/VrwhpCfflu

THE POWER OF AZAM


The POWER of AZAM!




 

KO ADO...MOGA JADI CONTOH YB LAIN..



Bersama dengan Imam Azham dari Masjid Jamek Kubang Buaya yang memohon kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan untuk sumbangan kipas dinding bagi menggantikan kipas di ruang solat yang telah uzur. Pihak masjid juga memohon meja ping pong, papan karom bagi mengeratkan hubungan antara anak kariah di samping menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat.
Semoga dapat membantu ahli qariah menjalankan aktiviti dengan lebih baik dan selesa.