Beri undi kepada PN: Ulangi kerajaan 18 bulan dibelit skandal, lemah




 Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mendabik dada kononnya gabungan itu bersih dan menentang rasuah sebagaimana yang selalu diuar uarkan.



Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan PN hanyalah 'indah khabar dari rupa' kerana terbukti mereka juga melindungi pemimpin yang terpalit skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia.



"Sehingga kini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan PN tidak menafikan keterlibatan pimpinan-pimpinan kanannya dalam skandal-skandal mutakhir negara.



"Umum mengetahui Dr Latiff Ahmad, bekas menteri Bersatu adalah tokoh politik yang dinamakan di dalam laporan audit forensik mengenai kelewatan projek LCS.



"Syarikat Alizes Marine Ltd, sebuah syarikat palsu yang dinamakan terlibat menyeleweng sehingga lebih RM200 juta peruntukan projek-projek pertahanan laut adalah syarikat yang dikaitkan dengan Dr Latiff.



"Bersatu tidak memberi sebarang penjelasan atau menafikan perkara ini. Latiff pula tidak menyaman saya kecuali membuat satu laporan polis. Tindakan Bersatu ini seolah-olah mahu perkara tersebut dilupakan begitu sahaja oleh rakyat," kata Rafizi dalam kenyataannya.



Calon parlimen Pandan itu juga mendakwa bagaimana seorang lagi pimpinan kanan Bersatu, bekas Timbalan Menteri Pertahanan terpalit dengan kontroversi perbekalan meriam artileri (self-propelled Howitzer) yang turut menjadi isu besar di kalangan pengurusan angkatan tentera.



"Sehingga kini Muhyiddin dan PN tidak berjaya menangkis bukti-bukti yang telah ditunjukkan setakat ini.



"Sebab itu, Muhyiddin dan PN adalah golongan terakhir yang boleh mendabik dada kononnya mereka bersih.



"Semasa KEADILAN mengambil langkah berani mengisytiharkan harta pula, tidak ada seorang pun pemimpin dari Bersatu yang berani mengisytiharkan harta sedangkan pandangan umum rakyat ialah ahli politik yang tidak berani mengisytiharkan harta pasti ada sesuatu yang disembunyikan," katanya.



Tambah Rafizi, walaupun tempoh 18 bulan pentadbiran PM Muhyiddin Yassin bunyinya pendek namun ia adalah tempoh yang paling sengsara dari segi ekonomi rakyat menghadapi Covid 19, jumlah kematian yang tinggi akibat wabak dan huru hara dalam pemerintahan.



Memberikankan undi kepada PN, katanya, samalah seperti rakyat mengundang kembali pengalaman sengsara 18 bulan itu.

 

KHAS UNTUK PEJA DAN PENYOKONG TENTANG PALAESTINE

 







Khusus untuk Peja yang mengaku wira Palestin bila ditangkap oleh tentera Israel dalam misi bantuan.

Tengok sini. Mantan Mufti Besar Palestin (bukan mufti Perlis tau) datang menziarah DS Anwar. Agak agak mantan mufti ni kenal tak Peja?

Rupanya tahun 1973 lagi DS Anwar dah mengetuai tunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS, mengutuk pencerobohan Israel dan campur tangan AS dalam perang Arab-Israel.

1988 DS Anwar dijemput oleh Presiden Yasser Arafat meraikan kemenangan dan kemerdekaan Palestin. Peja ada mana masa tu?

Kalau aku jadi Peja, memang malu besar la. Konon macam dia bawak bantuan tu dah hebat sangat jasa siap persoal DS Anwar. Tengok DS Anwar dah buat jauh lebih hebat. Diiktiraf pembesar Palestin sendiri pulak tu.

Untung orang Tambun bakal dapat seorang MP yang terkenal dan dihormati di seluruh dunia. Orang Tambun jangan toleh ke lain lagi. Pilih DS Anwar. Guane boh?

Raja Gelap

 

BELUM KENA TANGKAP LAGI- NANTI KALAU CARI ADA LA...

 

PAS bersih ke? Hahaha... Bukan bersih cuma belum ditangkap je. Tapi kotornya sama macam BN. Sebab tu dia tergila nakkan BN sebelum ni.

Rafizi dedahkan kementerian yang diketuai oleh Timbalan Presiden didapati menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion kepada sebuah syarikat yang sudah ada dua notis kebengkrapan serta ada merekodkan hutang sebanyak RM144 juta.

Tender ini diluluskan selepas parlimen dibubarkan. Itu adalah satu kesalahan besar kerana caretaker government tak dibenarkan menganugerahkan sebarang projek sepanjang sebelum kerajaan baru dibentuk.

Persoalannya, kenapa Tuan Ibrahim berani langgar peraturan? Apakah ada deal di sebalik tabir yang buatkan Tuan Ibrahim berani buat kesalahan besar begini? Dan beri pula kepada kroni UMNO?

Atau adakah Tuan Ibrahim jenis tak tahu buat kerja? Main tenyeh je bila orang minta tandatangan? Guane boh?

Raja Gelap

INI NILAI SEBENAR INVOKE

 


MMMS

Penat mereka spin, sekali agensi rasmi kerajaan yang meletakkan nilaian INVOKE pada harga RM105 juta.

Itui beza orang yang benar-benar pakar dan bukan acah-acah pakar.

Bukti nilaian ini boleh diperolehi dari laman www.mystartup.gov.my yang dikendalikan Craddle yang meletakkan nilaian INVOKE pada harga USD25.2 juta (sekitar RM105 juta).

Saya percaya penjelasan-penjelasan saya semakin menyerlahkan kebodohan pihak lawan yang tidak ada modal kerana enggan mengisytiharkan harta.

Saya juga berharap anak-anak muda semakin memahami bahawa jalan terbaik untuk mencari kekayaan ialah dengan membina perniagaan yang berdaya saing hingga boleh menarik pelabur antarabangsa, bukannya dengan menyeleweng wang rakyat seperti yang dibuat ahli-ahli politik.

Baca lebih lanjut di bawah.

https://rafiziramli.com/.../bn-pn-kritik-pengisytiharan.../

Kalau sayalah, yang kritik Rafizi tu memang saya tutup facebook sebab tak tahu mana malu nak letak muka. Buat-buat pandai tapi sendiri tak tahu apa.

 

Cuepacs cadang cuti umum khas 18 Nov untuk rakyat balik undi

 


Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata ia wajar diberikan memandangkan
 ramai rakyat tidak mengundi di lokasi mereka bekerja. (Gambar
 Bernama)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat ke lokasi mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov.

Presidennya Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.

“Ada dalam kalangan mereka yang perlu melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,” katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, walaupun setiap pekerja layak mengambil cuti tahunan, Cuepacs bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.


‘Sengsara 18 bulan’, Rafizi senarai kegagalan pentadbiran PN

 

FMT Reporters
 -

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata bawah pentadbiran Perikatan Nasional rakyat melalui dua tempoh perintah kawalan pergerakan yang panjang sekali gus memusnahkan ekonomi rakyat biasa.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyenaraikan kegagalan Perikatan Nasional (PN) ketika gabungan itu memerintah selama 18 bulan.

Katanya, kegagalan itu termasuk pengurusan teruk ketika pandemik Covid-19, gagal menyediakan diskaun bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan dakwaan pembabitan pemimpin Bersatu-PN dalam skandal.

“Di bawah pentadbiran Muhyiddin (Yassin) dan PN sebagai perdana menteri, rakyat melalui dua tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang panjang yang memusnahkan ekonomi rakyat biasa.

“Tindakan-tindakan itu tidak pula berjaya menguruskan wabak Covid-19 dengan baik apabila negara mencatatkan 4.92 juta kes dan kematian 36,482 orang,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi berkata, janji PN berhubung PTPTN dalam manifesto yang dilancarkan, baru-baru ini, sepatutnya sudah terlaksana ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri dan ketika Wan Saiful Wan Jan sebagai pengerusi PTPTN.

“Lebih-lebih lagi apabila tawaran-tawaran itu tidak dibuktikan dapat dilaksanakan dalam keadaan kekangan kewangan yang ada.

“Sekarang pun, PTPTN terpaksa meminjam daripada institusi kewangan swasta pada kadar komersial dan memberi pinjaman pada kadar lebih rendah, tanpa berjaya mengutip pinjaman sepenuhnya,” katanya.

Katanya, sehingga kini, Muhyiddin dan PN tidak menafikan keterlibatan pimpinan kanannya dalam skandal, sambil menyatakan bekas menteri Bersatu antara ahli politik dinamakan dalam laporan audit forensik mengenai kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Sehingga kini, Bersatu tidak memberi sebarang penjelasan atau menafikan perkara ini. Tindakan Bersatu seolah-olah mahu perkara ini dilupakan begitu sahaja oleh rakyat,” katanya.

Rafizi menyeru pengundi tidak lupa rekod kegagalan pentadbiran Muhyiddin dan PN selama 18 bulan.

“Memberikan undi kepada PN samalah seperti kita mengundang kembali pengalaman sengsara 18 bulan itu,” katanya.

DENGAR APA KAKAK NI CAKAP-PENANG TERBAIK


 

BERUBAH UBAH


 

Mat sakau 2.0? PH menang PRU kita siasat dan dakwa pula menteri PN ni! #PRU15 #GE15 #pakatanharapan #kelantan #Undi18 #umno #perikatannasional #tolakpn #tolakpas #pas #DSAI #voteph #BN

 


Dari Rafizi Ramli 7 November 2022 KERAJAAN CARETAKER TIDAK BOLEH MEMBUAT ANUGERAH TENDER




 Dari Rafizi Ramli

7 November 2022


KERAJAAN CARETAKER TIDAK BOLEH MEMBUAT ANUGERAH TENDER


(dokumen penuh di https://rafiziramli.com/2022/11/kerajaan-caretaker-tidak-boleh-membuat-anugerah-tender/)


Dalam kesibukan kempen PRU15, rakyat mungkin tidak sedar bahawa kita berdepan dengan satu risiko besar projek-projek bernilai berbilion ringgit diluluskan dan dianugerahkan secara cepat dalam tempoh kerajaan peralihan (atau “caretaker government”).


Sejak beberapa minggu lalu, saya telah dimaklumkan bahawa ada usaha untuk meluluskan projek-projek bernilai bilion ringgit dengan segera tanpa mengikut prosedur Perbendaharaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.


Maklumat yang saya perolehi setakat ini menunjukkan ada satu projek yang kini sedang diusahakan untuk diberi kelulusan segera secara rundingan terus walaupun dalam tempoh “caretaker government”. 


Saya sertakan Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluarkan bertarikh 18 Oktober 2022 mengenai pelaksanaan perolehan kerajaan semasa fungsi “caretaker government”. Perenggan 3 pekeliling tersebut dengan secara jelas menghalang sebarang komitmen kontraktual atau aku janji, termasuk rundingan atau aku janji baru yang boleh membebankan kerajaan persekutuan yang baru.


Satu risiko kewangan yang paling besar dihadapi oleh rakyat di musim pilihanraya ialah apabila parti-parti politik yang berkuasa perlu mengumpul dana sebagai persediaan pilihanraya.


Kebiasaannya, sumbangan-sumbangan dari syarikat-syarikat dikumpul terlebih dahulu dengan janji sumbangan mereka akan diganti dengan projek-projek kerajaan apabila parti itu kembali berkuasa.


Sebab itu, selepas PRU14 yang lepas, pihak berkuasa menjumpai wang tunai beratus juta ringgit dalam bentuk sumbangan politik kepada UMNO semasa serbuan dibuat ke atas premis yang digunakan Najib Razak.


Saya dimaklumkan bahawa di beberapa kementerian kebelakangan ini, ada tekanan yang kuat supaya menteri-menteri meluluskan projek-projek secara rundingan terus kepada beberapa kroni. 


Satu kes yang dibawa kepada saya ialah yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di bawah menterinya Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Kementerian ini bertanggungjawab menyelia Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mempunyai kontrak-kontrak infrastruktur besar.


Semakan saya menunjukkan ada dua projek yang dikendalikan kementerian ini yang melibatkan satu syarikat kroni yang rapat dengan pimpinan UMNO.


Saya boleh mendedahkan bahawa kementerian yang dipimpin Timbalan Presiden PAS ini telah pun menganugerahkan satu tender bernilai RM578.6 juta kepada Mangkubumi Sdn Bhd untuk kerja-kerja menaiktaraf kolam tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal secara tender terhad (atau selektif) di bawah program Jana Wibawa. Projek ini diumumkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri (rujuk https://www.melakahariini.my/peruntukan-rm600-juta-bina-kolam-dwi-fungsi-krubong-pm/)


Program Jana Wibawa adalah projek-projek yang melibatkan peruntukan besar yang bermula sejak zaman Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputra tertentu dengan penuh kerahsiaan, terutamanya kerana ia melibatkan tempoh masa semasa kerajaan mengisytiharkan darurat akibat PKP.


Saya akan menyentuh dengan lebih panjang mengenai program Jana Wibawa ini dalam sidang media yang akan datang.


Untuk hari ini, saya ingin mendedahkan bahawa dimaklumkan oleh pemberi maklumat dalaman bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang dalam proses untuk menganugerahkan satu projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada syarikat yang sama iaitu Mangkubumi Sdn Bhd.


Projek bernilai RM2 bilion ini adalah untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2.


Semakan saya terhadap Mangkubumi Sdn Bhd menunjukkan perkara-perkara berikut:


1. Syarikat ini tidak memfailkan penyata kewangan diaudit kerana memilih status sebagai “exempt company” (iaitu dikecualikan dari memfailkan penyata kewangan dengan pihak berkuasa)


2. Syarikat ini telah pun ada dua kes petisyen muflis di mahkamah kerana tidak membayar hutang kepada kontraktor seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia


3. Syarikat ini berhutang sebanyak RM144 juta dengan institusi kewangan mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Semakan lanjut mengenai pemilik Mangkubumi Sdn Bhd iaitu Tan Sri Zainuddin Karjan menunjukkan dia adalah seorang tokoh yang rapat dengan UMNO dan telah mendapat laba yang berterusan dari projek-projek kerajaan seperti berikut:


 Zainuddin Karjan adalah Penasihat Kelab Putra 1Malaysia yang ditubuhkan oleh Dato’ Seri Azeez Rahim, ahli parlimen Baling dan pemimpin UMNO (semak https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2014/10/4160/80-terima-darjah-kebesaran)


 Hubungan rapat Zainudin Karjan dengan Kelab Putra 1Malaysia boleh dilihat sendiri di laman Facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100076852693943


 Mangkubumi adalah penerima projek-projek besar negara berjumlah berbilion ringgit sebelum ini seperti yang dilaporkan dalam tahun 2016 (rujuk https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2643/2016/11/213578/projek-rm2-bilion-beri-manfaat-hampir-1-juta-penduduk )


 Mangkubumi Sdn Bhd telah disiasat dan dinamakan sebagai salah satu syarikat yang memindahkan wang kepada Azeez Rahim dalam tuduhan kes rasuah dan penggubahan wang haram sebanyak RM139 juta. Kes itu didakwa di mahkamah dalam tahun 2019, seperti laporan berikut https://www.malaysiakini.com/news/460412


Maka, maklumat bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air kini dalam proses untuk menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus semasa fungsi “caretaker government” adalah satu perkara yang perlu dijawab segera oleh menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man.


Jika benar perkara ini tidak akan diteruskan, sewajarnya Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan terbuka bahawa projek ini tidak akan dianugerahkan secara rundingan terus dan sebarang keputusan hendaklah dibuat oleh kerajaan yang baru.


RAFIZI RAMLI


DATA SPR PARTI YANG BERTANDING

 


Ingatan Buat Razman : Pas jangan tabur fitnah melampau atau makan saman - Amanah Perak

 

Calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 tidak sepatutnya menabur fitnah sesuka hati untuk mendapatkan undi sehingga memecah belahkan perpaduan kaum.


Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Datuk Asmuni Awi kesal dengan sikap calon PN - Pas N.11 Gunong Semanggol, Razman Zakaria yang sejak semalam tular klip video beliau memfitnah keberadaan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) yang didakwa merugikan kaum Melayu.


Asmuni yang juga seorang peguam mahu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Razman di atas ucapan beliau yang menyalahi akta suruhanjaya itu dalam berkempen.


"Saya amat kesal dengan video yang sedang tular ucapan berbaur fitnah daripada calon Perikatan Nasional Gunong Semanggol, Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.

Ucapan Razman berbaur fitnah

"Pihak kami meminta SPR dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat serta meneliti ucapan Haji Razman yang mencemar perjalanan PRU15 kali ini," katanya dalam satu kenyataan.


Asmuni sebagai penyandang kerusi DUN Manjoi mahu kempen berbaur fitnah dihentikan segera kerana agama Islam cukup melarang umatnya melakukan dosa fitnah apatah lagi daripada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sebagai cara hidup


"Sepatutnya beliau fokus mengenai isu-isu rakyat seperti ekonomi, harga barang, kemiskinan dan sebagainya dalam kempen-kempen terhadap para pengundi dan bukannya fitnah serta adu domba.


"Justeru, saya mengajak seluruh rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian, kerana ianya tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara," katanya.


Sejak semalam bererdar klip video Razman berucap di pasar yang antara lain mendakwa DAP komunis dan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar mempunyai agenda liberal yang merosakkan orang Melayu.

KITA TUNGGU PENDEDAHAN RAFIZI TENTANG SKANDAL RASUAH BERSATU/PAS/


 

PAS AMBIL KREDIT KONON MEREKA YANG PULIHKAN TH


 

Di mana perjuangan RUU 355 yang pernah di tempik sorak oleh pas dahulu? Hanya sekadar perjuangan politik#husammusa


 

PAS- APA YANG DIA BUAT PUN TAK TAHU


 

KENAPA MELAYU TIDAK BOLEH SOKONG PH