SAFT TAMBUN

 

SAFT TAMBUN

Part 1

1. Saya pengundi Parlimen Tambun sejak PRU11. Dari mula lagi boleh mengundi, saya pangkah BN. Namun pada PRU14 saya tukar ke PH kerana skandal 1MDB. Sememangnya terbukti ia bukanlah fitnah, kerana Merpati sudah di penjara. 9 hakim bersetuju dia bersalah.

2. Saya bagi undi saya kepada calon Bersatu. Faizal Azumu. Orang muda belia, grad oversea pula. Cakap pun boleh tahan. Confident and made sense. Maka menanglah dia. Lagi saya bangga, MP saya diangkat jadi Menteri Besar pula.

3. Ku sangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pelbagai skandal melanda dia. Dari tipu sijil konon dapat ijazah dari luar negara. Hinggalah isu skandal lelong tanah. Pening kita dengar.

4. Isu tak iktiraf hak orang asli, sampai langgar tanah adat mereka. Isu jual tanah lapangan terbang dan ladang kelapa sawit terbesar. Semua bawah kepimpinannya. Perak makin merudum ekonominya.

5. Data TERAJU pada tahun 2021 menunjukkan Perak merupakan negeri kedua dalam Malaysia yang punyai paling banyak masyarakat Melayu B40, selepas Kelantan. Sungguh memalukan. Pelaburan asing di negeri Perak juga merudum dari sebelum ini. Banyak lari ke negeri lain. Ia merudum sejak 10 tahun kebelakangan ini. Dan DS Peja tak baiki semula.

6. Makanya, saya kira itu sebabnya dia dijatuhkan sebagai Menteri Besar. Bukan saja oleh pihak lawan, malah rakan kolisi. Orang UMNO dan DAP tumbangkan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.

7. Lepas jatuh jadi MB, dia naik jadi Menteri. Terpalit pulak dengan isu masa tengah Covid dia pergi buat iklan mee kari. Langsung tiada empathy. Lepas naik jadi Menteri Belia dan Sukan pula, dia pergi salahkan penyokong bola Malaysia. Bila kita kalah bola Piala Asia.

8. Makanya, pada saya, saya tak nampak apa jasa dia. Asyik buat salah saja. Bila saya pulang ke Tambun, sekali sebulan, saya tak nampak perubahan. Bila tanya kepada ibu bapa dan sedara mara, ramai yang menyampah. Tak nampak pula kerja dia. Datang menjenguk hanya bila nak dekat pilihanraya.

9. Satu yang saya belajar. Lepas ni saya kena tapis dulu calon yang saya nak pangkah. Dulu kita pangkah pakai parti, sekarang kena pangkah calon berkualiti. Mana tahu jadi Menteri, dia jadi Menteri yang baik. Yang bijak dan pandai kemudi negara. Bukan apple polisher sahaja.

10. Lagi satu yang saya sedar, MP yang menipu kelayakan ini kita patut tolak awal2. Tiada SIDDIQ, kerana tak bercakap benar. Tiada AMANAH dan FATHONAH (cerdik) jauh sekali. TABLIGH nya tak ditepati, sampai tak langsung deliver lagi. 4 tahun ini sudah terbukti.

11. Makanya, undi saya TIDAK untuk DS Peja kali ini. Mungkin tidak akan lagi diberi. Kesesalan saya kerana mengundi parti. Lepas ini saya nak pangkah calon berkualiti.

12. Pengundi Tambun ada 3 pilihan lain. Saya kupas lain kali. Yang pasti, jangan undi berdasarkan parti. Kalau calonnya tidak cukup SAFT, confirm tak boleh deliver nanti.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 



No comments: