BERIKUTAN PERSETUJUAN PERBINCANGAN KONSESUS AKAN DATANG, TARIKH PENYERAHAN JAWATAN PERLU DITETAPKAN.



Semalam, Tun Mahathir menyatakan kesediaannya agar isu peralihan kuasa dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
Ini adalah kali pertama beliau sedia berbuat demikian sejak memegang jawatan Perdana Menteri kira-kira 17 bulan yang lalu.
Sebelum ini, di sebalik pendiriannya sering berubah-ubah berhubung tempoh beliau memegang jawatan Perdana Menteri – mula-mula dua tahun, kemudian dua setengah tahun, seterusnya tiga tahun dan pernah juga mengatakan sehingga ekonomi pulih – beliau tidak pernah sekali pun menyatakan kesediaan agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden.
Sesungguhnya, pendirian terbaru Tun Mahathir ini agak menarik untuk diperhatikan sama ada ia benar-benar menunjukkan keikhlasannya untuk menyerahkan jawatan Perdana Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim atau ini merupakan satu lagi helah politiknya untuk berkuasa dengan lebih lama.
Lebih menarik, sehari selepas menyatakan kesediaan agar isu peralihan itu dibincangkan, beliau juga bercakap tentang kuasa sebenar Majlis Presiden PH itu.
Kata Tun Mahathir, sokongan pembangkang terhadapnya agar terus memegang kuasa sehingga habis penggal hanyalah pandangan mereka, sedangkan yang berkuasa menentukan kedudukannya ialah Majlis Presiden.
“Itu cuma pendapat mereka, yang akan menentukan kedudukan saya sebagai Perdana Menteri ialah Majlis Presiden PH. Kita (Majlis Presiden PH) yang akan putuskan.
“Kalau dulu Majlis Presiden yang cadang saya jadi Perdana Menteri sebelum PRU14, dia ada hak nak suruh saya duduk lama atau bila sampai masanya,” kata Tun Mahathir lagi.
Dengan kesediaan dan adanya sikap terbuka Tun Mahathir itu, adalah penting untuk Majlis Presiden PH mengambil peluang ini untuk membuat suatu keputusan yang muktamad berhubung tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.
Tidak kira bila tarikh peralihan kuasa itu hendak dilakukan, tarikhnya mesti ada dan tidak boleh lagi tergantung begitu saja.
Dalam hal ini, hendaklah disedari bahawa bergolaknya PH selama ini adalah kerana ketidaktentuan berhubung tempoh dan bila peralihan kuasa itu sepatutnya dilakukan.
Menginjak hampir dua tahun menerajui kerajaan, soal peralihan kuasa ini mesti sudah ada ketetapan tarikhnya kerana tidak mahu lagi beberapa pihak, terutamanya UMNO dan Pas, dengan mudah terus menjadi penghasut dan batu api untuk memecah-belahkan PH.
PH mesti ada pendirian dan kesatuan hati yang jelas dalam hal ini kerana Tun Mahathir sudah berada dalam usia bonus sekarang.
Menetapkan tarikh peralihan kuasa bukan bererti menolak Tun Mahathir begitu saja, tetapi itulah satu-satunya pilihan untuk masa depan PH sendiri.
Apabila sudah ada tarikh peralihan kuasa, soal kekaburan dan ketidaktentuan tidak berbangkit lagi.
Tun Mahathir, jika ada tempoh masa tiga atau empat bulan lagi sebagai Perdana Menteri sebelum diambil alih oleh Anwar, beliau boleh menumpukan masanya yang berbaki itu untuk menyelesaikan beberapa urusannya yang masih tidak selesai.
Anwar pula, apabila sudah ada tarikh untuk mengambil alih kuasa, bolehlah mula bersiap sedia dan merangka dasar-dasar yang patut untuk mengukuhkan lagi PH dan juga negara.
Yang penting, PH akan kelihatan lebih berpadu dan ada hala tuju yang jelas untuk masa depannya, sementara pembangkang tiada ruang lagi untuk mengambil apa-apa kesempatan dengan tujuan mengeruhkan lagi keadaan.
Kesimpulannya, mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang, mahu tidak mahu, mesti membincangkan soal peralihan kuasa dan menetapkan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Jika tidak, PH akan terus bergolak dan berada dalam ketidak-tentuan untuk tempoh yang lebih masa dan mungkin menutup sama sekali peluangnya untuk mengekalkan kuasa dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 28/10/2019)


LANGKAH HISHAMMUDDIN GONCANG UMNO?

CALON PH TANJUNG PIAI



Tawaran Terbaik Utk Pengundi2 PRK Tanjong Piai..
Seorg Calun Yg Memiliki Pakej Yang Serba Lengkap..
Anak Tempatan..
Melayu Islam..
Profesional..
Arkitek..
Pengarah Pusat Tahfiz,Quran dan Bahasa Arab..
Pengerusi Surau..
IMAM Masjid Al Muttaqin.

SATU NEGARA SUSAH, ZAHID HANYA MINTA MAAF KEPADA PAS?



Di Terengganu dlm himpunan perpaduan ummah, Zahid Hamidi akhirnya mengaku lebih 60 tahun partinya byk buat salah kpd rakyat dan kemuncaknya parti kuno tersebut hilang kuasa pada PRU14 yg lalu.  Maka, dgn rasa sebak Zahid minta maaf kpd Pas.  

Hahaha...dia ingat parti dia dulu perintah negara ini hanya org2 Pas sahaja jadi mangsa atau rakyat malaysia itu orang2 Pas?  Minta maaf kpd Pas sahaja?  

Kamu rosakkan negara ini dgn segala bentuk penyelewengan dan skandal serta buat hutang berbilion ringgit, semua rakyat susah, sepatutnya jika ikhlas kamu kena mohon maaf dengan seluruh rakyat, bukannya kpd pak-pak lebai yg sekali satu pinggan pelahab makan tu.  Itu tandanya kamu tidak ikhlas, hanya utk ambil hati orang2 Pas agar lupakan kesalahan besar kamu.  Pmimpin Pas tentunya dengan mudah maafkan kamu sbb mereka pun dapat faedah dari apa yg kamu lakukan dulu.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk melupakannya.

WFAUZDIN NS

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, PAS ATAU DAP PATUT DIHARAMKAN?



Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara.
Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media.
Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini.
Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah parti yang sedang berada dalam kerajaan?
Siapa mahu dengar gesaan dan hujah Pas mengenai logik DAP patut diharamkan itu?
Sedarkah Pas akan hakikat tersebut atau mentang-mentang sekarang parti itu menyokong setengah mati agar Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri hingga tamat penggal, maka parti itu merasakan cakapnya mesti didengari oleh Perdana Menteri?
Antara DAP bersama lain-lain parti dalam PH yang telah meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding Pas yang hanya sekarang membodek Tun Mahathir, sedangkan sebelum ini mengata Pengerusi PH itu macam-macam seperti sudah tua, patut berada di atas sejadah, nyanyuk dan sekadar layak jadi doktor di klinik 1Malaysia, agaknya cakap siapakah yang lebih Tun Mahathir dengari?
Kedua, bagaimana rupa wajah sebenar Pas bila ditakdirkan mereka ada kuasa nanti?
Adakah dengan gesaan mengharamkan DAP itu, bukan saja DAP, tetapi semua parti yang tidak sebulu drngannya, akan diharamkannya begitu saja bila ia ada ditaddirkan ada kuasa?
Kalau semasa jadi pembangkang pun ghairah nak mengharamkan parti lain, bayangkan bila ada kuasa dalam tangan?
Jangan-jangan semua parti akan diharamkan begitu saja, hanya parti mereka saja yang boleh terus wujud dan menjadi “raja”?
Ketiga, antara DAP dan Pas, mana yang lebih bahaya?
Siapakah yang lebih mengancam dan membawa bahaya kepada umat Islam dengan pendirian yang berbeza mengenai banyak perkara, tetapi menggunakan nama agama untuk mewajarkannya?
Parti manakah yang lebih banyak membawa kekeliruan, menanam kebencian dan permusuhan seperti melabel kafir kepada sesama muslim hanya kerana perbezaan politik?
Tidakkah Pas lupa semasa berkawan dengan DAP dulu, pujian melangit pernah diberikan kepada parti tersebut dan digambarkan bekerjasama dengannya adalah sesuatu yang dibenarkan oleh agama?
Ketika itu, UMNO dimusuhi, dianggap assabiyah dan kafir, tetapi setelah berpeluk cium dengan UMNO, parti itu tiba-tiba jadi wangi dan suci, manakala semua salah dalam negara adalah DAP belaka.
Berdasarkan banyak contoh dan kejadian di depan mata, siapakah yang lebih bahaya sebenarnya?
Untuk memberi keamanan dan mengelakkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti negara, DAP atau Pas yang sepatutnya tiada di Malaysia ini? (ShahbudinHusin 28/10/201


HJ HADI MAKIN TAK TENTU ARAH, WAJAR BERSARA

KADIR JASIN MAHU RAKAN NAJIB BELI SEMULA SAHAM DARI FELDA

Menjawab fitnah PAS terhadap DAP


Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menfitnah DAP dan menyatakan DAP patut diharamkan.
Saya sudah pernah menjelaskan isu “kingdom of God” sebelum ini, iaitu ucapan saya dibuat di dalam Gereja untuk orang Kristian menjadi warganegara yang baik, tanpa menyentuh agama lain. Ini merupakan hak kebebasan agama Rakyat Malaysia. Adakah PAS ingin menghapuskan kebebasan agama orang bukan Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Berkaitan isu Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) Sri Lanka, pertama, tiada pemimpin mahupun ahli DAP yang disabit bersalah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan termasuk melalui LTTE.
Keduanya, berdasarkan prinsip yang sama dengan tuduhan tidak berasas terhadap DAP dalam isu LTTE, adakah Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan melabelkan Najib Razak sebagai penyokong LTTE dan turut mengharamkan parti UMNO serta MIC? Pada tahun 2012, Najib Razak melalui MIC pernah menghulurkan sumbangan berjuta-juta ringgit kepada warga Tamil di Sri Lanka yang menjadi mangsa perang saudara di sana.
Berkaitan isu komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” didakwa sebagai mempromosikan komunisme, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man melihat kepada rakan kongsinya UMNO yang kerap kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan Parti Komunis China (CPC) malah wakil UMNO pernah berucap sempena Kongres CPC pada tahun 2017. Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor mewakili parti tersebut berkata:
“Malaysia strongly agrees with the new governance concepts, thoughts and strategies of the CPC Central Committee with General Secretary Xi Jinping at the core, and believes that Xi will certainly lead China to greater achievements and more contributions to world development.” (Sumner: http://www.xinhuanet.com/english/2017-10/24/c_136702868.htm)
(Terjemahan: Malaysia sangat bersetuju dengan konsep urus tadbir baru, pemikiran dan strategi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dengan Setiausaha Agung Xi Jinping di pusatnya, dan percaya bahawa Xi akan memimpin China ke arah pencapaian yang lebih hebat dan sumbangan yang lebih banyak kepada pembangunan dunia)
Adakah ini bermakna kerajaan Malaysia pada tahun 2017 dan UMNO secara khususnya, bersetuju dan telah mempromosikan komunisme?
Berbalik kepada prinsip yang diguna oleh Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menfitnah DAP; ada ahli-ahli malah pemimpin PAS yang pernah ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan keganasan seperti Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Al-Mau’nah, dan Al-Qaeda. Adakah DAP menggunakan kaedah seperti Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyeru kepada pengharaman PAS? Sudah tentu DAP berfikiran lebih rasional dan tidak akan menggunapakai politik hasutan dan kebencian seperti itu.
Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sendiri pernah menyatakan bahawa DAP satu-satunya parti politik yang mempertahankan PAS ketika kerajaan Barisan Nasional ingin merampas kuasa PAS dalam kerajaan Negeri Kelantan melalui pengisytiharan darurat pada tahun 1977. Pada masa itu, DAP bukan parti yang bekerjasama dengan PAS, namun atas prinsip demokrasi, DAP menyatakan tentangan keras terhadap tindakan tidak demokratik UMNO-Barisan Nasional.
Bukan setakat itu, DAP baru-baru ini pernah mempertahankan UMNO supaya tidak dikenakan tindakan pengharaman walaupun pemimpin-pemimpin UMNO terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.
Di satu pihak Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS sanggup bersengkokol dengan perasuah dan kleptokrat, di satu pihak lagi mereka membuat fitnah terhadap DAP. Pandangan Tuan Ibrahim Tuan Man yang sempit, serong dan bersifat menghasut amat dikhuatiri. Jika belum menjadi kerajaan PAS sudah tunjuk taring menindas pihak yang tidak bersetuju dengan mereka, apalah agaknya akan terjadi jika PAS diberi kuasa? .

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...