1MDB dakwa Jho Low, Najib ‘pengarah bayangan’ syarikat

 

1MDB mendakwa Najib Razak dengan penglibatan Jho Low mengarahkan penyingkiran Ernst & Young sebagai juruaudit syarikat itu untuk menyembunyikan kerugian 1MDB akibat pelesapan dana melalui penipuan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: 1MDB mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah “pengarah bayangan” dalam syarikat pelaburan strategik itu kerana beliau merupakan proksi bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam memberi arahan kepada lembaga pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.

1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif berkata demikian dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan Jho Low yang difailkan oleh Tetuan Skrine di Mahkamah Tinggi di sini, pada 23 Feb lalu.

1MDB mendakwa Jho Low mempunyai kewajipan fidusiari terhadap plaintif dan pada setiap masa material merupakan pemegang amanah kepada aset kesemua plaintif.

“Pembelaan yang didakwa oleh defendan pertama (Jho Low) bahawa dia tidak pernah mengaku liabiliti dalam prosiding yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, semuanya adalah tidak relevan,” kata 1MDB dalam pernyataan jawapan itu.

1MDB mendakwa Jho Low telah mendapatkan proksinya untuk bekerja dalam 1MDB, termasuk bekas Pengarah Kewangan 1MDB, Terrence Geh Choh Heng; bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan; bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

“Proksi tersebut memegang jawatan pengurusan kanan utama dalam plaintif pertama (1MDB) antara lainnya untuk memantau pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB, melaksanakan keputusan penting menurut kehendak Jho Low dan Najib bagi memudahkan penggunaan dana plaintif dengan niat penipuan Jho Low dan Najib,” dakwa 1MDB dengan menambah bahawa Najib juga “pengarah bayangan” 1MDB.

Menurut 1MDB, Jho Low telah menerima dana milik plaintif dan beliau mengetahui bahawa dana tersebut milik semua plaintif dan wang tersebut telah dipindahkan kepadanya secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari.

“Tindakan (saman) terhadap Jho Low antaranya adalah untuk pemulihan wang amanah kepunyaan semua plaintif yang diterima oleh Jho Low dan beliau mengetahui wang tersebut telah dipindahkan kepadanya secara pecah amanah antara lainnya oleh Najib.

“Oleh itu, defendan pertama (Jho Low) juga adalah pemegang amanah konstruktif plaintif berkait wang yang diterima olehnya,” kata 1MDB.

Selain itu, 1MDB mendakwa setelah dimaklumkan tentang memorandum Ernst & Young bertarikh 26 Mac 2010, Najib, yang ketika itu sebagai pihak pemegang saham tunggal 1MDB, iaitu Menteri Kewangan (Diperbadankan) dengan penglibatan Jho Low, mengarahkan penyingkiran Ernst & Young sebagai juruaudit 1MDB melalui surat bertarikh 16 Ogos 2010.

Menurut 1MDB, tindakan itu adalah untuk menyembunyikan kerugian syarikat itu akibat pelesapan dana secara penipuan dan menghalang siasatan serta penemuan fakta dan bukti material berhubung penipuan tersebut.

“Selain USD700 juta yang telah diterima Jho Low pada 2009, semua wang telah dibayar kepada Jho Low selepas Mac 2010. Oleh itu, ia tidak dapat diterima bahawa kausa-kausa tindakan hanya terakru pada Mac 2010 seperti yang didakwa.

“Dalam apa jua keadaan, tuntutan plaintif adalah termasuk pecah amanah secara penipuan oleh Jho Low dan untuk mendapatkan semula daripadanya harta yang dipegang secara pecah amanah bagi pihak plaintif yang telah ditukarkan untuk kegunaannya sendiri,” menurut 1MDB.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Larry Low Hock Peng dan Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut USD661 juta daripada Jho Low dan masing-masing USD41 juta, USD397 juta, USD608 juta dan USD1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta USD325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut USD630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta USD2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.

Plaintif turut menuntut USD3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta USD1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia, selain USD25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.

Jho Low dalam pernyataan pembelaannya mendakwa, beliau tidak mempunyai sebarang jawatan atau kewajipan fidusiari dalam 1MDB serta empat anak syarikatnya dan saman itu harus ditolak kerana gagal menyatakan kausa tindakan munasabah berhubung dakwaan pecah amanah atau kewajipan fidusiari.

Jho Low mendakwa beliau tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dalam 1MDB atau keempat-empat anak syarikatnya dan juga bukan ahli lembaga penasihat dana kekayaan negara itu atau sebahagian daripada pasukan pengurusan kelima-lima plaintif.

Muda pecahkan undi, wajar henti kerjasama - KEADILAN Selangor


 

Pengumuman parti Muda meletakkan calon di DUN Larkin yang sebelum telah dipersetujui ditandingi oleh calon KEADILAN sangat merugikan pakatan pembangkang dalam menghadapi BN dan PN.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, tindakan gopoh Muda itu menunjukkan parti berkenaan tidak menghormati kerjasama politik yang telah dijalinkan bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, katanya, tidak menjadi masalah sekiranya KEADILAN bertindak balas ke atas keputusan Muda berkenaan.

"Umum mengetahui KEADILAN telah meletakkan calon atas kesepakatan bersama PH di DUN Larkin dan tindakan Muda bakal memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional.

"KEADILAN Selangor menggesa sebarang kerjasama politik antara KEADILAN dan PH bersama Muda dihentikan serta merta (akibat keputusan berkenaan)," katanya.

Beliau yang juga ADUN Seri Setia menyeru agar KEADILAN dan PH Johor meningkatkan usaha bagi memberi pemahaman berkenaan isu isu semasa politik kepada pengundi Johor bagi menarik semaksimum mungkin sokongan.

"Seluruh jentera pilihan raya KEADILAN dan PH perlu meningkatkan usaha memberi pencerahan kepada rakyat negeri Johor dan memastikan perompak, perasuah dan pengkhianat tidak kekal berkuasa mentadbir kerajaan negeri Johor," katanya lagi.

Pertembungan berlaku apabila Muda semalam mengumumkan akan meletak calon di DUN Larkin yang merupakan kerusi tradisi KEADILAN. Muda sebaliknya enggan menerima tawaran bertanding di 3 kerusi bukan tradisi KEADILAN dalam rundingan sebelum ini.

 

KEADILAN tidak akan bantu Muda jika kekalkan calon di DUN Larkin - Syed Ibrahim


 

Keputusan mengejut Muda meletakkan calon di DUN Larkin yang telah dipersetujui akan ditandingi oleh calon KEADILAN boleh mengundang tindak balas negatif.

Walau bagaimanapun, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, parti itu tidak akan membuat tindakan serupa dengan 'melanggar' mana mana kerusi yang ditandingi Muda kerana menghormati persefahaman bersama DAP dan Amanah yang mempunyai perjanjian kerjasama bertulis dengan Muda.

"Saya sedar mungkin tindakan ini (meletakkan calon) diambil kerana kerusi yang dituntut oleh Muda dalam rundingan tidak dipersetujui oleh KEADILAN.

"Namun wajar saya tegaskan dan ingatkan bahawa tindakannya itu bercanggah dengan pendekatan membawa suara rakyat dan lawan musuh bersama, malah lebih buruk lagi, ia seolah-olah memberi kemenangan kepada lawan.

"KEADILAN tidak akan mengambil langkah serupa untuk melanggar kerusi Muda kerana menghormati rakan-rakan Amanah dan DAP dalam Pakatan Harapan. Itu tindakan kurang bijaksana malah akan dicemuh oleh pengundi yang sudah muak dengan politik perebutan kuasa. KEADILAN akan terus bertanding di kerusinya untuk memenangi hati pengundi," kata Syed Ibrahim.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ledang tersebut memberi pilihan kepada Muda untuk menarik balik keputusan meletakkan calon di Larkin menjelang penamaan calon esok atau KEADILAN tidak akan membantu parti itu dalam kempen PRN kali ini.

"KEADILAN hanya akan tumpu kepada membantu calonnya dan calon Amanah serta DAP dalam PRN ini sekiranya Muda tetap meletakkan calonnya di kerusi ditandingi KEADILAN.

"Muda masih ada masa untuk menimbang semula tindakannya sebelum penamaan calon pada 26 Februari.

"Memang benar rakyat yang akan menentukan siapa pilihan mereka tetapi biarlah pertimbangan dibuat atas dasar dan sikap yang betul dalam politik," katanya lagi.

Kerusi N44 Larkin menjadi tumpuan apabila Muda mengumum akan meletakkan pemimpinnya untuk bertanding di sana selepas KEADILAN tidak menunaikan permintaan mereka untuk mendapatkan kerusi Larkin dan Gambir sebelum ini.



"PEMBAHAGIAN KERUSI DAN KERJASAMA PH & MUDA DALAM PRN JOHOR"

 

KENYATAAN MEDIA:

"PEMBAHAGIAN KERUSI DAN KERJASAMA PH & MUDA DALAM PRN JOHOR"

1. Pada awalnya AMANAH, PKR dan DAP telah mengagihkan kesemua 56 kerusi DUN Johor di antara komponen parti-parti Pakatan Harapan (PH). AMANAH diberikan 20, PKR 20 dan DAP 16 kerusi DUN.

2. Dalam usaha mencapai serta melebarkan kesatuan pembangkang untuk menghadapi BN dan PN dalam PRN Johor, kami bersetuju setiap parti boleh berunding dengan parti-parti pembangkang lain mengenai kerusi-kerusi yang ditugaskan kepada kami.

3. Hasil rundingan bersama MUDA, AMANAH telah menyerahkan 4 dari 20 kerusinya kepada MUDA dan DAP telah menyerahkan 2 dari 16 kerusinya. Malangnya rundingan PKR dan MUDA telah tidak berjaya mencapai kata sepakat.

4. Kami dimaklumkan oleh kerana gagal mencapai kata sepakat, maka akan ada pertindihan antara PKR dan MUDA di kerusi tertentu. Kami mengharapkan mereka akan terus berunding untuk mencari jalan serta formula terbaik hingga ke saat akhir.

5. Amat malang seandainya berlaku juga pertindihan kerusi ini kerana Pakatan Harapan telah membentuk satu kerjasama dengan MUDA sejak awal. Situasi ini hanya akan menguntungkan BN dan PN di kerusi berkenaan.

6. Namun demikian AMANAH terpaksa membuat pendirian untuk menghadapi kemungkinan ini. Bagi AMANAH, PKR adalah rakan gabungan. Oleh itu di mana berlakunya pertindihan antara PKR dan MUDA di kerusi yang telah diamanahkan kepada PKR, AMANAH akan menyokong calon PKR.

7. Pada masa sama, di kerusi yang telah AMANAH serahkan pada MUDA, dari kerusi-kerusi diamanahkan kepada AMANAH, MUDA hendaklah dianggap mewakili AMANAH dan semua rakan gabungan PH, termasuk PKR, hendaklah menyokong calon MUDA.

8. Kalau pertindihan tidak dapat dielak dikerusi-kerusi tertentu, biarlah pertindihan dan persaingan antara parti-parti pembangkang dihadkan kepada kerusi-kerusi tersebut sahaja, sambil semangat kerjasama antara pembangkang kekal dipertahankan di kerusi-kerusi selainnya, demi mendukung matlamat yang sama untuk menafikan kemenangan kepada UMNO-BN serta menghalang kembalinya kepimpinan yang mendukungi Kluster Mahkamah serta Perompak-Pencuri-Kleptokrat.

KHALID ABD SAMAD

Pengarah Biro Komunikasi

Parti AMANAH Negara

 

CILAKE PUNYA JANTAN, HABIS MADU SEPAH DIBUANG




 

LETAK JAWATAN NAK JUAL KARIPAP ?







 D.S. MEGAT

Mungkin letak jawatan...untuk tumpukan bisnes Karipap yang lebih lumayan.



SAIFUDDIN PEMIMPIN YANG SERBA BOLEH

 

w.faudzin

Hebat

Keadilan. Bukan Presiden kita sahaja yg boleh berkhutbah atau beri tazkirah, S/Usaha Agung juga mampu lakukan. Sebenarnya ramai lagi pimpinan yg boleh melakukannya, bukan sekadar baca doa dalam bahasa melayu seperti Muhyiddin abahcow.
May be an image of 3 people and indoor
Solat Jumaat hari jni di Surau Kg Jawa dalam dun Pantai Jerejak. Saya diundang menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat. Terimakasih kepada sekalian anak qariah, pengerusi dan jk surau. InshaaAllah akan sentiasa mampir di sini.

Selain Rohana, ada 2 lagi wanita. Dapatkah anda menekanya?

 


ZUNAR FANS CLUB


HADIAH PERTAMA:

Penginapan percuma di Bamboo River selama 6 bulan. Sarapan disediakan.

HADIAH KEDUA

Makan malam di hotel 7 bintang Burj Khalifa, Dubai. Tambang, belanja makan, tempat tinggal ditanggung oleh anda sendiri.

HADIAH KETIGA: Bercuti atas kapal mewah milik Jo Lo dengan syarat anda harus berenang dari Jeti Anjung Batu di Melaka sehingga ke Laut Andaman (kira2 500km) untuk mencari dan menaiki kapal itu.

Serta ratusan lagi hadiah2 misteri yang tak sampai hati kami nak umumkan. REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI!



BERTINDAKLAH SEBAGAI AHLI KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB



1. Saya ingin memberi pandangan berhubung kenyataan Tan Seri Abdul Hadi Awang yang kesal undang undang Islam boleh dibatalkan oleh undang penjajah ciptaan manusia di Malaysia..

2. Isu ini wujud sejak Merdeka lagi dan terus berulang dalam situasi hari ini.

3. Bagaimana pun ia mesti ditangani dengan penuh sabar serta bijaksana tanpa emosi yang kadangkala boleh menimbulkan kekacauan.

4. Abdul Hadi pernah bercakap isu ini dengan berapi api sebagai pembangkang dahulu dan kini nadanya hampir sama walaupun sudah menjadi sebahagian pada kerajaan yang berkuasa dan menjadi Duta khas bertaraf Menteri.

5. Bukan itu sahaja, Menteri Agama, Dato Idris Ahmad dan Timbalan Menteri Agama YB Marzuk kedua duanya dari PAS parti beliau sendiri menjadi pemimpin nombor satu.

6. Sebagai ahli parlimen kerajaan, cubalah cadangkan penyelesaiaan jangka masa panjang di mana beliau ada menyatakan ada pertembungan kuasa Raja Raja Melayu di peringkat negeri dan Mahkamah Persekutuan.

7. Kumpul para agamawan, cerdik pandai dan pakar undang undang untuk mencari jalan menyelesaikan "conflict of law" di antara undang undang Islam Negeri dan undang undang sivil .

8. Lebih baik mereka yang berada dalam kerajaan bertindak dengan tenang dan kurang beremosi seperti semasa pembangkang dahulu, kerana cara emosi telah lama tidak membawa kita ke mana mana titik penyelesaiaan tetapi sebaliknya hanya menimbulkan kekecohan.

9. Itulah sebaik baiknya jika kita mahu cari penyelesaiaan jangka masa panjang dan bukan medan pertelingkahan yang tajam yang boleh menghancurkan negara.

10. Peranan kerajaan ialah untuk mencari penyelesaiaan pendamaiaan yang baik membina negara yang aman harmoni untuk semua dan bukan untuk meneruskan pertelingkahan yang berterusan.

11. Selain dari isu ini, Abdul Hadi dan PAS pernah juga membawa isu seperti RUU 355 semasa menjadi pembangkang tetapi walaupun telah menjadi kerajaan isu tersebut telah diam begitu sahaja.

12. Abdul Hadi, dan lebih khusus lagi Idris Ahmad sebagai Menteri Agama, sepatutnya berperanan pro aktif mententeramkan keadaan kearah penyelesaiaan dan bukan menyumbang ke arah pertelingkahan.

13. Menteri Agama belum mengeluarkan sepatah kenyataan pun lagi dalam isu ini.

14. Mereka perlu ingat dan bercakap sebagai kerajaan bertanggungjawab dan bukan lagi pembangkang.

15. Gunakan lah kuasa yang diidami dan di miliki hari ini untuk kebaikan kerana telah menjadi kerajaan untuk semua dan bukan hanya sebahagian dari rakyat Malaysia.

16. Isu penting sebegini tidak boleh di bawa cara bermusim mengikut suasana semasa atau politik tetapi perlu di buat secara berterusan dengan ikhlas .

17.Apabila isu agama bercampur politik, agama Islam, masyarakat serta negara akan menjadi punah .

18. Kita mempunyai 9 Negeri dengan Raja Raja Melayu dengan undang undang yang perlu diselaraskan bersama dengan undang undang Persekutuan.

19. Tunjuklah kebijakanaan berilmu tanpa membangkitkan emosi serta sentimen untuk penyelesaian .

20. Menyalahkan undang undang penjajah Inggeris berpuluh tahun tidak membawa kita kemana.

21. Bertindaklan sebagai ahi anggota kerajaan yang bertanggungjawab untuk mencari kedamaian penyelesaian untuk seluruh rakyat dan bukan membangkit emosi di kalangan rakyat tanpa solusi mengikut ajaran Islam sebenarnya.

22. Rakyat dan dunia memerhati bagaimana kerajaan hari ini menangani isu ini setelah kerajaan hari ini telah mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

Raja Bahrin Shah

Pengerusi Amanah Terengganu

 










May be an image of 1 person










SIAPA KATA WANITA MELAYU TAK HEBAT?

 

Bagi kaum wanita, dikhianati cinta, dijanji kahwin yang tidak menjadi dan seterusnya ditinggal pergi adalah pengalaman universal yang dilalui oleh semua bangsa di dunia ini.

Sebagai mangsa, ada yang sekadar menyimpan rasa kecewa di dalam hati, meski terpaksa bertahun menanggungnya dan tidak kurang yang akhirnya jadi pendendam kepada kaum lelaki, terutama jika hubungan itu terjalin dalam tempoh yang lama.

Tidak kurang yang memilih membunuh diri dengan terjun bangunan, minum racun dan sebagainya.

Dengan peredaran zaman, terutama apabila kebendaan bertakhta di mata dan di hati, ramai pula kaum wanita akhirnya menjadi bijaksana dengan menuntut pelbagai pampasan atau ganjaran sebagai balasan kerana cinta dikhianati, terutama terhadap pasangan yang sudah bergelar suami orang atau golongan berada.

Di negara maju, tuntutan berjuta-juta adalah perkara biasa kerana mangsa bukan saja rasa dikhianti dan masa menuju tua terbuang begitu saja, bahkan sebagai pampasan kerana telah menyerahkan tubuh badan secara percuma bak pasangan suami isteri sepanjang hubungan terjalin.

Tetapi, di negara kita, jarang-jarang ada yang berani membuat tuntutan berjuta, apa lagi dengan membuat ugutan terhadap salah laku pasangan yang diketahuinya jika permintaan tidak dipenuhi.

Yang biasa kita dengar, ramai yang sekadar beralah, berlalu pergi dan menyimpan sendiri kekecewaan dengan lama serta menganggap sudah takdir Tuhan begitu jadinya.

Selebihnya, mungkinlah ada yang sekadar diberikan sedikit wang tunai, sebuah kereta terpakai serta barang-barang keperluan lain untuk menjalani kehidupan seterusnya.

Amat jarang kedengaran ada yang berani menuntut diberikan rumah, hartanah mewah atau wang dengan jumlah berjuta.

Sebab itu, bila ada wanita Melayu didedahkan sudah berani menuntut sebuah kediaman berharga RM41 juta di London untuk pampasan hubungan yang diputuskan, sambil menggunakan ugutan mendedahkan salah laku pasangannya sebagai senjata untuk memenuhi kehendak di hati, ini benar-benar suatu kemajuan, malah kehebatan yang luar biasa.

Lebih hebat lagi, cerita berkenaan didedahkan di mahkamah di Amerika Syarikat dan tentu saja berita itu menjadi bualan ramai semua bangsa di seluruh dunia.

Maka, siapa kata wanita Melayu tidak hebat?

Bagi yang mengejar dan gila kepada kebendaan, cerita ini tentu saja suatu inspirasi yang amat mengujakan buat mereka.

Selepas ini, mungkin lebih ramai yang tidak takut lagi untuk menjalin hubungan dengan sesiapa saja, bahkan tidak akan teragak-agak membuat tuntutan pampasan serta ugutan jika hubungan diputuskan untuk menjadi penawar kepada kekecewaan gagal menaiki pelamin.

Kalau putus cinta dan ditinggalkan, tetapi akhirnya dapat habuan sebuah kediaman semewah RM41 juta atau setara dengannya, barangkali rasa kecewa dan pedih hati yang dirasa tidak akan lebih setengah jam mendekam dalam jiwa.

Setengah jam selepas itu, pasti girang gembira dan cerialah kembali kehidupan seolah-olah di alam kayangan.

Inilah cerita motivasi sebenarnya.

Lebih daripada itu, dengan ganjaran yang diperolehi itu juga, mencari cinta baru yang benar-benar setia pasti lebih mudah selepas itu dan tidak lagi sesukar seperti sebelum ini.

Pasti ada lelaki biasa yang sedia mencurahkan kesetiaan dengan sepenuh hati asal saja dapat berkongsi kemewahan yang memang mereka idam-idamkan selama ini.

Atau kalau susah-susah, wanita berkenaan boleh saja enjoy seorang diri menikmati kehidupan dan kemewahan sehingga ke hari mati.

Sebagai peneman kesunyiaan, ada banyak pilihan boleh dilakukan, sama ada membela anak angkat atau hidup dengan binatang peliharaan untuk dijadikan teman.

Yang penting, tiada lagi kemungkinan untuk dikecewa atau dikhianati.

Kepada kaum lelaki, cerita ini juga inspirasi buat mereka – kalau tidak kaya dan gaji sekadar cukup makan saja, lebih baik memilih jadi pasangan yang setia hingga ke hujung nyawa. – ShahbudinHusin 25/02/2022.


NAMPAKNYA REGA LAIN LAIN BARANG PUN AKAN NAIK ?

 

Aku ambil gambar ni dari post kawan aku. Sebab bila tengok benda sebegini, aku selalu serba salah. Sebagai pekerja dalam industri O&G ini, berita ini sesuatu yang elok. Bermakna kerja kami secured.

Tapi bila ingatkan kesan domino dari kenaikan harga minyak, aku jadi takut. Banyak yang akan terkesan. Semakin takut sebab aku tahu kerajaan kita tak pernah hirau isu kenaikan harga barangan.

Bila harga minyak naik, kerajaan sepatutnya boleh dapat lebih pendapatan. Dan hasilnya boleh disalur semula dal bentuk subsidi kepada rakyat. Tapi itu tak berlaku. Akibatnya, negara semakin kaya, rakyat terus miskin. Ghisau aku! Guane boh?

Raja Gelap

 



JANGAN DOK BUAT LECE....

 

‘Kita tak akan langgar kerusi MUDA’, kata PKR




Ketua PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata, MUDA masih ada masa untuk menimbang semula tindakannya sebelum hari penamaan calon pada 26 Feb.

PETALING JAYA: Selepas berlaku pertembungan kerusi antara MUDA dan PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Ketua PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, parti itu tidak akan mengambil langkah serupa dengan “melanggar” kerusi MUDA bagi menghormati komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu Amanah dan DAP.

Beliau berkata, tindakan MUDA mengumumkan calon di Larkin semalam walaupun PKR sudah mengumumkan calonnya terlebih dahulu amat dikesali.

“Saya sedar mungkin tindakan ini diambil kerana kerusi yang dituntut oleh MUDA dalam rundingan tidak dipersetujui oleh PKR. PKR tidak akan mengambil langkah serupa untuk melanggar kerusi MUDA pula kerana menghormati Amanah dan DAP dalam PH.

“Itu tindakan kurang bijaksana malah akan dicemuh oleh pengundi dan rakyat yang sudah muak dengan politik perebutan kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Ads by Kiosked

Beliau berkata, PKR akan menumpukan usaha membantu calonnya dan calon Amanah serta DAP di Johor, sekiranya MUDA tetap meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi PKR.

“MUDA masih ada masa untuk menimbang semula tindakannya sebelum hari penamaan calon pada 26 Feb.

“Memang benar rakyat yang akan menentukan siapa pilihan mereka tetapi biarlah pertimbangan dibuat atas dasar dan sikap yang betul dalam politik,” katanya sambil menegaskan bahawa PKR akan terus bertanding di kerusinya.

Sebelum ini, PKR mengumumkan akan bertanding di Larkin dengan menamakan Zamil Najwah Arbain sebagai calon.

Rundingan rasmi antara MUDA dan PKR tamat apabila kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi susulan tindakan PKR mengumumkan senarai calonnya di 20 kerusi.

MUDA tidak matang

Ads by Kiosked

Sementara itu, dalam sidang media di Johor Bahru, Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir berkata, keputusan MUDA meletakkan calon di Larkin bertentangan dengan pendirian awal yang dibuat Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa ia tidak akan bertanding di kerusi yang ditandingi PKR.

“Parti pimpinan Syed Saddiq ini dangkal dan tidak matang dalam membuat penilaian yang mana kawan dan lawan.

“Walaupun MUDA mempunyai hak demokrasi untuk meletakkan calon di mana-mana kerusiyang mereka inginkan, tetapi Pemuda PKR tertanya-tanya apakah motif sebenar MUDA mahu meletakkan calon di DUN Larkin sedangkan PKR telah menamakan seorang tokoh profesional dan berpengalaman di situ,” katanya.

Beliau berkata, keputusan MUDA untuk bertanding di Larkin juga menyebabkan undi pembangkang berpecah, sekali gus mengelirukan rakyat.

“Walaupuan berdepan risiko pecah undi akibat tindakan MUDA, PKR tetap yakin mampu menawan semula Larkin yang sebelum ini dimenangi oleh PH dalam PRU lalu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 12 Mac depan.