**Jiwa besar Anwar selamatkan kesepakatan PH malam tadi*




KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi dipercayai tegang apabila seorang presiden parti mencadangkan supaya isu tarikh peralihan kuasa dibincangkan berdua antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber yang hadir dalam mesyuarat Big Six (Wakil enam orang parti dalam Mesyuarat Majlis Presiden) berkata, idea presiden parti itu  bagaimanapun dibantah bulat-bulat oleh seorang timbalan presiden parti gabungan itu.


“Beliau bantah dan tegaskan semua keputusan mesti lalu Majlis Presiden PH terlebih dahulu.


“Beliau kemudian mencadangkan agar Tun Dr Mahathir memegang jawatan untuk satu penggal penuh, banyak lagi agenda dan wawasan lain nak dilaksanakan,” kata sumber  berkenaan.


Idea timbalan presiden disokong seorang naib presiden dan wakil daripada parti pimpinan Dr Mahathir.


Perbincangan itu semakin hangat apabila wakil parti Bersatu bertegas sekiranya ada tekanan daripada mana-mana pihak kepada Dr Mahathir, parti itu akan meninggalkan gabungan PH.


“Kalau tekanan terus pada Tun M, Bersatu akan keluar daripada PH”,” kata pemimpin yang dilantik dalam parti.


Bagaimana Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan tidak ada masalah dengan keputusan yang telah dicapai semalam.


Sumber itu berkata presiden Amanah, Mohamad Sabu dengan tegas menjawab: “Kami tak ada masalah, puluh tahun dah kami jadi pembangkang.”


Keputusan Mat Sabu itu dipercayai disambut baik dan disokong pemimpin DAP.


Di tengah-tengah ketegangan itu, Anwar meminta semua kepimpinan Big Six agar bertenang dan meminta Dr Mahathir menentukan sendiri tarikh peralihan kuasa selepas penganjuran Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


“Semua akur akan cadangan Anwar,” kata sumber itu lagi.


Semalam, Majlis Presiden sebulat suara memutuskan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar tetap akan berlangsung selepas APEC tanpa ada tarikh dan masa yang spesifik.


Bagaimanapun, ia terpulang kepada Dr Mahathir sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut atau pun tidak. – -MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2020/02/22/jiwa-besar-anwar-selamatkan-kesepakatan-ph-malam-tadi/


KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi dipercayai tegang apabila seorang presiden parti mencadangkan supaya isu tarikh peralihan kuasa dibincangkan berdua antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sumber yang hadir dalam mesyuarat Big Six (Wakil enam orang parti dalam Mesyuarat Majlis Presiden) berkata, idea presiden parti itu  bagaimanapun dibantah bulat-bulat oleh seorang timbalan presiden parti gabungan itu.


“Beliau bantah dan tegaskan semua keputusan mesti lalu Majlis Presiden PH terlebih dahulu.


“Beliau kemudian mencadangkan agar Tun Dr Mahathir memegang jawatan untuk satu penggal penuh, banyak lagi agenda dan wawasan lain nak dilaksanakan,” kata sumber  berkenaan.


Idea timbalan presiden disokong seorang naib presiden dan wakil daripada parti pimpinan Dr Mahathir.


Perbincangan itu semakin hangat apabila wakil parti Bersatu bertegas sekiranya ada tekanan daripada mana-mana pihak kepada Dr Mahathir, parti itu akan meninggalkan gabungan PH.


“Kalau tekanan terus pada Tun M, Bersatu akan keluar daripada PH”,” kata pemimpin yang dilantik dalam parti.


Bagaimana Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan tidak ada masalah dengan keputusan yang telah dicapai semalam.


Sumber itu berkata presiden Amanah, Mohamad Sabu dengan tegas menjawab: “Kami tak ada masalah, puluh tahun dah kami jadi pembangkang.”


Keputusan Mat Sabu itu dipercayai disambut baik dan disokong pemimpin DAP.


Di tengah-tengah ketegangan itu, Anwar meminta semua kepimpinan Big Six agar bertenang dan meminta Dr Mahathir menentukan sendiri tarikh peralihan kuasa selepas penganjuran Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


“Semua akur akan cadangan Anwar,” kata sumber itu lagi.


Semalam, Majlis Presiden sebulat suara memutuskan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar tetap akan berlangsung selepas APEC tanpa ada tarikh dan masa yang spesifik.


Bagaimanapun, ia terpulang kepada Dr Mahathir sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut atau pun tidak. – -MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2020/02/22/jiwa-besar-anwar-selamatkan-kesepakatan-ph-malam-tadi/

Keputusan PH mengenai peralihan kuasa.



1.Kami sambut positif  keputusan PH malam tadi yang telah menetapkan secara rasmi bahawa peralihan kuasa PM ke 7 dan ke 8 akan dilakukan selepas APEC Nov ini.

2.Keputusan PH itu juga menggambarkan PH mengambil maklum gesaan kita dan rakyat umumnya bahawa peralihan kuasa adalah isu penting bagi kelangsungan ekonomi dan negara.Makanya keputusan dibuat dengan jelas malam tadi bahawa ianya akan dilakukan selepas APEC.

3.Walaupun kita menuntut ianya dilakukan sesuai dengan janji 2 tahun dan berlaku Mei 2020, kita akur dengan keputusan dan kebijaksanaan Majlis Presiden PH yang menetapkan ianya berlaku selepas sidang APEC November ini.

4.Keputusan PH itu juga adalah satu penegasan dan isyarat paling jelas bahawa komplot jahat untuk menggagalkan peralihan daripada berlaku yang cuba dilakukan oleh anasir luar dan dalam tidak diterima samasekali oleh PH.

5.Justeru, usaha undi percaya, pengumpulan SD untuk Tun Mahathir kekal satu penggal dan pelbagai lagi komplot jahat adalah sia-sia dan mesti dihentikan.Tumpuan harus kepada memacu ekonomi negara dan proses peralihan yang akan memantapkan usaha sepadu itu.

6.PH juga mesti tegas memastikan tidak wujud lagi kenyataan sumbang dari kalangan pemimpin PH sendiri seperti Timbalan Presiden PKR  yang cuba menidakkan dan menafikan proses peralihan daripada berlaku.

7.Kenyataan membodek PM dengan gesaan beliau kekal penggal penuh(fullterm) adalah datang dari pemimpin bermasalah yang mahu selamatkan diri daripada dakwaan jenayah dan tidak boleh dibiarkan berlaku lagi didalam PH selepas ini.

8.Gerakan Reformasi yang digiatkan semula oleh pendokong reformasi 1998 yang bermula Januari tahun ini akan diteruskan selepas ini dengan tumpuan untuk memastikan anasir2 jahat luar dan dalam yang terus mahu menggagalkan peralihan akan menghadapi tentangan tegas dan tanpa kompromi dari setiap pejuang perubahan,islah dan reformasi.

Mohamad Ezam Mohd Nor
22Feb 2020, 28 Jamadil Akhir 1441H

KISAH MESYUARAT SEMALAM...



Jangan gusar dengan apa yang kita lihat hasil mesyuarat malam tadi (Sidang Media Tun M), tetapi lihat juga bagaimana ia terhasil (Meeting yang tegang dan panas)..

Sesungguhnya, malam tadi adalah satu kemenangan buat mereka yang bersabar..inshaAllah, #AnwarTetapPM8

Baca dan fahami dulu tulisan di bawah;

**********

Mesyuarat Ph hari ni menarik untuk kita bahaskan dan membuat analisis.

Ada dua mesyuarat yang berlaku malam ini,satu mesyuarat yang di sebut 6 bintang. Angota mesyuarat ini terdiri daripada :-

1 .Tun Dr M
2. Datin Seri Wan Azizah
3. Dato Seri Anwar Ibrahim
4. Yb Mat Sabu
5. Yb LGE
6. Tan Sri Muhyuddin Yassin

Antara keputusan besar yang di buat pada malam ini ialah semua setuju sebulat suara menerima keputusan tempoh peralihan kuasa selepas apec yang akan berlangsung di KL untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tun Dr M mengetui kerajaan Malaysia menyambut pimpinan utama negara negara anggota apec dan berpeluang berucap di majlis itu. Jika tak silap saya kali terakhir tun m berada dalam sidang tersebut selaku tuan rumah pada tahun 1998 atau 1999. Masa itu timbalan presiden us buat kenyataan terbuka menyokong anwar dan tun dr m di malukan dalam ucapan itu.

Keputusan malam ni mutamad tun m serah selepas apec tetapi tarikh bila tidak di bincangkan dalam mesyuarat 6 bintang ini. Berkenaan tarikh semua setuju di bawa ke mesyuarat penuh PH yang kehadirannnya lebih besar dan ramai. Tamat

Semua bersedia untuk meneruskan meting PH yang akan di wakilkan kepada penjawat penting dalam 4 parti. Pkr turut di wakili oleh timbalan presiden dan naib presiden Yb Zuraidah. Bersatu pula di wakili oleh timbalan presiden,su agung dan syed syadiq selaku ketua pemuda PH.

Dalam meting PH kali ini di beritakan agak tegang dan panas berdebat antara penyokong Tun Dr M dan Penyokong Dato Seri Anwar. Perkara yang paling panas dan tegang dalam isu yang di bawa dari meting 6 bintang ke meting PH iaitu penyerahan kuasa tun m kepada dato seri anwar selepas apec tapi bila ? Ada tiga pendapat yang di kemukakan

1. Penyokong dato seri anwar minta di tetapkan tarikh dan di umumkan. Antara yang lantang dalam meminta ada tarikh ini ialah wakil wakil dari Amanah,dap dan sebahagian dari PKR

2. Penyokong Tun dr M sebahagian dari PKR dan bersatu meminta Tun Dr M kekal terus menjadi PM sampai habis penggal. Hujah ekonomi,kemampuan dan kebolehan tun m juga perancangan yang telah di rancang tidak boleh terbantut selepas ketiadaan tun dr m,maka tun m wajib di kekalkan sehingga habis penggal

3. Pendapat terakhir dari tan sri muhyuddin tarikh bila biar lah di beri mandat kepada dato seri anwar dan tun m berbincang dan buat keputusan tidak perlu di buat kepututusan itu di dalam meting PH.

Dalam perbincangan itu berlaku lah ketegangan dengan hujah masing masing. Azmin Ali,Zuraidah,Marzuki su agung bersatu dan syed sadiq kesemuanya meminta tun m tidak di desak supaya di berikan tarikh untuk peralihan kuasa itu bila...harinya....bulannya ...tahunnya....?? Mereka minta biar serah kan pada tun m buat keputusan tampa perlukan pun berbincang dengan sesiapa termasuk dato seri anwar....

Marsuki su agung bersatu nampak terlalu emosi sehingga keluar ayat jika semua mendesak tun m beri tarikh kami iaitu Bersatu tidak teragak agak untuk keluar dari PH...ugutan yang sangat jelas....tampa pun ada bantahan dari Tun m....tapi di jawap oleh Yb mat sabu...kepada masuki....kami ni berpuluh tahun jadi pembangkang....jika apa yang marsuki maksudkan...! kami tak kisah kembali semula jadi pembangkang.....begitu juga kenyataan dari Dap....

Azmin dan zuraidah berkeras minta jangan ada tarikh di buat pada malam ini biarkan tun dr m kekal sampai habis penggal...syed sadiq juga tidak bersetuju ada tarikh....meting tegang dan tidak sehat.....saifuddin nasution pula memberi ingatan bahawa ph sudah ada kesepakatan peralihan kuasa berlaku selepas dua tahun dan majlis presiden pun telah tandatangan persetujuan bersama. Apakah kita tak malu untuk melangar perjanjian kesepakatan yang kita dah bersetuju bersama...di mana kita jika gagal menunaikan janji....rakyat akan melihat ph tidak ada keikhlasan. Janji pun bole di batalkan...ianya tidak sepatutnya berlaku

Muhyuddin akhirnya bersuara minta tarikh itu serah kepada tun dr m dan anwar....tapi selepas apec bukan sehingga habis penggal. Kenyatan tan sri muhyuddin itu kurang di senangi oleh marzuki...syed sadiq...azmin ali dan zuraidah.....tapi akhirnya keputusan itu di terima....

Berdasarkan cerita ini terbukti bagi saya tun dr m memang tak ada hati sikit pun nak berhenti sebagai pm. Beliau nak jadi pm sampai habis penggal. Lengok bahasa tun m malam ni hanya lakunan dan tidak mahu dato seri anwar sebagai PM ke 8...asasnya apa....

1. Sepatutnya meting malam ini tidak timbul soal tarikh dan tidak sepatutnya jadi panas jika memang tun m nak berhenti dan nak serahkan pada dato seri anwar....jika tun m ikhlas dia akan membendung berlakunya ugut ugut untuk keluar dari PH. Kenyataan itu tak bole keluar dari parti tun m dan su pula tu yang kita tahu kerja su ini dengar cakap dan ikut cakap...apa yang su cakap selalunya itu lah cakap bos...

2. Sepatutnya tarikh ini bukan di cadangkan oleh angota jemaah mesyuarat....tun m sepatutnya dah ada tarikh dan dia dah boleh maklumkan pada meting Ph kali ini...contoh dia bole sebut saya dah ada tarikh iaitu pada 1 Dec 2020...betul betul dua minggu lepas apec...kan cantik jika dia yang bagi tarikh....kenapa tak bole bagi tarikh kerana dia ni seoarang manusia pembohong....dan niat tak mau berenti....jika ikhlas dia akan seronok nak umum pada dunia tarikh akhir dia sebagai pM malaysia....

3. Cuba bayangkan kita jumpa kenkawan yang dah nak pencen. Kita baru tanya dia bila pencen dengan senang hati dia jawap....aku 24 hb ni habis dah kerja aku...hari akhir aku tu..aku nak pencen....senyum ketawa dia umumkan dia nak pencen....seronok...ni orang ikhlas....siap bole cerita dia nak buat apa lepas pencen....punya seronok.....

Ini tun m meting minta date atau tarikh bila pun tak boleh bagi...bersilat...tipu....tadi dia buat kenyataan bila tarikhnya..... itu keputusan saya....bila saya nak berenti saya berenti....sombong bongkak dan ayat dia nampak sangat menipu....memek muka nampak marah dan tak selesa.....mata besar dan terbungkang....dah umur 95 pun nak lagi kuasa....telinga pun dah pekak...gila....tadi dalam meting dia terkejut dan simpan marah pada amanah terutama mat sabu....dan pada dap....dan dia juga geram pada muhyuddin kerana tidak mempertahankan dia....kita tau tu

Dia sayang pada azmin dan zuraidah yang pertahan dia mati matian.....sebenarnya tun m lupa....azmin dan zuraidah tu bukan mempertahankan tun m bermatian.....tapi mempertahankan diri sendiri.....mati matian....jika anwar pm depa pun gugur menteri dan kes akan di siasat semula.....tu yang nak kekal kan tun m.....tun m ingat kerana depa sayang dia.....orang tua tak sedar di untung dan tak ada jiwa syukur pada diri beliau....

Ayat paling win kali ini ialah.....Kami ni dah biasa jadi PEMBANGKANG BUKAN TAK BIASA....UGUT UGUT NAK KELUAR NI INGAT KAMI HAIRAN KER.....

Dari Penjual roti canai kari kambing...

Kisah cerpen pendek

KEPUTUSAN YANG MENGECEWAKAN RAKYAT.TAK MUNGKIN KEKAL MEMERINTAH LAMA.


Keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH malam tadi berhubung soal peralihan kuasa benar-benar sesuatu yang mengecewakan hati rakyat.
Walaupun ramai yang menjangka peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Apec, November depan berikutan tolak ansur Anwar Ibrahim, tetapi adalah sesuatu yang diluar jangkaan bagaimana penentuan tarikh serah kuasa akhirnya diserahkan kepada Tun Mahathir Mohamad menentukannya.
Dengan bongkak dan sombongnya, Tun Mahathir kemudian berkata, terpulang kepada beliau bila mahu melakukan serah kuasa kepada Anwar.
“Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan kuasa akan berlaku selepas Apec.
“Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan dipersetujui oleh Majlis Presiden,” katanya lagi.
Dalam usia menuju 95 tahun, Tun Mahathir tanpa berselindung telah memperlihatkan sisi tamak dan rakus kuasa yang ada dalam dirinya.
Dengan berkeras mahu berundur selepas Sidang Apec dan tiada tarikh khusus peralihan kuasa ditetapkan, Tun Mahathir dengan jelas telah memungkiri janjinya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja.
Sekarang, dengan persetujuan memberinya masa memegang jawatan selama dua tahun setengah sehingga Sidang Apec dan menyerahkan pula kepadanya menentukan bila mahu melakukan peralihan kuasa, sama ada Tun Mahathir benar-benar akan menunaikannya janjinya terus kabur dan kelabu sebagaimana kaburnya video seks sejenis yang dikaitkan dengan Azmin Ali.
Tidak mustahil bila selesai Sidang Apec nanti, lain pula belit dan alasannya untuk terus bertakhta sebagai orang paling berkuasa di negara ini.
Hakikatnya, cakap dan janji Tun Mahathir memang tidak boleh dipegang dan dipercayai sama sekali.
Beliau mungkin boleh berhenti makan sebelum kenyang, tetapi dalam bab kuasa, kerakusan dan ketamakannya ternampak tidak pernah cukup dan sentiasa membuatnya lapar.
Dengan keputusan malam tadi, bukan saja PH berisiko terus bermasalah dan terumbang-ambing dengan ketidaktentuan serta ketidakstabilan yang lebih berpanjangan, bahkan zaman gelap untuk negara juga akan berterusan dengan lebih lama lagi.
Setelah hampir dua tahun tanpa kemajuan dalam ekonomi dan keselesaan kepada rakyat dibawah pimpinannya, lebih lama Tun Mahathir berkuasa, bermakna lebih lama tiada kemajuan dan keselesaan untuk rakyat negara ini.
Dalam kepala Tun Mahathir hanya memikirkan soal politik dan bagaimana untuk terus berkuasa serta menampakkan keinginan memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar.
Penerimaan Anwar dan keluarganya kepada Tun Mahathir selama ini terlihat hanya sia-sia serta penonjolannya seolah-olah sudah insaf sebelum PRU14 lalu tidak lebih sebuah sandiwara untuk mengejar kuasa semata-mata.
Tun Mahathir bukan saja seorang yang tidak mengenang budi baik serta pengorbanan orang lain terhadapnya, sebaliknya keutamaannya adalah untuk kekal berkuasa seberapa lama yang mampu, mungkin sehingga dirinya tidak lagi berdaya atau sehingga Tuhan menjemputnya ke dunia lain yang kekal abadi. (ShahbudinHusin 22/02/2020)


BAKAL DIDAKWA LAGI...ITULAH WALAUNS


Ibrahim Mat Isa

Hari ini seorang lelaki dari Tanjung Karang telah didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menyebar berita fitnah mengenai TH dalam akaun Facebook pada 18 Februari. Hukuman bakal menantinya ialah denda RM50K.

SIDANG MEDIA MAJLIS PH



MENGAPA SI KITOL LARI DARI PC DAN APA YANG SI KITOL MAHU MAJLIS PRESIDEN LAKUKAN?



Patut la dia takde dlm PC selepas mesyuarat Majlis Presiden.  Rupa-rupanya dia kena sembur oleh Mat Sabu kerana cadangkan Tun M terus jadi PM sehingga habis penggal.  Korang dah nampak kan siapa paling tidak mahu Anwar jadi PM?   

Persetujuan peralihan kuasa selepas APEC itu memang awal lagi dipersetujui oleh Anwar.  Tidak pelik kalau yang lain pun boleh terima kerana tuan punya badan sendiri tiada masalah untuk menanti.  Cuma, kita memang tidak boleh terima kerana apa yang kita tahu hanya dua tahun sahaja untuk Tun M jadi PM.  Tetapi itulah keputusan jemaah di dalam mesyuarat PH.  

Kemudian, isu penetapan tarikh.  Majlis Presiden lama bersidang kerana bincang tentang wajar atau tidak tarikh itu ditetapkan selepas APEC?  Majoriti bersetuju untuk penetapan tarikh, tetapi Anwar sekali lagi membawa hujah bahawa sebaiknya hanya beliau dan Tun M sahaja akan berbincang bagi menetapkan tarikh sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden PH.  

Mengapa Anwar selembut itu?  Hujah Anwar sama seperti beliau berhujah di dalam Parlimen sebelum ini sewaktu ditanya oleh MP Arau, Shahidan Kassim tentang mengapa tiada tarikh yang ditetapkan untuk peralihan kuasa?  Jawapan Anwar, beliau tidak setuju jika tarikh itu ditetapkan lebih awal kerana dibimbangi memberi kesan kepada PM ketika itu di mana menjelang tarikh berkenaan, banyak pihak yang tidak lagi menghormati PM yang ada sebaliknya mula berdamping dengan bakal PM yang baru.  Ini tidak baik untuk seorang PM.  

Maka, Anwar sendiri bersetuju bahawa biarlah beliau dan Tun M sahaja akan berbincang tentang tarikh peralihan kuasa tersebut.  Ini menafikan dakwaan bahawa Anwar kononnya rakus dan gila kuasa untuk menjadi PM.  Anwar mahu peralihan kuasa yang lancar dan tersusun tanpa menggugat kestabilan di dalam PH.

Selepas Kak Wan menunjukkan sifat jujur dan ikhlasnya sewaktu menemui YDP Agong dengan menolak jawatan PM yang ditawarkan kerana mahu menunaikan janji PH selepas PRU14, kini Anwar pula menunjukkan sifat berlapang dada, bertolak ansur dan mengutamakan kestabilan PH berbanding kepentingan dirinya.  Beliau sanggup dimaki hamun dan dicerca oleh para penyokongnya yang mahu beliau segera menjadi PM demi untuk menjaga kestabilan PH.  

Apa yang penting, kita telah tahu siapa musuh kita di dalam dan di luar.  Kita kena teruskan usaha agar kerja2 jahat musuh2 ini akan gagal sebagaimana mereka gagal malam tadi untuk membawa usul agar Tun M menjadi PM hingga habis penggal. Mungkin kerana kecewa, si kitol lari dari PC malam tadi. Tidak lama, tunggu siasatan video asli kes semburit pula selepas ini.  

Itulah kisah yang dibisikkan kepada saya.  Hanya yang hadir malam tadi tahu kebenarannya.  Wallahu Aklam. 


WFAUZDIN NS


PERSIDANGAN APEC TIDAK MENGHALANG GERAKAN REFORMASI



Gerakan bersama Ezam harus ditingkatkan kerana Persidangan Apec bukan lama sangat dah.  Anwar dari awal sebelum mesyuarat mlm tadi pun telah nyatakan bahawa beliau cenderung untuk bersetuju dengan Tun M bahawa peralihan kuasa harus berlaku selepas Persidangan APEC, november ini.

Apabila Anwar bersikap sedemikian, maka ini peluang untuk Tun M memanjangkan hayatnya di Kerusi PM.  Apabila Anwar atau Majlis Presiden PH bersetuju, bukan bererti rakyat akan turut bersetuju.  Rakyat tidak mahu lagi melihat sebelum PRU15, jika ada PRK, kita tewas teruk.  Puncanya bukan kerana rakyat tidak suka PH, tetapi rakyat mahu PH kembali kepada perjuangan asal iaitu reform.  Setakat ini reform tidak berjaya ditunjukkan oleh Tun M selaku PM, bahkan banyak perkara yang dilakukan bercanggah dengan prinsip reform.

Kalau kita mahu melihat reform itu berlaku, kita tidak boleh berdiam diri sekarang.  Gerakan reformasi harus ditingkatkan agar kerajaan PH tidak terus dibuai mimpi indah dan mamai setelah pimpinan kita diberi jawatan oleh Tun M.  

"Saya undur selepas APEC.  Tarikh terpulang kepada saya".  Sepatutnya kata2 begini tidak keluar dari mulut seorang pemimpin di dalam kerajaan PH.  Gunakanlah ayat yang lebih menyejukkan hati bila mendengarnya.  Saya mahu ingatkan Tun M, kalau kamu ada tarikh, Allah juga ada tarikh untuk kamu.  

Laungan reformasi tidak akan padam.

WFAUZDIN NS

(function() { var d = document, w = window; w

PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

  Oleh FAZLI RADZI   /  September 16, 2021 Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan se...