Gerakan bersama Ezam harus ditingkatkan kerana Persidangan Apec bukan lama sangat dah. Anwar dari awal sebelum mesyuarat mlm tadi pun telah nyatakan bahawa beliau cenderung untuk bersetuju dengan Tun M bahawa peralihan kuasa harus berlaku selepas Persidangan APEC, november ini.
Apabila Anwar bersikap sedemikian, maka ini peluang untuk Tun M memanjangkan hayatnya di Kerusi PM. Apabila Anwar atau Majlis Presiden PH bersetuju, bukan bererti rakyat akan turut bersetuju. Rakyat tidak mahu lagi melihat sebelum PRU15, jika ada PRK, kita tewas teruk. Puncanya bukan kerana rakyat tidak suka PH, tetapi rakyat mahu PH kembali kepada perjuangan asal iaitu reform. Setakat ini reform tidak berjaya ditunjukkan oleh Tun M selaku PM, bahkan banyak perkara yang dilakukan bercanggah dengan prinsip reform.
Kalau kita mahu melihat reform itu berlaku, kita tidak boleh berdiam diri sekarang. Gerakan reformasi harus ditingkatkan agar kerajaan PH tidak terus dibuai mimpi indah dan mamai setelah pimpinan kita diberi jawatan oleh Tun M.
"Saya undur selepas APEC. Tarikh terpulang kepada saya". Sepatutnya kata2 begini tidak keluar dari mulut seorang pemimpin di dalam kerajaan PH. Gunakanlah ayat yang lebih menyejukkan hati bila mendengarnya. Saya mahu ingatkan Tun M, kalau kamu ada tarikh, Allah juga ada tarikh untuk kamu.
Laungan reformasi tidak akan padam.
WFAUZDIN NS