DIN CIRIT MIMPI LAGI.

 




Aku baca berita ni masa sahur pagi tadi. Punyalah kelakar sampai tak sedar dua kali aku tambah nasi. Pandai betul Mahiaddin buat kelakar.






๐—ฃ๐—ก ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜? Pertama sekali, PN ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜? Yang aku nampak, PN ni lebih banyak ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด daripada ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป isu rakyat.


Contoh paling mudah, sampai ke hari ni pemimpin PN  masih main isu ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ช๐—ฆ๐—ฃ sedangkan isu tu dah lama basi dah. Orang tak cakap soal keluarkan duit tu lagi dah.


Kedua isu ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป. Sebenarnya itu bukan isu rakyat pun. Rakyat nak makan nasi. Janji ada beras, harga ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚ ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ, rakyat tak bising pun.


Memang tak ada beras tempatan tapi beras import masih dijual pada harga ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป. Sebenarnya rakyat tak bising pun. ๐—ฃ๐—ก ๐—ท๐—ฒ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด sebab nak hasut rakyat.


Buktinya, sekarang beras tempatan dah mula ada, tak laku pun. Malah ๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ธ๐—ฒ ๐— ๐˜†๐—ฑ๐—ถ๐—ป pun pernah cakap dari dulu beras tempatan tak laku. Selalu kena ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป kepada pengedar.


Nampak? Isu rakyat pun PN tak tahu. Jadi celah mana Mahiaddin kata dia ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜? Dulu masa memerintah, dia salah satu punca kepada masalah rakyat.


Masa ๐—ฃ๐—ก ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐˜๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ mahal melambung, ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—บ bukan setakat mahal, hilang terus dari pasaran, ๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ธ disorok anak menteri. ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ถ gila-gila meningkat.


Berapa ramai rakyat ๐—ธ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ต sebab tak tahan lagi. Malah ramai yang ambil keputusan untuk ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ. Rakyat derita sedangkan pemimpin PN ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ณ di luar negara, ๐™ฉ๐™š๐™จ๐™ฉ ๐™™๐™ง๐™ž๐™ซ๐™š kereta baru, ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป, malah ada juga yang ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ.


Bila rakyat bising, kerajaan PN buat apa? Setakat buat ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ท๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ. Tapi hasilnya tak ada sampailah PN berkubur, satu kejayaan pun tak pernah direkod oleh jawatankuasa tu.


Bila DS Anwar jadi PM, semua masalah yang diwarisi dari PN berjaya ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป. Tiba-tiba mamat sakau ni kata ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜? Baik dia balik kampung ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ lagi baik la. Phui! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PAS janjikan syurga? ๐Ÿค”




Yang aku nampak, PAS lebih kepada membawa ahli mereka ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ.


Mana taknya. Sebelum ini berbondong-bondong ahli PAS ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ณ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—พ dengan memainkan fitnah ๐—น๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜, ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ dan sebagainya. Walaupun telah diingatkan dosa melakukan qazaf.


Terbaru, dua pemimpin ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐——๐—”๐—ฃ ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ต ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฟ hanya kerana terpilih dalam pemilihan ๐—–๐—˜๐—– ๐——๐—”๐—ฃ baru-baru ni. Apahal tuduhan seberat itu boleh dilontarkan sewenang-wenangnya?


Sedangkan Nabi Muhammad ๏ทบ telah mengingatkan;


ุฃูŽูŠู‘ูู…ูŽุง ุฑูŽุฌูู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ูŠูŽุง ูƒูŽุงููุฑูุŒ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุจูŽุงุกูŽ ุจูู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุฏูู‡ูู…ูŽุง


Maksudnya: โ€œMana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir, maka ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya.โ€


(๐—ฅ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—น-๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ).


Jelas hadits ini menyebut, sekiranya seseorang itu menuduh seorang yang lain sebagai ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฟ, sedangkan yang dituduh itu ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฟ, maka hang menuduh itu yang jatuh kafir.


Mereka tuduh tanpa sebarang bukti. Terpilih dalam CEC DAP tak membawa kepada ๐—ด๐˜‚๐—ด๐˜‚๐—ฟ ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป pun. Jadi apa asas mereka buat tuduhan itu. Jika tiada asas, maka ๐˜๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ.


Apa yang malang, tak ada seorang pun pemimpin PAS yang berani ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐˜‚๐—ฟ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป perangai ahli PAS tersebut. Seolahnya mereka meredakan perbuatan itu.


Sebab tu aku kata, PAS bukan setakat tak mampu nak bawa ahli mereka ke syurga, sebaliknya lebih hampir ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ dengan menggalakkan perbuatan yang menyalahi ajaran agama. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DAPAT KE PAS.... KANTUNG SIMPANAN BOLEH KERING.



 Tahun ni penjawat awam negeri Selangor bukan main mewah ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐˜‚๐˜€. Kalau biarkan PAS memerintah, lepas ni nak pun bonus kena ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ธ la. Rakyat Selangor nak ke? Tanya je ni. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.



YANG TAMPAR, AKAI TAK DAK.



 Remaja autisme cina yang ditampar baru-baru ini mahu rakyat Malaysia melupakan kejadian yang telah berlaku itu. Walaupun insiden itu besar di mata orang lain, tetapi ia kecil di mata golongan autisme seperti beliau. 





Masalah interaksi sosial dan komunikasi individu autisme menyebabkan mereka tidak tahu memberi respons atas tindakan seseorang terhadap mereka. Mestilah sakit kena tampar. Cuma dia tak tahu nak respons apa. Dia mungkin hanya boleh respons atas arahan atau suruhan orang lain. Tiada konsistensi dalam pemikiran dia. Dia pun tak bereaksi balas tamparan macam orang normal biasa buat. 


Walaupun itu kekurangan semulajadi beliau, tapi sebenarnya itu suatu kelebihan dari Tuhan. Dia takkan ada rasa dendam. Dia takkan meltdown disebabkan insiden yang nampak besar di mata manusia normal, dia cuma meltdown sebab hal kecil saja. Dari sudut emosi, selalunya individu autisme akan terbalik sikit daripada orang normal. Saya sendiri bila kena pukul, saya tak meltdown, saya akan meltdown bila rutin harian saya berubah je. 


Apa pun, remaja autisme cina ini lah yang layak digelar anak syurga. Walaupun dia bukan muslim, tapi dalam agama Islam yang saya anuti, dia termasuk dalam golongan yang dijanjikan syurga. Golongan seperti beliau dikategorikan sebagai al-'atah dalam Islam. Al-'atah boleh didefinisikan sebagai golongan yang kurang kefahamannya, pertuturan bercampur aduk dan pengurusan yang tidak efisien secara semulajadi. 


Hukumnya macam kanak-kanak mumayyiz. Dia mungkin tak kenal tuhan orang Islam, tapi ramai je anak autisme muslim yang tak kenal pun tuhan mereka itu Allah walaupun dah besar gajah kerana kekurangan mereka dalam fungsi kognitif. Dan juga kerana masalah mengenali tuhan secara literal. Cukuplah mereka kenal tuhan melalui hati mereka sendiri secara fitrah. Yang pasti, tuhan kenal mereka.


Nur Arif,

Ikon Anak Istimewa Selangor



MADANI Memahami,MADANI Mengasihani.











Anda mahu bonus Aidilfitri?PH BN beri bonus raya.Kamu mahu dividen tinggi KWSP?

PMX dan kabinet perpaduan beri bonus tinggi.Awak mahu dividen Tabung Haji?

Kami bagi dividen Tabung Haji tertinggi.Nanti PRU16 2026 ramai2 undilah calon2 PH BN sahaja bukan calon PN,WARISAN,MUDA,PEJUWANG,GRS dan lain2.

PMX membuktikan dia Perdana Menteri Malaysia yang paling empati dan mendengar denyut nadi rakyat tanpa sebarang pilih kasih.Pastikan PMX kembali jadi PM Malaysia selepas PRU16 ok?Aummmmm




INDUSTRI PENERBANGAN MAJU KEHADAPAN.

 


Kerajaan akan terus berusaha memperkukuh industri penerbangan negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai hab penerbangan utama di rantau ini. Hari ini Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan tempahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing 737 yang mencakup 18 unit model 737-8 dan 12 unit model 737-10 sebagai barisan fleet terbaru Malaysia Airlines. 











Pelaburan strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memodenkan armada penerbangan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan, menambahbaik pengalaman penerbangan, serta mendukung pertumbuhan sektor pelancongan dan perdagangan. 


Dengan penghantaran pesawat ini yang dijadualkan sebelum 2030, langkah ini akan terus melonjak ekonomi Malaysia melalui penciptaan peluang pekerjaan, pemerkasaan industri penerbangan, dan peningkatan daya saing di peringkat global.


Malaysia Airlines bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan, ia adalah kebanggaan negara, membawa semangat serta memetakan Malaysia seantero dunia. Dengan penambahan pesawat baharu ini, kita akan memastikan syarikat penerbangan negara terus maju dan efektif. 


Sekalung tahniah kepada Malaysia Aviation Group, Boeing, dan CFM International atas pencapaian yang sangat bermakna ini. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja



Filem Pendek Raya PROTON x Little Joe 2025 | Rahsia Tuhan

[LANGSUNG] Majlis menandatangani perjanjian pesawat baharu dengan syarik...

Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

 

Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Mar โ€“ Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik) untuk mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA, demikian hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Wan Shaharuddin berhujah, Syed Saddiq mengetahui bahawa alasannya menggunakan pengeluaran dana itu kerana khuatir akan berlakunya pergolakan dalam parti dan wang di dalam akaun ARMADA adalah hasil titik peluhnya adalah suatu tindakan yang salah.

Beliau berkata, niat jahat Syed Saddiq boleh dilihat melalui tindak-tanduk beliau bermula daripada episod pertama iaitu sebelum pengeluaran wang itu pada 6 Mac 2020 sehingga episod terakhir iaitu selepas 28 Mei 2020, apabila tidak memegang apa-apa jawatan di dalam BERSATU atau ARMADA.

Menurut Wan Shaharuddin, berdasarkan cadangan peguam bela yang diajukan kepada saksi pendakwaan ketika perbicaraan kes itu, adalah jelas bahawa pengeluaran wang berkenaan berlaku selepas Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020.

Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pagi ini untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama

Beliau berkata Langkah Sheraton adalah pergolakan politik sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana mahkamah boleh mengambil notis kehakiman berhubung perkara itu.

Katanya, keterangan saksi pendakwaan ke-13 (SP13) iaitu Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali tidak tercabar, di mana adanya perjumpaan dan perbincangan di rumah Syed Saddiq (perayu) di antara beliau, SP13 dan saksi pendakwaan ke-11, iaitu bekas Penolong Setiausaha ARMADA, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi selepas Langkah Sheraton.

Wan Shaharuddin yang juga Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata keterangan Rafiq Hakim bahawa perayu memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan wang itu dan ia adalah bagi manfaat politik, adalah tidak tercabar.

โ€œAdalah hujahan kami, arahan yang diberikan oleh perayu kepada SP13 itu mempunyai kaitan rapat dengan Langkah Sheraton. Keterangan SP11 dan SP13 adalah jelas bahawa perayu khuatir pertukaran pucuk pimpinan di dalam BERSATU atau ARMADA sebelum pengeluaran wang berkenaan.

โ€œKami menyatakan alasan (manfaat politik) ini menunjukkan niat jahat perayu apabila mengeluarkan wang itu. Perayu seolah-olah menjadikan wang di dalam Akaun ARMADA seperti miliknya sendiri yang boleh beliau gunakan sewenang-wenangnya tanpa membuat sebarang kertas kerja.

โ€œPerayu juga tidak memaklumkan kepada SP13 sama ada beliau sudah mendapat kelulusan daripada sesiapa untuk mengeluarkan wang terbabit.

โ€œSP13 sebenarnya menjadi alat kepada perayu. Sama juga ahli-ahli kumpulan WhatsApp โ€˜VALUE ADDโ€™ yang dijadikan alat untuk perayu untuk membersihkan imej sehingga sanggup mengheret ibu bapanya yang tidak bersalah di dalam masalah yang dia sendiri menjadi puncanya,โ€ katanya.

Wan Shaharuddin berkata, persoalan perlu dijawab oleh Syed Saddiq adalah mengapa arahan beliau untuk mengeluarkan wang tersebut tidak dibuat sebelum Langkah Sheraton.

Beliau berkata, Syed Saddiq tidak boleh membantah atau menafikan tentang Langkah Sheraton kerana fakta itu dibangkitkan oleh pembelaan sendiri semasa pemeriksaan balas mereka ke atas saksi pendakwaan.

Katanya, episod ini telah disokong oleh keterangan SP11 mengenai arahan yang diberikan oleh Syed Saddiq adalah bagi manfaat politik, yang konsisten dengan keterangan SP13.

โ€œKeterangan SP13 berkenaan pengeluaran RM1 juta bagi manfaat politik perayu juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan.

โ€œMenurut SP13, kaitan antara Langkah Sheraton dan pengeluaran wang pada 6 Mac 2020 dengan perayu adalah usaha untuk menyelamatkan perayu untuk mendapatkan manfaat politik perayu.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berhujah, hakim bicara Mahkamah Tinggi mempunyai alasan kukuh untuk memanggil Syed Saddiq untuk menjelaskan kepada mahkamah dan rakyat Malaysia mengapa beliau menggunakan alasan wang dalam akaun ARMADA adalah hasil titik peluhnya dan berhak menggunakannya.

Wan Shaharuddin berkata, sehingga kini tiada langsung penjelasan Syed Saddiq mengenai perkara itu dalam bentuk keterangan yang dikemukakan di mahkamah, di mana keterangan hanya datang daripada SP13 dan dokumen yang dirujuk oleh peguam bela sendiri kepada saksi terbabit.

Beliau berkata, bekas Presiden MUDA itu juga mempunyai beban di bawah Seksyen 9 Akta Keterangan 1950 untuk memberikan penjelasan mengapa beliau menggunakan alasan pertukaran pucuk pimpinan dalaman BERSATU atau ARMADA sebagai salah satu alasan untuk mengeluarkan arahan kepada Rafiq Hakim untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi ARMADA.

โ€œAdalah hujahan kami sebagai salah seorang pemegang amanah kepada Akuan ARMADA ini dan sebagai seorang pemimpin yang selalu menggambarkan kepada masyarakat umum imej bersih beliau, perayu patut lebih tahu beliau tidak patut menggunakan dua alasan itu untuk mengarahkan SP13 melakukan suatu kesalahan,โ€ katanya.

Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana ARMADA.

Prosiding dijalankan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin akan bersambung pada tarikh lain.



Ini sebabnya MB Johor luluh hati, mangsa banjir terus meningkat lepasi 8,000 orang

 



โ€œLuluh hati saya mendengar rintihan dan luahan mereka yang terkesan akibat bencana (banjir) ini.โ€


Itu kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut melawat mangsa banjir di PPS Dewan MBIP Skudai.

Beliau berkata, mangsa bencana itu diuji dengan kesusahan yang tidak terduga, rumah ditenggelami air, harta benda musnah, dan anak-anak kecil yang terpaksa berlindung di pusat pemindahan.


โ€œBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,โ€ katanya ketika bah besar melanda negeri itu, sejak kelmarin iaitu 11 hari lagi menjelang Aidilfitri.


Sehubungan itu, Onn menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebook pagi ini berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali berpeluk tubuh menghadapi ujian di penghujung Ramadan itu.


โ€œKami sedang dan akan terus menggerakkan semua usaha untuk menyelaras bantuan, memastikan bekalan makanan mencukupi serta menyediakan segala keperluan asas supaya kebajikan mangsa terjamin.


โ€œMarilah kita sama-sama berdoa supaya hujan segera reda dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.


โ€œSemoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada semua yang terjejas.


โ€œMoga Ramadan ini tetap membawa keberkatan buat seluruh Bangsa Johor meskipun dalam ujian yang berat ini. Insya-Allah,โ€ doa beliau lagi.


Banjir yang membabitkan lima daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kluang dan Pontian itu dikatakan penduduk sebagai antara paling buruk pernah melanda selepas bah besar pada 2006.


Bencana kali ini menyaksikan banyak rumah penduduk ditenggelami air sehingga paras bumbung sekaligus memusnahkan harta benda termasuk barangan dan persiapan menyambut 1 Syawal.



Sehingga 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 8,112 orang daripada 2,469 keluarga, dengan 97 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.






Banjir Di Johor Makin Buruk, Lebih 10,000 Mangsa Dipindah

 


Keadaan banjir di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru. Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 21 Mar โ€“ Keadaan banjir di Johor makin buruk dengan jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,964 orang malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pagi ini, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Johor Bahru terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS.

Keadaan rumah dan jalan raya yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru berikutan hujan berterusan hampir 48 jam. Foto Bernama

โ€œKluang pula merekodkan jumlah 2,163 mangsa banjir membabitkan 635 keluarga ditempatkan di 27 PPS,โ€ katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Azmi berkata, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai juga mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat, dengan Kota Tinggi mencatatkan 1,761 mangsa (504 keluarga) di 17 PPS, Pontian pula meningkat kepada 1,395 mangsa (387 keluarga) di 19 PPS, manakala jumlah mangsa banjir di Kulai pula kini mencecah 1,152 orang (354 keluarga) di lapan PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir bagi negeri ini, namun mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini.

Keadaan rumah dan jalan raya yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru berikutan hujan berterusan hampir 48 jam. Foto Bernama

Amaran hujan lebat berterusan itu membabitkan daerah Johor Bahru, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi yang dijangka berlaku sehingga hari ini.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat, juga dijangka sehingga hari ini.

Pada masa sama, Sungai Batu Pahat, Sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Pulai, Sungai Skudai dan Sungai Jemaluang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.

Semua daerah di negeri ini masih dilaporkan hujan setakat jam 8 pagi tadi.


Bang Mat ajak rakyat berarak ke Kedutaan AS 28 Mac depan

 


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak orang ramai berarak menuju Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur minggu depan.

Perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin yang dizalimi pengganas Israel tersebut sebagai membantah sikap diam membatu negara-negara Arab terhadap pembunuhan beramai-ramai di bumi para anbiya itu.

โ€œCukuplah jadi penonton! Pada 28/3/2025 ini, hari Jumaat, mari kita tunjukkan solidariti kita. Berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan bergerak ke Kedutaan Amerika. Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!

โ€œKita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan saudara se-Islam kita di Palestin terus ditindas.

โ€œSampai bila negara Arab nak jadi pak turut kepada Amerika? Sampai bila mereka nak takut pada bayang-bayang sendiri?

โ€œJom tunjukkan kita ada maruah!โ€ tegas Mohamad yang mesra dipanggil โ€˜Bang Matโ€™ menerusi kenyataan hari ini.

Sejak awal pagi 18 Mac lalu, Israel mengkhianati gencatan senjata apabila menyambung semula serangan udara besar-besaran.

Sekurang-kurangnya 504 orang terbunuh sejak serangan udara Israel bermula, termasuk lebih 190 mangsa berusia di bawah 18 tahun, menurut data agensi pertahanan awam Gaza.

Keganasan rejim Zionis itu memusnahkan ketenangan relatif yang wujud sejak gencatan senjata berkuatkuasa pada 19 Januari, di wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan.

Operasi darat pengganas Israel itu juga disambung semula di kawasan selatan Rafah.


Sehubungan itu, pejuang Hamas menyeru negara Arab dan Islam mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke Gaza.

Hamas dalam satu kenyataan turut mengingatkan negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bahawa mereka mempunyai โ€˜tanggungjawab moral dan politik langsungโ€™ untuk โ€˜menghentikan genosid itu.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menempelak sikap pemimpin-pemimpin negara Arab yang kaya-raya tetapi tidak membantu perjuangan Palestin.

Berbeza dengan pemimpin-pemimpin di Afrika Selatan, ujarnya, pemimpin-pemimpin bukan Islam dari wilayah itu lebih berani mengambil Tindakan terhadap Zionis Israel.

โ€œMasalahnya, bukan Zionis Israel yang perlu kita ingatkan tentang kezaliman mereka. Kejahatan mereka sudah termaktub dalam Al-Quran sejak dulu.

โ€œYang pelik, negara-negara Arabโ€”yang kononnya saudara se-Islamโ€”terus duduk diam membatu.


โ€œMereka lebih sibuk menjaga hati Amerika dan kuncu-kuncunya daripada menjaga nyawa rakyat Palestin. Ada duit minyak berbillion-billion, tapi nak keluarkan sepatah dua kata pun susah.

โ€œTengok Afrika Selatanโ€”negara bukan Islam, tapi lebih berani daripada semua negara Arab yang kaya-raya itu.


โ€œMereka halau duta Israel, mereka bawa kes ke mahkamah antarabangsa, mereka tak takut pun pada tekanan sekutu Israel. Ini baru negara yang ada prinsip!โ€ tegas Mohamad lagi.






Agong, PM Anwar Jalan Kaki Ronda KL

 


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusuri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Mar โ€“ Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar ibu negara, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka dalam suasana penuh mesra bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusuri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

โ€œTerdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan,โ€ tulis hantaran tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, beberapa keping foto Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri melakukan rondaan bersama di bandaraya Kuala Lumpur turut dikongsi.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusuri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Sementara Anwar dalam hantaran di Facebook turut berkongsi sesi riadah santai bersama Sultan Ibrahim selepas mesyuarat mingguan hari ini. โ€œPagi tadi sempat luang waktu bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beriadah santai sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara usai sesi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mesyuarat mingguan,โ€ ujar Anwar

Henti Amalan Tubuh, Simpan Syarikat Tak Catat Untung โ€“ PM Anwar


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Mar โ€“ Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan melaksanakan pemantauan ketat terhadap syarikat di bawah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan setakat ini, hanya sejumlah kecil sahaja syarikat di bawah GLIC dan GLC yang ditutup.

โ€œTetapi, dengan prinsip ketelusan dan tatakelola, yang ditutup banyak itu di bawah agensi kerajaan, umpamanya syarikat kecil di bawah RISDA atau FELDA yang tidak memenuhi keperluan dan tujuan matlamat asal. Itu dan kalau tidak catat keuntungan, kita tutup.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Bernama

โ€œTidak relevan bagi syarikat yang dibuka, kemudian ada ahli lembaga, kemudian ada allowance-nya (elaun), syarikatnya rugi.

โ€œJadi kita rasa ini amalan yang budaya yang tidak memberi manfaat dan harus dihentikan,โ€ kata beliau semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai pencapaian dan keberkesanan fungsi komposisi lembaga pengarah GLIC dan GLC yang ditetapkan pencapaian dan integriti operasi pelaburan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

Anwar berkata, pemantauan terhadap GLIC dan GLC kini dilaksanakan dengan lebih ketat lagi.

โ€œIni saya boleh bagi jaminan. Pada 2023 ada pemantauan secara menyeluruh dan lebih ketat dan pengurusan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan seandainya ada kelemahan untuk diperbaiki.

โ€œJadi untuk GLIC dan GLC, saya bagi jaminan ia (pelaksanaannya) lebih keras sekarang ini dan ia turut dijalankan kepada semua agensi-agensi kerajaan di mana sebahagiannya tidak munasabah dipertahankan,โ€ katanya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Dr Zulkifli Hassan

Mengenai isu perolehan GLIC dan GLC, Anwar berkata syarikat membelanjakan RM59 bilion iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan dari tahun 2020-2024 terhadap syarikat Bumiputera termasuk dari segi peluang pekerjaan, latihan dan pendidikan melalui program pembangunan vendor Bumiputera GLC di Malaysia.

โ€œContohnya, anak syarikat UEM Group menggunakan rangka kerja Malaysian Productivity Business Excellence untuk membantu perniagaan memperoleh persijilan seperti ISO dan menyertai anugerah industri seperti Anugerah Kecemerlangan Industri dan Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global untuk memperkukuh daya saing mereka di pasaran,โ€ katanya.

Anwar berkata, GLC dan GLIC turut komited menyokong kebajikan pekerja dan kesejahteraan komuniti selain membantu golongan rentan dan keluarga yang ditimpa bencana dan menyokong pemulihan semula bandar raya Kuala Lumpur.

Di bawah program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) pula, GLIC dan GLC diberi peranan khusus untuk menyumbang kepada agenda Bumiputera melalui pelaburan dalam syarikat Bumiputera berpotensi tinggi, program pembangunan vendor serta program pembangunan modal insan Bumiputera.