ASAL WALAUN PASTI BODO

TIADA PILIHAN. TUN M JANJI SERAH KUASA



Menjawab kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar Ibrahim dalam kabinet, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, akan ada kekosongan kalau Perdana Menteri meletakkan jawatannya.
Kata-kata Dr Wan Azizah itu secara tidak langsung memperjelaskan lagi hakikat bahawa tempat yang selayaknya untuk Anwar ialah Perdana Menteri, bukannya menteri.
Maksud Tun Mahathir pun apabila beliau mengatakan tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar adalah kerana beliau memang telah memperuntukkan kerusi Perdana Menteri untuk penggantinya itu.
Kenyataan tentang kedudukan Anwar ini bukan saja kerana janji yang sudah dikonsensuskan sedemikian rupa untuk beliau, malah dalam PH sekarang juga tiada yang lebih layak selain Presiden PKR itu untuk menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Lebih dari itu, oleh kerana sudah ada perjanjian tersebut, Anwar sendiri tidak pernah berniat atau ada meminta untuk menjadi menteri dalam kabinet Tun Mahathir.
Umpama kata, kalau sudah diperuntukkan kerusi CEO buatnya, buat apa Anwar mahu jadi Pengurus Besar buat sementara.
Lebih baik beliau menunggu janji yang sudah dipersetujui itu ditunaikan kepadanya.
Dalam hal ini, Tun Mahathir juga kemudiannya, buat kesekian kalinya, sekali lagi mengikrarkan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri apabila beliau meletakkan jawatan nanti.
Kata Tun Mahathir, beliau terikat dengan janji itu dan akan tetap menunaikannya seperti yang telah dipersetujui.
Beliau juga mengulangi tidak akan berkhidmat sehingga PRU15 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2023 akan datang.
Makna kata, sama ada menjelang dua tahun atau melewati sedikit daripada tempoh itu, Tun Mahathir tetap akan melepaskan jawatannya serta akur dengan kedudukan Anwar sebagai penggantinya.
Tiada pilihan, itulah yang sebaik-baiknya untuk Tun Mahathir, PH dan kepimpinan Anwar sebagai nafas baru dipercayai mampu mengemudi parti untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU15 seterusnya. (ShahbudinHusin 31/08/2019)

AKAN TEPATI JANJI SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR – TUN M

KERJASAMA UMNO – PAS RAPUH DI TANGAN MIC, MCA?

BUKAN BAS MINI ‘MERAH JAMBU’ KEMBALI KE KL

MELAKA BINA RUMAH MAMPU MILIK RM100,000