PARTI YANG TAK BOLEH DIPERCAYAI ,PALING TAK BERMARUAH..PENTING DIRI SENDIRI...DENGAN PARTI MANA PUN JOIN, SEMUA TAK SESUAI..TUNGGANG UNTUK KEPENTINGAN PARTI SENDIRI SAJA.


 

SALAM 32-0 - CEROI


Zainuddin Omar


 Prestasi calun PM11 yang di gembar-gemburkan, paling teruk antara semua negeri. 


Negeri lain elok sahaja meningkat bajet kewangan mereka tetapi Terengganu menurun.


Nak salahkan siapa? 


Salahkan sendiri kerana memilih negeri tanpa pembangkang. Semua dalam comfort zone.



Greater Terengganu Developmment


Inilah antara perkara yang merunsingkan admin. Data daripada Ketua Audit Negara dan Belanjawan Negeri 2025 menunjukkan Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang diunjurkan mengalami penurunan hasil negeri (inland revenue)



Berbeza dengan negeri jiran seperti Pahang yang mengalami kenaikan 174% hasil negeri malah Kelantan juga mengalami kenaikan 23.7% dalam tempoh 7 tahun, kita pula mengunjurkan penurunan pendapatan hasil negeri sebanyak -7% dalam tempoh sama.


Prestasi janaan hasil negeri (inland revenue) adalah indikator utama prestasi kewangan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hasil usaha kerajaan negeri itu sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan Pusat


Nanti mesti ada yang kata jumlah janaan hasil 2025 lebih tinggi dari zaman Dato Ahmad Said dan Dato Razif. Masalahnya sejak 2008, hasil negara Malaysia sudah meningkat sekali ganda. Kenapa pula kita nak berbangga dengan kenaikan 10-15% sahaja?


Kita yang dah darjah 6, jangan bandingkan dengan kita ketika darjah 1. Tetapi bersainglah dengan sihat bersama murid darjah 6 yang lain 


Keutamaan kerajaan seharusnya meningkatkan hasil negeri dan mengurangkan kos operasi. Ia adalah perkara yang wajib menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk tahun ini


#MajuTerengganuKu




ESOK BARU NAK DENGAR ADA KA TIDAK PERINTAH ADENDUM TU. TAK PAHAM. PATUT LA BENGONG.


Che Ibrahim

 

Pok Nik... Esok tu takdak lagi perbicaraan pasal titah adendum ada ko takdak.




Esok tu baru peringkat rayuan untuk dapatkan kebenaran nak buat permohonan Semakan Kehakiman ke atas isu tersebut di Mahkamah.


Kalau mahkamah rayuan benarkan, baru boleh failkan permohonan, baru boleh daftar kes,  lepas tu baru boleh dengar perbicaraannya. 


Narak( bahasa kelantan - aku google..) ke baru peringkat nak dengar keputusan boleh ke tidak nak pohon @ fail kes semakan kehakiman  pun geger gegok dah.


NAJIB BAKAL PM 11? MASIH ADAKAH PELUANG BUAT NAJIB?


Che Ibrahim


Ada orang kata Najib bakal PM 11, entahlah.... 


Atas kertas Najib akan dibebaskan pada tahun 2028 setelah hukumannya dikurangkan dari 12 tahun ke 6 tahun. Tu pun kalau dia bayar denda rm50 juta seperti yang telah dikurangkan dari perintah asal rm210 juta, maknanya kalau tak bayar, akan ditukar dengan perintah penjara sebagai ganti denda.


Najib kalau pun dibebaskan pada 2028, beliau masih terikat dengan undang undang yang halang beliau aktif dalam politik atau memegang apa apa jawatan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh keluar penjara kecuali beliau diberi pengampunan penuh selepas ini.


Kalau pun Najib, dengan segala baik sangka dan rezeki mengolek, beliau diberi Tahanan Rumah, boleh duduk di rumah yang diwartakan sebagai penjara, beliau masih tetap berstatus banduan sehingga tempoh pemenjaraannya tamat dan selepas itu terpaksa melalui "tempoh bertenang" 5 tahun sebagai bekas banduan.


Maknanya Najib hanya boleh masuk bertanding dalam pilihanraya selepas 2028 + selepas 5 tahun tempoh sekatan = 2032 atau selepas PRU 17 atau ke 18, PRU 16 paling lewat perlu diadakan dalam tahun 2027.


Masih ada lagikah peluang untuk Najib jadi PM??



KISAH SI BENGGONG.


Desa HM


 Kisah di sebuah Balai Polis.


Pelapor: Encik, saya nk buat laporan berkaitan tulisan Hannah Yeoh yg sebut dia sbg Duta Tuhan.


Polis: Kat mana encik dpt maklumat dia sebut perkataan Duta Tuhan tu?


Pelapor: Kat dalam buku 'Becoming Hannah' encik.


Polis: Kat mukasurat berapa encik baca tulisan tu.


Pelapor: Entah la encik, bukan saya baca buku tu pun, saya baca dlm wsap group masjid jer.


Polis: Jadi mcm mana encik boleh yakin ada tertulis perkataan Duta Tuhan tu?


Pelapor:... emmm.... entah la encik. Mlm td kat masjid pun... ramai yg pakat bersembang bab tu... jadi saya rasa mcm Islam terancam. Itu sebab sya dtg buat laporan.


Sambil menunjukkan buku tulisan Hannah Yeoh yg kebetulan ada di depan kaunter, Polis tersebut meminta lelaki tsb baca.. dan tunjukkan kat mukasurat mana.


Lelaki tu... belek2..atas bawah..selak lepas sehelai2... last sekali dia cakap


"Encik... saya cari yg tulis melayu.. tak ada pun. Bahasa Inggeris ni saya bukan paham sepatah haram pun"...


Polis tu senyum sambil geleng2 kepala...


Sambil dlm hati dia berkata "bengong punya walaun"...


🤣🤣🤣🤣🤣🤣



BILA LEMAH UNTUK BERDAKWAH... MEREKA MASUKKAN ELEMEN BANGSA...

 

Ibrahim Mat Isa


Apabila mereka lemah untuk menjemput perhatian, agama dijadikan sandaran buat hujah untuk membenarkan tindakan. Malah sampai kepada peringkat memasukkan sentimen perkauman sebagai elemen itulah agama dan sedang diinjak oleh orang bukan Islam.



Yang begini ini, pendita Roman zaman perkenal ideologi menuhankan Jesus dah buat dah. Lebbai parti agama cuba meniru untuk raih perhatian pada zaman modern sedangkan tugas utama para dai'e sebenarnya ialah menyampaikan, mengolah pemujukan dan mencerna pemikiran masyarakat modern supaya Islam adalah agama benar dan indah seperti ungkapan dalam Al-Quran sebagai Rahmatan Lil 'Alameen!


Berapa ramai dah orang Islam jadi Kristen gara² baca buku tulisan YB Hanna Yeo sejak beliau terbitkan lebih 10 tahun yang lalu? Ada ke?


Kalau ada.. LEMAH..!



ORANG YANG MERUGIKAN UMNO DAN KERAJAAN PERPADUAN.






MOHON PIHAK ISTANA SENDIRI BUAT LAPORAN POLIS.

 


Mohon pihak Istana Negara sendiri membuat repot ke atas MP PAS yang sindir panggil biawak kepada baginda YDP Agong.


Jamzuri Ardani


Maka Muslimat PAS pun berdalil yang dimaksudkan 'biawak' oleh pemimpin PAS itu ialah Yahudi dan Nasrani. 


Ramai sungguh Yahudi dan Nasrani di Malaysia sampai lebai2 sibuk nak berhimpun. 


Tuan ... sesungguhnya takfiri itu real dan sedang berlaku.





PAS HIPOKRIT

 

Itulah perangai PAS sejak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.




GITULAH NAMPAK GAYANYA


Reformasi Pejuangan


 Itulah perangai PAS sejak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.




PAS YANG MALU DAN KANTOI


MSO





Keluyuran atau kegagalan himpunan Bangkit tajaan Pas dengan mengundang badut politik Badrul Hisham di perkarangan masjid Kampung Baru semalam benar-benar menjadikan Pas resah gelisah, sakit hidung, berair mulut dan senak perut. 


Kegagalan himpunan itu menjadikan jarum meter pelonjak Pas terhenti dengan tiba tiba dan terkesut ke belakang.


Apakah situasi itu merupakan indikator jelas bahawa arus hijau yang diledakkan parti itu dalam pilihan raya umum lalu sudah mula mengendur dan suhunya sudah mendingin kalaupun belum membeku. 


Atau pun situasi ini berlaku kerana penerimaan rakyat kepada kerajaan Madani makin memberangsangkan. Kemesraan dan kepedulian Anwar kepada rakyat kian diterima.


Jika rakyat cuak dengan kerajaan Madani pasti mereka berbondong bondong keluar melepaskan geram.


Jarang himpunan atau demostrasi yang dianjurkan mereka khasnya bersama PH dahulu dikecewakan oleh rakyat.


Khabarnya himpunan bangkit semalam dihadiri seramai 199 orang sahaja mungkin termasuk anggota polis mengikut laporan media massa. Jumlah itu jika diumpama kepada sebuah korperasi yang keahliannya 5,000, ia  tidak cukup korum. Jadi himpunan semalam tidak cukup korum lah…


Namun kerana sudah ada lori sebagai podium berucap disediakan dan badut politik sudah hadir dan diberikan nasi beriani dan sarbat Arab, maka acara itu diteruskan juga. Bertempik dan bertakbirlah badut-badut politik semalam yang suaranya disambut sang gagak ark…ark…arkkk…


Jelas kegagalan himpunan itu, kerana tidak ada sambutan daripada penyokong Pas kandatipun ia diseru panggil sendiri sendiri oleh Bullshit Amnya Hashim Jasin. Pak Adek jiran saya yang kuat Pas sampai kalau tidur berdengkur pun sebut nama Tok Dor juga absen semalam. Kegagalan itu tidak dapat diselindungi ia benar benar mengecewakan Pas. 


Kegagalan itu menekan jiwa Pas, dan ia bercadang untuk menebusnya dengan himpunan solidariti 6 Januari nanti. Mereka mengira dan berharap Isnin hadapan Putrajaya akan dipenuhi dengan warna hijau dan bendera bulan. 6 Januari akan dijadikan hari pembelaan maruahnya. Pagi tadi ketika selisih Pak Adek kata Pas akan balas dendam di himpunan solidariti.


Walaupun projek memberi sokongan kepada Najib itu projek para pengkagum dan pengharap saku Najib dalam Umno yang di hijack oleh Pas, tetapi atas nama politik dan untuk menebus kemaluan ekoran kegagalan bangkit itu Pas tetap juga berhimpun. Pas bercadang untuk jadi projek solodartinya itu sebagai projeknya.


Maksud ini terkandung dalam kenyataan Takiyuddin al Tembusi yang tidak akan menyemak seruan yang telah dibuat ke atas ahlinya agar hadir ke himpunan itu sebelum ini. Pas membuat kenyataan menjemput dan menggalakan ahlinya datang bersolidariti untuk Najib.


Sepatutnya Pas membatalkan hasrat itu kerana ia dibatal sendiri oleh empunya diri, Umno. Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataanya memberi tahu Umno tidak bercadang untuk meneruskan himpunan solidariti untuk Najib itu sebagai menghormati titah Yang diPertuan Agung dan juga larangan oleh pihak polis. 


Namun hal itu tidak dihirau Pas. Sikap Pas itu menunjukkan kedegilan parti berkenaan dan semacam ada usaha cuba  membantah titah Yang diPertuan Agong, hal ini terbayanag dalam kenyataan Takyuddin tersebut.


Kenyataan itu menunjukkan kedegilan Pas yang mahukan ahlinya tetap hadir pada 6 Januari nanti. 


Inilah perangai dan sikap Pas yang dianggap ekstrem dan tidak reti menghormati perlembagaan negara. Sikap dan behevior inilah menjadikan Pas menunju destruction. Trims.



NAMAKAN SIAPA BIAWAK .... BIAWAK.



 ‘Namakan biawak, baru Fadhli jantan’



Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi mencabar Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) untuk membuktikan kejantanannya dengan menamakan biawak yang dinyatakan oleh Fadhli dalam satu hantaran Facebook.



“Elok YB Fadhli berkokok nyaring siapa biawak itu. Baru jantan namanya,” kata Puad dalam satu hantaran Facebook.



“Ketua Penerangan Pas amat berani. Tidak mungkin si “biawak” yang dia maksudkan itu Ketua Polis Negara. Sebabnya UMNO batal perhimpunan kerana akur nasihat YDP Agong.”

Fadhli telah mencetuskan kontroversi dengan ayat berikut: “Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.”



Ia berikutan keputusan Umno untuk berundur dari menganjurkan himpunan solidariti untuk mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak esok.

Himpunan yang dijadualkan berlangsung di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya esok bertindih dengan pendengaran addendum untuk Najib.



PM Lawrence Adakan Lawatan Rasmi Sempena Pemukiman Singapura-Malaysia Esok

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan isterinya Loo Tze Lui sempena Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-11 di Putrajaya pada 6 Januari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 12 Jun 2024

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula esok sempena Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan Wong akan diiringi oleh isterinya Loo Tze Lui, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong serta beberapa menteri lain.

“Perdana Menteri Wong akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti mesyuarat delegasi Pemukiman Pemimpin bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong sempena Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-11 di Putrajaya pada 6 Januari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 12 Jun 2024

“Satu kenyataan akhbar bersama akan dikeluarkan selepas pemukiman itu,” menurut Kementerian Luar Negeri yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra.

“Kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu Surat Niat (LOI) mengenai pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar, serta usaha memerangi jenayah rentas sempadan,” menurut Wisma Putra.

Malaysia dan Singapura, rakan dagang utama dalam ASEAN, mencatat perdagangan dua hala bernilai AS$78.59 bilion pada tahun lepas, meningkat 6.7 peratus daripada 2023.

Kenyataan media Wisma Putra mengenai kunjungan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia sempena Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-11 di Putrajaya.

Lawatan tersebut juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan menjadi sebuah republik dalam 10 negara ASEAN yang ditubuhkan pada 1967.


Politik kangkung Fadhli Shaari hanya berkokok politik


 

Baru kelmarin PMX umum nak bantu nak segerakan projek tebatan banjir di Kelantan terutamanya di Sg Golok.

Setiap tahun banjir kawasan ni babit 3 parlimen iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.

Daripada lebih 100,000 mangsa banjir seluruh Kelantan, Jajahan Pasir Mas adalah paling ramai setiap tahun terjejas, rosak harta benda, kematian dan nilai tanah perumahan terjejas beratus juta.



1 Januari 2025 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar datangke Rantau Panjang dalam Jajahan Pasir Mas untuk penggabungan enam agensi yang akan menjaga sempadan.

Sebab banyak masalah pil kuda, dadah, penyeludupan manusia, benda haram, senjata dan pendatang tanpa izin. Akhirnya rosak rakyat Melayu Kelantan.

Kelmarin 3hb Jan 2025, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim umum segerakan projek tebatan banjir Sg Golok yang tahun 2029 pun perlu diawalkan.


Maksudnya projek fasa 2 bernilai RM879 juta, projek fasa 3 bernilai RM472 juta, dengan jumlah keseluruhan hampir RM2 Billion untuk Pasir Mas dan Tumpat!

Dalam berbillion usaha Kerajaan Madani yang diketuai PMX bantu Pasir Mas, Tumpat dan Kelantan

Dia sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas waktu rakyatnya kesusahan dan tengelam banjir, bukan sibuk nak selesai masalah di Parlimen dia, tapi sibuk berkokok nak berpolitik dan bukannya nak berterima kasih.

Sudah sampai masanya rakyat Parlimen Pasir Mas menolak YB Kangkung ini pada PRU akan datang.


SYAM GHAZ ialah naib ketua pemuda AMANAH.



Derhakakah Pas? Titah Agong dilanggar, biawak?




OLEH: Muhammad Ghaznawi



Susulan titah Yang Di-Pertuan Agong, Umno yang sebelum ini bercadang melaksanakan himpunan solidariti untuk mantan presidennya Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari berundur diri. Pas bagaimanapun berkeras untuk meneruskannya di hadapan Istana Kehakiman.

Alasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pelik sekali.


Beliau mendakwa bahawa himpunan tersebut diadakan untuk mempertahankan kuasa dan bidang kuasa Agong dari dimanipulasi selain daripada menyokong Najib.

Tarikh 6 Januari juga tarikh pendengaran kes addendum yang dikatakan mengesyorkan Najib menjalani tahanan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) merangkap Ketua Penerangan Pas pula memberi mesej dengan perumpaan binatang.


“Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban,” tulisnya di Facebook.

Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim arif berkenaan kuasa dan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah perlembagaan persekutuan.

Pas tidak perlu menjadi juara kampung yang terhegeh-hegeh untuk mempertahankan institusi raja di Malaysia.

Takkan Takiyuddin yang juga seorang peguam tidak arif berkenaan perkara ini.


Berkenaan mesej Fadhli pula, ia menimbulkan dua persoalan.

Adakah Pas mengajak rakyat untuk menderhaka kepada institusi raja?

Adakah Ahmad Fadhli merujuk kepada Agong sebagai biawak?

Jika jawapan anda ya, maka pimpinan politik Pas wajar disiasat pihak polis.

Pas dan Ahmad Fadhli wajar disiasat dibawah Akta Hasutan 1948.

Apa yang jelas ialah tindakan Umno berundur merencatkan rancangan Pas.

Menurut aktivis pro Perikatan Nasional, Raggie Jessie Rithaudeen, Pas mahu merapati Umno untuk menubuhkan kerajaan seterusnya.




Muhammad Ghaznawi seorang pembaca Harapan Daily.





"MALU ! MALU MUKA KAMU"! PMX BANTAI PEMIMPIN PAS !

LIVE: UMNO JUNJUNG TITAH YDP AGONG, MOGA DATO SRI NAJIB BERPELUANG MENDA...

LAPORAN POLIS TERHADAP YB ZAMRI ! ATAS TUDUHAN JAHAT KEPADA PMX BE...



Laporan Polis terhadap YB Dr Zambri Mantop atas tuduhan jahat terhadap Perdana Menteri ke 10 di bawah akta komunikasi dan multimedia 1998. Turut hadir sama Naib Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor YB Hj Azli Yusof dan Ketua Penerangan Pakatan Harapan Selangor YB Abbas Azmi. Subur Budaya Rahmah, Hapuskan Budaya Fitnah. Sumber Video FB Amanah Negeri Selangor



Hentikan himpunan bantah yang memecahbelahkan, fokus terhadap perpaduan

 



DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Pusat Komas mengecam sekeras-kerasnya himpunan bantahan yang dirancang oleh sayap pemuda Pas dan Bersatu yang menyasarkan kepada menteri Nga Kor Ming dan Hannah Yeoh.

Perhimpunan tersebut – yang merupakan tindak balas terhadap penganjuran sambutan Hari Natal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dakwaan bahawa Yeoh cuba menyebarkan agama Kristian melalui autobiografinya – mencerminkan satu percubaan yang membimbangkan untuk mempolitikkan kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia.

Autobiografi tulisan Yeoh yang merupakan sebuah penceritaan semula peribadi tentang kepercayaannya, telah diterbitkan secara umum selama bertahun-tahun dan tidak menyerupai sebarang bentuk dakwah.

Begitu juga dengan sambutan Hari Natal di KPKT, yang harus disambut baik sebagai inisiatif inklusif dan bukannya diperalatkan sebagai suatu ancaman.

Tindakan himpunan protes dan kecaman sebegini mengancam perpaduan negara dan mempromosikan sikap tiada toleransi. Ini juga akan memberi persepsi yang salah mengenai prinsip keterangkuman dan kepercayaan agama tersendiri sebagai suatu ancaman terhadap Islam.

Sejak beberapa hari yang lalu, Pas telah berkali-kali menunjukkan keengganan mereka untuk melaksanakan usaha yang tulen seperti yang diikrarkan mereka sebelum ini ke arah menegakkan hak dan kepentingan setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum atau agama.

Kami menggesa Pas dan kepimpinannya untuk merenung hala tuju politik mereka dan mengamalkan pendekatan yang lebih inklusif dengan menghormati Malaysia yang dikongsikan oleh kita bersama.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Pusat Komas mengulangi gesaannya agar semua parti politik mesti menghayati kepelbagaian budaya yang amat kaya di Malaysia di samping menghormati hak setiap rakyat untuk mengamalkan kepercayaan mereka sendiri.

Kami menggesa bahawa setiap pihak melibatkan diri dalam wacana sivil dan menolak tindakan yang memecahbelahkan Malaysia, terutamanya semasa Malaysia mengambil alih kepengerusian Asean pada tahun 2025.

READ MORE:  Beyond turkey and tinsel: A lifetime of multicultural Christmases

 

Kepelbagaian adalah penting kepada identiti negara kita, dan ianya mustahak bagi semua pemimpin untuk melindungi hak asasi ini, demi kebaikan bersama dan sebagai kayu pengukur bagi setiap negara di rantau ini. – Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.     Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.   Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.   Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.   Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.    Lawan rasuah dan kronisme

 


SEMBAH HAMBA SEMBAH DERHAKA.

 Umno haramjadah gang


Berkokok menjulang kata taat

Rupanya mengulang kata khianat

Mendabik kata menjulang raja

Namun mengulang sembah derhaka!


#LobaiPenderhaka





TITAH TAHANAN RUMAH. BACA DAN HADAM. WALAUN NI MALAS BACA GAMOKNYE...


Che Ibrahim. 




Esok 6 Jan 2025 Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Najib untuk membuat Semakan Kehakiman ke atas satu titah tambahan berkaitan Tahanan Rumah yang dikatakan telah diberi kepadanya oleh YDPA. 


Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan tersebut atas alasan dakwaan itu hanya "hearsay" @ cakap cakap orang lain yang dia kata dia dengar berupa satu "Titah Addendum" dari YDPA.


Jika Mahkamah Rayuan yang akan bersidang esok membenarkan permohonan Najib, maka Najib bolehlah memfailkan satu permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk membuat Semakan Kehakiman ke atas apa yang didakwa sebagai satu titah itu. 


Jika esoknya Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, yakni menolak permohonan Najib, maka mungkin barisan peguam Najib akan failkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula.


Jika selepas merayu ke Mahkamah Persekutuan, Katakanlah Najib dibenarkan memfailkan permohonan Semakan Kehakiman, maka barisan peguam Najib mungkin akan memfailkan permohonan itu ke Mahkamah Tinggi. 


Katakanlah jika Mahkamah Tinggi selepas mendengar permohonan itu, memutuskan memang wujud satu titah tahanan rumah, maka kerajaan dengan seberapa segera mengadakan peraturan peraturan Tahanan Rumah bagi melaksanakan titah tersebut @ kerajaan merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. 


Begitulah seterusnya... Mahkamah tolak, Najib rayu, mahkamah terima, kerajaan pula yang rayu, Najib menanti dengan penuh tabah dalam penjara.

Begitulah hendaknya.. Anwar dulu lama dalam penjara... 





HANGPA PI LA ESOK NA.. AKU TAK LEH NAK PI.. BALIK KAMPUNG.... PA PA ROGER.


Desa HM


 Angpa pakat2 pi la...


Aku ada hal... tak leh nak pi...



Kalau kena kutip... angpa jawab la sendiri...


🤣🤣🤣🤣🤣🤣




NASIB PM MAI..


Man Toba


Penduduk mengadu lift selalu rosak. PMX arah menteri wilayah selesaikan segera. Proses pembaikan sedang dilakukan.

U in 6




KITA TUNGGU.

 

Gomez Arshavin


Bakal kembali tak lama lagi

KESIAN LIMAU 🤭🤭🤭🤭





WALAUN SUKA KACAU.

Nabila. 



 Walaun KHAWARIJ ni bermaharajalela dekat FB. Kalau baca komen masing2 rasa nak pergi lempang sekor2. Nama parti Islam tapi bahasa ...

 nauzubillahiminzalik . Pencuri duit rakyat kemain dia sanjung. Pelik kes Jibby tu Pmx dalam penjara. Tapi hurmmm entah lah puak khawarij ni...




ADA PHD DALAM BIDANG ILMU KEMANUSIAAN SELAIN SAIN TULIN TAK PERLU PUN LULUS MATEMATIK. CIKAI JA....


Harun Shah



 Aku takde la belajar pandai macam Dr azman ni,

tapi boleh la beza juta dengan billion mana lagi besar.


Kau kerja nak menipu orang jer 🤣




DAP KAPIAQ PUN TAHU HORMAT TITAH RAJA. MENGAKU MELAYU ISLAM, TAK HORMAR RAJA SENDIRI. KEMAIN CAKAP MELAYU.


Jamzuri Ardani


 DAP pun tahu hormat Raja. Tapi PAS ... ermm? 


Dia boleh buat ikut suka ... tak peduli titah Raja, tak peduli undang-undang.




TAHAN BUAT APA. BUKAN JENIS NAK BERTERIMA KASIH. MANA BIASA DUDUK AMAN AMAN NI.. BAGI JA YAHUD AJAR.. TU BARU MEREKA FAHAM

 

Zainuddin Omar


Apasal ditahan mereka yang mahu pulang? 


Harap Kerajaan sponsor sahaja perubatan mereka di Mesir tak perlu dibawa ke sini. 


Kita tak perlu menunggang mangsa Palestin. 



*********


Sekumpulan pelarian Palestin mengadakan protes di Wisma Transit di Kuala Lumpur, dipercayai berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan pemprosesan permohonan bagi kembali ke Mesir.


Dalam satu kenyataan media hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 petang Sabtu (4 Jan).


"Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat. Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL,” kata kenyataan itu.


ATM berkata warga Palestin terbabit bersurai kira-kira jam 7.30 petang hari yang sama.


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden tersebut," jelasnya.


Terdahulu, tular beberapa video menunjukkan kekecohan membabitkan sekumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak warga Palestin di Wisma Transit.


Dalam satu rakaman video, seorang wanita dilihat memegang sepanduk bertulis dalam bahasa Inggeris: "Tidak perlu dihantar pulang, kami perlu kembali ke Mesir," manakala dua anggota beruniform dilihat berdiri berhampiran pasu bunga yang dipecahkan.


Video kedua menunjukkan kumpulan warga Palestin berkenaan berada di pekarangan bangunan dan membakar sesuatu di atas jalan tar.

Pada Oktober tahun lalu, kejadian serupa dilaporkan berlaku di bangunan sama membabitkan dua wanita Palestin kerana tidak berpuas hati apabila mereka dilarang meninggalkan bangunan itu atas faktor keselamatan.


Salah seorang wanita itu bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan dia bersedih atas kehilangan tiga anaknya dan tertekan kerana gagal menghubungi anak-anaknya yang lain yang masih berada di Gaza.


Pada 16 Ogos tahun lalu, dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor. 


Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah, Mesir dengan membawa 41 pesakit dan 86 ahli keluarga mereka.


Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat pencerobohan Israel.



KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK





HIMPUNAN PAS SOKONG NAJIB: APA PENDIRIAN TUN M?


Pemuda AMANAH Negeri Perak tertanya-tanya tentang keberadaan suara Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu himpunan solidariti PAS untuk Datuk Seri Najib. Pada hari ini, PAS begitu bersemangat mempertahankan Najib sehingga sanggup menganjurkan himpunan biarpun setelah Istana Negara mengeluarkan kenyataan.


Tun Mahathir yang kini menjadi penasihat kerajaan Perikatan Nasional seolah-olah kehilangan suara apabila rakan politiknya begitu sibuk membela Dato Seri Najib. Perlu diingatkan, Tun Mahathir antara susuk tubuh yang lantang untuk melawan Dato Seri Najib namun apabila rakan 'sepelukannya' iaitu PAS bertindak ironi, Tun Mahathir masih membisu.


Hari ini, kita menyaksikan PAS yang begitu kuat mempertahankan Najib, 'menunggang' sehabis mungkin isu Najib ini demi mendapat laba politik. Malah, PAS sanggup menggunakan nama agama dan menggerakkan jentera parti untuk membela seorang yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah.


Kami anak muda hanya mahu tahu, apa pendirian sebenar Tun Mahathir, adakah masih utuh dengan prinsip terhadap Najib? Adakah beliau rela dengan tindak tanduk PAS ketika ini?


AHMAD MUNZIRIE AHMAD KABIR

Timbalan Ketua

Pemuda AMANAH Negeri Perak



NI SEKOQ LAGI. HANG JERIT SANA SINI TAK PAKAI OTAK. NAK BERCAKAP BAIK BACA DULU BUKU TU 10 TAHUN DULU. DOK DALAM KOT.. TAK PASAI PASAI KENA SAMAN FITNAH.

 


PSSSTTT. PSSSSTTT... JANGAN DENGAQ ORANG BENGONG CAKAP. NANTI JADI. BENGGONG CAM DIA


 

TERANCAM KEBENDA.. LEPAS JALAN RAMAI RAMAI, HANGLA SINGGAH KEDAI MAMAK BELASAH TEH TARIK NASI KANDAQ. TU BERJUANG.