Politik kangkung Fadhli Shaari hanya berkokok politik


 

Baru kelmarin PMX umum nak bantu nak segerakan projek tebatan banjir di Kelantan terutamanya di Sg Golok.

Setiap tahun banjir kawasan ni babit 3 parlimen iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.

Daripada lebih 100,000 mangsa banjir seluruh Kelantan, Jajahan Pasir Mas adalah paling ramai setiap tahun terjejas, rosak harta benda, kematian dan nilai tanah perumahan terjejas beratus juta.



1 Januari 2025 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar datangke Rantau Panjang dalam Jajahan Pasir Mas untuk penggabungan enam agensi yang akan menjaga sempadan.

Sebab banyak masalah pil kuda, dadah, penyeludupan manusia, benda haram, senjata dan pendatang tanpa izin. Akhirnya rosak rakyat Melayu Kelantan.

Kelmarin 3hb Jan 2025, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim umum segerakan projek tebatan banjir Sg Golok yang tahun 2029 pun perlu diawalkan.


Maksudnya projek fasa 2 bernilai RM879 juta, projek fasa 3 bernilai RM472 juta, dengan jumlah keseluruhan hampir RM2 Billion untuk Pasir Mas dan Tumpat!

Dalam berbillion usaha Kerajaan Madani yang diketuai PMX bantu Pasir Mas, Tumpat dan Kelantan

Dia sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas waktu rakyatnya kesusahan dan tengelam banjir, bukan sibuk nak selesai masalah di Parlimen dia, tapi sibuk berkokok nak berpolitik dan bukannya nak berterima kasih.

Sudah sampai masanya rakyat Parlimen Pasir Mas menolak YB Kangkung ini pada PRU akan datang.


SYAM GHAZ ialah naib ketua pemuda AMANAH.