SALAM 32-0 - CEROI


Zainuddin Omar


 Prestasi calun PM11 yang di gembar-gemburkan, paling teruk antara semua negeri. 


Negeri lain elok sahaja meningkat bajet kewangan mereka tetapi Terengganu menurun.


Nak salahkan siapa? 


Salahkan sendiri kerana memilih negeri tanpa pembangkang. Semua dalam comfort zone.



Greater Terengganu Developmment


Inilah antara perkara yang merunsingkan admin. Data daripada Ketua Audit Negara dan Belanjawan Negeri 2025 menunjukkan Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang diunjurkan mengalami penurunan hasil negeri (inland revenue)



Berbeza dengan negeri jiran seperti Pahang yang mengalami kenaikan 174% hasil negeri malah Kelantan juga mengalami kenaikan 23.7% dalam tempoh 7 tahun, kita pula mengunjurkan penurunan pendapatan hasil negeri sebanyak -7% dalam tempoh sama.


Prestasi janaan hasil negeri (inland revenue) adalah indikator utama prestasi kewangan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hasil usaha kerajaan negeri itu sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan Pusat


Nanti mesti ada yang kata jumlah janaan hasil 2025 lebih tinggi dari zaman Dato Ahmad Said dan Dato Razif. Masalahnya sejak 2008, hasil negara Malaysia sudah meningkat sekali ganda. Kenapa pula kita nak berbangga dengan kenaikan 10-15% sahaja?


Kita yang dah darjah 6, jangan bandingkan dengan kita ketika darjah 1. Tetapi bersainglah dengan sihat bersama murid darjah 6 yang lain 


Keutamaan kerajaan seharusnya meningkatkan hasil negeri dan mengurangkan kos operasi. Ia adalah perkara yang wajib menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk tahun ini


#MajuTerengganuKu