TITAH TAHANAN RUMAH. BACA DAN HADAM. WALAUN NI MALAS BACA GAMOKNYE...


Che Ibrahim. 




Esok 6 Jan 2025 Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Najib untuk membuat Semakan Kehakiman ke atas satu titah tambahan berkaitan Tahanan Rumah yang dikatakan telah diberi kepadanya oleh YDPA. 


Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan tersebut atas alasan dakwaan itu hanya "hearsay" @ cakap cakap orang lain yang dia kata dia dengar berupa satu "Titah Addendum" dari YDPA.


Jika Mahkamah Rayuan yang akan bersidang esok membenarkan permohonan Najib, maka Najib bolehlah memfailkan satu permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk membuat Semakan Kehakiman ke atas apa yang didakwa sebagai satu titah itu. 


Jika esoknya Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, yakni menolak permohonan Najib, maka mungkin barisan peguam Najib akan failkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula.


Jika selepas merayu ke Mahkamah Persekutuan, Katakanlah Najib dibenarkan memfailkan permohonan Semakan Kehakiman, maka barisan peguam Najib mungkin akan memfailkan permohonan itu ke Mahkamah Tinggi. 


Katakanlah jika Mahkamah Tinggi selepas mendengar permohonan itu, memutuskan memang wujud satu titah tahanan rumah, maka kerajaan dengan seberapa segera mengadakan peraturan peraturan Tahanan Rumah bagi melaksanakan titah tersebut @ kerajaan merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. 


Begitulah seterusnya... Mahkamah tolak, Najib rayu, mahkamah terima, kerajaan pula yang rayu, Najib menanti dengan penuh tabah dalam penjara.

Begitulah hendaknya.. Anwar dulu lama dalam penjara...