Guan Eng : Kos Sara Hidup Meningkat, Najib Perlu Jawab




KUALA LUMPUR 1 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab kenapa kos sara hidup rakyat terus melonjak walaupun beliau mendakwa ringgit dikatakan semakin kukuh dan pelaburan asing meningkat enam kali ganda, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mencurigai kenyataan kerajaan bahawa inflasi Malaysia stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu manakala ringgit kukuh kerana asas ekonomi negara yang kukuh.

“Jika ini benar kenapa rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan. Ini tidak berlaku,

“Jika ekonomi Malaysia begitu berjaya, kenapa inflasi dan kos sara hidup semakin naik. Rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan,” kata Guan Eng dalam teks ucapan Sempena Hari Pekerja yang diedar kepada media hari ini.

Guan Eng turut mempersoalkan ke mana kerajaan menyalurkan wang hasil daripada pelaburan asing 2010, yang menurut Najib mencecah RM9 bilion.

“Ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara," tambah Guan Eng.

Guan Eng menegaskan DAP turut kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa “brain drain” atau penghijrahan golongan bijak pandai ke luar negara bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara, malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009.

Menurut beliau sungguhpun ketidakadilan sosial dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN.

"Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan negara jiran, bila Malaysia kehilangan dua juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60 peratus adalah berpendidikan rendah," kata beliau.

Guan Eng turut menyarankan Malaysia untuk belajar daripada pengalaman Korea Selatan yang Keluaran Kasar Negara (GDP) hanya satu pertiga berbanding Malaysia sebelum 1970 tetapi kini tiga kali ganda jika dibandingkan dengan negara ini,

Oleh itu beliau menegaskan Malaysia tidak boleh bergantung pada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih kecil.

"Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekanan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia.

"Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti," tegas Guan Eng

Berkat Solat Hajat Bos BN makin merapu (kronologi)

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri.

MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com

Kronologi Najib 'mintak nyawa' untuk selamatkan Barisan Nasional:

UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN?

KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

Dan ini jawapan DAP:

DAP tolak pelawaan Umno sertai BN

DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Bila usaha mempelawa DAP tidak berjaya, DAP menjadi anggur masam.... Najib beralih kepada PAS dan memperlekeh DAP!

Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?“

Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Pada hari yang sama, PAS bulat-bulat menolak pelawaan Najib yang sudah tenggelam-timbul kelemasan..

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak

KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Dengan tebal muka, Najib meneruskan usaha untuk memecahkan perpaduan dalam PR

Jika PAS tidak mahu menyertai BN, Najib saran PAS keluar daripada Pakatan rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang),” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Terengganu.

TG Nik Aziz jawab, "Itu cerita lama...."

Nik Aziz: Pelawaan kepada PAS sertai BN cerita lama

KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.

Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.

“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.

Malah TG Nik Aziz pernah memperkatakan perkara yang sama pada bulan September 2009 dulu lagi:

Rundingan dengan Umno, perkara lama

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'.

“Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Dan TG Haji Hadi memberikan pukulan maut kepada rayuan Najib

TGHH: Kami tetap bersama PR tegakkan keadilan, menentang kezaliman

Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Ayoyo Najib... mengorat DAP, DAP tolak, berpatah balik kepada PAS, PAS tak hingin... dah jadi macam budak tadika. Meroyan le jawabnya. Masa terus berjalan dan semakin menekan Najib, BN dan umno-umnonya.. Jangan mempermudahkan Solat Hajat yang dilakukan oleh umat Muhammad SAW yang teraniaya dan dizalimi.

Nik Aziz: Anwar Lambang Tenaga Melayu




KOTA BHARU 1 MEI : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyifatkan penyebaran video lucah sebagai cubaan terdesak pihak tertentu untuk menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai lambang "tenaga orang Melayu."

Nik Aziz berkata video seks itu sengaja dibuat dengan raut wajah pelaku kabur dan dalam hitam putih demi membolehkan fitnah terhadap Anwar disebarkan.

“Kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.

Sehingga kini kerajaan, mahukan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Presiden MCA Datuk Chua Soil Lek kerana mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan seorang wanita pada tahun 2007.

Nik Aziz meminta pengundi Melayu supaya tidak mudah termakan dengan fitnah Umno mengenai Anwar.

"Jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara."

Hadi : Umno Perlu Muhasabah Diri Sebelum Pelawa PAS




KUALA LUMPUR 1 MEI : Pas hari ini menggesa Perdana Menteri Najib Razak berhenti bermain politik dan menunjukkan iltizamnya untuk melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan kebenaran serta keadilan untuk semua kaum di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, mengapa mereka tidak laksanakan (kerana) kuasa sudah ada di tangan mereka," kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Semalam Najib sekali lagi mengulangi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat yang turut diterajui oleh PKR dan DAP.

Najib mendakwa kerjasama itu hanya menguntungkan DAP dan justeru mahukan pemimpin PAS bekerjasama dengan Umno jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Kenyataan berbaur perkauman itu sekali lagi ditolak oleh Hadi yang menegaskan penyertaan PAS dalam PR adalah atas prinsip menegakkan keadilan untuk semua kaum, sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

“Pas mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Kerjasama Pas selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Hadi menegaskan kerjasama itu berlainkan dengan hubungan wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?

“Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang dalam kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

“Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?” soalnya.

Jawapannya, kata beliau, adalah kerajaan pimpinan Umno- BN. Justeru parti itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.

Hadi berkata seruan Najib itu adalah aneh, kerana Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno-BN untuk terus melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah membawa bencana kepada negara.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

Himpuan 1 Mei - Polis tahan 17 orang termasuk Ahli Parlimen




KUALA LUMPUR 1 Mei : Polis menahan sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jayakumar yang menyertai perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam. Beliau ditangkap ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Kira-kira 200 aktivis dan wakil pekerja berhimpun di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah penangkapan itu.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mengesahkan tangkapan itu. Setakat ini tidak ada maklum balas dari polis.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.

Pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam menyatakan polis tidak patut menangkap mereka yang berada di hadapan pejabatnya kerana mereka berhak berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati bersabit isu-isu hak pekerja.

"Hari ini 1 Mei, hari pekerja, rakyat kaum bekerja boleh menyuarakan pendapat mereka.

"Saya harap mereka yang ditangkap dibaskan secepat mungkin tanpa kekerasan," kata James.

Undi Cina: Najib, Soi Lek Guna Politik Ugutan




SHAH ALAM 1 MEI : Ahli Majlis Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng menolak gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Cina menyokong MCA jika mahu mengekalkan perwakilan kaum itu dalam kerajaan.

Chua berkata "nasihat" Najib itu adalah ugutan terang-terangan oleh Barisan Nasional demi meraih undi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua berkata Najib dan Presiden MCA Chua Soi Lek terdesak mencari jalan untuk menongkah arus sokongan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat seperti yang dizahirkan pada beberapa pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

"Itu seperti Sarawak lah, baru-baru ini Najib menggunakan ugutan yang sama terhadap SUPP tapi orang Tionghua masih sokong Pakatan Rakyat, dengan begitu jelas undi majoriti besar diterima masyarakat Tionghua," kata beliau.

"Tengoklah apa berlaku di Hulu Selangor, di pilihan raya kecil Tenang, dan baru-baru ini di Sarawak. Jelas orang Cina sudah bosan dengan politik perkauman Umno-BN yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam mahupun ajaran kaum Cina. Politik perkauman akan melemah dan memusnahkan negara," kata beliau kepada TVSelangor.

Chua berkata Najib dan MCA tidak perlu bongkak dan angkuh mengugut kaum Cina mengenai perwakilan mereka dalam kerajaan kerana belum tentu BN akan kekal sebagai kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Jelas beliau lagi, Tuhan akan menentukan segalanya, dan bukan Najib mahupun Chua Soi Lek, kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Ugutan dua pemimpin itu mencerminkan mereka sememangnya terdesak berikutan peratusan pengundi kaum Cina yang menyokon parti pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini kian meningkat.

Mereka memang sudah terdesak, hari ini kita nampak di muka depan NST, Najib minta PAS tinggal DAP, tapi dia tak nampak apa yang berlaku di dalam BN, banyak parti yang terbaru ini, SUPP di Sarawak sudah tenggelam, MCA, Gerakan sudah kalah, MIC dan parti-parti lain sudah lemah sekarang."

Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Pendirian Melayu ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.

“Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.

Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Desas-desus sebelum ini menyebut pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan awal tahun ini, tetapi setakat ini ramalan itu telah meleset.

Malah ramalan seterusnya menyebut bahawa pilihan raya umum akan diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang berakhir 16 April lalu, juga meleset.

Penganalisis dan pemerhati berkata tidak mungkin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam sebulan dua ini ekoran prestasi di Sarawak di mana BN hanya memperoleh 55 kerusi, lebih rendah berbanding 2006, walaupun jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga.

Selain undi populariti yang menurun, sokongan pengundi Cina juga belum kembali pulih.

Justeru, penganalisis dan pemerhati memberi tarikh baru pilihan raya umum iaitu pilihan raya akan diadakan pada suku akhir tahun ini ataupun awal tahun depan.

Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh “Datuk T” yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan si pelaku dalam rakaman video itu.

Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan memanggil Anwar membela diri ataupun membebaskannya daripada tuduhan liwat itu pada 16 Mei ini.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh.

“Lihat bagaimana mereka (BN) menguruskan media, mereka kelihatan sangat terdesak . . . ini adalah kad terakhir mereka.“Adakah anda boleh membayangkan mana-mana negara menggunakan pornografi sebagai bahan kempen khususnya negara-negara Muslim . . . saya tidak pernah melihat perkara ini ketika saya berada dalam Umno,” kata Anwar yang bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.

Anwar dipecat pada September 1998.

Selain itu, Anwar juga memberi amaran bahawa pendirian Melayu ultra Umno sejak kebelakangan ini satu lagi petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, memandangkan parti itu kelihatan semakin ekstrem untuk mendapatkan undi orang Melayu.

“Mereka perlu menggunakan (elemen) perkauman yang melampau ini . . . apa lagi mereka boleh lakukan?

“Kami tidak tahu apa yang Najib percayai... Utusan bercakap mengenai 1 Melayu manakala NST (New Straits Times) pula 1 Malaysia,” katanya lagi.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal - Malaysian Insider

POLITIK UMNO DIMANA SEBENARNYA

OLeh: Amiramiruddin

Malunya menjadi ibu bapa diketika ini.Bukan malu kepada diri sendiri, akan tetapi malu kepada anak-anak yang sudah dewasa di alam persekolahan sekolah menengah.Kalau di peringkat Universiti lain pula ceritanya ..sebab boleh berfikir walau sebahagianya tidak memikirkannya disebabkan dengan berbagai aktiviti ,akan tetapi tidak lah sesusah menerangkan kepada anak-anak yang masih kecil . Sampai ke tahap inilah Umno mahu memegang kuasa sehinggakan Anwar ini adalah musuh utama Umno dari usaha memajukan kaum Melayu dan meningkatkan ekonomi Negara hatta mahu membenteras rasuah, dan memperbaiki system dalam Negara ini yang masing-masing melihatnya sebagai dilanda kebobrokan.Sebut sahaja system apa? Kehakiman,pertahanan,kewangan,pembanggunan,pendidikan malah lain-lain system sekali pun ada sahaja yang menjadikan ianya sebuah Negara yang tidak kompitan malah dikaitkan pula dengan rasuah.

Anwar sebenarnya adalah ikon golongan anak muda dan golongan pertengahan kini..membangun bersama dengan kehadiran zaman reformasi di ketika itu, membesar di ketika anak muda mula menyokong Pakatan Rakyat.Membesar dan mula mengerti akan perjuangan dan reformasi.Mula memahami erti rasuah dan kejahilan sistem kerajaan . Maka sudah tentulah dalam usaha yang sama rakyat mula cerdik dan bijak dalam usaha menapis semua maklumat yang disumbat media Umno.Rakyat bukan zaman dulu, zaman moden yang mendapat maklumat di merata tempat.

Namun pimpinan Umno tidak melihat ini sebagai satu kebijaksanaan rakyat untuk menilai usaha mereka merendahkan umat Melayu dan masyarakat Malaysia yang melihatnya sebagai jijik.Tokoh-tokoh yang tampil dengan nama Dato T sebenarnya bukanlah alim benar dan pernah di dakwa dengan berbagai dakwaan sebelum ini. Zaman mereka telah berlalu dengan berbagai kerosakan.Umno tidak perlu bergantung usaha sekuat ini kerana ini bukan usaha untuk menanam minda supaya menerima apa yang di sumbat.Umno kena lihat bahawa usaha menyumbat maklumat yang tidak benar ini akan memakan diri meraka sendiri.

Kini rakyat melihat politik Umno yang sedang nazak dan berusaha bermati- matian untuk memenangi hati orang Melayu nampaknya tidak akan kesampaian.Malahan akan ada penyokong Umno sendiri yang akan memarahi pimpinan mereka dalam usaha menegakkan dan mempertahankan kuasa mereka.Usaha Najib memberi Nasihat kepada PAS sebenarnya memperlihatkan kepada seluruh rakyat bahawa memang betul Najib dan Umno takut sebenarnya.Tidak mungkin, walau dalam PAS ada usaha kepada kerajaan perpaduan yang mungkin masih wujud untuk meyokong Umno sedangkan parti tersebut telah di tolak oleh orang Melayu sejak 1999.Mungkin peluang 2004 lalu orang menyokong Pak Lah, namun Pak Lah juga di humban oleh ahli Umno sendiri.

Jika benarlah umno dan kerajaan berani,maka sudah tentulah beberapa akta dan penguatkuasaan terhadap bidang rasuah,kehakiman,ekonomi orang Melayu di ambilkira dalam setiap tundakan.Ramai rakyat sedang meniai Umno kini sebagai sebuah parti yang bukan sahaja dilihat rakus,malahan dilihat sebagai sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa sebelum tersungkur dihukum umat Melayu kelak.

Percayalah.. Umno akan dipimggir bangsa sendiri setelah politik lucah,semborono,kotor ini dilihat gagal untuk memulihkan kreadibiliti parti tersebut.Anwar walau diserang bermati-matian masih mampu meraih puluhan ribu pendengar yang mahu mendengar ceramahnya.Kita percaya rakyat Malaysia masih ramai lagi yang cerdik di luar sana dan melihat apa yang berlaku sebagai petanda pilihanraya ke 13 akan muncul dan masa menghukum Umno/Bn bakal menjelma dalam sedikit masa lagi.Kerajaan yang bakal jatuh ,jika dilihat sejarah dahulu, baik sejarah Islam mahu pun moden, pimpinannya sentiasa sahaja melakukan kesilapan demi kesilapan bagi mengekalkan kuasanya. Namun akhirnya kerajaan tersebut akan hilang atau di turunkan rakyat.

Di ketika itulah kita percaya umat Melayu bertindak menyokong PAKATAN RAKYAT sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat bagi menumbangkan politik kotor yang tidak punya maruah.Bukan masanya untuk menjadikan isu racist dizaman yang rakyat mahukan keadilan didalam sebuah negara yang kaya raya.Anwar adalah ikon rakyat dan kita percaya Umno berperang hanya dengan Anwar agar beliau terperosok dalam penjara dan Umno /Bn berharap akan memenangi hati Orang Melayu.Adakah tindakan ini menguntungkan Umno/Bn jika rakyat sedar dan tahu bahawa pimpinan yang berfikiran kotor tidak akan membawa rakyat ke mana-mana.

(function() { var d = document, w = window; w

HIMPUNAN LAPORAN KERUGIAN- LINK LAPORAN DISEDIAKAN...BANYAK DUIT KITA DISALAHURUS OLEH KERAJAAN LEMAH-RAKYAT MELAKA APA KHABAR KALAU BACA INI ?

  KERUGIAN 1 Laporan audit: Jabatan Imigresen rugi lebih RM81 juta tak kenakan penalti Bernama  - October 28, 2021  Laporan Ketua Audit Nega...