Himpuan 1 Mei - Polis tahan 17 orang termasuk Ahli Parlimen




KUALA LUMPUR 1 Mei : Polis menahan sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jayakumar yang menyertai perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam. Beliau ditangkap ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Kira-kira 200 aktivis dan wakil pekerja berhimpun di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah penangkapan itu.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mengesahkan tangkapan itu. Setakat ini tidak ada maklum balas dari polis.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.

Pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam menyatakan polis tidak patut menangkap mereka yang berada di hadapan pejabatnya kerana mereka berhak berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati bersabit isu-isu hak pekerja.

"Hari ini 1 Mei, hari pekerja, rakyat kaum bekerja boleh menyuarakan pendapat mereka.

"Saya harap mereka yang ditangkap dibaskan secepat mungkin tanpa kekerasan," kata James.

No comments: