MGID

MAHATHIR...MANGALAH LAH KEPADA ANWAR



Tun Mahathir mengalahlah kali ini kepada Anwar Ibrahim demi mengembalikan mandat rakyat.

Di tengah² kehangatan khabar² pertukaran kerajaan dan cakap² tentang calon PM PH ni, ada terbaca komen² kata DSAI susah, tak mahu mengalah dengan Tun M.

Mereka seakan² mendesak DSAI supaya mengalah dan beri peluang pada Tun M untuk menjadi PM buat kali ketiga.

Yang hairannya, mereka tidak pula meminta supaya Tun M yang mengalah. Sepatutnya mereka mintalah kepada Tun M supaya mengalah dan beri peluang pula pada DSAI kan.

Sebab, Tun M pun sehingga kini beliau tidak pernah mahu mengalah, walaupun Tun M itu bukanlah lagi sebahagian dari PH malah beliau pun tiada parti pula kini.

Jika kita mahu berbicara bab "mengalah" ini. Sebenarnya, DSAI sudah banyak kali mengalah.

DSAI, Wan Azizah, Nurul Izzah pernah menceritakan betapa sukarnya untuk mereka ketika menerima permintaan Tun M untuk bekerjasama bagi menumbangkan Najib, tapi mereka sekeluarga mengalah dan mengenepikan perasaan peribadi demi negara.

Juga mungkin masih ramai yg tidak tahu bahawa pada malam kedua kemenangan PH pada PRU14, 2 tahun lepas, YDP Agong menelefon DSAI bagi memaklumkan baginda berkenan melantik Kak Wan sebagai PM. (DSAI ketika itu di hospital bawah kawalan pihak penjara)

Ketika itu Agong mendapati Kak Wan adalah individu yg paling layak dan berhak kerana Kak Wan adalah Presiden KEADILAN, kesemua MP PH bertanding di bawah bendera parti KEADILAN, Kak Wan lah yang menandatangani watikah semua calon PH termasuklah Tun M sendiri, pada malam itu, Kak Wan mengalah dan DSAI juga mengalah, kedua mereka meminta Agong melantik Tun M sebagai PM kerana itu adalah konsensus PH.

Apabila KEADILAN menghantar nama² pemimpin mereka untuk sertai kabinet selepas PRU14, banyak nama yg Tun M tolak, tidak cukup dengan itu Tun M melantik pula nama yg tiada dalam senarai sebagai menteri, antaranya ialah Azmin Ali, namanya tiada dalam senarai yg dihantar oleh KEADILAN untuk menjadi Menteri kabinet, kerana Azmin Ali pada waktu itu adalah MB Selangor..

Tindakan Tun M itu dibalas DSAI dengan terpaksa mengalah sekali lagi demi tidak mahu PH retak, Rafizi ada suarakan bantahan tapi kemudiannya ditenteramkan DSAI.

Ketika Tun M mahukan tempoh memegang jawatan PM dilanjutkan dari 1 tahun kepada 2 tahun, DSAI mengalah.

Kemudian Tun M mahu jawatan PM yang disandang beliau dilanjutkan dari 2 tahun kepada 2 tahun setengah pula, DSAI tetap mengalah.

Tidak cukup dengan itu, ketika Tun M mahu pula jawatan PM dilanjutkan dari 2 tahun setengah kepada tiada tarikh khusus perletakan jawatannya meskipun ianya bermakna boleh jadi Tun M meletakkan jawatan sehari sebelum PRU15, DSAI masih mengalah.

Selepas Tun M meletakkan jawatan PM pada 24 Februari, ketika Agong memanggil kesemua MP untuk memilih individu yg bakal menjadi PM, ketika itu undi ke atas DSAI mengatasi Tun M, Namun pada akhirnya PH memutuskan untuk menerima semula Tun M sebagai calon PM bagi PH, DSAI mengalah untuk kesekian kalinya, namun ketika itu cubaan Tun M untuk jadi PM kali ketiga gagal apabila Agong enggan lagi untuk bertemu Tun M.

Banyak kali DSAI mengalah. Namun dalam perjalanan 22 bulan PH itu, tidak sekali pun Tun M mahu mengalah, tidak pernah sekali.

Jadi mengapakah kalian masih mendesak supaya DSAI mengalah? Mengapa tidak minta Tun M yang mengalah? Tun M sudah diberi peluang menjadi PM selama 22 bulan dan akibat dari itu PH menerima imej buruk dengan pelbagai tindakan dari Tun M yang tidak selari dengan prinsip perjuangan PH.

Akhirnya PH tumbang akibat tindakan Tun M sendiri.

Jika Tun M kata bahawa DSAI tidak cukup sokongan, apakah Tun M juga cukup sokongan pula tanpa KEADILAN?

Jika tidak berani untuk bersuara meminta supaya Tun M mengalah buat pertama kalinya, janganlah kalian mendesak DSAI supaya mengalah pula.

Jalan terbaik Tun M mengalahla buat pertama kali. Capai kesepakatan seperti dalam perjanjian, DSAI sebagai PM. Tun M boleh dilantik sebagai Menteri Mentor. Kita kasihani Tun M juga yang sudah berusia 95 tahun tapi terus berkerja keras untuk negara. Sebagai balasan juga jawatan TPM kita berikan pada DS Mukhriz untuk meneruskan legasi Tun M.

Saya yakin semua permasalahan ini dapat diselesaikan dan insha'Allah mandat rakyat yg diberikan pada PRU lalu akan dapat diambil dari pengkhianat dengan segera. Itulah jalan terbaik.

Kita sama-sama doakan semuanya dipermudahkan.


UMNO TIDAK PERLUKAN BERSATU . HANYA BERSATU PERLUKAN UMNO



Semalam, 5 Jun 2020, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.
UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.
Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.
Pendek kata, UMNO tidak perlukan Bersatu. Bersatu yang perlukan UMNO.
Semalam juga, UMNO dan PAS telah mengadakan perbincangan di ibu pejabat UMNO untuk bersedia menghadapi PRU 15.
Perbincangan itu hanya melibatkan UMNO dan PAS, tidak Bersatu. Mengapa Bersatu tidak diajak bersama?
Untuk memahamkan bagaimana rumit dan tersisihnya kedudukan Bersatu, saya berikan analisa contoh yang mudah tentang kekuatan UMNO dan PAS.
Kita ambil contoh di Semenanjung, UMNO bertanding 105 kerusi dan menang sebanyak 46 kerusi.
Nisbah kekuatan UMNO ialah 46 daripada 105, bersamaan dengan 43.8%.
PAS pula bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi. Nisbah kekuatan PAS ialah 18 daripada 114, bersamaan dengan 12.5%.
Bersatu bertanding 52 kerusi dan menang 13 kerusi. Nisbah kekuatan Bersatu ialah 13 daripada 52, bersamaan dengan 25%.
Persoalan yang penting di sini, melalui kerjasama Perikatan Nasional, berapa banyakkah kerusi yang PAS sanggup korbankan untuk memberi laluan kepada UMNO dan Bersatu untuk mengelakkan berlakunya pertembungan 3 penjuru?
Jangan dilupa sejarah PAS di dalam rundingan pembahagian kerusi semasa di dalam Pakatan Rakyat, PAS telah meletakkan calon di DUN Kota Damansara dan Sg Aceh sehingga berlakunya pertandingan 3 penjuru yang menjejaskan kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu.
Pada PRU 14, telah berlaku pertandingan 3 penjuru di 46 kerusi antara Bersatu, UMNO dan PAS. Bersatu hanya menang 10 kerusi, UMNO menang 30 kerusi dan PAS pula menang 6 kerusi.
Adalah hampir mustahil untuk PAS dan UMNO sedekahkan 36 kerusi yang telah dimenangi mereka kepada Bersatu.
Malah untuk mengekalkan dikotomi 10 kerusi yang sedia ada itupun adalah suatu yang amat meragukan.
Semasa PRU 14 yang lalu, sebanyak 4 kerusi Bersatu bertanding melawan MIC, MCA atau Gerakan. PRK Tg Piai membuktikan MCA mampu merampas semula kerusi Bersatu dan adakah pada PRU 15, Gerakan dan MCA sanggup memberikan laluan kepada Bersatu?
Terdapat 2 kerusi lagi, Kota Tinggi dan Pengerang, telah berlaku pertandingan 1 lawan 1 antara Bersatu dan UMNO. Selaku Presiden Bersatu dan orang Johor, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berunding agar UMNO memberikan laluan kepada Bersatu bertanding di Kota Tinggi dan Pengerang tanpa tentangan?
Di kawasan yang rata-rata pengundinya bukan Melayu yang telah disandang Bersatu sebelum ini, tidak lagi akan diberikan kepada Bersatu kerana kemenangan di bawah PH sebelum ini ialah hasil dari sokongan DAP.
Peluang untuk menang di kawasan seperti ini di bawah PN sangat- sangat tipis. Kawasan-kawasan sebegini akan dibolot oleh MCA dan MIC. Kawasan tersebut adalah Tapah, Tanjung Piai, Alor Gajah dan Simpang Renggam.
Di pantai timur pula sebagai contoh, Bersatu boleh tutup kedai kerana tidak ada sebab Bersatu perlu bertanding di sana.
16 kerusi daripada 34 kerusi yang ditandingi Bersatu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, semua kerusi Bersatu kalah dengan mendapat undi hanya 101,488 dari 884,773 jumlah undi, menjadikan undi popular Bersatu di pantai timur hanya 11.5%.
Saya memberikan senario yang mudah sebegini untuk memahamkan ahli dan akar umbi, bergayut di atas dahan PN adalah jalan yang sukar dan payah.
Itupun jika PN setuju ditubuhkan oleh UMNO dan PAS.
Saya gusar yang berteriak menyokong akhirnya hanya seronok sendiri, kerana hakikatnya sampai hari ini, tidak ada sebarang kenyataan pun dari UMNO yang mengesahkan untuk bertanding di PRU15 menerusi PN.
Saya juga telah menulis bagaimana Bersatu akan dipinggirkan dengan sangat tidak adil. Tidak ada pimpinan UMNO yang membantah atau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Bersatu apalagi bersedia untuk berkongsi kerusi dengan Bersatu.
Malah Bersatu juga tidak akan lagi menjadi parti dominan di bawah PN (sekiranya ia ditubuhkan).
UMNO ialah parti dominan dan sudah tentulah calon Perdana Menteri bukan lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi daripada UMNO. Calonnya sudah tentu Najib Razak atau Zahid Hamidi.
UMNO sekarang mempunyai 39 kerusi sementara Bersatu hanya memiliki 12 kerusi (jika tidak ditolak 5 kerusi yang kononnya telah terhenti keahlian mereka) termasuk 14 MP yang lompat ke Bersatu dari UMNO.
Adakah 14 MP UMNO yang lompat ke Bersatu akan kembali semula kepada UMNO dan bertanding mempertahankan kerusi mereka atas tiket UMNO bukan Bersatu kerana mereka sebelum ini menang atas tiket UMNO?
Menteri Besar PN juga bukan lagi didominasi dari Bersatu berikutan bertukarnya kerajaan negeri di Johor, Melaka, Kedah.
Dalam bahsa mudah, pimpinan Bersatu sekarang telah menggadaikan negeri-negeri tersebut demi sokongan politik kepada seorang individu. Ini tidak pernah berlaku di zaman PH!
Di Perak sebagai contoh, barisan exco didominasi oleh UMNO seramai 6 orang daripada keseluruhan 11 Exco Perak.
Setiap kali saya bertemu dan berbincang dengan ahli-ahli dari akar umbi, inilah yang akan saya bentangkan. Berikan kepada saya formula untuk Bersatu kekal dominan jika bersama PN seperti yang diuar-uarkan?
Berikan saya satu sahaja sebab kenapa Zahid Hamidi dan Najib Razak mahu memberikan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi pada PRU15 nanti?
YB Dr Maszlee Malik
Ahli MPT Bersatu
7 Jun 2020.


CHINA MAJU SEBAB PERASUAH DITEMBAK MATI...MALAYSIA TAK MAJU SEBAB AGAMAWAN JOIN PERASUAH

AWANI 7.45 LIVE



Ahli akademik, NGO harap Terengganu wartakan kembali Hutan Simpan Belara

Ahli akademik, NGO harap Terengganu wartakan kembali Hutan Simpan Belara



Rata-rata ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pemeliharaan alam sekitar kecewa dengan keputusan kerajaan negeri Terengganu menyahwarta Hutan Simpan (HS) Belara sekali gus akan memusnahkan biodiversiti di kawasan itu.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed berkata, beliau amat sedih apabila mendengar khabar bahawa HS yang terletak antara Gong Lingai dan Batu Rakit itu telah dinyahwarta dan akan dicuci mangkuk (clear cut) dan digantikan dengan ladang kelapa sawit.
“Walaupun (HS Belara) kecil ianya mempunyai biodiversiti yang tinggi iaitu tempat bersarangnya Burung Enggang spesies Great Hornbill (Buceros bicornis),” jelasnya.
HS Belara yang terletak berdekatan kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dianggap peparu hijau di daerah Kuala Nerus yang memiliki keluasan 4,588 hektar.
Sehubungan itu, Dr Maketab memohon Menteri Besar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan ahli-ahli politik Terengganu yang lain dapat mengusahakan supaya HS Belara diwartakan kembali sebagai Hutan Simpan.
Tambah pakar kualiti air itu lagi, langkah tersebut amat penting bagi kelestarian alam untuk jangka panjang demi generasi kini dan masa depan.
Dalam hal berkaitan, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Terengganu turut kecewa dengan keputusan penyahwartaan HS Belara yang merupakan salah satu hutan hujan tropika dataran rendah yang ikonik di negeri itu.
“Tidak banyak kajian dilakukan di kawasan ini, walaupun terletak di sebelah pusat bandar terbesar di negeri ini, Kuala Terengganu.
“MNS ingin mendengar dari kerajaan negeri Terengganu mengenai apa justifikasi yang ada untuk secara senyap-senyap melepaskan sebahagian besar Hutan Simpan Belara,” tegas pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Menurut MNS Terengganu lagi, pihaknya membantah keputusan menyahwartakan HS Belara yang menyebabkan sebahagian besar keluasan HS itu tidak lagi dilindungi.
“Laporan Audit kerajaan Persekutuan 2017 mengesahkan bahawa hutan yang indah ini akan dibersihkan untuk ladang kelapa sawit. Ini tidak boleh diterima.
“Memandangkan hakikat bahawa hutan adalah sumber yang berkurang, bagaimana perkara seperti ini dapat terjadi pada masa ini? Bagaimana kesalahan besar ini dapat diperbaiki?” soalnya lagi.


E-WALLET BELANJA SETAHUN, KATA WALAON…

*Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno..? Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan..*

*PAS UMNO MENUTUP KELEMAHANNYA DGN HANYA MENFITNAH DAP SBG SASARANNYA*



*Maksudnya..? orang melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yg sensitif..*

*Perkara apa? Islam terancam, hak melayu ingin dihapuskan.*

*Kerana apa? Menarik sokongan mereka utk kembali menyokong umno.*.

*Kenapa begitu? Kerana berpuluh tahun umno memerintah mereka menjarah, menyamun, menjual tanah rizab melayu, wang negara, aset negara, saham bumiputra, rasuah dan sebagainya.*

*Maka? Kambing hitam perlu dicipta untuk menutup kesalahan ini.*

*Maksudnya? Rakyat perlu ditutup mata dari membicarakan soal ini.. Gantikan mereka dengan isu baharu ketakutan terhadap DAP.*

*Adakah DAP benar2 lawan islam? Tidak.. Kalau lawan boleh didakwa di mahkamah menghina islam. Negara ada undang2 buat penghina islam.*.

*Adakah DAP menolak hudud? Mca, Gerakan, PBS, malah Umno sendiri pun menolak.. Bukan Dap saja..*

*Dap keras tentangannya? Parti Gerakan membawa hudud ke mahkamah., pemimpin MCA mengadakan demo mengangkat sepanduk beramai2 menentang hudud.. DAP menentang kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan negara.. Parti mana yg lebih keras tentangannya?*

*DAP menghina nabi? Berapa orang sudah pemimpin DAP yg didakwa menghina nabi?*

*Dalam FB ramai cina yg hina nabi?.. Pemimpin DAP ke tu.. Kalau orang melayu sokong PAS tapi dia mencuri salah PAS juga ke..*

*Adakah DAP berlawan dgn UMNO dan PAS...? Tidak....DAP hanya bertanding di kerusi yg di tandingi oleh MCA, MIC dan Gerakan.*

*Kalau DAP kalah....siapakah yg menang..? Sudah tentulah MCA, MIC  ataupun Gerakan yg MENANG.*

*Dgn kemenanga MCA MIC atau Gerakan...adakah menambahkan kerusi Melayu....?? Sudah pasti tidak.*

*Habis tu....apa yg PASUMNO dengki sgt...???*

*Jawapannya.....UMNO terutamanya tak boleh hidup tanpa KUASA....tiada kuasa mereka gelisah... Sumber kekayaan mereka terjejas..*

*PAS...? PA$ hanya barua UMNO aje... Tukang pacak bendera.*

*Selepas walaun baca ni ๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿปini semua, pasti tak faham2 juga, yg pasti melenting macam kena sawan tuduh penulis ni BaruaDapig dan dgn pelbagai jenama ‘natang’ ajaran Lobai H*



LAWATAN DAN BANTUAN ANWAR DI PORT DICKSON


Di Port Dickson hari ni bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia bagi menyampaikan sumbangan kebajikan "Aid For The Needy Covid-19" kepada golongan kurang bernasib baik.
Sebanyak 1,000 pek bantuan keperluan asas disumbangkan GPM di Negeri Sembilan pada hari ini.
Bantuan ini adalah merupakan sumbangan daripada Baladna Food Industries Qatar dengan kerjasama Kedutaan Qatar.
Semoga GPM dapat meneruskan gerak kerja mulia membantu golongan yang terkesan ini.

Seperti biasa apabila di Port Dickson saya tidak akan terlepas daripada melakukan ziarah kebajikan rumah ke rumah di setiap DUN dalam kawasan Parlimen.
Hari ini sebanyak enam buah rumah dikunjungi iaitu di Flat Taman Intan Perdana, Kampung Linggi, Kampung Tampin Linggi dan Air Kuning bagi mendengar keluhan serta rintihan penduduk sekaligus menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Saya doakan kesemua mereka terus diberi kekuatan dan tabah menempuh dugaan yang melanda ketika ini.
"Tolong bantu kami, YB. Rumah kami tiada keperluan elektrik."
Itu luahan yang dilontarkan kepada saya sebaik memasuki rumah milik Kow Kam Fong dan kakaknya sewaktu melakukan ziarah kebajikan pagi tadi.
Menetap di Air Kuning dengan hanya bergantung kepada bateri kereta yang dijadikan sebagai sumber mendapatkan bekalan elektrik ketika ini.
Saya telah memohon agar Pejabat Daerah bersama Pusat Khidmat Rakyat untuk mengambil tindakan segera. Doakan semoga ianya dipermudahkan.

ANWAR JANGAN BERPALING, BERSAMA TUN MAHATHIR LAWAN MUHYIDDIN

RAKYAT MAHU PKP DITAMATKAN.JIKA DISAMBUNG LAGI..MASAALAH BUAT MUHYIDDIN


Menjelang jam 3.00 petang ini di mana Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khasnya, tumpuan tentunya adalah sama ada PKPB yang berakhir pada 9 Jun akan disambung lagi atau ditamatkan.
Tetapi, melihat kepada pengumuman Ismail Sabri Yaakob semalam yang menyebut kedai gunting rambut dan salun kecantikan akan dibenarkan beroperasi pada 10 Jun, manakala pasar malam, bazar dan terbuka hanya akan diizinkan dibuka semula pada 15 Jun, ternampak bahawa PKPB mungkin bersambung lagi selepas tempoh yang ada sekarang tamat pada Selasa, 9 Jun depan.
Harus diakui bahawa ramai yang kini mula gelisah jika tempoh PKPB disambung lagi, sebaliknya mereka mahu ia ditamatkan segera.
Dengan kes Covid-19 yang semakin menurun dan disiplin rakyat sekarang ini boleh dikata ditahap membanggakan, terutama dari segi pemakaian topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri, rata-rata berpendapat tiada sebab PKPB mahu disambung lagi.
Lebih-lebih lagi dengan banyak sektor ekonomi telah dibuka dan perniagaan berjalan seperti biasa sejak PKPB dikuatkuasakan, walaupun dalam tahap yang perlahan, jika kerajaan memikirkan kepentingan ekonomi yang mungkin terus lumpuh, menamatkannya adalah pilihan yang wajar sekali.
Kekangan paling utama kepada sektor ekonomi jika PKPB terus dikuatkuasakan ialah halangan perjalanan merentas negeri.
Oleh kerana dalam perniagaan seseorang itu perlu berjumpa dengan orang lain, bermesyuarat, berbincang, melawat tapak dan sebagainya, tidak dibenarkan merentas negeri akan menjadikan banyak urusan tergendala dengan sendirinya.
Setelah hampir tiga bulan tidak dibenarkan merentas negeri, bayangkan berapa banyak urusan perniagaan telah tergendala?
Lantaran itu, adalah mustahak untuk kerajaan segera menamatkan PKPB dan membenarkan perjalanan rentas negeri berlaku seperti sediakala.
Begitu pun, untuk memastikan Covid-19 tidak muncul semula, amalan penjarakan sosial, pemakaian topeng muka, penjagaan kebersihan dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, wajar kekal dikuatkuasakan tanpa memilih bulu.
Hanya dengan adanya kebebasan dalam perjalanan ini, berserta beberapa sektor perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi sebelum ini, ia merupakan suatu pilihan yang dapat menjadikan ekonomi negara dipulihkan dalam kadar yang munasabah, kalau pun tidak dalam waktu yang segera.
Sebelum ini ramai yang gelisah dan mengeluh kerana banyak urusan perniagaan mereka terhenti kerana PKP dan PKPB, selain tidak kurang yang tutup perniagaan dan hilang pekerjaan akibat daripadanya.
Makanya, jika urusan perniagaan dan ekonomi ini terhalang lagi melebihi tempoh yang lebih lama, pasti ramai yang terus sengsara dan menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku.
Akhirnya, Muhyiddin akan menerima kesan paling parah dengan sokongan rakyat terus merudum terhadapnya.
Sudahlah keabsahan kerajaannya menjadi pertikaian segenap penjuru, ditambah lagi dengan kemerosotan sokongan rakyat yang berpunca daripada ramai yang perut lapar dan poket kosong, kemungkinan kalah jika PRU diadakan dalam waktu terdekat adalah paling mungkin sekali.
Untuk itu, paling baik ialah jika Muhyiddin menamatkan terus PKPB dan membiarkan kegiatan ekonomi berjalan seperti biasa sebagaimana banyak negara lain juga telah melakukannya.
Selain itu, satu lagi kegiatan yang perlu dibuka segera dengan sepenuhnya ialah masjid dan surau.
Di mana-mana kita boleh mendengar keluhan tentang kelembapan kerajaan Melayu/Islam PN ini dalam membenarkan amalan beribadat di masjid dan surau seperti sediakala.
Membenarkan hanya 12 orang atau 30 orang bersolat jemaah dianggap tidak praktikal, berlawanan dan terlalu ekstrem dengan amalan penjarakan sosial yang dibenarkan di kedai-kedai makan, restoran dan mengunjungi pusat membeli-belah yang tiada jumlah tertentu yang ditetapkan.
Lagi pun, di kebanyakan masjid dan surau, kecuali solat Jumaat, jumlah jemaah yang hadir pada setiap solat waktu biasanya tidak pun melebihi tiga saf.
Dengan yang demikian, kalau masjid dan surau dibuka sepenuhnya dan solat secara berjarak satu meter dilakukan, ia tidak sama sekali menjadikan ruang bersolat penuh atau sesak yang boleh memberi risiko kepada berkembangnya wabak Covid-19.
Lalu, di mana logiknya dengan ketetapan hanya 12 atau 30 orang saja dibenarkan bersolat jemaah di masjid dan surau?
Apakah hanya 12 atau 30 orang atau kalangan AJK masjid saja yang mahu masuk syurga?
Berdasarkan ini, terutama berkaitan memulihkan ekonomi dan mengiamarahkah semula masjid dan surau, pilihan kini di tangan Muhyiddin menentukannya.
Kalau mahu terus ditolak rakyat, umumkanlah sambung lagi PKP pada perutusan khasnya petang ini. (Shahbudindotcom 07/06/2020

Pakej ransangan ekonomi sepatutnya dibentang di Parlimen, kata Kit Siang

Pakej ransangan ekonomi sepatutnya dibentang di Parlimen, kata Kit Siang




Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi bertindak mengunci Parlimen dengan tidak membentangkan pakej ransangan ekonomi yang dinamakan Penjana bagi menghadapi kesan wabak Covid-19 itu di Parlimen.
Kata beliau, ia sepatutnya dibuat di Parlimen supaya pakej ransangan tersebut boleh diteliti, dibahas dan diluluskan.
Beliau mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menyifatkan Penjana itu sebagai pakej pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang “dipenuhi pelbagai tawaran menarik kepada komuniti perniagaan tetapi gagal memenuhi janji-janji bagi melindungi pekerja”.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, kata Ahli Parlinen Iskandar Puteri itu, bimbang sebagaimana Prihatin, iaitu pakej ransangan ekonomi sebelum ini, Penjana juga akan gagal mengotakan pelbagai janji manisnya bagi memastikan golongan pekerja dilindungi terutama di saat ribuan orang kini kehilangan pekerjaan.
Katanya, menurut Solomon, pada masa sama pihak majikan mendapat pelbagai bantuan besar daripada kerajaan dari segi pinjaman tanpa faedah, geran dan subsidi gaji.
“Tempat terbaik untuk mendapatkan pandangan yang sah daripada pelbagai sektor masyarakat mengenai pakej ransangan ekonomi kerajaan untuk disuarakan dan dirumuskan ialah di Parlimen,” kata veteran DAP itu melalui blognya semalam.
Ujar Kit Siang, pandemik Covid-19 kini merupakan bukukerja global tentang bagaimana sesebuah negara di seluruh dunia harus berhadapan dengan cabaran yang belum pernah dihadapi ini bagi memastikan ekonomi dan kehidupan sosial dapat dipulihkan secepat mungkin.
“Dan Malaysia muncul sebagai sebagai satu-satunya negara yang mengunci Parlimen, dan tidak membenarkan ia berperanan.
“Bolehkah Muhyiddin memberikan satu alasan atas sikapnya terhadap Parlimen dan amalan tidak demokratiknya itu?” soal Kit Siang.
Pada 5 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani impak pandemik koronavirus (Covid-19).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, di bawah Penjana itu, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama.
Menurutnya, pertama ialah memperkasakan rakyat dan kedua, melonjakkan perniagaan serta ketiga, merangsang ekonomi.

WALAON AMBIL TUGAS JAMAL YUNOS?

POLITIK PERLU BERANI BUAT PERUBAHAN


MOHD SHAH RIM

Mampukah Tun menarik sokongan pengundi khasnya Melayu di PRU nanti.?? aku tak nampak, peratusannya membolehkan PH menang, tapi PH akan rugi kerana akan ditolak sebahagian besar  pengundi bukan melayu..sebagaimana di Semenyih dan Tg Piai..

PH kena bersedia berhadapan PRU bila bila masa..parti parti melayu akan bertelagah sesama sendiri dan diuji bila melibatkan pembahagian kerusi..samada PAS, UMNO dan BERSATU...

Kerana itu, lebih baik PH tumpukan pada PRU dari sekarang dari membawa Tun bersama PH..politik ni kena berani buat keputusan yang tidak popular tapi akhirnya menguntungkan dari terperangkap dgn politik yang akhirnya menjerat PH sendiri.


E-WALLET RM 50: PN IKUT GUAN ENG..

(function() { var d = document, w = window; w

KATA KUAT TAPI TAKUT?

See new Tweets Convers Liew Chin Tong @LiewChinTong Saya berharap rakyat Malaysia dapat melihat bagaimana sikap kerajaan PN yang bekeras tid...