"MAMPUS PI LAH" KEPADA POLITIK MENJAGA PERUT SENDIRI






Kerajaan tanpa manifesto ini hanya ghairah membahagi-bahagi ghanimah yang dikutip dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang kita tidak tahu, apa tujuannya, selain menjaga perut masing-masing. Pelepasan Riza Aziz tanpa bebas mencantas semua pesanan Hamid kepada PN mengenai tadbir-urus Jabatan Kehakiman. Pesanan bekas hakim itu bagai mencurah air di daun keladi. PAKATAN HARAPAN (PH) pula nampaknya tidak mahu membiarkan PERIKATAN NASIONAL terus berkuasa. Sebuah halaman bernama PERIKATAN NASIONAL FANS memuat-naik satu hantaran menyebut: "Mendapat perkhabaran duka hari ini. Daripada sumber yang rapat dengan Majlis Presiden PH, mereka kini miliki 120 MP yang membolehkan mereka menurunkan PN dari tampuk kuasa.

No comments: