LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH BERTEMU MASYARAKAT

PERMATANG PAUH 13 JANUARI 2009-lawatan DSAI ke Permatang Pauh hari ini adalah untuk meninjau keadaan masyarakat kampung .Beberapa peristiwa yang berlaku baru -baru ini dan telah di ziarahi oleh YB Fairus dan Yb Hamdan di ADUN masing-masing dan kali ini adalah menjadi tanggungjawab YB DSAI selaku ahli parlimen melakukan lawatan susulan.






Kesungguhan DSAI dan tugas melawat beliau di Permatang Pauh adalah kerana beliau sebagai ahli Parlimen di kawasan tersebut.











DSAI menziarahi keluarga yang kehilangan orang tersayang di pekan Seri penanti, uaitu di taman Penanti















DSAI kemudian melakukan lawatan kerumah En Muhmad bin Abd Rahman yang berlakunkebakaran baru-baru ini di kampung Kubang Ulu .beliau mengalami kerugian hampir 100,000 manakala kereta beliau terbakar dan tidak dapat di selamatkan.






















Bertemu dengan masyarakat cina kampung Kubang Ulu.




















DSAI kemudiannya ke rumah Pn latifah di kampung Tanah Liat bertemu dengan keluarga mangsa kemalangan dengan anggota polis .Kes masih dalam siasatan dan menurut Pn Latifah sehingga kini 6 peguam akan membantu beliau menyelesaikan masaalah.





Beliau yang dalam perjalanan ke Terengganu pada malam 6 hb untuk ke penamaan calon Kuala Terengganu , dan setibanya di Baling,berita kemalangan anak sulung beliau yang berusi 32 tahun di terimanya. Beliau berpatah balik untuk melihat anaknya.Pada malam kejadian sebelum bertolak anaknya memberi beliau bekal berger kerana allahyarham berniaga kecil-kecilan sebagai kerja separuh masa menjual berger.























Bertemu masyarakat di kampung Tanah Liat













DSAI kemudian ke Kampung Permatang Pasir dimana rumah seorang ibu Tunggal Pn Rohani.Beliau yang mempunyai 4 anak kini menumpang di rumah jiran. YB Hamdan telah melakukan lawatan dan tindakan susulan telah diambil.






Di Permatang Pasir bertemu dengan masyarakat kampung Permatang pasir berhadapan dengan Pusat Khidmat ADUN Permatang Pasir YB Hamdan.




DSAI singgah di kedai kopi di Kampung Petani bertemu masyarakat yang baru pulang bekerja dan menghilangkan dahaga.



DSAI kemudian bergerak ke kedai kopi "Masjid Corner' kedai kopi di hadapan masjid jamek Kubang Semang.Beliau singgah sebentar untuk bertemu pengunjung kedai tersebut.









Lawatan terakhir ialah melawat di kampung Cross Street 1 di Bukit Mertajam.Keluarga Oii Lai Seng 32 tahun di mana rumah beliau di hempap pokok yang besar.kejadian angin kuat dan pihak MPSP telah melakukan kerja-kerja menebang pada petang kejadian iaitu 13hb.









































INVITATION TO TEATER BILIK SULIT(PENANG)




In conjunction with the International Human Rights Day 2008, the Bar Councilin collaboration with Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) would like to extend aninvitation to all of you to Teater Bilik Sulit which is going to be held inPenang on 17/1/09 & 18/1/09.



Teater Bilik Sulit is a play that features the untold true accounts of thenature of Police interrogation of the ISA detainees which are based ontestimonials of those who used to be detained under the ISA.



Teater Bilik Sulit will be staged on these dates:


17/1/09 (Saturday) at 8.30pm
18/1/09 (Sunday) at 3.00pm & 8.30pm



Venue : The Actors Studio Greenhall (Penang), Ground Floor Zhing ZhengSchool Memorial Centre, 32, Lebuh Light, 10200, Georgetown, Penang.



For info kindly contact 012 520 3101/012 465 1671 @ fadiahnadwa9@yahoo.com
Reminder : space is limited, kindly RSVP via email or sms
-- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM )Penang Branch63B-01-07, University Heights,Jalan Sungai Dua,11700 Penang.Tel / Fax: 04-6582285E-mail: suarampg@gmail.comhttp://suarampg.blogspot.com/
[Non-text portions of this message have been removed



JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)www.jerit.org


Intimidasi Polis Berterusan :



Polis dari IPD Taiping cuba masuk ke Pejabat JERIT di Kajang. 12/1/2009 , Kajang Setelah lebih 3 minggu berlangsungnya Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan, dimana lebih 100 tangkapan dan tahanan dilakukan oleh polis, ramai yang akan menganggap, sebab kempen dah selesai, maka polis tidak akan menganggu JERIT lagi. Tetapi anggapan anda telah dibuktikan salah dengan intimidasi polis yang berterusan terhadap JERIT dan peserta kempen.


Pada penghujung bulan Disember, sementara ramai orang bercuti dan bersiap-sediakan anak mereka untuk ke tahun persekolahan baru, polis dari IPD Gombak telah menghantar saman kepada ibubapa pengayuh dari utara yang berumur kurang dari 18 tahun untuk memberi keterangan di IPD Gombak . Ada juga satu insiden dimana ibu bapa seorang pengayuh lebih 18 tahun juga dipanggil oleh polis untuk kenyataan diambil. Antara soalan yang ditanya ialah, berapa wang diberi kepada pengayuh untuk menyertai kempen ini, apakah bayaran dibuat kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke kempan ini . siapa penganjur, siapa bagi borang dan banyak lagi soalan standard kononnya hendak membuktikan ada pengeksploitasian kanak-kanak. Kenyataan juga diambil dari pemilik bas yang telah membenarkan basnya disewa untuk kempen yang mengikut pasukan pengayuh dari Utara.


Minggu lepas pula Dr Kumar, Ahli Parlimen Sungai Siput telah dipanggil oleh polis dari Bagan Serai yang merayu kepadanya untuk kenyataan diambil. Masalahnya, di Bagan Serai tiada orang yang ditangkap mahupun ditahan. So apa logik kenyataan diambil ? Bila ditanya, jawabnya arahan dari pihak atasan, iaitu Bukit Aman. Bukan itu sahaja, minggu lepas pada 6/1/2009 , polis dari IPD Taiping telah ke pejabat JERIT kononnya untuk tangkap semua orang JERIT. Ketika polis sampai di Pejabat Sekretariat JERIT pada jam lebih kurang 2pm ( mengikut peniaga disana) tiada orang di pejabat. Maka polis, telah pergi ke kedai-kedai di kawasan tersebut dan cuba mengorek cerita dan mengatakan kepada peniaga-peniaga, mereka datang ke sana untuk menangkap semua ahli JERIT dan memberikan nombor telefon mereka kepada peniaga untuk memberi informasi lebih kalau mereka tahu. Pihak polis juga dikatakan telah mengambil banyak gambar pejabat JERIT dari luar.


Apabila seorang ahli sekretariat JERIT ke pejabat lebih kurang pukul 8 malam, seorang peniaga telah memberitahu mengenai kehadiran dan ugutan polis terhadap ahli JERIT. Semasa sedang bercakap dengan peniaga tersebut, polis pun datang menghampirinya. Apabila ditanya kepada polis , apa yang dibuat oleh mereka disana, pegawai polis memberitahu bahawa, mereka ke sana dari Taiping untuk menyiasat mengenai JERIT dan hendak memasuki pejabat JERIT untuk mendapatkan bahan bukti. Pihak kami telah menghubungi Ketua CID di Taiping dan menanya kenapa dia menghantar pegawai polis ke pejabat JERIT , siapa yang hendak disoal siasatnya dan kenapa mereka harus masuk ke pejabat JERIT sedangkan mereka tiada apa –apa waran untuk menuntut kami membenarkan mereka masuk. Apabila soalan-soalan ini telah ditanya kepada ketua CID, maka dia pun tidak dapat menjawab, dan memberi arahan supaya pegawainya balik ke Taiping.


Apabila pihak kami tanya kenapa dia beritahu peniaga tadi yang polis hendak tangkap semua ahli JERIT dan ahli di Penang semua ahli JERIT telah ditangkap, maka pegawai polis telah menjawab, dia hanya main-main je . Apa yang main-main mengenai kenyataan ini , hanya untuk pihak polis menjawab. Maka, nampaknya, walaupun kempen Rakyat Pengayuh Perubahan telah diakhiri di Parlimen pada 18/12/2009, tetapi bahangnya masih dirasai oleh pihak polis, dimana kuasa rakyat telah menang.Pihak polis sedang mencari apa jua alasan untuk terus memburukkan kempen ini dan JERIT .Akan tetapi, perjuangan rakyat akan diteruskan apa jua berlaku, kerana perjuangan JERIT adalah perjuangan rakyat dan kuasa rakyat pasti menang. Salam PerjuanganSekretariat JERIT Berikut adalah senarai antara tahanan polis sepanjang kempen JERIT.


Ramai yang ditahan oleh polis dibebas dengan jamin polis. Kini, tiada banyak perkembangan berlaku memandangkan pihak polis hanya melanjutkan jaminan, menunggu arahan DPP atau tiada tindakan langsung. Ini mungkin berlaku kerana pihak polis membuat tangkapan untuk menggagalkan kempen pada masa itu dan kini mungkin masih mencari bukti atau kesalahan. Siapa DitahanBila dan Di ManaKini …5 Dis 2008.Sdr Ruben ditahan di Merbau Pulas kerana mengedar risalah Jaminan polis dilanjutkan dari 5 Jan 2009 ke 5 Feb 2009.6 Dis 200816 aktivis ditahan di Skudai JohorDibebaskan tanpa sebarang tuduhan direkodkan.7 Dis 086 aktivis ditahan di Kluang kerana edar risalah Dibebaskan dalam masa kurang setengah jam9 Dis 2008.Sdri Cheng Lee Wee ditahan di Segamat Sdr. Oii Choon Nam & Yong Chat Wah di Kawasan Rehat Bukit Gantang kerana edarkan risalah.5 aktivitis termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar ditahan atas alasan menggangu polis menjalankan tugas.


Jaminan polis tamat pada 23/12/2008. Pihak polis masih menunggu arahan daripada pihak DPP.Jaminan polis akan luput pada 21 Jan 2009 Jaminan tamat pada 23/12/2008 dilanjutkan sehingga 23/1/2009. 14 Dis 20083 aktivis ditahan kerana edarkan risalah di Bandar Rinching, Semenyih. Dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Kajang pada 29/12/2008Tidak ada sebarang arahan daripada IPK Shah Alam untuk meneruskan kes ini15 Dis 200829 aktivitis dan telah ditahan di Rawang atas tuduhan melibatkan diri dalam perarakan secara haram. Seramai 28 pengayuh-pengayuh di bawah umur 18 tahun ditahan di balai satu malam dan telah dibebaskan setelah ibubapa mereka hadirkan diri pada 16/12/2008 Ke semua 29 aktivis ini harus menghadiri Balai Polis Kuala Kubu Baharu untuk memberi kenyataan 112 pada 15/1/2009.18 Dis 2008Sdr.


Tamilselvan ditahan atas tuduhan menggangu polis melaksanakan tugas. Beliau juga dipukul dan dicederakan oleh tidak kurang daripada 10 orang anggota Polis. Beliau dikehendaki hadir Mahkamah Kuala Lumpur pada 12/1/2009.Tiada arahan dari DPP lagi.28 Dis 2008 Balai Polis Rawang Seramai 26 ibu bapa pengayuh bagi kanak-kanak dibawah umur 18 tahun telah hadir ke IPD Gombak untuk memberi kenyataan 112 atas dakwaan yang dibuat oleh polis di bawah sekyen 32(b), Akta kanak-kanak 2001.

--
Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) (National Consciousness Movement) 103 Medan Penaga, 11600 Penang, Malaysia Tel: +60 (0)4 658 5251 Fax: +60 (0)4 658 5197 e-mail: aliran@streamyx.com Website: http://www.aliran.com/ALIRAN is a reform movement dedicated to Justice, Freedom, and Solidarity and is listed on the roster of the Economic and Social Council of the United Nations To subscribe to Aliran Monthly, click http://www.aliran.com/oldsite/subsform.htmlTo become an Aliran member, click http://www.aliran.com/content/view/2/8/To donate to Aliran, click http://www.aliran.com/content/view/1/7/ To subscribe to the Aliran e-mailing list, send an e-mail to alirankn-subscribe@yahoogroups.com To subscribe to the Charter2000 e-mailing list, click charter2000-subscribe@yahoogroups.com

Siapa DitahanBila dan Di Mana


Kini …5 Dis 2008. Sdr Ruben ditahan di Merbau Pulas kerana mengedar risalah Jaminan polis dilanjutkan dari 5 Jan 2009 ke 5 Feb 2009.

6 Dis 2008 16 aktivis ditahan di Skudai JohorDibebaskan tanpa sebarang tuduhan direkodkan.

7 Dis 08 6 aktivis ditahan di Kluang kerana edar risalah Dibebaskan dalam masa kurang setengah jam9 Dis 2008.Sdri Cheng Lee Wee ditahan di Segamat Sdr. Oii Choon Nam & Yong Chat Wah di Kawasan Rehat Bukit Gantang kerana edarkan risalah.5 aktivitis termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar ditahan atas alasan menggangu polis menjalankan tugas. Jaminan polis tamat pada 23/12/2008. Pihak polis masih menunggu arahan daripada pihak DPP.

Jaminan polis akan luput pada 21 Jan 2009 Jaminan tamat pada 23/12/2008 dilanjutkan sehingga 23/1/2009.

14 Dis 20083 aktivis ditahan kerana edarkan risalah di Bandar Rinching, Semenyih. Dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Kajang pada 29/12/2008Tidak ada sebarang arahan daripada IPK Shah Alam untuk meneruskan kes ini

15 Dis 200829 aktivitis dan telah ditahan di Rawang atas tuduhan melibatkan diri dalam perarakan secara haram. Seramai 28 pengayuh-pengayuh di bawah umur 18 tahun ditahan di balai satu malam dan telah dibebaskan setelah ibubapa mereka hadirkan diri pada 16/12/2008 Ke semua 29 aktivis ini harus menghadiri Balai Polis Kuala Kubu Baharu untuk memberi kenyataan 112 pada 15/1/2009.

18 Dis 2008Sdr. Tamilselvan ditahan atas tuduhan menggangu polis melaksanakan tugas. Beliau juga dipukul dan dicederakan oleh tidak kurang daripada 10 orang anggota Polis. Beliau dikehendaki hadir Mahkamah Kuala Lumpur pada 12/1/2009.

Tiada arahan dari DPP lagi.28 Dis 2008 Balai Polis Rawang Seramai 26 ibu bapa pengayuh bagi kanak-kanak dibawah umur 18 tahun telah hadir ke IPD Gombak untuk memberi kenyataan 112 atas dakwaan yang dibuat oleh polis di bawah sekyen 32(b), Akta kanak-kanak 2001.