PAJAK ATAIH PAJAK NIH- AWAT JADI MACAM TU




 Setelah dikritik hebat oleh nitizen! MUDA terpaksa akur!



Muda mungkin lupakan kerusi DUN Puteri Wangsa – Syed Saddiq
Nizam Zain - 11 February 2022
PETALING JAYA – Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin terpaksa membatalkan hasratnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun Amanah memberi laluan kepada parti anak muda itu namun rundingan akan dilakukan semula susulan pihaknya menerima rungutan parti sekutunya, PKR.
“Saya menghormati pandangan sahabat dan terima kritikan anak muda, kena terima kritikan ini dengan hati terbuka.
“Saya sudah menghubungi Setiausaha Agung Muda untuk berhubung dengan wanita PKR Johor untuk cari kesepakatan, minta nasihat juga, pimpinan Muda jangan ego.
“Jika tidak dapat diselesaikan, hormati hak mereka untuk bersuara untuk tidak bersetuju dan kita teruskan gerak kerja,” katanya dalam Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku malam tadi.
Terdahulu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi itu yang berpotensi dipertahankan kepada Muda pada PRN Johor, bulan depan.
DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada Muda untuk ditandingi. – MalaysiaGazette

KISAH NAK IKUT TOK GURU- Kebingungan Muhaizad Memahami Ayat Quran, "Allah Awal Dan Akhir" #DrRoza...

LEBAI KELARAH

 



Saya telah menonton sepotong video yang mencemuh saya dan Dato Mufti Perlis berkaitan isu kritikan kami ke atas Muhaizad.
Video tersebut menggunakan kata-kata yang kurang sesuai seperti perkataan "WABABI" dan selainnya. Siap dia mendoakan kehancuran untuk kami berdua seolah-olah kami ini musuh Islam. Dia doakan pula agar mata saya dibutakan. Allah al-Musta'an.
Namun, penceramah tersebut ada menyebut tentang kesediaan beliau perjumpaan bersama saya.
Semalam saya menerima jemputan daripada One Centre untuk menganjurkan dialog antara saya dan penceramah ini. Tajuk yang mereka berikan ialah:
Muhaizad: pembawa khurafat atau murabbi umat?
Saya menerima tajuk dialog ini dengan syarat ia mesti dilakukan terbuka. Format dan masa akan dibincangkan kemudian. Moga Allah beri kita semua petunjuk.
Dalam sesi soal jawab nanti saya nak tanya beliau, adakah menggelarkan orang wababi seperti yang beliau sebutkan itu termasuk dalam akhlak? Kerana beliau ada menyebutkan tentang kepentingan akhlak.
Cukuplah 1 soalan saya bagitau kali ini. Banyak lagi soalan nak ditanya dalam sesi dialog nanti. Terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle

363 Jebat Derhaka: V4ksin & Booster - Didik & Fahamkan Rakyat la Mantri ...

Konglomerat taja parti politik lemahkan agenda reformasi

 


Agenda reformasi politik dan pentadbiran di Malaysia akan menjadi lemah sekiranya parti parti politik menerima tajaan konglomerat sama ada dalam sumbangan dana pilihan raya atau pengoperasian parti.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti politik tidak seharusnya ditaja seperti itu yang akan menyukarkan usaha menghapuskan rasuah dan penyelewengan sekiranya sesebuah parti dipilih menjadi kerajaan.


Katanya, dalam kes beliau, keengganan berkompromi dengan konglomerat seperti itulah menyebabkan beliau tidak menjadi Perdana Menteri sehingga ke hari ini.


"Jadi jangan meremehkan kemungkinan dalam politik, dalam pilihan raya ada yang ditaja hanya untuk melemahkan agenda reformis.


"Saya akui tidak mudah. Ya, saya belum berhasil penuh. Tapi kalau saya kompromi, saya sudah berhasil. Jangan lupa, kalau saya kompromi, saya sudah jadi Perdana Menteri," katanya dipetik Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian.


Tambah Presiden KEADILAN itu, pendirian menentang rasuah sehingga ke akar umbi menyebabkan beliau dan partinya tidak popular di kalangan oligarki dan tidak banyak pihak yang sanggup membantu perjuangan KEADILAN.


"Saya tentu tidak popular, jadi tokoh-tokoh yang besar susah nak bantu PKR selagi Anwar jadi ketua.


"Terus terang saya boleh berkawan dengan semua, tetapi untuk kompromi soal ini (rasuah), akan menjahanamkan negara kita," ujarnya.


Anwar membawa contoh perbahasan beliau di Parlimen berkenaan isu Pandora Paper yang amat tidak disenangi pemimpin kerajaan dan tokoh tokoh perniagaan, kerana mendedahkan nama nama yang membawa keluar wang dan disimpan di tempat selamat serta boleh mengelak cukai.


"Saya masih ingat di Parlimen tatkala berucap tentang Pandora Paper yang melibatkan mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan semua nama-nama besar dari pelbagai parti.


"Speaker larang saya bicara tetapi saya nak bicara sebab ini menyentuh kepentingan negara.


"Berbilion ringgit dibawa keluar dan orang-orang ini sekarang mahu jadi jaguh. Yang hendak menyelamatkan orang-orang Melayu itulah juga yang bawa ratusan juta keluar negara.


"Dia ada penyokong sebab dia ada wang. Sebab dia ada golongan korporat yang akan membantu," katanya lagi.


Konglomerat membantu parti politik pertama kali ditimbulkan Anwar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak. Beliau mengingatkan agar pengundi tidak memberi sokongan kepada parti parti yang ditaja tauke balak yang akan menggonggolkan lebih banyak hutan sekiranya parti berkenaan dipilih menjadi kerajaan sedangkan rakyat tidak mendapat apa apa manfaat.


JOHOR PERLU SELESAIKAN MASALAH SETINGGAN, PENEROKA BANDAR


PRN: TAK GALAKKAN RAKYAT UNDI, HAKIS KEYAKINAN DEMOKRASI


PRN JOHOR BUKAN SUATU EKSPERIMEN

 

Ini bukan satu pilihanraya kecil di mana hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi pertaruhan.

Ini satu pilihanraya umum di peringkat seluruh negeri Johor yang melibatkan 56 DUN. Ini pilihanraya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Johor bagi tempoh lima tahun dari 2022 hingga 2027.

Tiga gabungan parti politik yang besar terlibat dalam PRN Johor kali ini iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Ketiga-tiga gabungan politik ini mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan Negeri Johor. BN paling lama memerintah di Johor sehingga ia ditumbangkan pada tahun 2018 dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Manakala PH mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan Johor selama 22 bulan sehingga ia ditumbangkan angkara pengkhianatan melalui Langkah Sheraton pada bulan Februari tahun 2020.

PN yang terdiri daripada Parti Bersatu juga ada pengalaman mentadbir di Johor ketika berada di dalam gabungan PH dan kemudian dalam kerajaan campuran BN-PN selepas Langkah Sheraton.

Jadi tiga buah gabungan politik ini, BN, PH dan PN merupakan pencabar utama dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini.

PH ketika mentadbir Johor selama 22 bulan ada kelemahan dan kegagalan juga. Fakta ini tidak dinafikan malah perlu diakui. Tetapi PH berjaya dalam banyak perkara ketika mentadbir Johor kurang dua bulan selama dua tahun.

Satu perkara yang menjadi kejayaan utama kerajaan PH di Johor ialah dari segi menarik pelaburan asing (FDI).

Kerajaan PH telah mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa. Hampir setiap bulan Exco Kerajaan Negeri Johor yang bertanggungjawab dalam Perusahaan Antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor.

Hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh itu, maka negeri Johor telah muncul sebagai negeri yang paling banyak menarik modal asing dari pertengahan tahun 2018 sehingga awal tahun 2020 sebelum kerajaan PH Johor ditumbangkan angkara pengkhianatan politik.

Kejayaan ini adalah fakta, bukan retorik, bukan propaganda pilihanraya.

Jadi dalam Pilihanraya Negeri Johor sekarang ini, KEADILAN dan PH menawarkan diri supaya dipilih sekali lagi oleh rakyat Johor.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Sabtu 12 Februari 2022.



Umno - Pas berperang: Rakyat sedar lebih baik tolak kedua duanya - Azan





Perang mulut antara dua parti terbesar Melayu, Umno dan Pas sehingga mengumpamakan lawan masing masing dengan gelaran haiwan menyedarkan orang Melayu bahawa kedua duanya sebelum ini telah memperdaya rakyat dengan penyatuan dalam Muafakat Nasional.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, perasaan tertipu sama juga semakin meluas di rasakan di Terengganu, dan tidak mustahil dua parti chauvinis Melayu itu akan ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke 15.

Katanya, kedua dua Pas dan Umno pernah memerintah Terengganu dan mempunyai pengalaman tidak menunaikan janji pilihan raya selepas menang.

"Jika kita mengimbau pilihan raya 1999, masa itu rakyat Terengganu membuat keputusan menolak Umno kerana isu MB Wan Mokhtar, Pas menang banyak kerusi, hanya 4 kerusi Umno menang. Manakala pada tahun 2004, Umno pula menang sama banyak macam Pas sebelum itu.

"Jadi di Terengganu rakyat silap tafsiran. Masa Umno merosot, percaya pada Pas (yang dianggap) lebih baik.

"Namun untuk kali ini, rakyat dilihat Terengganu mula sedar (Pas dan Umno berperang mulut). Walaupun Umno cuba banyak kali (mahu menang semula)

"Saya rasa sudah makin ramai pengundi anak Terengganu yang berkira-kira, dan mereka kata yang belum dicuba adalah Pakatan Harapan ataupun KEADILAN," kata Azan ketika dihubungi.

Tambah mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, melihat kepada ekonomi Terengganu yang tidak bergerak dan harga barang pula melambung, pengundi mungkin tidak akan berpatah balik kepada Umno sebagaimana 'pendulum politik' di negeri itu sejak merdeka.

"Saya pasti rakyat Terengganu terbuka, dan beri pilihan pada pasukan atau parti yang belum pernah mereka cuba. Dan itu satu satunya pilihan yang mereka ada sekarang," katanya lagi.

Untuk rekod, peluang pekerjaan di Terengganu sejak diperintah Pas tidak menunjukkan peningkatan. Malah baru baru ini Kerajaan Negeri membuat upacara flag off atau perlepasan tenaga kerja Terengganu untuk bekerja di Selangor.

Begitu juga pelaburan asing yang hampir tidak menjejakkan kaki ke Terengganu sejak Pas mengambilalih pentadbiran pada 2018 lalu.


PEMBANGUNAN JOHOR PENTINGKAN BANDAR BESAR, YANG LAIN TERTINGAL

 

'Undi pos perantauan amat bernilai tolak rasuah, penyelewengan di tanah air' - Akmal


 

Undi pos bangsa Johor yang bekerja di Singapura begitu berharga untuk menentukan kerajaan seterusnya memerintah di negeri itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, dalam klip videonya menyeru agar perantau yang bekerja di luar negara segera mendaftar sebagai pengundi pos untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana kesukaran mereka pulang ke tanah air mengundi secara biasa ekoran sekatan prosedur pencegahan pandemik Covid 19.

"Walaupun ini merupakan PRN Johor, undi pos saudara saudari merupakan referendum untuk kita tolak rasuah, tolak salah guna kuasa, tolak penyelewengan yang mana semakin membarah dalam negara kita.

"Indeks Persepsi Rasuah atau CPI Malaysia terus jatuh merudum ke tangga 62, bukan sekadar tertinggal jauh daripada Singapura, kita juga kalah kepada negara seperti Bhutan, Namibia dan sebagainya.

"Sedangkan abang abang dan kakak kakak bertungkus lumus mencari rezeki di Singapura. Ada yang bertahun terpisah dari keluarga demi mencari sesuap nasi.

"Sebab itu kali ini, jangan kita lupa mengundi demi anak anak, demi keluarga, demi kawan kawan di Johor," katanya sambil membuat gimik membuka sampul surat kertas undi pos.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, tempoh pendaftaran undi pos akan tamat pada 18 Februari ini tidak harus disia siakan. Peluang untuk membuang undi secara pos seharusnya diambil dengan mendaftar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara di atas talian.

"Daftarlah di laman web SPR, lepas daftar SPR akan menghantar satu emel mengesahkan permohonan saudara sedari telah berjaya.

"Selepas penamaan calon nanti, SPR akan menghantar kertas undi pos ke rumah saudara saudari, tidak kira di Sembawang, di Tampines, yang penting apabila abang abang, kakak kakak dapat undi pos, pangkah pilihan calon kita dan kemudian hantar kembali ke alamat yang diberikan.

"Sebenarnya proses ini mudah cuma perlu komitmen daftar undi dan hantar balik kertas undi tersebut.

"Inilah peluang kita untuk lawan rasuah demi keluarga kita. Demi negara. Jangan lupa daftar undi pos sekarang," katanya.

Akmal juga menyeru agar seruan itu dipanjangkan kepada anak anak, saudara mara serta kawan kawan rakyat Malaysia di Singapura.

Katanya, undi mereka sangat penting untuk masa hadapan negeri Johor buat 5 tahun akan datang.