Srikandi Keadilan Bantu Jentera Layang-layang




HamdanB |
SIMPANG RENGGAM : Kami akan turun padang sedaya upaya membantu jentera Layang-layang.
Begitulah kata Ketua Kaukus Srikandi Keadilan, Saudari Rayyan Abdul Rahim bersama-sama pasukannya yang telah singgah ke Simpang Renggam pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 5 Februari 2022.
"Antara tujuan kami datang ialah untuk menemui Ketua Srikandi Keadilan Simpang Renggam Pn Noorliyana Ahmad yang juga merupakan Timbalan Srikandi Johor.
"Sambil berbual mesra kami juga telah membincangkan gerakerja khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Johor yang akan datang tidak berapa lama lagi," ujar Rayyan.
Sebelum itu, rombongan Srikandi ini juga sempat bertandang ke Pejabat Cabang Keadilan Simpang Renggam untuk bertemu dengan Sdr Faizul bin Abd Ghani selaku Penyelaras Keadilan Layang-layang.
"Ucapan terima kasih buat tuan rumah iaitu Srikandi Simpang Renggam yang melayan kami dengan begitu baik sekali.
"Perjalanan kami turut disertai oleh Ketua Srikandi Johor Saudari Sangeetha bersama Ketua-ketua Srikandi dari negeri-negeri lain iaitu Srikandi dari Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
"Turut bersama kami juga ialah mantan calon paling muda dalam Pilihanraya Negeri Melaka Dun Sungai Rambai iaitu Cik Farzana Haryani.
"Moga persaudaraan ini berkekalan dan Srikandi diharap akan menjadi sayap utama yang membantu memenangkan parti dalam pengundian kali ini," kata beliau dengan penuh semangat," -PeneranganKEADILANSR



No comments: