TIKTOK : BANJIR KILAT DI KUPANG KEDAH- APA MACAM ? WALAUN...TAK PE REPORT POLIS KA ?


 

TIKTOK : TIMBALAN MENTERI YANG BANYAK TU BUANG DANLIHAT PENOREH DIBAWAH NI.


 

TIKTOK: KELEBIHAN HANYA KERANA BAPAKNYA SAHAJA: WAKIL RAJA RAJA MELAYU DALAM TENTERA


 

TIK TOK : PESAN ANWAR. KITA PUNYA TANGGUNG JAWAB UNTUK MENGUNDI DAN HUMBAN MEREKA YANG KORUP


 

TIKTOK : KENAPA MASAALAH NEGARA TIDAK DAPAT DICAPAI JALAN PENYELESAIANNYA ? SILA DENGAR


 

ALAHAI BUDAK NI...DULU SOH KAU PEGANG PTPTN JA PUN ZAMAN PH..TU PUN KAU KELAUT. KAU PUN ANTARA YANG DILIHAT KEGAGALAN OLEH PARA WALUANCAI. NAK KOMEN WAK JAHIT KONON....

 

Zahid dalang ketidakstabilan, baik bersara: Wan Saiful.


Sinar Harian
Zahid dalang ketidakstabilan, baik bersara: Wan Saiful
Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang yang didakwa menyebabkan ketidakstabilan politik di negara ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang yang didakwa menyebabkan ketidakstabilan politik di negara ini.
Ujar beliau, ia jauh berbeza berbanding sumbangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diberikan kepada rakyat ketika beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.“Tan Sri Muhyiddin telah membuktikan ketokohan beliau apabila tampil memimpin negara menghadapi krisis kesihatan, krisis politik dan krisis ekonomi.
 “Menguruskan tiga krisis serentak memerlukan kepimpinan yang berbeza. Kelompongan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan diisi oleh Muhyiddin tepat pada masa negara memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian dan keikhlasan seperti beliau.
“Dan kini Muhyiddin kekal istiqamah membina kembali negara dengan mencari solusi kepada cabaran-cabaran negara melalui Majlis Pemulihan Negara,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, perbezaan itu membuatkan Muhyiddin menjadi sasaran Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sudah pasti Muhyiddin menjadi sasaran mereka. Selagi Muhyiddin dianggap sebagai negarawan oleh rakyat, selagi itulah hidup dua manusia ini tidak tenteram.
“Sewaktu Muhyiddin bertungkus lumus membela nasib rakyat, Ahmad Zahid berpeluh di mahkamah. Bukan untuk negara, tapi sebab dituduh perlakuan jenayah seleweng duit.
“Selagi rakyat melihat Muhyiddin sebagai negarawan, selagi itulah Ahmad Zahid kekal sebagai bakal banduan,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Wan Saiful, Ahmad Zahid juga dalang di sebalik tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Ada sesiapa percaya bahawa Zahid tak akan rebut kuasa dari Ismail Sabri? Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid betul-betul akan pertahan Ismail Sabri.
“Kamu (Ahmad Zahid) liabiliti kepada semua di keliling kamu kerana fokus kamu hanya mencipta ketidakstabilan. Lebih baik kamu bersara supaya kestabilan kembali kepada negara,” jelasnya.

Senarai keputusan Pemilihan PKR 2022.Yang dilantik harap tak duduk diam.Ketua Pemuda hendaklah seberani Sdr Ezam dizaman awal reformasi.

 

Senarai keputusan Pemilihan PKR 2022

Astro Awani
Senarai keputusan Pemilihan PKR 2022
Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayapnya. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayapnya.
Pada pemilihan kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden bagi tempoh 2022/2025 selepas menang tanpa bertanding.
Selain jawatan tertinggi yang tidak digugat, tumpuan pada pada Pemilihan PKR 2022 turut terarah kepada jawatan nombor dua yang menyaksikan saingan antara bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 Tidak terkecuali, saingan hebat diberikan untuk jawatan Naib Presiden apabila 17 calon yang menawarkan diri bertanding bagi empat kerusi, seperti yang diperuntukkan dalam Majlis Pimpinan Pusat.
Selain itu, pertandingan di peringkat Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak kurang sengit.
Bagi keputusan pemilihan peringkat cabang pula, ia mula diketahui sejak 23 Mei melalui aplikasi ADIL dan laman web ADIL.
Berikut keputusan Pemilihan PKR 2022 yang dikongsi oleh Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin di laman Facebook, hari ini:
Presiden: - Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timb.Presiden: - Rafizi Ramli
Naib Presiden: - Datuk Seri Amirudin Shari - Chang Lih Kang - Nik Nazmi Nik Ahmad - Datuk Seri Aminuddin Harun
Ketua Wanita: - Fadhlina Sidek
Timb. Ketua Wanita: - Juwairiya Zulkifli
Naib Ketua Wanita: - Wasanthee Sinnasamy - June Leow Hsiad Hui - Sangetha Jayakumar
Ketua AMK: - Adam Adli Abd Halim
Timb.Ketua AMK: - Muhammad Kamil Munim
Naib Ketua AMK: - Atyrah Hanim Razali - Pravin Murali - Prasanth Kumar Brakasam

FUHHH.LAGI KISAH MINYAK MASAK DI SINGAPURA





MOZA RELLA MZA


Minyak masak singapura kalau convert dollar singapura baru RM 35.33..

Minyak masak kita rm 42.00..

Alhamdulillah.. angka kita lagi tinggi dari singapura..walaupun sawit kita terbesar seantero dunia..entah manalah silapnya..

Takkan DAP jugak yang salah...

 

Mahfuz dedah PH belum muktamadkan lagi agihan kerusi PRU-15

 


Mahfuz dedah PH belum muktamadkan lagi agihan kerusi PRU-15


Pakatan Harapan (PH) belum memuktamadkan jumlah pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), termasuk yang ditinggalkan BERSATU.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya ketika ini masih dalam proses perbincangan pengagihan kerusi bersama rakan komponen dalam PH.

“Itu kita akan bincang untuk membuat pengagihan dalam PH, belum dimuktamadkan lagi.

“Buat masa sekarang, kita belum sampai peringkat kerusi yang majoriti Melayu itu disepakati, setakat ini yang bertanding adalah AMANAH dengan PKR,” katanya selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Perak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi. Mahfuz berkata, pihaknya juga masih dalam perbincangan dan belum dapat mendedahkan kerusi sasaran untuk AMANAH.

Beliau berkata, AMANAH menyasarkan pertambahan kerusi, sekali gus memenangi semua kerusi dipertandingkan pada PRU-15.

Mengulas mengenai perpecahan dalam UMNO yang mungkin memberi ruang untuk PH bangkit dalam PRU-15 kali ini, Mahfuz berkata: “Dari segi peluang ya (bangkit), memang saya akui bahawa sedikit sebanyak memberikan penyumbang untuk ke arah itu.”

“Bagi saya sekarang ini bukan soal peluang AMANAH, PH menang dan sebagainya, tetapi peluang rakyat untuk mendapat kesedaran dan dengan sendiri akhirnya menyedari bahawa kelompok kleptokrat dan pengkhianat ini mesti ditolak oleh rakyat,” katanya, seperti dilaporkan BH.

APA NGA KO MENG BANDING DENGAN SINGAPURA BAB SAWIT. SEKOQ TIMBALAN MENTERI DALAM DEWAN PUN MENGAKU SINGAPURA PENGELUAR PADI...PUNYA BINGAI...KAH..KAH...KAH

 



Ini apa jenis perbandingan yang Sdr. Nga Kor Ming buat ni? Nak bandingkan negara Singapura dengan Malaysia. Mana boleh!

Singapura tu negara maju. Ladang sawit berjektar hektar. Kilang sawit bertingkat-tingkat. Mereka kan pengeluar sawit terbesar galaksi ini.

Mana boleh banding dengan Malaysia. Negara kita kecik je. Pokok sawit cuma ada 13 batang. Itupun dah kena chup awal-awal.

Kalau nak banding, kita kena banding dengan Zimbabwe, Sri Lanka atau Papua New Guinea. Baru kena. Bukan dengan Singapura.

Yang paling penting, Singapura tak ada BN, tak ada PN dan tak ada PAS. Jadi tak adalah PM lembab, menteri bingai, ahli politik jahat & khianat, tiada machai bongok dan tak ada Najib. Sebab tu minyak masak murah di sana. Guane boh?

Raja Gelap

 

GAJI BUTA YANG HALAL




 

“Masa itu orang tak tahu lagi, terlalu teruk”, Neelofa akhirnya beri komen padu isu saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar

 


“Masa itu orang tak tahu lagi, terlalu teruk”, Neelofa akhirnya beri komen padu isu saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar


Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini, berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Selepas saya pulang dari menunaikan umrah Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya nak buat dan membulatkan tekad.

“Jadi sebelum saya menunaikan umrah saya sudah memberikan segala maklumat kepada peguam dan sepanjang tempoh sebulan di luar negara mereka sudah siapkan dan mengkaji semuanya. Selepas saya balik umrah, terus kami membuat perbincangan dan mengambil tindakan saman,” katanya.

Puteri Sarah berkata, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan.

“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar. Sebelum ini saya ada kongsi di Instagram terdapat pihak yang mencabar saya dengan menyatakan bila saya nak menyaman dan meminta peguam saya untuk membuat tindakan segera. Jadi kami sudah failkan dua saman,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, selain menuntut keadilan, dia juga mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.

“Sebelum membuat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga. Namun, saya buat semua ini untuk diri saya dan keluarga. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini? Malah ramai juga wanita yang teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanyakan nasihat. Sekarang saya sudah bukakan jalan kepada mereka dan insya-Allah selepas ini siapa yang mahu ‘menyondol’ itu, mungkin lebih berhati-hati.

“Saya buat semua ini demi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam. Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini selepas itu kacau keluarga dan orang sekeliling,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, pihak defendan iaitu Ira Kazar sudah menerima perintah injuksi interim, kelmarin.

“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun lalu, di mana perintah ini supaya defendan (Ira Kazar) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

“Ini kerana kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami. Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, kelmarin. Dia sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.

Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih lagi di dalam proses dan ia perlu bermula dengan aduan.

“Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 24 Jun lalu dan hari ini kami berada di Jais pula atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.

“Memandangkan alamat tempat tinggal anak guam kami dan juga defendan berada di Selangor, dan ada juga kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihatkan untuk membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.

“Terlalu Teruk Pihak ketiga Buli You” – Neelofa

Dalam pada itu, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa turut meluahkan rasa kasihan atas apa yang di lalui oleh kawan baik beliau.

“kita borak banyak about this, sampai at what point i dah tak tahu nak share advice apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia towards you. Masa tu org ramai tak tahu lagi, i sendiri tak sanggup nak digest apatah lagi u yg kena lalui.. mmg u seorang yg terlalu sabar dan kuat, one thing yg i amat2 terkesan , despite apa jadi u sangatlah nak jaga rumah tangga u, u jaga aib suami u, u banyak mengalah.. moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan , setiap air mata you yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan. Amin” komen Neelofa

Setakat artikal trendingsangat ini di tulis, komen dari Neelofa itu telah mendapat 9,592 ribu tanda suka, dan rata-rata pengikut Puteri Sarah terus menerus memberi sokongan moral kepada beliau.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Mereka berkahwin 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Berikut antara rakaman perbualan Puteri Sarah dengan wartawan yang di kongsi di IG beliau

AKIBAT BARANG NAIK...ANGIN PUN NAIK....KAH..KAH..KAH...INI SEMUA SALAH 70 MENTERI..KAH..KAH

 


Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah




Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan pemandu
 Mitsubishi Pajero menunjukan isyarat lucah kepada pemandu kereta
 yang membunyikan hon kepadanya.

PETALING JAYA: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang memotong barisan tanpa memberi lampu isyarat, mengamuk dan menunjukkan isyarat lucah kerana berang selepas dihon.

Rakaman kamera papan pemuka yang dimuat naik ke Facebook “DashCam Owners Malaysia” menunjukkan pemandu Mitsubishi Pajero itu memandu secara berbahaya dan memotong barisan tanpa memberi lampu isyarat.

Pemandu kereta yang merakam kejadian itu terkejut, lalu membunyikan hon menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit tiba-tiba berhenti di tengah jalan sebelum kedua-dua lelaki itu bertikam lidah.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di Mount Austin, Johor Bahru.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Tinjauan di ruang komen Facebook mendapati warganet mengecam tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Jalan ini memang sesak, kadang-kadang dah nak sampai ’roundabout’ depan baru dapat ruang masuk laluan, pengajarannya tak perlu laju-laju,” kata pengguna Facebook, Ahmad Saufi.

“Masuk ‘lane’ pun tiada ‘signal’, lepas tu masuk lane main himpit kereta lain, bila kena hon terus mengamuk,” kata seorang lagi pengguna Facebook, Ah Faa.

“Bagi saya, bunyikan hon ialah cara untuk berkomunikasi antara kenderaan. Macam nak minta mereka berhenti dulu ke, suruh jalan ke kalau mereka tidak perasan lampu sudah hijau. Kadang-kadang tekan hon sebagai tanda terima kasih,” kata Azhan.

TAK APA...KITA HANYA TUKAR MERCEDES JENAMA BAHARU SAHAJA. LAIN LAIN BIARLAH....Kelantan akan muflis jika tak pelbagaikan sumber pendapatan, kata Ku Li

 


Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan Kelantan bergantung kepada hasil jualan balak dan ia akan tebang seberapa banyak yang boleh untuk membiayai pentadbiran negeri itu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan Kelantan akan menuju kebankrapan jika ia hanya bergantung kepada hasil penjualan balak tanpa mempelbagaikan pendapatan negeri.

Beliau bersimpati dengan nasib masyarakat Orang Asli di kawasannya yang sukar meneruskan kehidupan akibat air sungai tercemar dan hasil hutan terjejas disebabkan aktiviti penerokaan hutan dan tanah.

“Kerajaan negeri bergantung kepada hasil jualan balak. Ia akan tebang balak seberapa banyak yang boleh untuk membiayai pentadbiran negeri ini.

“Selagi ada balak, ia tebanglah kerana punca pendapatan hanya hasil penjualan balak. Selagi ia tak ambil satu tindakan yang boleh pelbagaikan hasil kerajaan negeri, inilah kedudukannya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kerajaan negeri akan menuju kemuflisan, kalau ia tak boleh mempelbagaikan pendapatan negeri ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Sebelum ini, lebih 5,000 masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman menyuarakan harapan supaya nasib mereka dibela serta sumber air sungai dipelihara dan dipulihara.

Masyarakat Orang Asli mendakwa aktiviti pembalakan di kawasan pedalaman menjejaskan kehidupan harian serta mengancam masa depan anak cucu mereka.


MENTERI TAK RETI TEKNOLOGI MASA DEPAN PUNCA RAFIZI KEMBALI


TANAM SAYUR ATAU TANAM MENTERI


 Menteri seringkali beri saranan agar rakyat menanam sendiri barangan keperluan apabila harga naik. Kali ini dalam PRU15, rakyat pula tanam menteri. KITA TUKAR.


Zunar cartoonist fan club.

387 Jebat Derhaka: Telo M4ntri Mangkok Hayun

PALA OTAK....

Punya laa gagal kerajaeee melayu islee #UMNO #pas #PPBM niii..singapore yg sebatang pokok sawit punn takdee bolee jual minyak masak lagi murah dari kita negara pengeluar..haramjadahh tullll.!!!

Woiii Lan Saja Anjang Parkson Othman Yeop Encik Salleh M Sudarmaji Matal Sinaran Sidek Abd Razak Zak diam jeee.?! Masih ratibb 'sengsara bawah PH 22 bulan' kee

Mahfuz kata cara kerajaan tangani kenaikan harga barang melucukan, macam Maharaja Lawak

 

Mahfuz kata cara kerajaan tangani kenaikan harga barang melucukan, macam Maharaja Lawak


Cara kerajaan menangani isu kenaikan harga barangan yang kini membebankan rakyat bukan sahaja dilihat melucukan malah menunjukkan kerajaan ketika ini tidak berupaya untuk mentadbir negara dengan baik.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ketidakmampuan kerajaan itu boleh dinilai dengan kewujudan pasukan khas yang ditubuhkan sebelum ini bagi menangani peningkatan kos sara hidup.

“Kita lihat kerajaan hari ini adalah kerajaan pak lawak, kerajaan maharaja lawak. Dia (kerajaan) yang menaikkan harga ayam, dia juga yang melancarkan jihad untuk menghadapi inflasi.

“Ini satu keadaan yang melucukan dalam negara kita. Dalam sejarah kita memiliki sebuah kerajaan, inilah kerajaan yang paling lemah dan tidak memberi kesan yang baik kepada masa depan rakyat,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2022 di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, kerajaan dilihat buntu dalam menghadapi keadaan inflasi dan kenaikan harga barang sehingga mahu mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani isu sama.

Malah katanya, cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan MPN peringkat negeri juga disifatkan sebagai satu pembaziran.

“Saya nampak kerajaan ini buntu, kita sampai ada tiga pasukan khas iaitu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), kemudian MPN dan kini yang baharu (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) yang semua memainkan peranan dan fungsi yang sama dalam mengatasi inflasi. Saya fikir apa lagi idea baharu yang boleh diperolehi daripada (Jihad) sedangkan pasukan khas sebelum ini tidak nampak apa-apa idea yang boleh digerakkan kepada usaha yang baik.

“Sekarang, Muhyiddin suruh tubuh MPN peringkat negeri, kita habiskan wang untuk mesyuarat, makan karipap dan pulut udang tetapi perut rakyat terus kelaparan.  Saya tidak nampak ini (penubuhan pasukan khas) sebagai satu penyelesaian konkrit yang dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya, lapor Utusan.


(function() { var d = document, w = window; w

SELEPAS 24 TAHUN MEREKA BERSATU KEMBALI