TAK APA...KITA HANYA TUKAR MERCEDES JENAMA BAHARU SAHAJA. LAIN LAIN BIARLAH....Kelantan akan muflis jika tak pelbagaikan sumber pendapatan, kata Ku Li

 


Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan Kelantan bergantung kepada hasil jualan balak dan ia akan tebang seberapa banyak yang boleh untuk membiayai pentadbiran negeri itu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan Kelantan akan menuju kebankrapan jika ia hanya bergantung kepada hasil penjualan balak tanpa mempelbagaikan pendapatan negeri.

Beliau bersimpati dengan nasib masyarakat Orang Asli di kawasannya yang sukar meneruskan kehidupan akibat air sungai tercemar dan hasil hutan terjejas disebabkan aktiviti penerokaan hutan dan tanah.

“Kerajaan negeri bergantung kepada hasil jualan balak. Ia akan tebang balak seberapa banyak yang boleh untuk membiayai pentadbiran negeri ini.

“Selagi ada balak, ia tebanglah kerana punca pendapatan hanya hasil penjualan balak. Selagi ia tak ambil satu tindakan yang boleh pelbagaikan hasil kerajaan negeri, inilah kedudukannya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kerajaan negeri akan menuju kemuflisan, kalau ia tak boleh mempelbagaikan pendapatan negeri ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Sebelum ini, lebih 5,000 masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman menyuarakan harapan supaya nasib mereka dibela serta sumber air sungai dipelihara dan dipulihara.

Masyarakat Orang Asli mendakwa aktiviti pembalakan di kawasan pedalaman menjejaskan kehidupan harian serta mengancam masa depan anak cucu mereka.


No comments: