Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini, berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas saya pulang dari menunaikan umrah Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya nak buat dan membulatkan tekad.
“Jadi sebelum saya menunaikan umrah saya sudah memberikan segala maklumat kepada peguam dan sepanjang tempoh sebulan di luar negara mereka sudah siapkan dan mengkaji semuanya. Selepas saya balik umrah, terus kami membuat perbincangan dan mengambil tindakan saman,” katanya.
Puteri Sarah berkata, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar. Sebelum ini saya ada kongsi di Instagram terdapat pihak yang mencabar saya dengan menyatakan bila saya nak menyaman dan meminta peguam saya untuk membuat tindakan segera. Jadi kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Menurut Puteri Sarah, selain menuntut keadilan, dia juga mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum membuat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga. Namun, saya buat semua ini untuk diri saya dan keluarga. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini? Malah ramai juga wanita yang teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanyakan nasihat. Sekarang saya sudah bukakan jalan kepada mereka dan insya-Allah selepas ini siapa yang mahu ‘menyondol’ itu, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini demi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam. Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini selepas itu kacau keluarga dan orang sekeliling,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, pihak defendan iaitu Ira Kazar sudah menerima perintah injuksi interim, kelmarin.
“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun lalu, di mana perintah ini supaya defendan (Ira Kazar) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
“Ini kerana kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami. Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, kelmarin. Dia sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.
Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih lagi di dalam proses dan ia perlu bermula dengan aduan.
“Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 24 Jun lalu dan hari ini kami berada di Jais pula atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
“Memandangkan alamat tempat tinggal anak guam kami dan juga defendan berada di Selangor, dan ada juga kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihatkan untuk membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.
“Terlalu Teruk Pihak ketiga Buli You” – Neelofa
Dalam pada itu, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa turut meluahkan rasa kasihan atas apa yang di lalui oleh kawan baik beliau.
“kita borak banyak about this, sampai at what point i dah tak tahu nak share advice apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia towards you. Masa tu org ramai tak tahu lagi, i sendiri tak sanggup nak digest apatah lagi u yg kena lalui.. mmg u seorang yg terlalu sabar dan kuat, one thing yg i amat2 terkesan , despite apa jadi u sangatlah nak jaga rumah tangga u, u jaga aib suami u, u banyak mengalah.. moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan , setiap air mata you yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan. Amin” komen Neelofa
Setakat artikal trendingsangat ini di tulis, komen dari Neelofa itu telah mendapat 9,592 ribu tanda suka, dan rata-rata pengikut Puteri Sarah terus menerus memberi sokongan moral kepada beliau.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Mereka berkahwin 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Berikut antara rakaman perbualan Puteri Sarah dengan wartawan yang di kongsi di IG beliau