SATU LAGI HARAPAN BARU....



Selang dua hari selepas Dialog TN50 di Seri Perdana yang menyaksikan berlakunya kejadian tampar oleh Mat Over terhadap David Teo, Tun Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira selama setengah jam menjawab pelbagai persoalan dalam program "hangpa tanya, #chedet jawab"  yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Pelbagai soalan ditanya dan semuanya dijawab dengan terang dan jelas oleh Tun Mahathir - daripada berkaitan Islam, Pas, hubungan kaum, dasar ekonomi, pelaburan China, 1MBD dan sampailah kepada cara beliau menjaga kesihatannya sehingga mampu kekal sihat di usia menjangkau 92 sekarang ini.

Meskipun semua  ulasan yang disampaikan Pengerusi Bersatu itu,  sebagaimana biasa, amat meyakinkan sesiapa saja yang mendengarnya, tetapi jawapan beliau mengenai 1MDB dilihat mampu memberi harapan baru buat rakyat untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Kata Tun Mahathir, pihaknya tahu siapa yang bersalah dalam skandal 1MDB dan akan memburu mereka sehingga ke depan pintu kediaman Perdana Menteri.

"Kita tahu di mana duit itu, dan kita akan cuba mengambil balik semua duit itu, walaupun sampai ke pintu Najib,

"Kami (Pakatan Harapan) mungkin tidak akan dapat semua tetapi kami akan berusaha dapatkannya sebanyak mungkin,” kata Tun Mahathir lagi.

Seterusnya, selain berjanji tidak akan membenarkan wujud satu lagi skandal mirip 1MDB, Pakatan Harapan juga tambahnya, akan mencari jalan penyelesaian yang mampu menghalang kehilangan wang negara sepertimana berlaku dalam 1MDB dan Bandar Malaysia.

Tidakkah jaminan itu menggembirakan kita?

Jika semua orang sedar bahawa skandal 1MDB inilah punca segala kesulitan rakyat seperti pemansuhan banyak subsidi, perlaksanaan cukai GST dan negara akhirnya terperangkap menjadi "pengemis" kepada China, mereka tentunya mahu melihat akhirnya semua yang terlibat dalam skandal kewangan itu dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Maka, berpegang kepada janji Tun Mahathir itu, memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan adalah sesuatu yang logik, munasabah dan mampu membawa kebaikan kepada kehidupan rakyat sendiri.

Ini kerana, selepas negara dipulihkan, wang yang hilang dikembalikan dan tiada lagi kehilangan wang berlaku, kehidupan rakyat dengan sendirinya akan jadi lebih baik berikutan negara tidak lagi ketandusan wang dengan banyak subsidi boleh dikembalikan serta GST dimansuhkan secara beransur-ansur.

Sebaliknya, mengekalkan lagi Najib, UMNO dan BN terus di persada kuasa, bukan saja menyebabkan  skandal 1MDB itu akan disimpan di bawah permaidani nan indah, malah penghapusan subsidi, pengenaan cukai GST dan menyerah lebih banyak tanah kepada China,  lebih mungkin akan terus berleluasa.

Sudahnya, sementara Jho Low dan rakan-rakannya terus bebas merdeka, malah barangkali juga bertambah kaya, rakyat biasa dan makcik-makcik Felda akan bertimpa-timpa lagi sengsara kehidupan mereka.
Semua keajaiban memulihkan negara ini hanya boleh dilakukan oleh Tun Mahathir bersama pasukan Pakatan Harapan yang selama ini mempunyai rekod cemerlang dalam membawa kemajuan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, portal Malaysiakini telah membuat undian secara maya untuk menilai sama ada Tun Mahathir perlu dikembalikan menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya.

Sehingga petang tadi, didapati sebanyak 68 peratus pengundi setuju beliau patut dinamakan sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Najib.

Bermakna, semakin banyak jawapan mengapa pengundi-pengundi PRU 14 harus kekal berpadu tenaga untuk menjadikan kekalahan Najib, UMNO dan BN suatu kenyataan. (ShahbudinHusin 19/05/2017).

‘LETAK JAWATAN DI SELANGOR KALAU PAS ANAK JANTAN’

AMK KELANTAN TAWAR PENTADBIRAN ISLAM LEBIH BAIK DARIPADA PAS

Pembangunan hal ehwal Islam jadi keutamaan kerajaan Pulau Pinang




GEORGE TOWN, 21 MEI: Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Haji Abdul Rahman Abbas memuji pengurusan hal ehwal agama Islam negeri ini yang serius dan tidak mengabaikan kedudukannya sebagai agama persekutuan.
Ia katanya terbukti apabila kerajaan Pulau Pinang peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam meningkat sebanyak 84 peratus selepas tahun 2008 kepada RM457 juta bagi tempoh tempoh 2008 hingga 2016 berbanding RM257 juta untuk tempoh 2000 hingga 2007.
“Saya bersyukur, urusan hal ehwal agama Islam diberi perhatian berat oleh Kerajaan Negeri,” katanya ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-13 hari ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga memberi keutamaan terhadap pendidikan Islam dengan pembinaan institusi pendidikan Islam melalui pembinaan Sekolah Agama Rakyat.
Antaranya ialah pembinaan Sekolah Agama Rakyat Guar Jering telah siap dibina pada tahun 2016, Sekolah Agama Rakyat Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sekolah Agama Rakyat Tuan Guru di Tanjong Tokong dan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim sedang dalam proses untuk dibina.
“Semua sekolah agama termasuk Maahad Tahfiz di negeri ini juga didaftarkan bagi membolehkan penyaluran bantuan dan pemantauan dijalankan supaya mutu pembelajaran dan kebajikan pelajar terbela,” ujar beliau.
Selain itu, salah satu kejayaan pembangunan Islam di Pulau Pinang juga dapat dilihat dengan siapnya Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di Jalan Scotland di atas tanah Kerajaan Negeri bernilai RM80 juta dan perbelanjaan kos pembinaan RM33 juta oleh Kerajaan Persekutuan.
“Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dan kepimpinan bersih yang diterap ke dalam tata kelola Kerajaan Negeri.
“Urus tadbir CAT membuahkan kejayaan apabila Pulau Pinang berjaya mencatat lebihan bajet sebanyak RM573 juta bagi tempoh 8 tahun dari 2008 hingga 2015,” kata beliau.
Jelasnya, urus tadbir CAT telah berjaya mencatat lebihan bajet sebanyak RM573 juta bagi tempoh lapan tahun dari 2008 hingga 2015 berbanding lebihan bajet terkumpul bagi tempoh 1957-2007 sebanyak RM373 juta untuk 50 tahun.
“Nilai aset Pulau Pinang pula meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 8 tahun, iaitu dari RM850 juta kepada RM1.6 bilion,” katanya lagi.