TAK PAYAH TUNGGU KALAU NAK MEMBANTU RAKYAT


 

OOOO DUIT JUDI JUGA YA


 

BAIK MAHIADDIN ATAU HADI AWANG, KEDUA-DUANYA TAK LAYAK JADI KETUA PEMBANGKANG

 

Berikutan gagal menjadi kerajaan, fokus utama PN kini tentunya ialah bagaimana untul menjadi pembangkang yang berwibawa.

Setidak-tidaknya jika mampu menjadi pembangkang yang berwibawa, terubatlah sikit luka dan lara hati kerana gagal menjadi kerajaan.

Tetapi, syarat utama untuk menjadi pembangkang yang berwibawa, PN mestilah lebih dulu mampu menampilkan seorang Ketua Pembangkang yang berwibawa.

Siapakah calon berwibawa itu?

Apakah Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN dan bekas Perdana Menteri mampu menjadi Ketua Pembangkang yang berwibawa?

Atau apakah oleh kerana Pas memiliki kerusi Parlimen paling banyak dalam PN, maka Hadi Awang selaku Presiden Pas lebih berwibawa untuk diletakkan sebagai Ketua Pembangkang?

Atau PN perlu memilih calon lain?

Secara rasional, sebenarnya baik Mahiaddin atau Hadi, kedua-duanya tidak layak dan tidak harus diletakkan sebagai Ketua Pembangkang.

Mahiaddin adalah Perdana Menteri yang gagal teruk selama berpeluang memegang kuasa selama 17 bulan sebelum ini.

Kegagalan beliau itu malah masih diperkatakan ramai dan terus menghantui jiwa rakyat Malaysia.

Bagaimana bekas CEO yang terbukti gagal mampu menjadi COO yang berwibawa?

Selain itu, rekod kehadiran Mahiaddin ke Parlimen juga adalah buruk, kerap tidak hadir daripada menghadiri persidangan.

Lebih buruk lagi, Mahiaddin turut tergamak mendaruratkan Parlimen lantaran bimbang undi tidak percaya dikemukakan terhadapnya di ketika penolakan serta kemarahan rakyat terhadapnya sedang memuncak.

Maka, dengan perangai kepimpinan sedemikian, disertai dengan jarang hadir ke Parlimen dan gagal sebagai bekas Perdana Menteri, tentulah beliau paling tak layak menjadi Ketua Pembangkang yang mana jawatan itu sekarang ini telah dinaiktaraf sebagai bertaraf menteri.

Lebih daripada itu, Mahiddin juga bukanlah pembahas yang baik serta cemerlang di Parlimen sepanjang 40 tahun penglibatannya sebagai wakil rakyat.

Jika dilantik sebagai Ketua Pembangkang, prestasi serta wibawa PN tentu lebih merosot dan merudum jadinya.

Begitu juga dengan Hadi Awang, selain prestasi kehadiran yang buruk ke Parlimen, beliau juga bukan pembahas atau pendebat yang baik yang sering meletakkan isi dan fakta sebagai keutamaan dalam berhujah.

Beliau sekadar cemerlang sebagai penceramah di pentas politik atau kuliah sehala semata-mata, itu pun kerapkali tampil beremosi dan rasis dalam hujah-hujahnya.

Lebih membimbangkan, Hadi selalu memberi jawapan yang berlainan daripada isu yang ditanya, baik oleh wartawan atau ketika berforum.

Nanti lagi haru jadinya, lain yang sedang dibahaskan di Parlimen, tapi lain pula yang cuba dihujahkannya.

Makanya, jika Hadi jadi Ketua Pembangkang, selain PN jadi haru, tidak ke mana dan terus merosot wibawanya di mata rakyat, beliau hanya bakal dijadikan bahan ketawa semua saja.

Untuk itu, lebih baik beliau lupakan saja jawatan itu, walaupun jika diperolehi, ia adalah penawar kelukaan yang mujarab selepas kehilangan gaji dan jawatan sebagai duta bertaraf menteri yang dipegangnya selama ini.

Lalu, siapa yang paling munasabah di bawah PN untuk jadi Ketua Pembangkang?

Ada dua calon yang amat sesuai serta tampak lebih berwibawa berbanding Mahiaddin dan Hadi untuk dijadikan Ketua Pembangkang.

Mereka tidak lain ialah sama ada Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Larut dan Setiausaha Agung Bersatu atau Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap juga Setiausaha Agung Pas.

Mereka berdua inilah pemimpin masa PN yang patut diketengahkan, malah telah berperanan dengan baik di Parlimen dan dalam pelbagai perencanaan politik selama ini. – ShahbudinHusin 05/12-2022.



ANWAR JELASKAN BOLEH KRITIK BELIAU TETAPI BAB SENTIMEN PERKAUMAN ITU BUKAN BIDANG KUASA SAYA TETAPI TERSERAH KEPADA PIHAK POLIS DAN RAJA RAJA MELAYU




 

OK- KALI INI SEDIA HADAPI DAKWAAN


 

UNTUK RAKYAT DAN BUKAN UNTUK PEMIMPIN

 

BOB KELANANG


RAKYAT xsalah pilih, lihatlah dengan kepimpinan DS Anwar Ibrahim, barisan menteri setuju gaji mereka di potong sebanyak 20 peratus.

INILAH kerajaan rakyat yang mementingkan rakyat dari keperluan jemaah sendiri...

JANGAN jadi sebuah negeri di pantai timur tu, dah la miskin, rakyat diabaikan TAPI gaji exco negeri naik gaji serta dapat bonus dan kereta mewah... MB pun xpernah bekerja.

KOH KOH KOH... jilaker!!



 

PENJELASAN RAFIZI PART 1


 

PENJELASAN RAFIZI PART 2


 

PENJELASAN RAFIZI PART 3


 

PENJELASAN RAFIZI PART 4


 

PENGGUMUMAN HARI INI.


 

ISU MONOPOLI BERAS


 

[LANGSUNG] Sidang Media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim | 5 Dis...

KALAU 600 BILLION BUKAN DUIT KERAJAAN, DUIT TU DATANG DARI MANA ?

 




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru je bagitau kat press conference tadi yang pegawai kerajaan dari Kementrian Kewangan bagitau MEMANG ADA SALAH LAKU kes RM 600 Bilion kes Muhyidin tu dan Sebahagian Duit tu di seleweng Parti Bersatu...

Insya Allah Muhyidin Takkan terlepas..

 

HAI ...LEBAI DALAM KERAJAAN LEPAS PUN TAK BANTAH BAB JUDI NI....KITA BAGI LEBAI JADI MENTERI , LANGSUNG TAK CAKAP.



Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023

PETALING JAYA: Bermula 1 Jan depan, cabutan khas nombor ramalan 4D dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, beliau berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari beliau menerajui Kementerian Kewangan.

“Satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan ketika Jemaah Menteri yang disertai PAS dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.

“Pada hari ini, saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali,” katanya.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin pada 2021 meluluskan semua permohonan agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali setahun.

Keputusan itu mendapat kritikan hebat, termasuk sebahagian besar pemimpin PAS yang mendesak ia dikurangkan ke jumlah asal lapan kali ketika pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana bagi membentangkan langkah segera menghadapi sebarang kemungkinan ketika musim tengkujuh.

Katanya, seorang lagi timbalannya, Fadillah Yusof akan memastikan semua perkara berbangkit dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan segera.

Beliau turut memaklumkan kerajaan pimpinannya akan meneruskan sebarang dasar baik ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

KERAJAAN MELAYU TAU.... TELOQ PUN TAKDA...JADI BAGAIAMANA BEGINI ?


 

KISAH NAK JADI PEMBANGKANG- INI KATA HADI AWANG


 

MAHIADDIN DAN HADI- CABARAN RAFIZI TU- HANGPA NAK DEDAH APA ...??? KES 600 BILLION ATAU BAYAR KE PEGUAM ATAU BANYAK LAGI LCS, BELI SENJATA TAK SAMPAI, BELI MERIAM,???

 

‘Pecah rekod saya masuk lokap’, Rafizi minta PN jadi pembangkang baik, dedah seleweng.




Rafizi Ramli memuat naik klip video berdurasi hampir 10 minit di TikTok mengenai kerajaan perpaduan selepas mengunci mulut sejak PRU15.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang yang baik, dengan mengambil alih peranannya dahulu dalam membongkarkan sebarang penyelewengan dalam kerajaan.

Dalam pendedahan di aplikasi TikTok malam tadi, menteri ekonomi itu turut mencabar PN agar memecahkan rekod beliau yang disaman sebanyak 16 kali, selain berkali-kali dimasukkan ke lokap disebabkan pendedahannya.

“Yang jadi pembangkang seperti PN, jadilah pembangkang yang baik… kalau ada penyelewengan di sebelah kami, bongkarkanlah seperti apa yang saya buat dulu.

“Kalau boleh sampai pecah rekod saya masuk lokap berkali-kali dan sampai kena saman 16 kali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah klip video berdurasi hampir 10 minit yang dimuat naik di TikTok, selepas beliau mengunci mulut sejak keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov diumumkan serta terbentuknya kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan itu meminta PN yang enggan akur titah Yang di-Pertuan Agong agar bersama membentuk kerajaan perpaduan supaya berbahas secara berilmu dengan membawa idea di Parlimen.

“Bahaslah secara berilmiah dengan baik membawa idea di Parlimen,” katanya.

“Nasihat saya kita utamakan rakyat, yang jadi kerajaan seperti saya, rakyat akan menilai setiap gerak-geri kita. Ini masa untuk bekerja siang dan malam melaksanakan semua idea yang kita pernah ada sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut mendakwa PN marah mengenai pembentukan kerajaan perpaduan kerana gagal mencuri sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Kenapa PH membentuk kerajaan perpaduan bersama BN, Warisan, GPS dan GRS? Kegagalan PN dalam episod curi ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan menyebabkan mereka naik marah.

“Macam-macam mereka panggil, kerajaan zina, luar tabii dan perkara ini akan berterusan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Semalam, Rafizi, salah seorang tokoh PH yang merundingkan pembentukan kerajaan perpaduan berkata, rundingan itu tidak “cantik”.

“Tapi bising di luar,” katanya di Twitter.

Beliau adalah antara lapan orang Ahli Parlimen PH yang dinamakan sebagai anggota Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Jemaah Menteri Anwar dianggotai 15 Ahli Parlimen PH, enam daripada BN, lima daripada Gabungan Parti Sarawak, seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan seorang lagi Ahli Parlimen yang bukan ahli mana-mana parti.


KERAJAAN SEBELUM INI TAK KISAH. TAPI JADILAH PEMBANGKANG YANG LEBIH BAIK. KALAU BETUL TAK APA , TAPI JANGAN FITNAH. KALAH PANGGIL ORANG MACAM MACAM

 

‘Pecah rekod saya masuk lokap’, Rafizi minta PN jadi pembangkang baik, dedah seleweng.





Rafizi Ramli memuat naik klip video berdurasi hampir 10 minit di TikTok mengenai kerajaan perpaduan selepas mengunci mulut sejak PRU15.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang yang baik, dengan mengambil alih peranannya dahulu dalam membongkarkan sebarang penyelewengan dalam kerajaan.

Dalam pendedahan di aplikasi TikTok malam tadi, menteri ekonomi itu turut mencabar PN agar memecahkan rekod beliau yang disaman sebanyak 16 kali, selain berkali-kali dimasukkan ke lokap disebabkan pendedahannya.

“Yang jadi pembangkang seperti PN, jadilah pembangkang yang baik… kalau ada penyelewengan di sebelah kami, bongkarkanlah seperti apa yang saya buat dulu.

“Kalau boleh sampai pecah rekod saya masuk lokap berkali-kali dan sampai kena saman 16 kali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah klip video berdurasi hampir 10 minit yang dimuat naik di TikTok, selepas beliau mengunci mulut sejak keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov diumumkan serta terbentuknya kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan itu meminta PN yang enggan akur titah Yang di-Pertuan Agong agar bersama membentuk kerajaan perpaduan supaya berbahas secara berilmu dengan membawa idea di Parlimen.

“Bahaslah secara berilmiah dengan baik membawa idea di Parlimen,” katanya.

“Nasihat saya kita utamakan rakyat, yang jadi kerajaan seperti saya, rakyat akan menilai setiap gerak-geri kita. Ini masa untuk bekerja siang dan malam melaksanakan semua idea yang kita pernah ada sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut mendakwa PN marah mengenai pembentukan kerajaan perpaduan kerana gagal mencuri sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Kenapa PH membentuk kerajaan perpaduan bersama BN, Warisan, GPS dan GRS? Kegagalan PN dalam episod curi ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan menyebabkan mereka naik marah

“Macam-macam mereka panggil, kerajaan zina, luar tabii dan perkara ini akan berterusan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Semalam, Rafizi, salah seorang tokoh PH yang merundingkan pembentukan kerajaan perpaduan berkata, rundingan itu tidak “cantik”.

“Tapi bising di luar,” katanya di Twitter.

Beliau adalah antara lapan orang Ahli Parlimen PH yang dinamakan sebagai anggota Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Jemaah Menteri Anwar dianggotai 15 Ahli Parlimen PH, enam daripada BN, lima daripada Gabungan Parti Sarawak, seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan seorang lagi Ahli Parlimen yang bukan ahli mana-mana parti.

ELOK ANGKAT KAKI KOT- BANYAK KONTROVERSI

 

Kerajaan tak ‘kejar’ Azam Baki tapi pastikan SPRM bebas, kata Rafizi.


Ketua SPRM Azam Baki didakwa melakukan serbuan ke atas Invoke Solutions Sdn Bhd milik Rafizi Ramli ‘atas arahan BN’. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Rafizi Ramli berkata, kerajaan tidak akan mengejar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, tetapi akan memberi tumpuan untuk memastikan kebebasan badan anti-rasuah itu.

“Keutamaan adalah untuk memastikan semua bebas. Setelah kita pastikan tiada campur tangan dan semua bebas, maka semua harus berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Bulan lepas, Rafizi dipetik media sebagai berkata, Pakatan Harapan (PH) akan “mengejar” ketua SPRM atas dakwaan penganiayaan politik kerana menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Rafizi mendakwa semasa ceramah di Johor bahawa serbuan SPRM itu dilakukan atas arahan Barisan Nasional (BN) untuk menghalangnya daripada membuat kemunculan semula di Parlimen melalui pilihan raya umum.

Azam kemudiannya menafikan SPRM telah menyerbu pejabat Invoke dan memberitahu The Vibes “kami hanya datang bersama tiga atau empat pegawai, menemu bual kakitangan dan mengambil beberapa dokumen kewangan yang berkaitan dan beredar.”

Tindakan Rafizi yang juga timbalan presiden PKR mendapat tindak balas daripada pemimpin Perikatan Nasional seperti menteri dalam negeri ketika itu Hamzah Zainudin dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, serta Cuepacs, yang berkata, adalah tidak profesional bagi ahli politik menyerang penjawat awam.

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, SPRM tidak pernah mendedahkan apa-apa mengenai serbuan itu dan orang ramai hanya mengetahuinya selepas Rafizi menyebutnya.

Beliau menegaskan penjawat awam tidak berat sebelah dan menjalankan tugas mereka secara sah dan profesional.

HAH !!!!...BIAR BETOI HADI...MOVE ON LAH- KEH..KEH


 

PM 10 ANWAR IBRAHIM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT KABINET PERTAMA


 

DASYAT - NAK JATUHKAN KERAJAAN DAH TAK PAYAH SOROK SOROK DAH...






Fuh! Sekarang kerja mengkhianat dah tak perlu nak sorok-sorok. Boleh cerita terang-terang. Hebat betul mereka ni. Khianat dah jadi budaya.

Kalau betul akan ada khianat lagi kali ini, ia akan berbeza daripada Langkah Sheraton. Kali ini khianat bukan setakat curi mandat rakyat.

Sebaliknya kali ini perbuatan khianat itu bersamaan dengan penderhakaan terhadap YDP Agong. Kerana kerajaan ini atas titah Baginda.

Tapi apa dia peduli. Sikap rakus kuasa mereka dah maksimum. Perlu menipu, perlu khianat, bahkan jika perlu derhaka pun, mereka akan buat. Asalkan dapat kuasa.

Tapi sekarang dah ada akta lompat parti. Mereka tak boleh beli MP lagi. Rasanya teori yang Zahid bakal dijatuhkan adalah benar.

Itu sahaja cara yang mereka ada. Jatuhkan Zahid kemudian Presiden UMNO yang baru merangkap pengerusi BN umum sokong Mahiaddin.

Maknanya ada intel PN dalam UMNO sekarang ini. Sebijik perangai Yahudi letak intel dalam organisasi musuh untuk runtuhkan daie dalam.

UMNO perlu beri perhatian. Ahli akar umbi UMNO kena pastikan pro Bersatu disingkirkan dalam PAU akan datang. Itupun kalau tak mahu UMNO pupus. Tapi kalau redha, tak apalah. Guane boh?

Raja Gelap

 

HADI- BENJAMIN NETANYAHU MARAH KE KO


 

JAGA -JAGA SHAHIDAN....JERAT TAK PERNAH LUPA PELANDUK...

 

Punya la busuk hati semenjak berkawan dengan lebai...Jangan lupa kes cabul

 budak kamu tu, hukumannya kamu 'bebas tanpa dilepaskan" bererti kamu ada

 harapan untuk dibicarakan lagi..


W.FAUDZIN




DIA YANG MENGAKU BERSIH

 

Muhyiddin minta saya cari ADUN PH untuk paling tadah, dakwa Amirudin.



Naib Presiden PKR, Amirudin Shari menyelar Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkempen di platform ‘bersih dan stabil’.

KULIM: Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin pernah memintanya mendapatkan ADUN Pakatan Harapan di Selangor berpaling tadah bagi menjatuhkan kerajaan PH di negeri itu.

Berucap dalam ceramah di sini bagi calon PH Padang Serai, Sofee Razak, menteri besar Selangor itu menyelar Muhyiddin berkempen di platform “bersih dan stabil”, dengan mendakwa pengalamannya sendiri dengan bekas perdana menteri itu membuktikan sebaliknya.

Amirudin berkata, tiga hari sebelum Langkah Sheraton, beliau menemui Muhyiddin, yang ketika itu menteri dalam negeri di bawah kerajaan PH, dan mempersoalkan tindakan politiknya.

Langkah Sheraton merujuk gerakan berpaling tadah pada 2020 yang menyaksikan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dan PKR bergabung dengan Barisan Nasional dan PAS sehingga menyebabkan kerajaan PH tumbang.

“Ini orang yang mengatakan diri dia bersih…yang mengaku tidak mengamalkan rasuah.

“Nasihat dia kepada saya ketika itu: Amir, kamu dapatkan wakil rakyat dari Amanah, wakil rakyat dari Keadilan (PKR), kamu bagi mereka RM10,000 sebulan, bagi jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Untuk apa? Untuk khianati dan jatuhkan (kerajaan) negeri Selangor. Saya balik dan saya fikir, saya bukan dilahirkan oleh ibu saya untuk menjadi seorang pengkhianat. Saya tak buat dan saya tak laksanakan dan saya tolak politik seperti ini.”

Amirudin berkata, itulah “scheme of things” Muhyiddin.

Istilah “scheme of things” berasal daripada rakaman audio didakwa bocor ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 2020, di mana seorang individu, dikatakan Muhyiddin, didengar mencadangkan Bersatu mengukuhkan kedudukannya dengan bekerjasama dengan Umno bagi membentuk parti politik Melayu terbesar di Malaysia, melalui tawaran jawatan dalam GLC kepada Umno sebagai insentif.

Amirudin turut menyeru pengundi Padang Serai menolak calon PN, Azman Nasruddin, yang pernah bersama PKR sebelum berpaling tadah ke Bersatu dua tahun lalu.

KAH..KAH......DIA INGAT NEGARA NI DIA SOQANG YANG PUNYA- MELALAK APA NUSI...VELLFIRE TUDUNG DAK LAGI?


 

Turunkan Harga Motorsikal?

 

Turunkan Harga Motorsikal?

Maklumbalas yang diterima dari video http://youtu.be/nxjmGrkLVBM menunjukkan motorsikal juga dikenakan 2-3 jenis cukai (eksais, jualan, import) seperti kereta. Wajarkah kita hapuskan cukai eksais agar harga motorsikal turun?

Share dan like page Rafizi Ramli untuk nyatakan sokongan dan harapan saudara-saudari.

.





PATUT DAH....




Memang patut pun. MCA dan MIC sumbang berapa kerusi je pun. Lagipun, kedua parti ini bersungguh tolak kerjasama dengan PH. Sampai desak Zahid letak jawatan bila Zahid kata BN akan sokong PH.

Tambah lagi Hadi pernah kata dia boleh kerjasama dengan MCA dan MIC (serta Gerakan), aku syak mereka ni antara 10 ahli parlimen BN yang kelam kabut tandatangan SD sokong Mahiaddin.

Jadi mereka memang tak patut ada dalam Kabinet Perpaduan. Entah setakat mana kesetiaan mereka. Dan sebagai langkah berjaga-jaga supaya disabotaj macam kabinet Mahathir dulu. Guane boh?

Raja Gelap

.

BIAR BETUL- JABATAN AGAMA ISLAM PANGGE TENGOK DIA NIH...


 

KERJA BUAT TAK JALAN LAGI PUN- KABINET PUN TAK PENUH LAGI-LEBAI KALUT MINTA DUIT....AKAI ...TAK CERDIK..

 

Kerajaan PH merubah segalanya bila jadi kerajaan 2018, di mana peruntukan sama rata untuk parti kerajaan dan pembangkang. Datang kerajaan tebuk atap pimpinan Muhyiddin, semua wakil rakyat pembangkang dimiskinkan sehingga gaji staff pun dicabut. Lahanat punya pengkhianat!

Sekarang giliran mereka banyak cantik terhegeh² nak itu ini. Belum angkat sumpah dah macam². Sedar sikit woii awak tu puak pembangkang!

Haaaaa aku marah nie 


IBRAHIM MAT ISA




 

Mahfuz Omar: Kita Tak Boleh Mengizinkan Politik Menimbulkan Kebencian Pe...

AKHIRNYA RAFIZI MENGAKU!! PENJELASAN RAFIZI KENAPA TERIMA ZAHID

Rafizi Buat ‘Come Back’ #MGFlash

ANGKUH DAN SOMBONG


 

Rafizi harap kerjasama semua kementerian, lonjak kembali aktiviti ekonomi

KHAS BUAT ABAHCOW ......KEH KEH

 

BOB KELANANG

PM dan TPM yang berwibawa yang akan menaikkan ekonomi rakyat dan negara...
AYUH 'move on'... kita buangkan perbezaan dan kita bersatu dan bergabung, eratkan silaturrahim DAN Allah janji dalam silaturrahim ada rezeki...