‘Oru Viral Puratchi’ – PM Anwar Ucap Tahniah Buat Vijay Dipilih Ketua Menteri Tamil Nadu

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Tamil terkenal, Joseph Vijay yang dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 12 Mei 2026. Foto janaan AI

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Tamil terkenal, Joseph Vijay yang disifatkan sebagai sahabat beliau yang dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar berkata, selama bertahun-tahun, para peminat setia Vijay menyaksikan beliau menewaskan ahli politik korup dan pelbagai penjahat dalam tempoh tiga jam, biasanya selepas satu selingan pendek.

“Namun kini, rakyat Tamil Nadu telah mengamanahkan Vijay dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mana-mana watak yang pernah dibawanya di layar perak.

“Oru Viral Puratchi — “revolusi satu jari” — kini berada di ambang mencipta sejarah.

“Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya dan hubungan rakyat yang mendalam merentasi generasi.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Ketua Menteri Vijay pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Terdahulu, Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu selepas parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) berjaya memperoleh sokongan majoriti pada 10 Mei lalu.

Kejayaan itu melengkapkan perjalanan politik penuh dramatik susulan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung selepas keputusan pilihan raya negeri berkenaan diumumkan pada 4 Mei lalu.

Vijay yang lebih dikenali sebagai ‘Thalapathi Vijay’ berjaya membentuk kerajaan negeri, sekali gus menamatkan dominasi dua parti utama Dravidian selepas TVK memperoleh sokongan penting melalui beberapa pakatan strategik.




Dosa dan saman sudah tidak ditakuti oleh puak ni,


Che Ibrahim Mohamed

 Dosa dan saman sudah tidak ditakuti oleh puak ni, fitnah dan berita palsu dah jadi uslub suci perjuangan.




Sahabat Nabi dihina, di mana suara Pemuda Pas dan DHPP yang mengaku bermimpi jumpa nabi berkali kali???









 Sahabat Nabi dihina, di mana suara Pemuda Pas dan DHPP yang mengaku bermimpi jumpa nabi berkali kali???





Macam ni punya banyak duit disakau oleh pemimpin Umno

 



Wang RM170 juta: Ismail Sabri suspek
Utusan Malaysia



Wang RM170 juta: Ismail Sabri suspek



Macam ni punya banyak duit disakau oleh pemimpin Umno boleh lepas drpd pendakwaan ke? Harap2 KP SPRM yg baru boleh buat pendakwaan segera. Betul tak Tn Shahbudin Husin , Tn Hj Mohd Zazali Salim ??



www.buletintv3.my

DAP Melaka mencatat sejarah

 



DAP Melaka mencatat sejarah apabila berjaya menubuhkan cawangan pertama di Kampung Padang Temu (DUN Telok Mas) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu melebihi 70 peratus.

Menurut Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, cawangan tersebut turut disertai ahli pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan Portugis dengan lebih 80 peratus ahlinya terdiri daripada orang Melayu.

Projek naik taraf LRA Sungai Limau gagal disiapkan oleh kontraktor asal sehingga penamatan kontrak pada April 2025.



Lawatan kerja YB Tuan Haji Akmal Nasrullah hari ini, antaranya meninjau perkembangan projek infrastruktur naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling dan LRA Bukit Selambau di Kuala Muda.
Projek naik taraf LRA Sungai Limau gagal disiapkan oleh kontraktor asal sehingga penamatan kontrak pada April 2025. Proses tender semula telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek ini diteruskan dan disiapkan segera demi manfaat penduduk setempat, sektor perniagaan dan pembangunan kawasan sekitar.
Sementara itu, projek LRA Bukit Selambau yang kini mencatat kemajuan fizikal 51.28% turut dipantau rapi dengan tindakan susulan telah diambil terhadap kontraktor bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lebih efektif.
YB Menteri sangat tegas dalam memastikan projek rakyat begini mesti siap dan tidak terbengkalai kerana setiap wang rakyat perlu sampai manfaatnya.





 

Muhyiddin vs Hamzah. Akhirnya Pas pilih Hamzah

 




Muhyiddin vs Hamzah. Akhirnya Pas pilih Hamzah

Bersatu hari ini menggantung keahlian Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan Adun Bukit Bunga, Kelantan, Mohd Almidi Jaafar bagi tempoh dua penggal pemilihan berkuat kuasa hari ini.
Dalam notis berasingan dikeluarkan oleh pengerusi Lembaga Disiplin parti, Mohd Radzi Manan, berkata, Muhammad Islahuddin didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
"Dengan penggantungan itu, maka YB secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.
"Pihak YB boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini," menurut notis itu.



Masa utk memburu Walaun akaun Fake!






 𝙆𝙀𝙉𝙔𝘼𝙏𝘼𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙎𝙈𝙄 𝙋𝙀𝙉𝘼𝙁𝙄𝘼𝙉 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 𝙏𝙐𝙏𝙐𝙋 𝙈𝘼𝙏𝘼

Bismillahirahmanirahim,
1) Saya Hanif Nordin, menafikan sekeras-kerasnya akaun di Facebook TUTUP MATA palsu yang dimuatnaik oleh cybertrooper PAS Terengganu ini adalah milik saya kerana Tiada Akaun facebook yg dibuka atas nama TUTUP MATA yang menggunakan gambar peribadi saya. Kenyataan yang diputar belit yang melibatkan salah tafsir, salah wakil, salah petik ini menimbulkan fitnah di ruangan facebook yang aman damai makmur harmoni lagi matang dan sejahtera.
2) Saya merupakan pengerusi JPKKP KG. Gong Nangka,(adalah benar) tetapi sy bukan ahli mana mana parti. Tiada fitnah yang dibuat melainkan hanya berhujah berdasarkan fakta dan data menggunakan sumber rujukan rasmi, sahih, beserta opensource.
3) Kepada cytro un-un yang bimbang kehadiran saya ini menggugat kestabilan Kerajaan PAS 32-0, saya memohon seribu kemaafan kerana saya akan menghantui kehidupan anda. Naik kotak tiktok tersebut untuk berbahas anok jatan.
4) Kalian yang ingin mengetahui perkembangan politik dan petadbiran negeri Terengganu kalian boleh mengikuti Tiktok: Tutup Mata https://www.tiktok.com/@tutup_matamu?_t=ZS-8yRcklnMitE&_r=1 tersebut atau Facebook page Rasmi saya: Hanif Nordin (Official) https://www.facebook.com/share/1BFufoLmqE/
𝙋𝙎𝙎: 𝙒𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙥𝙚 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙠 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙤𝙧 𝙯𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙠𝙤𝙡𝙤𝙝. 𝘼𝙢𝙗𝙚𝙠 𝙝𝙤𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠 𝙨𝙞𝙠𝙞𝙩 𝙜𝙤𝙥. 𝙂𝙚𝙡𝙚𝙥𝙤𝙧 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨. 🤣
-Hanif Nordin-
See less


Syam Ghaz



Skali lagi Un terduduk, pemilik gambar sebenar yang akaun Fb Page TUTUP MATA pula menafikan.

Fb page itu guna gambar dia secara curi.
Laporan polis dan Mcmc menyusul.
Masa utk memburu Walaun akaun Fake!






Bab claim Yb Pas ni mmg pandai.

 

Syam Ghaz


Bab claim Yb Pas ni mmg pandai.












JAUHI FITNAH TERHADAP PARA SAHABAT RASULULLAH “Tauge emas” ni ceramah di mana ni? Masa bila?






Zulkifli Hasan



JAUHI FITNAH TERHADAP PARA SAHABAT RASULULLAH ﷺ



Hormat dan sayangilah para sahabat Rasulullah ﷺ dan sama sekali jauhilah fitnah terhadap mereka.
Peliharalah lidah dan penulisan dari mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah ﷺ.
Nabi ﷺ bersabda:
لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
Maksudnya : “Jangan kalian mencela para sahabatku. Jika salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebanyak bukit uhud, ia tidak akan capai segantang infak yang dilakukan oleh para Sahabat. Bahkan tidak sampai separuh pun.”
Riwayat Al-Bukhari (3673) dan Muslim (6651)
Sebarkan kebaikan bukan kebencian.....



 “Tauge emas” ni ceramah di mana ni? Masa bila?

Teruk sangat isi ucapan dia ni.
Jika orang bukan Islam ceramah mcm ni, comfirm meletup satu Malaysia mrka tibai lunyai.
Lebai ni bukannya ada ilmu tinggi, duk jual “saudara Tok Guru Nik Aziz” ja untuk naik di pentas politik dan ceramah, bergitu juga yang duk di Pahang dan Selangor.
Adjust suara lebih kurang sikit, pakai jubah dan kopiah.
Comfirm naik cpt dlm PIS.





semua projek terbengkalai di Malaysia ni didedahkan perincian dan sebab-sebab kelewatan.

 



Amin Ahmad


Sudah tiba masanya semua projek terbengkalai di Malaysia ni didedahkan perincian dan sebab-sebab kelewatan. Ada sebab sahih dan ada sebab yang diada-adakan. Yang mana diada-adakan, elok disiasat lebih lanjut. Bekukan syarikat dan pemilik daripada sebarang projek kerajaan untuk satu tempoh terutama sehingga selesai siasatan.


Isu pasir Pahang jadi perbincangan, ini pandangan rakyat di media sosial







Isu eksport pasir terus menjadi topik perbincangan hangat di media sosial susulan titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin mengenai perkara itu.

Hal ini berikutan Baginda menzahirkan rasa kecewa apabila Kerajaan Pusat tidak meluluskan usaha Pahang untuk menambahkan hasil negeri berkenaan seperti dengan mengeksport pasir sungai.

Namun timbul pula isu lain apabila masyarakat khususnya penduduk Pahang meluahkan kebimbangan terhadap alam sekitar akibat aktiviti pengambilan pasir termasuk mengganggu ekosistem sungai dan hakisan tebing.

Isu ini menjadi topik perbincangan susulan seorang individu membuat hantaran di platform Facebook bertanyakan pandangan orang ramai mengenai kelulusan mengeksport pasir.

“Kamu semua setuju ke Kerajaan Persekutuan membenarkan pasir dijual ke luar negara?,” soal individu dikenali sebagai Harun Mohd Shah di akaun Facebook miliknya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna platform memberikan pelbagai maklum balas termasuk berkongsi pengalaman peribadi berhubung aktiviti pengambilan sumber alam tersebut.

Ramai juga pengguna tidak menolak terus usaha untuk menambah hasil negeri namun berharap pembekalan pasir sungai lebih ditumpukan kepada pasaran tempatan.

“Harga pasir mahal sekarang, sektor binaan ada yang jadi projek sakit. Eloklah Pahang yang banyak pasir jadi pembekal kerajaan. Hasil negeri Pahang akan meningkat,” kata seorang pengguna.

“Kalau jual, memang dapat duit banyak. Tetapi kesan keseimbangan alam juga perlu diperhatikan. Jangan nanti Pahang yang luas itu tenggelam ke dalam laut kerana pasirnya habis ditambak ke luar negara. Cucu cicit kita nak tinggal mana?,” ujar pengguna lain.

“Saya tinggal di Pekan, Pahang. Semasa projek korek pasir sungai ini berlaku di kampung saya, macam-macam masalah berlaku. Lori hari-hari masuk. Apabila lalu depan sekolah, tak perlahankan kenderaan.” Kesal pengguna lain berharap faktor dan kesan luaran juga dipertimbangkan.