Peguam Syarie ccadang Kelantan dakwa Nik Zawawi di Mahkamah Syariah


 


Seorang peguam syarie pro Pas mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Zawawi Salleh di Mahkamah Syariah kerana menghina sahabat Nabi.

Tajuddin Razak, peguam yang selalu mewakili pemimpin pembangkang di mahkamah berkata, tidak cukup sekadar Nik Zawawi direhatkan tetapi perlu didakwa.

“Bukan setakat direhatkan tetapi didakwa di Mahkamah Syariah.

“Masa inilah kerajaan Kelantan nak uji undang-undang takzir dikenakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

“Jika takzir pun ada selektif, abaikanlah nak laksanakan undang-undang hudud,” kata beliau dalam satu posting di facebooknya.

Tajuddin merujuk kepada satu kenyataan media yang tukar kononnya Majlis Syura Ulama Pas mencadang Dr Nik Zawawi di rehatkan dari jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura Pas buat sementara wantu.

Walaupun kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddi Hassan, kesahihannya masih belum dapat disahkan.

Namun begitu, peguam Tajuddin memetikan kenyataan media itu dalam membuat ulasan beliau.

Tajudin juga mencadangkan agar Nik Zawawi tidak lagi dicalonkan dalam pilihan raya umum nanti.

“Satu lagi, PRU16 dah dekat, bolehlah cari calon baru untuk Parlimen Pasir Putih,” kata Tajuddin yang turut menjadi peguam kepada usahawan, Datuk Aliff Syukri.

Dalam satu ceramahnya baru-baru ini, selain menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Majlis Syura Ulama itu membawa satu naratif yang sangat mengejutkan apabila menggambarkan beberapa sahabat besar Nabi Muhammad SAW secara amat buruk dalam ceramahnya.

Beliau mendakwa Saidina Abu Bakar seorang “bapak ceti” yang kaya kerana memeras orang miskin pada zaman jahiliah.

Saidina Umar pula digambarkan sebagai individu ganas dan kaki zina.

Malah beberapa sahabat lain seperti Saidina Uthman, Saidina Ali dan Hamzah turut dikaitkan dengan gambaran negatif ketika zaman jahiliah.





No comments: