TAK PAYAH SEMBANG LA NIK AMAR- AKU BAGI VIDEO PENANG ERA 40AN

 







KECEK AGAH SOKMO.. PADAHAL PAS  GAGAL SELAMA 33 TAHUN 

1.AIR BERSIH

2.PERUMAHAN RAKYAT

3.PELUANG PEKERJAAN 

4.STESEN BAS

5.TARAF EKONOMI RAKYAT

6.JALAN RAYA

7.PELABURAN LUAR

8.PERKILANGAN DAN INDUSTRI

9.PENGURUSAN BANJIR

# jadi tok dalang wayang kulit mu layak lor


OK..UMNO BEBAS KAPIAQ- DAH BOLEH UNDI UMNO

 







Ok Mursyidul Am PAS dah jelaskan. UMNO bukan parti kafir. Jadi dah boleh undi calon UMNO. Takde apa nak dirisaukan lagi.

PRN 12 Ogos ni nanti beramai-ramai pangkah calon PH dan BN. Jangan risau soal masuk neraka sebab undi parti kafir lagi dah.

Para pengundi Kelantan, ayuh menangkan Kerajaan Perpaduan Madani untuk masa depan negeri yang lebih baik. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

101 KES RASUAH DIGUGUR OLEH PN-JANGAN KATA UMNO KORUP



ADRIAN LIM CHE AN







PN dakwa, PH mensucikan UMNO.

Itu tak betul. Faktanya... PN dah lama sucikan UMNO. Takkan Abah dah lupa?

1. MUSA AMAN (46 PERTUDUHAN)

46 pertuduhan terhadap Musa Aman telah digugur pada Jun 2020, semasa Muhyiddin PM.

2. TENGKU ADNAN (2 PERTUDUHAN)

Tengku Adnan telah dilepaskan oleh mahkamah pada Julai 2021, semasa Muhyiddin PM.

3. AHMAD MASLAN (2 PERTUDUHAN)

Ahmad Maslan telah dilepaskan oleh mahkamah pada September 2021, semasa PN berkuasa.

4. ZAHID HAMIDI (40 PERTUDUHAN)

Zahid telah dilepaskan oleh mahkamah pada September 2022, semasa PN berkuasa.

5. AZEEZ RAHIM (9 PERTUDUHAN)

Azeez telah dilepaskan oleh mahkamah pada September 2022, semasa PN berkuasa.

6. SHAFEE ABDULLAH (2 PERTUDUHAN)

Shafee Abdullah telah dilepaskan oleh mahkamah pada Oktober 2022, semasa PN berkuasa.

46 kes + 2 kes + 2 kes + 40 kes + 9 kes + 2 kes = 101 kes

101 kes terhadap pemimpin-pemimpin UMNO telah kawtim di zaman PN berkuasa.

Sekarang PN dah hilang kuasa, nak u-turn kata UMNO korup pula? Elehhhh!

 

 


AHLI POLITIK REBUT KUASA, RAKYAT TAK MAMPU BELI SUSU



Perdana Menteri berkata, cadangan penubuhan sekolah itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan mendapat akses pendidikan walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan. Justeru, Anwar berkata, pelaksanaan sekolah berkenaan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh yang memfokuskan kepada golongan terbabit.



WOIII LEBAI- ADA BUKTI , BUAT LAPORAN POLIS LA WOII




WANG XIANG


JANGAN sekadar mereka persepsi. Buktikan. Lapor pada pihak yg berkuasa dgn sertakan bukti mesej yg ditularkan itu.. Jangan cuba memancing undi dengan menyebar persepsi jahat.








Tiap-tiap hari gaduh apa manfaat rakyat Kedah dapat?




 Oleh: Abdullah Zaid



Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai (gambar, tengah) mengingatkan rakyat Kedah agar tidak membuat kesilapan dengan mengangkat Sanusi sebagai ketua kerajaan negeri.



Jelasnya, kemelut berpanjangan di antara ‘poster boy’ Datuk Seri Sanusi Md Nor dan Kerajaan Persekutuan dilihat telah dan bakal menjejaskan lebih buruk kemajuan negeri sekali gus hanya merugikan rakyat di negeri Jelapang Padi itu.



"Perlu untuk kita tahu nilai pendapatan negeri Kedah hanya hanya sekitar RM 600 juta setahun dan ia kedua tercorot di Malaysia.



"Jadi, Kerajaan Negeri sangat bergantung kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan.



"Namun jika setiap hari bergaduh cari pasal (Sanusi) dengan Kerajaan Persekutuan, yang mendapat kesan buruk adalah rakyat Kedah sendiri," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.



Justeru itu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani itu menyeru agar rakyat Kedah menggunakan kuasa mengundi memilih pemimpin yang mampu menerajui negeri dengan lebih berkesan.



"Rakyat Kedah harus bijak membuat keputusan agar mendapat kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang lebih baik daripada sekarang.



"Jadi sebagai anak jati Kedah, kita wajib lakukan perubahan, ‘Kalih Bagi Sama’," katanya.



Dalam pada itu, Adam akan berdepan saingan tiga penjuru daripada calon Gerakan, Raymond Tai Kuang Tee (PN) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Tan Kee Chye.



Untuk rekod, Bakar Arang dimenangi oleh bekas penyandang Simon Ooi daripada KEADILAN dengan majoriti 10,833 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

 

Subsidi harga padi naik kepada RM500 selepas 25 tahun


 Subsidi harga padi bagi pesawah akan dinaikkan mulai esok di seluruh negara.



Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di Parit Buntar, pagi tadi.



Kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) tersebut dinaikkan daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan.



"Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim dulu ketika jadi Menteri Kewangan pernah naikkan (kadar).



"Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik," kata beliau dipetik Bernama seolah olah mengulangi ceramah pembangkang "hari ini menang, esok harga minyak turun" yang menjadi modal menyindir pentadbiran Pakatan Harapan apabila tiba musim pilihanraya.



Menurut PM, peningkatan subsidi itu akan melibatkan perbelanjaan RM1 bilion setahun.



Manakala untuk menyelesaikan masalah pemutuan padi pula, Anwar berkata perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menempatkan pegawai pertanian di kilang padi swasta, khusus bagi memantau proses permutuan.



Hal itu katanya, bagi mengelak pengilang bertindak sesuka hati tanpa mengikut standard ditetapkan.



Pada majlis sama, Anwar menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang memanfaatkan 28,295 pesawah dan peladang negeri Perak.



Bantuan tersebut disampaikan beliau kepada Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Sham Mat Sahat dan wakil-wakil Persatuan Peladang Kawasan (PPK) mengikut daerah.



Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

 

SUBSIDI BERAS NAIK DARI RM360 TAN MATRIK KEPADA RM500 TAN MATRIK.

 


PH/BN AKAN TETAP MENANG DI SELANGOR


 

SOKONG KERANA MAK AYAH SURUH SOKONG.TAPI BILA LIHAT SEKARANG PAS SUKA KAPIRKAN ORANG


 

NUSI....SAIFUDDIN TANYA..HANG BAGI SURAT KEBENARAN BUAT APA KALAU DAH TAU DIA CURI...


 

DENGAR SAMPAI HABIS. POLIS AKAN PANGGE PASAI BUAT PALA TAU


 

PENGALAMAN SAYA DIPENJARAKAN DIPUKUL DI MALUKAN DAN DIPENJARA. SAYA TIDAK BERDENDAM.


 

LARI TAK MAU BALIK KA.



 "Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen, kedua-duanya telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023 serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini,"



KISAH PERJALANAN MENANTU MAHIADDIN LARI TAK BALIK BALIK

 



Zunar Cartoonist Fan Club



1. Adlan Berhan keluar dari Malaysia pada Mei 2023 sampai sekarang tak balik-balik.


2. 11 Januari 2021 Abah umum darurat & Parlimen digantung. 29 Januari 2021 Abah bagi projek kepada syarikat IRIS Information Technology System.


3. Projek ni namanya National Integrated Immigration System (NIISE), bernilai RM1.2 billion.


4. NIISE ni akan dipasang di airport & pintu masuk negara. IRIS ni ada syarikat lain jadi rakan kongsi namanya S5 System. S5 ni pulak antara owner dia si Adlan ni. Duit cengkeram apa semua diorang dapat dah dari kerajaan.


5. Abah jatuh, naik Kerajaan Perpaduan.


6. Mac 2023 Jabatan Imigresen semak projek NIISE ni kemajuan projek cuma 10%.Cengkeram dah ambil, 2 tahun dah diberi tempoh buat kerja, progress cuma 10%.


7. 10% tu kiranya baru di peringkat admin je teknikal belum lagi.


8. So sini SPRM masuk.


✅Kau ada keupayaan tak nak buat projek ni?

✅Duit cengkeram Kerajaan bagi kau buat apa?


SPRM nak siasat benda ni dgn Adlan.

Tapi Adlan dah hilang cabut keluar Malaysia tak balik-balik.



TAK ADA BEBAN BATU DIGALAS. APA PUNYA LEBAI

 


Mohd Mukhlis Mohd Syariff.



Tak ada beban batu di galas, dalam PN memang tak ada yang cerdik ke? Suka betul tambah kerja Polis tapi harap lebai di permudahkan ke atas Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


HAAA..SOKONG SI SANUSI PALA BAPAK TU APA HANGPA DAPAT .KEPALA BAPAK BUKAN KATA. TAPI PUJIAN. DEMIKIANLAH SANUSI. JANGAN LARI YA......





 Berita baik buat pesawah padi! Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. 


Kali terakhir dinaikkan pada 25 tahun lepas, juga semasa YAB Dato' Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan.

DEMIKIANLAH KATA KATA PM PALING SINGKAT DALAM SEJARAH MALAYSIA SETAKAT INI

 


PEMANDU BAS GILA TU MARI PARTI MANA?





 

Sejak Bila DAP Gugat Kedudukan Raja Di Selangor?


 Oleh: Mohd Fauzi Fadzil



ULASAN: Kempen yang digerakkan oleh Media Penerangan Perikatan Nasional (PN) diperingkat negeri Selangor cuba menggoncang keutuhan hubungan PH - BN sepanjang kempen PRN ini.



Usaha tersebut terpaksa dilakukan PN apabila melihat proses penamaan calon dan pembentangan manifesto PH-BN di Negeri Selangor berjalan lancar tanpa sebarang kesan perpecahan antara anggota parti komponen Kerajaan Perpaduan.



UMNO terpeseong bersama DAP?



Media Penerangan Perikatan Nasional (PN) diperingkat Selangor secara jelas cuba untuk menghangatkan isu kedudukan UMNO Selangor yang dianggap terpesong sebagai benteng mempertahankan Raja-Raja Melayu apabila berkerjasama dengan DAP.



Tuduhan tersebut dilihat tidak mencerminkan kedudukan sebenar parti komponen Perikatan Nasional Selangor iaitu Pas dan Bersatu yang kedua-duanya pernah menjalinkan hubungan bersama DAP semasa menganggotai Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan sebelum tahun 2020.



Pada waktu tersebut mereka bersama-sama KEADILAN dan DAP membentuk kerajaan Negeri Selangor. Tidak timbul isu menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu pada waktu tersebut, namun kini apabila UMNO Selangor mula menjalinkan hubungan bersama KEADILAN dan DAP maka wujud isu ancaman terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu.



MB Sanusi juga perlu diserang



Media Penerangan PN di Selangor juga turut menyerang KEADILAN Selangor apabila mencalonkan Najwan Halimi untuk bertanding di DUN Kota Anggerik. Jika benar perbuatan Najwan Halimi dianggap tidak sopan dan beliau perlu digugurkan sebagai calon PRN maka perbuatan yang sama perlu dilakukan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor.



Perbuatan Sanusi yang telah merendahkan susur galur Kesultanan negeri Selangor dan mempersoalkan prerogatif baginda memilih Menteri Besar sehingga membangkitkan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah jauh lebih biadap. Muhammad Sanusi juga tidak mengaku bersalah di mahkamah atas tindakan beliau yang memperlekehkan kedudukan Kesultanan Negeri Selangor.



PN tidak konsisten



Keadaan ini jelas membuktikan bahawa PN Selangor tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan kedaulatan dan ketinggian kedudukan Raja-Raja Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan perlu neutral dan terpakai kepada semua pihak jika benar mereka jujur dalam memperjuangkan kedudukan Raja-Raja Melayu.



KEADILAN Selangor sentiasa menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu, namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak istana terhadap Najwan Halimi kerana Pemaisuri Agong faham bahawa wujud usaha untuk memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan oleh Najwan Halimi.



Namun secara sahihnya, Sultan Sharafuddin telah memuatnaik titah baginda yang menyatakan "Perkara ini masih belum selesai" menerusi laman Facebook Selangor Royal Office berkenaan isu penghinaan yang telah dilakukan oleh Muhammad Sanusi.



________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

 

KAH..KAH...KAH...PANGLIMA PERANG KENA SELOP- PANGLIMA PALA BAPAK APA LAGU TU

 

DINASIHAT KURANGKAN AKTIVITI, SANUSI KINI DISEDARI ADALAH LIABILITI.



Pada mulanya, berikufan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor tidak muncul dalam beberapa program kempen semalam, konon dikatakan ketidakhadirannya itu kerana faktor keselamatan.

Setiausaha Politiknya, Afnan Hamidi Taib Azamudden dilaporkan berkata, Sanusi dinasihatkan tidak berada di pentas ceramah buat masa ini kerana bimbang keselamatannya.

“Pagi tadi Menteri Besar ada mesyuarat di Kuala Lumpur yang membincangkan perkara besar dan daripada itu dinasihatkan beliau untuk tidak meneruskan ceramah pada malam ini kerana dipercayai ada ‘perangkap’ yang dipasang oleh musuh.

“Perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalam itu, dia pegang dan buat sesuatu yang tidak dijangka, waktu ini kita kena sedia dengan segala kemungkinan, saya dah sebut dah, dalam tempoh sehari dua ini kemungkinan akan berlaku sesuatu yang dahsyat,” dakwanya.

Ikut hukum akal, amat tidak logik dan sukar sebenarnya menerima kemungkinan wujudnya sesuatu ancaman keselamatan terhadap Sanusi.

Ini kerana beliau bukan pemimpin yang merbahaya, sebaliknya hanya banyak merapu dan buat lawak saja dalam ceramahnya.

Pernahkah kita dengar ada pelawak di dunia ini diancam bunuh, hendak ditangkap atau diperangkap oleh sesiapa?

Kalau mahu dikira, Anwar Ibrahim ketika kempen PRU15 lalu, jauh lebih popular dan digilai rakyat ke mana saja beliau turun berkempen.

Tetapi, pernahkah kita mendengar Anwar ada diancam keselamatannya sehingga beliau membatalkan hadir dalam program-program yang sudah ditetapkan?

Tak pernah kan??

Lagi pun, Sanusi juga sentiasa dikawal oleh pegawai pengiring daripada PDRM setiap masa, selain unit amal Pas sendiri sejak sekian lama tidak kurang hebatnya dalam memberi kawalan kepada para pemimpin-pemimpin mereka.

Jadi, di mana tidak selamatnya Sanusi?

Agaknya, lantaran sedar ancaman keselamatan itu memang tidak logik dan boleh membuatkan orang ketawa saja, Sanusi sendiri tampil meredakan keadaan.

Katanya, beliau dinasihatkan oleh Pas Kedah untuk mengurangkan aktivitinya.


“Faktor keselamatan yang dinasihatkan itu antaranya tak bawa kereta laju-laju semata-mata nak cepat sampai.

“PAS Kedah ambil langkah bagi mengurangkan aktiviti saya supaya tak terkejar-kejar ke sana sini. Macam-macam boleh terjadi dalam perjalanan,” tambah Sanusi lagi.

Pulakkk??

Namun, logikkah Sanusi diminta memgurangkan aktiviti kempennya kerana bimbang keselamatannya ketika dalam perjalanan?

Kalau benar Sanusi ada pengaruh, boleh menambah jumlah undi dan keberadaannya memungkinkan kemenangan cemerlang diperolehi, kenapa dikurangkan aktivitinya?

Bukankah sepatutnya dibanyakkan lagi aktivitinya?

Tidak sukar menjangka sebenarnya kenapa langkah itu diambil oleh Pas Kedah.

Ia tidak lain kerana Sanusi kini dirasakan sudah jadi liabiliti kepada Pas Kedah dalam usaha untuk mereka memperolehi kemenangan pada 12 Ogos nanti.

Faktor utama tentunya adalah disebabkan isu nadir bumi atau REE yang jelas memperlihatkan beliau banyak berbolak-balik, memusing-musing cakap dan tidak berkata benar berkenaan perkara itu.

Ternampak semakin ditekan dan didedahkan satu persatu fakta oleh Saifuddin Nasution Ismail berkenaan REE itu, Sanusi semakin terperangkap dan terbelit dengan kepuraan-puraannya sendiri.


Rakyat mungkin terhibur dengan lawak jenaka dan aksi merapu Sanusi, tetapi apabila berdepan fakta dan kebenaran, adalah tidak mungkin rakyat yang waras boleh menerima pembohongannya yang sebelum itu dengan selamba mengatakan beliau tidak tahu apa-apa tentang REE serta tidak kenal sama sekali dengan warga China yang dikaitkan dengannya itu.

Faktor lain ialah Sanusi hanya pandai berkempen dengan melawak dan mengata orang semata-mata, tanpa menambilkan tawaran atau apa yang hendak dilakukannya kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kecenderungannya hanya menyalahkan orang lain dan kerajaan pusat.

Hello boss, sebagai menteri besar dan ada kuasa, takkan tak habis-habis letak beban kesalahan kepada orang lain belaka?

Hakikatnya, Sanusi dikurangkan aktivitinya kerana beliau kini sudah dilihat sebagai ancaman keselamatan kepada Pas dan PN sendiri dalam usaha parti itu untuk meraih kemenangan, bukan saja di Kedah tetapi juga di lima negeri yang lain.

Sikap pemimpin-pemimpin utama Pas yang berdiam diri dan tidak membantah pengurangan aktiviti Sanusi adalah bukti liabiliti beliau itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi. – ShahbudinHusin 08/07/2023.




MAHIADDIN - APA JADI DENGAN KWAN.


 

MAHIADDIN. NI APA CRITA ? SAKAW KE ? BEZA TANDER ANTARA NAZA DAN SPANCO 700 JUTA.


 

MAHIADDIN...MENANTU HANG LARI PI MANA? TAK SALAH LARI BUAT APA?


 

PENANG KINI SEBUAH NEGERI YANG INDAH DAN BERSIH


 

TEDIA NO...


 

HuHu...SANUSI CING KAH ?

 




Ibrahim Mat Isa.



Hari tu walaun backup konon Sanusi dikutip polis Bukit Aman sampai riuh di medsos - tujuannya hanya nak meraih simpati. Kesian panglima kena naya..


Kini Sanusi yang dah kantoi play victim bila kena asak tak reti nak muhong apa dah.


Nih orang Kedah.. tang mana yang hangpa siok sangat dekat Sanusi tu? Tang perot dia ka, tang taik muhong dia tu? 😅😅😅