ROSMAH VS WAN AZIZAH

Rosmah Mansor jatuh, Pro Aspirasi Unisel pun jatuh

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Kejatuhan Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kini menjalar kepada kejatuhan Pro Aspirasi di kampus universiti swasta tersebut dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.

Semalam kampus utama Bestari Jaya, di Ijok telah menyaksikan kumpulan Pro Mahasiswa memenangi hampir semua kerusi kecuali satu sahaja kerusi yang dipertandingkan.

"Kerusi fakulti yang dipertandingkan itu, ialah di Fakulti Perniagaan yang melibatkan calon Pro M dan Bebas," kata jurucakap Pro M Ruhi Hayati Thani, ketika dihubungi .

Tambahnya, ekoran pertandingan di fakulti itu, hanya pilihan raya di peringkat fakulti diadakan pada 24 Mac depan, melibatkan calon Pro M, iaitu Mohd Azim melawan calon Bebas Syazwani Ngatemim.

"Malam ini , siswa akan mengadakan pengenalan calon di mana kedua-dua mereka akan berkempen di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Unisel di sini," tambah beliau lagi.

Awal Julai tahun lalu, para siswa Unisel telah mendesak agar Canselor universiti mereka ditukar, sekali gus menggantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Canselor baharu mereka, selaras dengan ketokohan beliau dalam doktor perubatan selama tempoh 14 tahun sebelum ini.

Sebelum ini, tambah Ruhi Hayati, kumpulan Pro M menjangkakan berlaku pertembungan sengit berikutan borang pencalonan yang banyak diambil di pejabat Hal Ehwal Pelajar di kampus berkenaan.

"Menurut rekod kami, ada 45 borang pencalonan yang telah diisi sehinggakan kami menjangka berlaku pertembungan tiga blok kumpulan pelajar; Pro M, Bebas dan Pro Aspirasi.

"Tapi, yang berlaku adalah sebaliknya, hanya satu fakulti yang bertanding, itu pun daripada calon Bebas," tambah beliau.

Menyentuh pengalaman, lalu Ruhi Hayati berkata, pihaknya kecewa kerana ada usaha menyekat calon-calon Pro M untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebelum ini.

"Tapi, biasalah, orang tidak banyak bercakap mengenai hal ini, apatah lagi keadaan di IPTS ini, kesedaran dalam kalangan pelajar kurang sikit," tambah beliau.

Menurut Ruhi Hayati, wujud banyak sekatan di kampus itu sehingga suara mereka melalui laman sosial Facebook turut dihalang sebelum ini.

"Macam dah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi) di sini," katanya ketika menceritakan kejadian beberapa dokumen, surat-menyurat pentadbiran kampus itu yang turut disekat untuk disiar di Facebook kumpulan Pro M itu.

LAWAN TETAP LAWAN

RAKYAT DI DAHULUKAN?????????

BN roboh rumah rakyat, rampas tanah ?

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Jika Israel merampas tanah rakyat di Palestin dan merobohkan rumah penduduk di negara itu, situasi sama hampir berlaku di Sabah apabila kerajaan negeri mahu merampas tanah dan bakal merobohkan puluhan rumah rakyat tempatan di Perkampungan Tradisional Melayu Lupak Meluas, dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah menjelang April ini.

Tanah yang berkeluasan lebih 30 ekar itu mula didiami penduduk berkenaan sejak tahun 1970-an lagi yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh, peniaga dan nelayan.

Perkampungan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu mula dibangunkan sejak lebih tiga dekad lalu yang sehingga kini penduduknya melebihi 3,000 orang.

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Batu Sapi, Tuan Haji Hamzah Abdullah berkata, aduan yang diterimanya dari penduduk terbabit yang kebanyakannya Bumiputera Islam mendapati tanah itu telah digazetkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2002.

“Tanah ini telah digazetkan sebagai Tanah Rezab Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Negeri Sabah 2002 dan terletak kira-kira 10 kilometer dari Pusat Bandar Sandakan.

Sepatutnya, pemaju dan kerajaan negeri menghormati hak rakyat dan bukannya bertindak merampasnya,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau turut mengecam kerajaan negeri yang berbangga dengan slogan bosnya, Najib Razak, kononnya 1Malaysia tetapi pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mendapatkan jaminan keselamatan malah sanggup mengusir mereka.

“Apa gunanya 1Malaysia kalau Rakyat di ‘Hulu’kan Pencapaian di’Tamak’kan,” tambahnya, yang turut bersama penduduk berkenaan mengadakan bantahan secara aman awal Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk terbabit terus berusaha, bersabar dan bermunajat kepada Allah swt agar cita-cita jahat BN itu digagalkan kerana doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah itu turut berjanji akan menjadikan agenda itu sebagai salah satu agenda penting untuk diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menawan Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Konvensyen Pertama PR di Shah Alam pada 19 Disember lalu antara lain menekankan bahawa Tanah Adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak mesti dipertahankan dan pada masa yang sama menghentikan serta-merta penindasan ke atas rakyat khasnya di kawasan Pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

Selain itu, PR turut mencadangkan agar khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan petroleum mereka.

Parlimen Batu Sapi ketika ini diwakili oleh BN, Chong Ket Wah, di mana majoriti pengundinya merupakan Bumiputera Islam iaitu lebih 60 peratus daripada 26,000 lebih pengundi.

Berikut ialah ANTARA rampasan tanah terhadap rakyat Sabah akhir-akhir ini. (Sekadar menyebut beberapa kes walaupun jumlah sebenar lcukup banyak)

8 Disember 2009 : Kira-kira 90 penduduk Kampung Pogun dan Babaig, di Penampang, mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pihak tertentu melakukan upacara pecah tanah projek pembangunan tanpa sebarang notis kepada mereka yang mana majlis itu dijangka dirasmikan Ahli Parlimen (MP) BN bagi kawasan Penampang, Bernard Dompok.

25 Disember 2009 : Lebih 3,000 penduduk dari 10 buah kampung di Kota Marudu mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tuntutan tanah bertindih antara penduduk kampung tersebut dan dari sebuah pemaju.

26 Januari 2010 : Kira-kira 400 penduduk daripada 75 keluarga di Kampung Kiulu Baru dan Silik Silikan, Membakut diarah berpindah tanpa diberi pampasan walaupun menetap di situ sejak 30 tahun lalu.

Syarikat yang beribu pejabat di Kota Kinabalu itu turut memberi amaran kepada penduduk terbabit supaya segera berpindah atau menghadapi tindakan tegas, termasuk tindakan undang-undang jika enggan berpindah.

30 Januari 2010 : Sejumlah 18 daripada 24 hektar tanah penduduk yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sejak 1995 di kampung Ulu Tongod, Beluran, Sabah didakwa dipindah milik kepada individu lain pada tahun 1997 walaupun mereka telah memohon terlebih dahulu daripada pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak tahun 1992.

Penduduk turut mendapati individu tersebut tidak mengusahakan tanah itu sebaliknya menjualkannya kepada sebuah syarikat swasta.

18 Februari 2009 : Seramai 400 penduduk berketurunan Iban di Rumah Panjang Kampung Iban, Ulu Merotai, Tawau hilang punca pendapatan apabila tanah seluas 728.4 hektar yang mereka duduki sejak 32 tahun lalu dipaksa untuk dikosongkan.

Tiga unit polis mengawal keadaan di kawasan berkenaan iaitu FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), PORU, termasuklah daripada Jabatan Perhutanan sendiri untuk berdepan dengan bantahan rakyat yang tertindas.

Penduduk itu mentangkan tiga kain rentang yang tertulis ‘Jangan Musnahkan Periuk Nasi Kami, Jangan Biarkan Kami Mengemis Di Bumi Peladang Sendiri’, ‘Inikah Konsep 1Malaysia? Beruk Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’ dan juga ‘Mana Janji Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

KERJAAN NEGERI "CINA" TOLONG MELAYU









MAKMAL SAINS PERTAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI RASMI KETUA MENTERI

OLEH: Amiruddin Ahmad

Permatang Pauh-Ketua Menteri Pulau pinnag YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.YB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat in juga , menurut Guan Eng menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“,Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Smentara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama. Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Tuurt sama memberi ucapan dalam majlis tersebeut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya. Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi.