APA PUN TAK BOLEH..... SETELAH HAMZAH DIPECAT, PERJUMPAAN ESOK DIJANGKA LEBIH MENGGEGAR



13 February 2026


Mengikut perancangan asal, Hamzah Zainuddin dijangka mengumumkan pendirian dan hala tuju masa depan politiknya dalam satu perjumpaan bersama para penyokongnya pada 15 Februari ini.


Perjumpaan tersebut diadakan sebagai menjawab pelbagai spekulasi berkaitan diirinya - antaranya kemungkinan dipecat serta arah tujunya setelah banyak negeri dan bahagian yang mencadangkannya mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu.


Namun, beberapa hari lalu jadual perjumpaan tersebut telah diawalkan kepada esok, 14 Februari (Sabtu).


Perjumpaan akan berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Kuala Lumpur.


Program akan bermula pada jam 3.00 petang.


Cumanya sekarang, perjumpaan esok berlangsung dalam keadaan Hamzah sudah dipecat daripada Bersatu, bukan lagi sebagai Timbalan Presiden parti itu.


Pemecatannya diumumkan dalam satu surat oleh Lembaga Disiplin bertarikh 13 Februari dan ia berkuatkuasa serta-merta.


Hamzah dipecat kerana didapati melanggar disiplin parti, walaupun beliau tidak hadir pendengaran Lembaga Disiplin yang bersidang pada 12 Februari baru-baru ini.


Turut sama diipecat ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan juga Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.


Tarikh pemecatan Kapten Azahari dan Fathul Huzir juga berkuatkuasa hari ini (13 Februari).


Dalam hal ini, ternampak seolah-olah tarikh pemecatan Hamzah sengaja diawalkan sebelum perjumpaan beliau dengan penyokongnya  yang dijadual berlangsung petang esok.


Ia dipercayai untuk membuatkan Hamzah tiada lagi kedudukan dalam parti ketika berjumpa dengan para penyokongnya di Rumah Kelab PAUM itu.


Sebagaimana dilaporkan oleh pelbagai media, beberapa pemimpin peringkat bahagian dan negeri Bersatu telah tampil dengan kenyataan menggesa Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Bersatu dan mahukan Hamzah mengambil alih teraju kepimpinan parti.


Kemuncak sokongan itu ialah bila mana 16 Ahli Parlimen Bersatu menandatangani ikrar sokongan terhadap kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee yang dua hari lalu mendesak Hamzah mengambil alih teraju kepimpinan parti daripada Muhyiddin.


Jumlah Ahli Parlimen Bersatu ketika ini ialah 25 orang setelah ditolak enam orang yang beralih menyokong Anwar Ibrahim.


Ini bermakna, majoriti Ahli-Ahli Parlimen adalah bersama Hamzah berbanding menyokong Muhyiddin.


Dalam perjumpaan petang esok, selain ia dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli MPT Bersatu yang memihak kepada Hamzah, sejumlah besar Adun-Adun Bersatu daripada seluruh negara juga turut dijangka hadir.


Anggaran Ketua-Ketua Bahagian Bersatu yang dijangka hadir pula adalah sekitar 120 orang.


Termasuk para penyokong dan mereka yang bersimpati kepada Ahli Parlimen Larut itu, lebih-lebih lagi setelah beliau dipecat, kehadiran dalam perjumpaan esok diramalkan menjangkau lebih 2,000 orang.


Sumber lain pula memberitahu, sejumlah pemimpin PAS yang bersimpati terhadap Ketua Pembangkang itu juga dipercayai akan hadir dalam perjumpaan esok sebagai tanda sokongan dan solidariti.


Walaupun pada awalnya perjumpaan esok hanyalah pertemuan biasa saja, tetapi setelah Hamzah dipecat, dijangkakan kehadiran jauh lebih melimpah dan menjadikan perjumpaan petang esok sesuatu yang lebih menggegarkan. -!ShahbudinHusin 13Februari2016.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/setelah-hamzah-dipecat-perjumpaan-esok-dijangka-lebih-mengggegar/





BERSEPAI BAGI PAS JA LAH JADI KETUA PEMBANGKANG


 

HAH... DIRI SENDIRI TAK BUAT LAGU MANA? DULU ANWAR AJAK RUNDING... DAN ISTIHAR HARTA... TAK MAU..


 

PKR. KALAU TERIMA HAMZAH..MEMANG KAMU TAK KENANG APA YANG HAMZAH KENAKAN PRESIDEN. KAMU....


 

YANG DOK GATAI MAIN ISU KAUM JAGA JAGA...TAK KENA TANGKAP TAK OA..KENA MAKAN TAK HABIH

 


APA MASAALAH DENGAN YANG MENUDUH.HATI HATI KAMU.....


 

BIAR JAWATANKUASA YANG DILANTIK MENJALANKAN TUGAS


Che Ibrahim


 Sudah acapkali Azam didesak berundur, puncanya hanya tohmohan, tidak ada bukti yang jelas.




Dalam Islam, seorang yang banyak kena tohmohan, wajar menarik diri. InsyaAllah, Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.








BERITA PALESU KA BENAR NIH... BERSEPAI.. TAHNIAH JASIN..


Che Ibrahim


 Palsu atau benar?? 


Kalau benar, tahniah Jasin, qunut enta amat mustajab.




NOHHH KENA LAGI


 

DALIL NI SESAT...


 

MB GAGAI

 


KEH KEH KEH....


 

INI LAH KEJAYAAN NEGARA MASA KINI.


 

BOLEH DIAMBIL GINDAKAN UNDANG UNDANG

 

Che Ibrahim


Sebiji sama dengan apa yang pernah saya alami di KIAS dulu. Biasanya penamatan seperti ini tertakluk kepada terma terma perkhidmatan yang ditawarkan. 


Boleh buat satu represantasi kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di bawah Akta Pekerjaan 1967. Represantasi tersebut kalau relevan, hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari selepas dibuang kerja. Jika ada merit, akan dikemukakan kepada menteri untuk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.






JIKA LABUAN HAMPIR 1 BILLION PELABURAN YANG DITERIMA..TETAPI KELANTAN 899 JUTA HANYA UNTUK KEGUNAAN NEGERI SAHAJA


 

KEPUTUSAN TELAH DIBUAT UNTUK REHATKAN AZAM BAKI DAN MENGURANGKAN KONTRIVERSI. ANWAR TAHU KERANA AZAM BAKI TAHU BANYAK OERKARA TERKAIT BEKAS MENTERI DAN BEKAS PERDANA MENTERI LEPAS.


 

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 12 Januari 2022





AZAM BAKI, ABU ZAHAR DAN BORHAN DOLAH MESTI DIREHATKAN, SIASATAN PERLU BEBAS, PEGAWAI KANAN SPRM WAJIB BERKECUALI


Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti kenyataan media enam Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang telah menjauhkan diri mereka dari kenyataan Tan Sri Abu Zahar, Pengerusi LPPR yang telah cuba membersihkan nama Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


Kenyataan media enam Ahli LPPR ini amat mengejutkan dan membuka mata seluruh negara kepada kepincangan yang berlaku dalam proses siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM. 


Jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan.


Kenyataan enam Ahli LPPR ini menjadi bukti paling kukuh Pengerusi LPPR sudah tidak diyakini dan tidak dipercayai Ahli LPPR. Oleh itu, Tan Sri Abu Zahar perlu direhatkan sehingga selesai siasatan penuh terhadap Ketua Pesuruhjaya.


Pada masa yang sama, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah juga perlu direhatkan sehingga siasatan yang sama selesai kerana enggan bertindak menyiasat Azam Baki sungguhpun Azam berkemungkinan telah melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya secara proksi berkaitan dengan perdagangan berjuta-juta saham dan waran. 


Perlu ada pimpinan baru yang bersih, profesional dan bebas untuk mengetuai LPPR dan PPPR SPRM agar kewibawaan, integriti dan kredibilit SPRM dapat dipulihkan semula.


Majlis Presiden juga memandang serius dan perlu menegur kenyataan media tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Ketua Pesuruhjaya serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’. 


Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong "bos" mereka dengan kenyataan terbuka menyerupai tingkahlaku ahli politik dalam sebuah parti politik dan bukannya agensi terhormat seperti SPRM. 


Kalau begitu suatu siasatan yang dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) taktala sedang menyiasat perdagangan saham secara proxy oleh Azam Baki di mana ramai telahpun dihukum sebelum ini, boleh juga disifatkan sebagai tekanan untuk motif ‘dendam politik’.


Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu bahawa kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya. 


Oleh itu, pegawai-pegawai kanan ini perlu membuat laporan polis dan biarkan pihak Polis Diraja Malaysia siasat secara terbuka kerana sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau.


Kami mengulangi pendirian bahawa satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting ini, sebaiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari nanti.


Anwar Ibrahim 

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


Hj Mohamad Sabu 

Parti Amanah Negara (AMANAH)


Lim Guan Eng 

Parti Tindakan Demokratik (DAP)


DSP Madius Tangau 

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



MB KELANTAN JUMPA PMX.WALAUN MAKI HAMUN.

 


Semalam terima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud.









Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam mempergiat ikhtiar membantu rakyat Kelantan. 


Penekanan diberikan kepada peningkatan kesejahteraan hidup, peluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang.


Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat serta masa depan yang lebih terjamin untuk semua.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

#MADANIuntukSemua




SEBELUM PMX TERUS TERBEBAN, ADALAH TERPUJI JIKA AZAM BAKI BERKORBAN UNDUR DIRI




13 February 2026


Makin hari berlalu, makin banyak isu yang timbul berkaitan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.


Daripada isu pemilikan saham dalam syarikat yang jumlah dimilikinya melebihi kadar yang dibenarkan bagi seorang penjawat awam, ia kini merebak kepada hal-hal lain pula.


Daripada satu syarikat, Azam kini didakwa memiliki lagi saham dalam syarikat yang lain, bahkan Bloomberg tampil lagi dengan pendedahan berkaitan “mafia korporat” yang dikaitkan dengan agensi tersebut.


Selain itu, berikutan isu pembelian saham yang dikaitkan dengannya terus menarik perhatian masyarakat, perbagai persoalan lain mula ditimbulkan, antaranya di mana beliau memperolehi wang untuk membelinya, berapa gajinya, berapa gratuiti diperolehinya ketika bersara wajib dua tahun dan pelbagai lagi mula jadi sorotan sama.


Adalah dipercayai, mengorek hal-hal berkaitan Azam Baki ini tidak berakhir di sini saja.


Tidak mustahil selepas itu, rumah, kereta dan harta-harta yang dimilikinya juga akan disorot sama.


Sebagaimana WSJ mula mendedahkan isu Najib dan 1MDB sebelum ini dan berterusan untuk sekian lama dengan pendedahan demi pendedahan, keghairahan Bloomberg mengorek rahsia-rahsia berkaitan Azam Baki juga dirasakan akan berpanjangan lagi.


Sekali mereka mengorek, mereka akan terus mengorek berdasarkan pelbagai maklumat yang diperolehi.


Dalam keadaan ini, bukan saja Azam Baki yang akan terbeban, malah kerajaan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga terpikul sama beban tersebut.


Lihat saja bagaimana Anwar kena hentam balik berikutan kenyataannya dua hari lalu yang mempertahankan Azam Baki dan menolak untuk memendekkan tempoh perkhidmatan KP SPRM itu.


Hujah Anwar bahawa “Azam Baki selama ini buat kerja dengan baik, kenapa nak pecat dia” dan “adakah kita nak lantik perasuah jaga SPRM” paling banyak menimbulkan kecaman dan tidak puas hati di kalangan rakyat.


Apa yang terjelma itu lebih memperlihatkan hakikat bahawa adalah tindakan yang tidak berbaloi untuk  Anwar dan kerajaan mempertahankan beliau kerana isu-isu yang timbul kebelakangan ini.


Selepas ini, kita tak tahu apa lagi akan didedahkan berkaitan Azam Baki.


Selain itu, isu berkaitan Azam Baki ini juga mula membuatkan DAP, parti dalam kerajaan yang memiliki kerusi Parlimen terbanyak, turut mempersoalkan “kebersihan” KP SPRM itu.


Rakyat di bawah, termasuk di kalangan penyokong-penyokong PH sendiri pun didapati ramai yang tidak setuju Azam Baki terus dipertahankan.


Akhrinya, beban Azam Baki ini tidak akan habis dan terus berpanjangan sebelum tempoh kontraknya berakhir pada Mei nanti, setelah disambung sebelum ini sebanyak tiga kali.


Mengimbas ke belakang, isu yang timbul sekarang pasti boleh dielakkan jika sejak awal lagi khidmat Azam Baki tidak diteruskan sebaik Anwar menjadi Perdana Menteri pada akhir 2022 lalu.


Lagi pun, Azam Baki adalah sosok yang dijanjikan untuk diketepikan jika PH menjadi kerajaan, malah perlantikan KP SPRM juga dijanjikan akan ditapis oleh sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dwipartisan.


Tetapi, apa nak dikata - nasi sudah jadi bubur dan semua itu tidak berlaku, sebaliknya Azam Baki di sambung kontraknya sehingga tiga kali.


Sebelum keadaan lebih parah dan sebelum beban dipikul kerajaan bertambah berat serta sebelum Anwar makin dipersalahkan, sebagai jalan penyelesaian, adalah disarankan agar KP SPRM itu sedia berlapang dada untuk mengundur diri.


Setelah disambung kontrak sebanyak tiga kali, berundur diri bukan bererti bersalah, tetapi demi mengharmonikan kembali keadaan negara dan tidak menjadikan kerajaan terus terbeban.


Inilah pengorbanan terbaik yang patut dilakukan Azam Baki sebagai membalas jasq Anwar menyambung kontraknya sebanyak tiga kali.


Selepas berundur nanti, berehat dan bersaralah wahai Azam Baki dengan tenang hati. - ShahburinHusin 13Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/sebelum-pmx-terus-terbeban-lebih-baik-azam-baki-berkorban-undur-diri/





NOHHHH... SELINAP DUIT



Zainuddin Omae


 RM1.11 bilion adalah satu jumlah amat besar yang diselinap oleh seorang menteri, kalau benar.





NANTIKAN MALAM INI