HADI TIADA BUKTI PKR BELI 2 ADUN- BAKAL DISAMAN

Samada ada usaha beli ADUN atau tidak kita tidak tahu. Presiden PAS pun tak beri apa- apa bukti.

Tapi, FAKTA yg tidak boleh dinafikan adalah:

1) Setelah Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, beliau kekal sebagai MB kerana formula PAS (15) + UMNO (13) + Khalid Ibrahim = 28.


2) Presiden PAS telah redha PAS bersemenda dgn UMNO demi mengekalkan Khalid Ibrahim.

3) Manakala PR pula berdiri dgn 28 ADUN (PKR(13) + DAP (15)). Namun, Speaker Dewan adalah dari DAP menjadikan PR hanya tinggal 27 suara sahaja

4) Khalid Ibrahim berjaya mengekalkan kuasa dgn majoriti 1 kerusi.

5) Maka, dengan tindakan dua ADUN PAS memihak kepada Pakatan Rakyat, formula di atas berubah. Pakatan Rakyat menjadi 30 kerusi di DUN Selangor menjadikan Pakatan Rakyat partai majoritas.

Konklusinya:

1) Tindakan Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menguatkan Pakatan Rakyat.

2) Tindakan Haji Hadi MENGHANCURKAN Pakatan Rakyat.
Ini adalah FAKTA dari krisis MB yang berlaku di Selangor.
Cerita kononnya ADUN dibeli dsbnya hanyalah cakap-cakap kosong.

Kita wajib rujuk pada fakta bukan tuduhan rambang
Fakta menunjukkan betapa jahatnya Presiden PAS meletakkan kepentingan pribadi di atas kepentingan parti dan perjuangan


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

“Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?





Amaran BERSIH: Demokrasi berparlimen boleh runtuh...

BACA TAJUK DI BAWAH BAGAIMANA SISTEM INI BERLAKU DI PERAK 2009


http://wrlr.blogspot.com/2014/09/terkiniwajib-baca-isu-mb-hadi-tegak.html


Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

“BERSIH 2.0 menggesa semua pihak hormati peraturan, yang termaktub bukan sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUn) mesti mendapat keyakinan majoriti ADUN lain,” katanya.

Maria berkata, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.

(TERKINI) ISKANDAR: 'Bukan saya yang jadi MB Selangor', Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'

http://wrlr.blogspot.com/2014/09/terkiniwajib-baca-isu-mb-hadi-tegak.html


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.

Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut.

"Saya difahamkan bukan saya.

"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Iskandar mengulas kemungkinan bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu selain dua calon lain yang disebut-sebut iaitu ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Astro AWANI sebelum inimenerima salinan kad jemputanistiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa ini jam 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Teka-teki siapa akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab pada Selasa.

LaporanBernamasebelum ini yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor mengesahkan PAS menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun nama calon-calon berkenaan tidak didedahkan.

Astro AWANI sebelum ini memetik sumber yang memberitahu,99 peratus kemungkinan Azminakan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KEADILAN,Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu pihak Istana Alam Shah mempertimbangkannama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan berkenaan.

Tambah Saifuddin, sebarang berita kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan untuk menerima Azmin adalah tidak tepat, selain tetap dengan keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Astro AWANI masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan mengenai isu pencalonan menteri besar daripada Dr Ahmad Yunus.

Tiada kompromi pilih Wan Azizah calon MB, kata PKR

Aku percaya jika calon pas naik menjadi MB...sah pilihanraya negeri Selangor. Ini memerlukan Pas mengkaji semula peranan dalam Pakatan , atau bertanding bersendirian lebih bermaruah setelah bertelagah mengenai jawatan MB. Di ketika inilah PAS dijangka akan kehilangan lebih separuh dari apa yang dimenanginya


Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.PKR hari ini sekali lagi menegaskan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap menjadi pilihan parti itu bagi jawatan menteri besar Selangor dan tiada kompromi dibuat bagi menukar pendirian itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, desas desus mengatakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan melantik calon lain adalah tidak tepat.
"Sebarang berita kononnya Anwar bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.
"Keputusan dan pendirian PKR adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berperlembagaan.

"Maka, sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa PKR berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini," katanya dalam satu kenyataan. – 21 September, 2014.

TERKINI.WAJIB BACA ISU MB, HADI TEGAK BENANG BASAH

OLEH : Amirulmukminin


Muktamar PAS ke 60 sewajarnya digunakan untuk mendamaikan suasana. PAS yang bertelagah dengan PKR seharusnya berdamai jika tahaluf siyasi mahu diteruskan. PAS tidak mahu meninggalkan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tidak perlu lagi dipanjangkan perkara yang menyentuh pertelagahan kedua belah pihak seperti isu perlantikan MB Selangor, Langkah Kajang dan sebagainya.

Sebaliknya, Hadi meneruskan ketidakpuasan hatinya berhubung isu perlantikan MB. Mendakwa PAS perlu campurtangan kerana terdapat isu sultan dan menjaga agama di sebalik pertukaran MB itu.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu kita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Hadi.

Sebelum isu menjaga sultan dan agama ditimbulkan ada baiknya Hadi menajamkan semula ingatannya ketika beliau bersetuju PAS membawa kes penggulingan MB Perak Nizar Jamaluddin ke mahkamah pada 2009. PAS berkata MB Nizar dilucut jawatan secara tidak berpelembagaan oleh sultan Perak. Tindakan mahkamah diambil atas restu Hadi.  Adakah ketika itu PAS tidak terfikir sultan menjaga agama dan perlu ditaati seperti di Selangor?

Ataukah apabila PAS yang terkena batang hidung maka ianya berbeza. Apabila PKR menghadapi masalah dengan istana maka PAS perlu campurtangan menyelamatkan air muka sultan.

Konsep Westmister


Bukankah PAS bertindak pada 2009 berasaskan konsep raja berperlembagaan? Konsep itu diambil daripada British yang tidak membenarkan raja campurtangan dalam pemerintahan. British yang meninggalkan Tanah Melayu, melalui suruhanjaya Reid, menggariskan perlembagaan yang mirip perlembagaan British.

Raja di Selangor tidak sama dengan Emir Kuwait. Kuwait menganjurkan pilihan raya selepas dibebaskan oleh Amerika dalam Perang Teluk pada 1990 lalu.  Tetapi Emir berkuasa penuh untuk memilih sesiapa sahaja yang disukai menjadi ketua kerajaan.

Sultan Selangor terikat dengan amalan westmister, begitu juga sultan Perak sebelumnya. Majoriti Dewan menjadi penentu. Sekiranya Dewan tidak bersetuju dengan calon pilihan sultan maka Dewan boleh membuat undi tidak percaya.

Tidak diketahui dari manakah Hadi mengambil konsep menjaga raja, adakah dari Umno? Parti pemerintah BN pun menggunakan raja dalam beberapa perkara tertentu untuk memudahkan mereka merompak kewangan negara, bukan menjaga raja.

Hak raja untuk memulangkan semula undang-undang yang dilulus Dewan Rakyat misalnya tidak lagi terpakai. Sebaliknya, undang-undang akan terus dikuatkuasa sama ada raja bersetuju atau tidak, sebaik sahaja dilulus Dewan. Maknanya, konsep pemerintahan negara ini meletakkan raja hanya sebagai simbol dan tiada kuasa veto. Adakah PAS mahu meminda perlembagaan memberi raja kuasa mutlak?

Hujah Hadi yang berbelit-belit mengaitkan sikap rajuknya dengan PKR kerana tidak dirundingi sebelum mengganti MB Selangor pula akan memeningkan pengundi atas pagar serta bukan Islam.

Hadi mengakui Pakatan tidak mempunyai perjanjian yang mantap dan merupakan perikatan longgar tetapi bukanlah  longgar serba serbi sehingga tidak mampu mentadbir dengan berkesan sebagaimana ditunjukkan dalam krisis Selangor.

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," kata hadi dipetik.

Hadi mengakui tiada persefahaman tetapi penasihat seumur hidupnya, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali telah dua kali menegaskan kerusi MB adalah milik PKR sebelum Anwar bertindak menukar Khalid pada Julai lalu.

Jika PAS ingin campurtangan sebaik-baiknya PAS mengumumkan yang mereka ingin dirundingi dan tidak membantahnya melalui pelbagai sabotaj.

Sebelum ini, perlantikan MB Kelantan seusai PRU 13 misalnya, tidak pernah dirundingi PAS dengan rakan komponen lain. Hanya perlantikan MB Selangor sahaja yang lambat kerana PKR ingin menukar Khalid tetapi PAS berdegil. Hadi menghantar surat mencadangkan nama Khalid kepada sultan Selangor, diikuti DAP dan PKR tiada pilihan. Tidak wujud pula konsep rundingan meja bulat, budar atau rundingan kedai kopi sebaik sahaja PAS ingin menyokong seseorang calon.

Sepatutnya PKR yang merajuk, bukan Hadi. PKR dibuli kerana mereka parti baru. PAS tidak membenarkan PKR membuat keputusan sendiri. Mati hidup balik, PAS tidak akan berani campurtangan jika DAP ingin menukar Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Sepatah haram Hadi tak akan bersuara mahu dirundingi terlebih dahulu mengenai jawatan ketua menteri. Belum lagi insiden di peringkat akar umbi  yang mana di Kelantan dan Terengganu, PKR dipandang tidak wujud dan tenaga mereka diperlukan hanya sebagai macai memasang bendera pilihan raya sahaja.

Bukan Islam sinis

Sikap ‘tidak berhemah’ golongan agamawan inilah yang kini dipandang jelek oleh bukan Islam. Kepercayaan bukan Islam terhadap PAS semakin kritikal. Apatah lagi berhadapan dengan kempen Hudud. Mereka yang mahu percaya Hudud hanya untuk orang Islam mungkin selepas ini akan sangsi kerana sikap PAS yang sering tidak menepati janji.

Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menepati janji dalam Hudaibiyah biar pun merugikan orang Islam buat sementara. Apabila bukan Islam yakin orang Islam mampu memegang amanah maka sebaik sahaja kuasa Islam menakluk maka mereka tidak akan bangun memberontak dan meneruskan perang.

Namun dengan sikap PAS yang berbolak-balik tidak ramai bukan Islam yang sanggup menerima janji PAS. Natijahnya, dalam PRU 14 PAS akan kalah banyak kerusi di kawasan undi penentu adalah bukan Islam. Atau lebih baik PAS sedar diri dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR sebelum kalah.

Itu pun jika mereka boleh berfikir dalam kerangka strategi tetapi jika berfikir bahawa PKR parti mentah dan tidak berguna tanpa Anwar maka bersedialah untuk kalah. Cuma, yang hebatnya, apabila kalah PAS akan berkata itu takdir Allah tanpa memeriksa kelemahan diri mereka sendiri.

BOLEH "BLAH" KATA LIDAH PENGARANG

Kalo korang panggil aku "Anwarinas" aku panggil korang "Najibrinas"
Kalau ko panggil kitorang "Geng Ketum" kitorang panggil korang "Geng Pil Kuda'
Kalo korang panggil kitorang parasit kitorang panggil korang "pengkhianat"

Ancaman jelas dan benar melalui ucapan Hadi





Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadikan Malaysia negara Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadikan Malaysia negara Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas visinya yang jelas dan jujur mengenai pendirian parti Islam pimpinan beliau itu.
Ucapannya semalam sebenarnya berita baik bagi rakyat Malaysia. Sudah terserlah kini, golongan yang dikatakan puritan, atau agamawan, perlu ditolak oleh mereka yang menyangka parti ini bersifat berbilang kaum dan agama.
Ia bukan lagi begitu. Ia sebuah parti Islam yang mahu menjadikan Malaysia negara Islam, diperintah di bawah undang-undang ketat bersifat puritan dan hukuman yang mereka harap dapat menghalang jenayah dan salah laku.Pernah mereka menamakannya negara Islam berkebajikan, tetapi ia hanya samaran bagi apa yang Hadi mahukan selama ini – sebuah negara Islam.
Walaupun beliau berkata PAS tidak boleh dipergunakan oleh sesiapa pun untuk mencapai cita-cita mereka, Hadi tidak terkecuali dari memperalatkan Pakatan Rakyat (PR) bagi cita-citanya sendiri.
Itu tidak dinamakan menepati Islam, tetapi ialah satu cita-cita politik. Hadi merupakan seorang politikus yang menggunakan Islam bagi mewajarkan tindak-tanduknya dan memenuhi kepentingan beliau.
Dari ucapannya, PAS yang dipimpin Hadi berada di garisan sama yang diduduki parti itu pada 2004, ketika sikap “hardline” dan konfrontasi beliau tersungkur di tengah pentadbiran terbuka Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kemenangannya di Terenganu pada 1999 cuma seketika, lebih merupakan reaksi terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada visi jelas Hadi memperjuangkan negara Islam.
Barisan Alternatif (BA) yang disertai Keadilan, PAS dan DAP tidak bertahan lama kerana kedegilan Hadi mempertahankan pendirian negara Islamnya.
Tetapi parti golongan konservatif itu mampu bertahan dalam arus perdana kerana setelah kehilangan kuasa, ia menjadi sebahagian PR, dan tampak menerima prinsip kerjasama politik sekali lagi pada 2008.
Namun penyakit angkuh dan budaya bodoh sombong kini menjangkiti PAS di bawah Hadi. Wujud satu ancaman yang jelas dan nyata apabila Hadi rasa dia tahu apa yang terbaik untuk Malaysia.
Sehinggakan dia kini percaya dia dapat memaksa agenda puritan ke atas PR dan Malaysia keseluruhannya. Baginya, partinya dan PR perlu tunduk kepada visinya atau pergi jahanam.
Sekurang-kurangnya beliau jujur tentang itu. Begitu juga, rakyat Malaysia perlu jujur tentang apa yang mereka rasa terhadap visinya untuk Malaysia.
Mesej Malaysia terhadap Hadi dan ahli partinya ringkas: boleh belah. – 21 September, 2014.

AJK PAS BERPURA PURA UNTUK CARI MAKAN. MAT SABU KUTUK BALIK










 Tiada lagi maklumat tentang mamat ini kecuali sebagai wakil WP dalam Muktamar PAS 60 dan doa laknatnya. Cari atas nama Azahar Yaakub, jumpa ini:

ORANG YANG SAMA?

Syarikat konsultansi ini menjalankan beberapa program dengan agensi yang dikawal oleh Kerajaan @ BN, termasuk IPT (Detail di sini).

Oleh kerana itu Yong faham kenapa dia tak guna nama sebenarnya dalam PAS. Jika tersebar, kemungkinan besar sumber rezeki syarikat konsultansi ini terjejas. 

Sudah tentu dia amat memahami karektor UMNO dalam memilih syarikat konsultansi untuk membuat program motivasi, etc. Kalau syarikat itu menjurus pada pembangkang, siaplah kau!

Dia tahu UMNO itu jenis apa kalau dapat kuasa. Boleh dikatakan hampir semua ahli PAS faham apa makna kezaliman. Tetapi mamat ini cakapnya menentang dasar BN, tetapi memilih untuk tidak memahami mengapa dua orang ADUN PAS memihak kepada PR (DAP dan PKR). Kenapa masih mahu menyokong:

PAS 15 + UMNO 12 + BEBAS 1 = 28?

Kecuali dia ada agenda sendiri...

Kedua ADUN PAS itu cuba menyelamatkan situasi Kerajaan Selangor jatuh kepada BN melalui kerjasama seperti di atas! 

Seorang pakar motivasi (dia mengaku master trainer), sudah tentu tahu perbezaan antara dogmatism, dan motivation. 


DARI YONG SUKA KUNING

SEBUT BARUA CAM BAGUS




Bagaimana pulak dengan berusaha nak ber UG ? Tak suka boleh bawa keluar ahli atau keluar dari Pakatan.Tidak ada sesiapa pun nak menghalang kalau hanya untuk mendapat sokongan india dancina di bandar.

Kenapa nak campur tangan jika hanya ada menantu dan menjadi barua di GLC.

(function() { var d = document, w = window; w

FUHH HEBAT....SAMPAI 3 KALI...

  MOHD MUKHLIS Subhanallah, kawan Tan Sri Annuar Musa kat Rome tu sudah arwah saing dengan makcik kiah dan makcik teksi Langkawi ke? Luar b...