OWHHH NI KERAJAAN KUASAI MAHKAMAH KA



Kerajaan kuasai mahkamah? Mahkamah kita tiada kebebasan? PM masuk campur urusan mahkamah?   Tak dengar pulak mana-mana pemimpin PN cakap macam tu, kan? Kritikan terpilih betul la dorang ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KHAWARIJ TAK BOLEH PERINTAH NEGARA.

 



PAS memerintah Malaysia? PM dari PAS? Wana'u zubillah. Minta dijauhkan.


Baca tajuk je serta merta aku teringat zaman dulu, masa pemerintah ada isteri ramai dan gundik. Itu perkara pertama bermain dalam kepala aku.


Kemudian terbayang betapa kezaliman dan ketidak adilan akan berleluasa. Pemerintah boleh buat apa mereka nak. Rakyat kalau buat, akan dihukum.


Contoh macam pandu uji raptor. Rakyat pergi solat berjemaah pun kena gari masa PKP. Tapi pemimpin boleh selamba pandu uji kereta.


Bukan setakat itu je, orang yang dedahkan perkara itu pula yang ditekan dan dipandang sebagai jahat oleh pengikut mereka. Nak adil macamana?


Kita pun semua nampak, bila PAS buat, berderet dalil mereka keluarkan. Tapi bila orang lain buat hal sama dan merugikan PAS, serta merta jadi haram.


Hukum Islam pun jadi tunggang langgang. Fatwa diubah sesuka hati. Ikut kesesuaian PAS yang jadi kerajaan masa tu. Tengoklah, rasuah jadi sedekah, menipu pun dah dihalalkan. Rosak agama.


Pembangunan pun akan ke laut. Hancur terus. Cuba tengok negeri yang PAS tadbir. Tak ada satu pun yang punya pencapaian yang boleh dibanggakan.


Ada banyak lagi kalau nak disenarakani. Sejarah membuktikan yang PAS parti yang bolak balik, tak konsisten, tak ada hala tuju dan paling penting, tak ikut Islam sebagaimana yang Nabi saw ajarkan.


Jadi minta dijauhkan. Negara ni mesti diselamatkan  dari dihancurkan oleh tangan-tangan pemimpin PAS demi masa depan generasi kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX DAH JELASKAN DALAM DEWAN....IKUT SUKA KAMU LAH WAHAI PEMBANGGANG.

 



Tak habis lagi isu peruntukan ni. Tapi cuba Korang baca, Tuan Ibrahim kata terpulang kepada Ketua Pembangkang. Disebabkan Ketua Pembangkang enggan berunding, jadi sebenarnya yang aniaya MP pembangkang adalah Ketua Pembangkang sendiri.


Tak usah tanya la soal rundingan. Sebelum ini masa Ismail Sabri perkenalkan rundingan untuk dapatkan peruntukan, Tuan Ibharim dan Hamzah ada dalam kerajaan juga. Masa tu tak bunyi sikit pun. Sekarang ni bila dia sendiri kena berunding, dia persoal pula.


Kalau kata dah runding, tapi tak dapat kata sepakat sebab kerajaan tekan pembangkang, itu lain cerita. Ini mulakan rundingan pun tak nak. Nampak fishy sangat. Dari sini kita boleh simpulan pembangkang ada niat tak baik. Sebab tu la takut nak berunding. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

INGATAN TULUS IKHLAS . BUKAN APA PERMAINAN PERSEPSI BAHAYA.

 


TERKEDU DIBUATNYA

 

Che Ibrahim.


Yeyyyyy kerajaan akan bertukar... Tentu walaun bersorak gembira dan tak sabar menunggu detiknya





AL MAKLONG BERAS MAKIN MAHAL....KITA JANGAN MAKAN NASI




 Keras hidup sekarang ni. Rakyat tengah susah. Nak beli beras pun tak mampu. Kerajaan hari ni tak buat apa pun nak bantu rakyat, kata walaun. Meanwhile di Kota Bharu, Kelantan... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEH..KEH..KEH..NAYA NAYA


 Umum bilion bilion,mega sana sini sampai walaun melopong.....satu habuk pun tarak.

Hutan,balak,bukit,gunung,airterjun hancur ada la.

Bangang punye zanussi.😂








AKTA PERKAHWINAN PERLU DI PINDA.




Che Ibrahim


 Kerajaan perlu mengkaji kesesuaian Seksyen 23, Akta Membaharui Undang Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 (Akta 164) untuk diamalkan masa kini berhubung tatacara pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.


Kajian ke arah meminda peruntukkan tersebut mungkin amat diperlu masakini untuk menutup lubang lubang fitnah, lebih lebih lagi dalam situasi ada puak puak yang mengaku berjuang Islam, tapi amat gemar menggunakan fitnah sebagai peluru mereka.



PEMNAMBAHBAIKAN ASET DAN KEMUDAHAN ANGGOTA.




 Hari ini saya diapit Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan sewaktu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) Dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).


Saya dimaklumkan, perjanjian ini melibatkan perpindahan dan pembangunan semula aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Pusat Latihan bagi Kor Polis Tentera Diraja iaitu PULAPOT, Markas Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan – kemudahan yang berkaitan.


Kompleks baharu, ditambah kebhinekaan kemudahan-kemudahan yang ada, pastinya membantu warga kerja pertahanan yang terdiri daripada anggota ATM, warga veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki rumah yang selesa di Kuala Lumpur di bawah harga pasaran.


Pembangunan aset ATM dan pembangunan perumahan ini adalah selari dengan matlamat Kerajaan untuk menjaga kebajikan bertunjangkan Konsep Malaysia Madani yang mana bakal memberi faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan masyarakat sekitar kem.


Saya berharap ini bakal menjadi pemangkin agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik.


#MalaysiaMADANI



UNTUK DILELONG

 

Helikopter untuk dilelong, untuk bayar hutang.




ANWAR BUKAN JENIS HANGPA NAK GEMPAQ...SILAP ORANG LA....

 

Kihkihkih... Baru je hari tu berangan nak buat DS Anwar takut. Tau tau negeri dia pula yang bergolak. Adoi la. Macamana DS Anwar nak takut ni? Guane boh?


Raja Gelap II 


.


DAJJAL MUNCUL DARI BARISAN PASUKAN KHAWARIJ



"Akan muncul sekelompok pemuda yang (pandai) membaca Al-Qur‘an namun bacaan tersebut tidak melewati kerongkongnya. 


Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas.


” Ibnu ’Umar berkata: ‘Saya mendengar Rasulullah mengulang kalimat: “Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas” lebih dari 20 kali.’ 


Kemudian baginda berkata: “Hingga muncullah Ad-Dajjal dalam barisan pasukan mereka.” [HR. Ibnu Majah]



NAK BOIKOT AKHBAR SINAR. BOLEH JA KITA DAH BIASA DULU AKHBAR UTUSAN DAN JUGA BH..AKHIRNNYA BANGRAP AKHBAR TU DAN RAMAI YANG TIADA KERJA

 

Kalau betul berita ini, Jom pakat² kempen BOIKOT Sinar Harian kerana rasuah. Kita haramkan RASUAH dlm negara kita.




RAKYAT TAK BODO NAK NILAI AKHBAR SINAR




 Sinar masih syok sendiri. Masih merasakan mereka neutral. Dan paling dahsyat, kononnya tuduhan tak neutral tu datang dari penyokong PH yang marah sebab Sinar neutral, tak condong kepada PH.


Rakyat tak buta dan tak bodoh sampai tak tahu nak menilai bagaimanakah yang dikatakan neutral dan bagaimana pula yang berpihak. Di ruangan komen, ramai yang hentam. (https://tinyurl.com/advunffa). Ramai tak bersetuju Sinar masih neutral.


Ini jawapan aku pada post tersebut. Bagi aku, yang paling jelas sifat bias Sinar bila berita PN yang tak berfaedah pun jadi headline. Manakala perkara baik yang dibuat oleh kerajaan, tak dilaporkan.


Rasanya wartawan Sinar dah ramai yang tinggalkan kewartawanan dan berubah jadi kolumnis. Mereka menulis ikut kecenderungan politik mereka, tanpa lagi mempedulikan kebenaran. Itu masalah Sinar.


Tak pasti kalau Sinar akan berubah selepas ini. Tapi mungkin tidak. Mungkin Sinar kena tukar wartawan mereka baru boleh mulakan kembali. Kalau tidak, Sinar akan kekal jadi Sinar Harakah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LEKEH SANGAT INTERGRITI SINAR NI YA.

 



Hm... Kalau dalam dunia politik hari ni, RM38,160 tu kecik sangat. Kalau betul Wan Saiful beli integriti Sinar dengan jumlah sebanyak tu, memang murah sangat la. Low class.


Sebagai media yang mendakwa bebas, Sinar tak patut biarkan berita ni tersebar begitu je. Identiti individu yang buat dakwaan ni tak disembunyikan pun. Sinar kena saman la.


Kalau Sinar buat tak tahu, jangan salahkan rakyat kalau percaya Sinar memang tak ada integriti dan boleh dibeli dengan murah. Low class. Takkan nak biarkan je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WAYANG PAS



Kita bagi fakta, macam mana PAS bela undang2 syariah ketika mereka berkuasa. 


1. Kes Iki Putra diputuskan pada tahun 2021. Ketika PAS jadi Kerajaan. Mahkamah Persekutuan buat keputusan untuk ketepikan Undang2 Syariah Negeri Selangor. Apa yang PAS buat masa tu? Nada. Ada ambil tindakan kepada Iki Putra? Ada nak buat pindaan undang2? Tiada, sebab syok berkuasa. 


2. RUU 355 untuk buat Undang2 Hudud di Malaysia, mereka peramkan saja. Presiden PAS bentang tahun 2016 lagi, tapi taknak bahas dan taknak undi. Sampai lah ke hari ni. 33 bulan pun tak nampak prioriti. Banyak berdalih. Nampak sangat hanya retorik politik.


3. Cabutan judi naik ke 22 kali dari 8 kali. Ketika Pas memerintah Malaysia. Ini bab yang ironi sekali. Kalau bab kawal Judi pun fail, jatuh masa DAP lead MOF pulak lagi baik, ada hati depa nak kata depa lagi bagus nak tegakkan undang2 Islam di Malaysia? Orang lain semua fail? 


Saya bagi 3 dulu. 3 ni pun dah cukup nak tunjuk, bila PAS memerintah negara, mereka terpaling gagal buat kerja.


Bila jadi Pembangkang, baru bangkit semuanya. Islam yang nak dibela, versi mana? Kalau masa berkuasa pun judi dinaikkan, undang2 syariah pun diketepikan. 


Rakyat tak mudah lupa ya. 


Sudah2 lah tunggang agama. Hanya kerana kemaruk nak berkuasa semula. 


~LM~



KEH..KEH..KEH...SANUSI SANUSI....


 

TAK CERMIN DIRI BETUL


 

DALAM RADAR PDRM DAH KAKI FITNAH NI


 

BEKAS HAKIM PUN CELARU


 

𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗗𝗚𝗘𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫. 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 𝗜𝗡𝗜


1. Bila Hj Hadi mula bahas budget 2024 dengan sinis bacaan ayat Al-Quran PMX yg dikatakan 'Tidak lengkap umpama pakai kasut sebelah' dan MP PAS gelak beramai-ramai, Saya terus teringat akan Hadith Nabi SAW berkenaan Khawarij.


2. Saya cuba Husnu Zhon. 2 Hari saya pendam fikiran saya ni. "Argh.. tak mungkin Haji Hadi buat seperti amaran Nabi ni". Pujuk hati saya.


3. Hari ni saya buka pula perbahasan Hj Hadi untuk budget 2023 (Budget pertama PMX). Astaghfirullahal 'Azim. Rupanya sama.


4. Di akhir pebahasan, Hj Hadi kritik bacaan Ayat PMX berkenaan ucapan Nabi Yusuf dalam Al-Quran. Setelah dikritik beberapa perkara akhirnya dia ulas: "Jangan kita baca ayat Al-Quran sahaja, (tapi) tak kena pada tempatnya".


5. Saya faham, Haji Hadi sangat hebat dalam ilmu Al-Quran, saya sentiasa berdoa supaya dia dijauhi penyakit Khawarij dan diberi Husnul Khatimah.


6. Khawarj Abdurrahman Muljam pembunuh Saidina Ali bukan hanya hebat ilmu Al-Quran, malah penulis wahyu Rasulullah, guru Al-Quran zaman Sahabat. Semasa dihukum bunuh balas, mulutnya membaca Al-Quran.


𝟳. 𝗦𝗮𝗯𝗱𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗵𝗮𝗹 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷: "𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗻𝗰𝘂𝗹 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘂𝗺𝗮𝘁𝗸𝘂, 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮..." 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘁𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺.


8. Saya bimbang setiap kali PMX membaca Al-Quran untuk jelaskan asas keputusannya, maka dikritik PAS seolah tafsiran mereka sebenarnya lebih tepat.


9. Ayat yang dibaca oleh PMX dalam budget sentiasa dibaca oleh Khatib Khutbah Jumaat. Rupanya sekian lama masyarakat Malaysia baca tak lengkap seperti 'pakai kasut sebelah'.


10. Ayatnya: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi" (Surah al-Qasas, 28 : 77).


(Harap semua yang baca artikel ini jagalah komen dan doa yang baik2.)


Ahmad Mursi



10 CIRI-CIRI KHAWARIJ YANG ANDA HARUS PERHATIKAN


1. Puak yang berpolitik guna nama dan slogan Islam.


2. Pemimpin dan Pengikut dijangkiti penyakit maki-hamun, melaknat, cerca.


3. Anggap mereka sahaja pejuang Islam dan mewakili Islam.


4. Anggap lawan mereka 'musuh Islam'.


5. Panggil lawan mereka Kafir, murtad, munafiq, musuh Islam, anti-Islam.


6. Penyakit Khawarij tidak berlaku kepada Komunis, Atheist dll. 


7. Hanya menjangkiti 'Puak Islam' yang kuat ibadah tapi Ghuluw dan Takfiri.


8. Mereka hebat baca Al-Quran dan anggap Al-Quran sentiasa sebelahi mereka (tunggang) tapi buat tindakan yang Al-Quran laknat.


9. Solat dan Puasa mereka luar biasa. Hingga selalu tayang kepada umum dalam masa sama perlekeh ibadah orang lain.


10. Tafsiran nas agama terlalu cetek dan memaksa orang lain untuk punyai kepercayaan seperti mereka.


Ahmad Mursi



KOMAN AIIIIHHHH HARAKAHDAILY. TAU LA BERAT NAK BAYA HUTANG. TAK KAN LAH BERITA LEKEH SANGAT....








 Ish ishhh ishhhhhh...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️.. 

Harakahdaily kot yer pun letaklah gambar Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor... Nih tepek posting main gitu-gitu jerrr... Awat cenggitu... Mcm portal tabloid low class jerr... . Ish ishhh ishhhh... 


Tengok portal2 berita lain dalam posting semua ada sertakan gambar baginda Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar...



KEMENTERIAN PENDIDIKAN PATUT HANTAR PEGAWAI BERSAMA SPRM. DATANG LAH MELAWAT KE ULU TEMBELING DIMANA KONTRAKTOR DAKWA KOS SAMPAI CECAH 30K....KUALITI TANDAS MACAMANA ? SILA DATANG. JANGAN BANYAK LENA..


Yeong Syefura





Hari ini saya telah melakukan pemeriksaan mengejut ke sebuah sekolah untuk melihat hasil kerja kontraktor untuk projek baik pulih tandas. Setiap sekolah menerima Rm70 ribu untuk membaik pulih tandas-tandas pelajar yang rosak. 


Hasil pemerhatian saya adalah amat mengecewakan. Saya faham nilai rm70 ribu bukan nilai yang besar namun ia juga bukan jilai yang terlalu sedikit,  apakah kontraktor ini mengambil kesempatan dengan tidak membuat kerja sebaik mungkin? Ini baru 2 keping gambar yang saya letak kan disini. 


Ada pelbagai isu yang saya lihat dalam pemerikasan tersebut yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak kontraktor dan pihak PPD. 


Saya akan membuat pemantauan tandas-tandas ini di sekolah-sekolah lain juga. Saya tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang memandang ringan akan isu ini.



DIA MEMANG TAK CERDIK DAH. TAPI YANG PILIH DIA PUN LAGI TAK CERDIK.




 Aku sampai sekarang pelik mana PN kutip calon PRU dulu. Semuanya nampak jelas tak cerdik. Tak reti nak beza antara sembang kedai kopi, ceramah dan sidang parlimen. Apalah malang negara ni bila makhluk yang begini dungu pun boleh jadi Wakil rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KALAU HANG NAK PI BERJUANG PI LA


Norman Radzuan


ISU PALESTIN PUN MASIH BERPOLITIK






Saya dah tak mampu berhujah dgn puak ini. Masa mereka jadi kerajaan mereka berkata “Malaysia berkecuali dalam isu Timur Tengah”…. Lebih teruk dari itu kapal terbang Israel pun dpt lalu ruang udara negara. 


Tak tahu lah dlm isu Palestin pun mereka masih ingin berpolitik. Bagaimana ramai org Melayu boleh percaya dgn mereka ini… saya betul2 angkat tangan (‘speechless’). 


Beginilah saya nak minta kerajaan tawarkan brother lebai ini berjuang ke Palestin. Saya sanggup belikan tiket kapal terbang utk dia jika dia sanggup ke sana berjuang dgn pejuang2 Hamas.



LARANG GUNA PERKATAAN LABEL SESAMA SENDIRI

 


Che Ibrahim


Sepatutnya larangan melabelkan sesama sendiri (larang MP label MP lain) dengan gelaran Zionist, yahudi, kafir diperluaskan bukan sahaja dlm Parlimen dan tidak terhad setakat MP shj.


Jangan mudah mudah melabel semua orang yang kita tidak suka atau benci dengan label kafir, yahudi dan Zionist.


BILA ALLAH SWT GUNA PERKATAAN KAFIR?


Che Ibrahim


Dalam Al Quran, hanya 2x Allah menggunakan perkataan "kafir" kepada orang bukan Islam, selebihnya Allah guna perkataan 

- Wahai manusia

- wahai anak Adam

- wahai hamba Ku dll


1. Dalam surah Al Tahrim ayat 7:


يا ايها الذين كفروا لا تعتذروا اليوم إنما تجزون ما كنتم تعملون.


( wahai puak kafir janganlah kamu berdalih dalih untuk berlepas diri pada hari ini(hari khiamat), sesungguhnya kamu akan dibalas mengikut apa yang telah kamu lakukan).


Maknanya di hari pembalasan nanti, di mana tidak ada lagi peluang kedua untuk manusia jenis ini untuk membela dirinya, lalu Allah gunakan kalimah "kafir" kepada puak ini kerana peluang untuk mereka kembali beriman telah tertutup atau telah tiada lagi. 


2. Dalam surah Al kafirun


قل يا أيها الكافرون.....لكم دينكم ولي دين 


(Wahai orang kafir..... Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku)


Maknanya perkataan "wahai puak kafir" hanya diguna di kemuncak urusan dakwah apabila puak ini sudah tidak ada ruang lagi untuk didakwah, penentangan mereka sudah berada ditahap paling kemuncak sehingga mereka menawarkan utk bergilir gilir menyembah tuhan.... aku sembah tuhan mu setahun, tahun berikutnya mu sembah tuhan aku pula setahun, lalu Allah perintahkan kepada Nabi Muhammad saw:

"Katakanlah kepada mereka.... wahai orang orang kafir, kami tidak akan sembah apa yang kamu sembah Dan kamu tidak akan sembah apa yang aku sembah....." 


Kalaulah tidak ada perintah Allah ini dengan khitab.... "Wahai orang orang kafir" @ قل يا ايهاالكافرون ... barangkali Rasulullah saw masih terus dgn istilahnya:

"wahai bapa saudara ku",  

"wahai kaum ku", 

"wahai manusia"  

ketika bercakap dengan musyrikin Mekah dan lain lain puak bukan Islam. 


Oleh itu dakwaan kita perlu guna perkataan "kafir" kepada orang bukan Islam kerana itulah istilah yang Allah panggil adalah satu pembohongan yang lahir dari kebencian dan permusuhan yang tidak berasas sedangkan ianya bukan dari ajaran Islam.



PEMBANGKANG YANG CERDIK KINI MENJADI KERAJAAN.

 

Jamzuri Ardani


Dulu pembangkang utamakan kepentingan negara ... boleh duduk semeja bincang.


Sekarang pembangkang tak ada kerja lain ... hari-hari cari jalan nak tebuk atap. 


Tak guna satu sen pun ... !


GAMBAR GAMBAR MAJLIS ILMU SRI PERDANA SEMALAM.

 











Alhamdulillah, siri Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya malam ini diteruskan dengan tausiah oleh  Tuan Guru Haji Abdullah Bin Abdul Rahman @ Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Pendang, Kedah.


Tuan Guru Abdul Rahim antara lain menyentuh petikan hadis dari Riyadus Solihin mengenai gesaan dan kebaikan membantu pihak yang berada dalam kesulitan dan dikaitkan dengan konteks penderitaan rakyat Palestin. 


Majlis ini juga menerima tetamu istimewa iaitu para tuan guru dan mudir madrasah serta pondok dari Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor yang turut hadir bertukar pandangan dalam kesempatan ini.


Nasihat, teguran dan idea dari siri majlis seperti ini amat bermakna dalam memupuk lagi budaya ilmu serta meningkatkan lagi kefahaman agama.


Semoga siri perbincangan dan pertemuan dengan para ulama seperti ini diperluaskan dengan melibatkan rangkaian institusi pondok yang lain pada masa akan datang.


#MalaysiaMADANI