LAGI SKANDAL PUTERI UMNO SABAH?




SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.

Oleh: PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)

Tokoh Umno Akan Sertai PKR Di Pahang


PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila tokoh Umno negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Kemasukan tokoh berkenaan akan diumumkan dalam satu majlis khas sempena lawatan penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim ke negeri Pantai Timur berkenaan.

Penyertaan tokoh bergelar Datuk itu kelak menyuntik semangat kepada PKR Pahang dan dalam masa sama ia memberi kesan kepada Umno.

Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin Umno veteran di Kuala Lumpur katanya membuat pilihan itu kerana kecewa dengan apa yang berlaku di dalam Umno hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya.

Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran Umno yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak lanagkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian.

Katanya perkara ini sudah pun ke pengetahuan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Adnan Yaacob dan arahan memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama Umno sedang dilakukan.


PILIHANRAYA KECIL KEMUNGKINAN DI SELANGOR


Menurt akhbar Sin Chew, ADUN yang belot dan kemudiannya menjadi ADUN Bebas telah gagal hadir selama 6 bulan dan artikel 29 kerajaan selangor menegaskan bahawa sekiranya seseorang ADUN gagal untuk hadir selama 6 bulan maka ianya boleh dijalankan pilihanraya kecil.

Badrul Hisham Shahrin yang menjadi ADUN tersebut dan bertanding di bawah tiket PKR dan kemudiannya belot dan menjadi adun bebas ,didapati telah melanggar konstitusi kerajaan selangor.

Tan Cheng Kim Speker Selangor menjelaskan bahawa beliau baru sahaja menerima berita ini dan beliau belum mengetahui dari mana rumour tersebut muncul.

WARTAMAYA MENGUMUMKAN CALON DEBAT UMI HAFILDA

JANGAN LUPA WATAK INI.YANG MASIH HIDUP..UMI HAFILDA,AZWAN DAN KHAIRUDDIN,YANG KINI MENJADI SUAMI UMI AIDA.......


Aku pernah hadir dalam satu perjumpaan dimana ketika itu Umi Hafilda berkata bahawa pihak polis tidak dapat masuk kerumsah Dr Ristina majid(kekasih aziz pendek-aka aziz samsuddin pecacai mahazalim ketika itu)


Apa yang Umi kata ialah oleh kerana mereka ketika itu sedang membaca Yassin , maka pihak polis tidak dapat masuk kerumah Dr Ristina)

Yang dengar pulak percaya membabi buta ....memang buta hati bila tengok Umi Hafilda.....


Jangan lupa akan muncul pula Khairuddin..pasangan Umi Aida yang akan membantu Umi Hafilda....

PKR umum calun debat Umi Hafilda



Ini dia calun yang di pilih oleh PKR
Mempunyai kelayakan yang sama
Pernah melakukan seks rambang
Masih dengan status andartu
Mencari makan dengan saman menyaman
Pernah cinta di tolak dan cuba untuk menyaman
Kononnya malu ...

Sekarang sedang menanti jawapan dari Ummi Hafilda
Tentukan tarikh dan tempat ..
Minah di dalam gambar ini sedia untuk berdebat

Tajuk Debat: " Bagaimana dara kita terbarai .. "

Wakakaka !!!

Nik Aziz akan hadir majlis bersama blogger


Muhamamd Yusri Amin

KOTA BHARU, 14 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tetap menghadiri majlis bersama blogger pro-Pakatan Rakyat yang dijadual diadakan esok di sebuah hotel di Kuala Lumpur mulai 8.00 malam.

Beliau yang juga Menteri Besar menaruh keyakinan bahawa program yang diatur sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama blogger itu memberi ruang yang baik kepadanya untuk berucap.

Majlis yang dijangka turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu diadakan bagi membincangkan banyak perkara termasuk peranan yang mungkin boleh dimainkan peserta itu bagi membantu Pakatan Rakyat dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya.

“Oleh itu besok saya akan memberi penerangan sama ada mereka mahu mendengarnya atau pun tidak, terserah kepada mereka.

“Saya bersedia berjumpa mereka yang dianggarkan seramai 150 orang, dan perjumpaan itu tidak sulit,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini hari ini.

Mengulas terdapat tulisan ‘mengarut’ yang ditulis sesetengah blogger di laman mereka, beliau berkata, usahkan blogger berbuat demikian, bahkan anak sendiri sekiranya menulis perkara ‘mengarut’ akan dimarahi.

“Sama ada blogger, tuk guru atau ibu bapa, serupa saja. Hidup atas dunia ini mestilah faham bahawa kita adalah menumpang di bumi Allah SWT.

“Oleh kerana kita menumpang segala perkara termasuk padi beras yang dimakan atau udara untuk bernafas, hatta manusia itu sendiri dijadikan Allah SWT, maka kita tidak boleh menderhakan Allah,” katanya.

Beliau menolak bahawa perjumpaan itu memberi ruang kepadanya untuk memberi penjelasan tentang perjumpaan yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

(function() { var d = document, w = window; w

[LANGSUNG] #AWANI745 3 Ogos 2021 | #KauBoleh