BERITA YANG TIDAK BENAR

“PKR Kuala S’gor Bubar Tidak Benar” - Syed Syahir

Friday, 22 January 2010 1:01 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : "Dakwaan bahawa PKR Kuala Selangor sudah bubar dengan peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya tidak benar," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Syed Shahir Syed Mohamud dalam suatu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Kata beliau, perlembagaan PKR jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 perlembagaan parti.

"Jika benar majoriti AJK cabang meletak jawatan, ini bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuaian dengan fasal 25.9 perlembagaan parti," kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor baru-baru ini.

Tambah Syed Shahir, Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menyiasat sepenuhnya dakwaan perletakan jawatan tersebut dan akan memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil ke atas mana-mana ahli parti yang bertindak di luar perlembagaan, selaras dengan perlembagaan parti.

Beliau berkata, perkembagan di Cabang Kuala Selangor mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding sebelum PRU-12 yang lalu.

"Jadi, saya mengesyaki bahawa perkembangan terbaru ini adalah sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," tambah Syed Shahir.

AWAS ADA CUBAAN UNTUK KERUHKAN KEADAAN

foto : malaysiakini

Awas ada lagi cubaan untuk mengeruhkan keadaan. Sebenarnya kes sebutan nama Allah telah berjaya di redakan dengan kecerdikan rakyat jelata.Kes membakar gereja yang entah siapa yang melakukannya pun telah reda. Jadi untuk nak menjadikan kes ini berlarutan maka di buatkan pula surau di bakar.



Macam peristiwa tahun 1998 sebelum DSAI di tangkap dahulu.Kekacauan di katakan berlaku di merata tempat di Pualau Pinang. Namun akhirnya yang lain di tangkap.



Jadi berita ini patut di tapis terlebih dahulu. Jadi pula di Johor........faham-faham sahajalah....