Benarkah Tun Dr Mahathir Mohammad memecah belahkan Melayu Dengan Kewujudan Parti Baru lagi?


Mohammad Mior

Kenapa ia terjadi sedemikian ?

Apakah Sengaja dilakukan tanpa sebarang sebab?

Disini saya ingin menjelaskan pendapat ringkas saya dengan penuh harapan terutama Bangsa Melayu agar kalian bersifat terbuka membuka mata hati baca,fikir Dan diam sejenak untuk Kali ini.

Tun Dr Mahathir pernah bersama sebuah Gagasan yang pernah menentang kewujudan Malayan Union pada tahun 1946-1948  ketika itu beliau Berusia 21-23 tahun selepas Akhirnya pihak British akur pada tahun 1949 Dan memberi kepercayaan kepada persekutuan Tanah Melayu,lalu parti UMNO diwujudkan 1949 bagi memulakan fokus pentadbiran dan politik sendiri Tun Dr Mahathir turut bersama UMNO Pada 1949 dengan itu Tun lebih tahu kelemahan Dan kekuatan Bangsa Melayu itu terletak disudut mana.

Pendapat saya bahawa sebenarnya Tun Dr mahathir tidaklah gemar menubuhkan sebuah Parti politik,beliau lebih tahu apa yang akan terjadi jika melakukan perkara tersebut lagipun Tun Dr Mahathir Telah bersara Terlalu lama bahkan alasan Tun Gila kuasa ataupun mahu menaikkan anaknya adalah tidak berasas sama sekali Kerana Tun mempunyai peluang berpuluh tahun untuk melakukan perkara tersebut, namun mengapa Tun Dr mahathir mewujudkan sebuah parti politik yang dinamakan sebagai PPBM dianggap pecah belahkan Melayu ini adalah kerana Kepimpinan Najib razak membawa pentadbiran secara anarki(Teruk)Tun telah menasihati Najib razak agar letak jawatan kerana Prestasi BN Dan prestasi Najib sendiri sangat teruk sehingga rakyat Malaysia majoriti berasa marah dengan beberapa inisiatif Kerajaan ketika itu seperti GST Dan sebagainya ini akan membuat kerajaan hilang sokongan,Najib razak Juga telah Mencalarkan nama baik negara dengan pelbagai Penyelewengan Wang haram Pecah Amanah salah guna kuasa Dan seumpa dengannya yang telah Disabitkan bersalah oleh Makamah pada 8 Ogos 2020.

Kali ini Tun akan mewujudkan parti yang berlainan pula yang dikenali sebagai Pejuang Tanah Air,Parti Perjuang Tanah Air Diwujudkan untuk mengembalikan Perjuangan asal Parti lama Tun Dr mahathir iaitu PPBM berasaskan Perjuangan Menolak Rasuah kleptokrasi Dan tidak mengharapkan pangkat dan Wang. Kenapa Tun Dr Mahathir Mohammad mewujudkan Sebuah parti politik Lagi yang akan dianggap pecah belahkan melayu,Ini kerana Parti lama Tun iaitu PPBM diwujudkan bagi menentang Kepimpinan Kleptokrasi Kerajaan UmnoBn kepimpinan Najib Razak sebelum PRU14 Dan Akhirnya Parti Tersebut telah berjaya Menjatuhkan kerajaan kleptorkrasi Najib razak,bersama Gabungan Pembangkang yang lain dikenali sebagai Pakatan Harapan Dan terus menguasai Putrajaya,ketika Pentadbiran Telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah Namun rupanya ada duri dalam daging yang telah merancang lama Untuk mengkhianati Kerajaan Yang telah sedia ada dengan cara langkah Sheraton Maka tidak lama selepas itu Beberapa Ahli PPBM seperti TS Muhyiden sebagai presiden parti PPBM  pada Febuari 2020  telah secara rasmi mengeluarkan Surat keluar daripada Kerajaan gabungan PH serta merta Dan nampaknya Pengkhianat telah lupa perjuangan asal mereka bahkan mereka bersekongkol dengan Musuh lamanya UmnoBN dikenali seluruh dunia sebagai kerajaan dipimpin Kleptorkrasi,ini bagi membebaskan segala kesalahan yang telah mereka lakukan dengan memberi Kepercayaan Kepada Muhyiden untuk khianat Dan keluar PH jadi PM untuk PN asalkan muhyiden perlu bebaskan mereka jika tidak,mereka tidak akan sokong muhyiden Dan keluar daripada PN ini telahpun terjadi,PAS hanyalah kacau Daun Dan bekerjasama dengan Parti yang pernah diKafirkan Mereka,Namun daripada keputusan PPBM keluar PH Sudah Tentu Dr Mahathir Secara Demokrasi Apabila Parti beliau sendiri Tidak sokong beliau mahu atau tidak,beliau wajib letak jawatan bagi mengikut amalan Demokrasi yang telah lama Wujud.

Semoga Pendapat saya yang ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi Anda keyakinan melainkan anda Tidak mahu Kaji sendiri,sentiasa mencari kesalahan Dan tidak bersifat terbuka.

Sekian Terima Kasih
Salam Perjuang Tanah Air
Jaga kebersihan!
Kerap Cuci tangan Dan Bagi yang beragama Islam sentiasalah Berwhuduk dan berselawat keatas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW. In Sha Allah.
Patuhi SOP yang Telah ditetapkan.

Ahad 16 Ogos 2020

ADAKAH BERSATU HANYA DILIHAT IKLAS MENYERTAI MN JIKA MUHYIDDIN SEGERA MELANTIK ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM


Pengumuman Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu bersetuju menyertai Muafakat Nasional ternyata mengundang lebih banyak persoalan tentang keikhlasan berbanding keselesaan, khususnya buat UMNO.
Meskipun ternampak mengalu-alukan hasrat itu, tetapi beberapa pemimpin UMNO secara terbuka membangkitkan soal keikhlasan Bersatu untuk bersama di dalam MN.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi berharap Bersatu dapat menunjukkan keikhlasan untuk bersama MN dengan tidak ada agenda lain di sebalik tabir berbuat demikian.
“Kalau mahu berkongsi, berkongsikah dengan perkongsian sebenar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan UMNO diguna sebagai batu loncatan.
“Jangan main-main dengan BN dan MN. Bila telah nampak cahaya di hujung terowong makin terang, saya tidak mahu mana-mana pihak, masih hidup atau masih mati, terhegeh-hegeh mahu bersama BN,” katanya.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin juga membangkitkan soal keiklasan Bersatu.
Kata bekas Menteri Besar Johor itu, Bersatu boleh menyertai MN, tetapi kemasukannya ke dalam gabungan itu janganlah pula digunakan untuk mendesak UMNO menyertai PN.
“Menjadi sebahagian MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian daripada PN,” ujar beliau.
Pemimpin veteran UMNO, Shahrir Samad turut membangkitkan beberapa persoalan antara yang tersurat dan tersirat di sebalik pengumuman Muhyiddin yang mengesahkan Bersatu akan menyertai MN tidak lama lagi.
Ia dengan jelas bahawa Shahrir juga ada keraguan terhadap keikhlasan hasrat Muhyiddin itu.
Namun, beliau mengingatkan Muhyiddin – “Demikian, PN sebagai suatu “Grand Coalition” bukanlah menepati kehendak akar umbi UMNO dan BN. PN adalah setakat hayat Parlimen ke-14. Pada PRU15 sudah tidak ada PN tapi adanya permuafakatan politik berasas kepada Piagam Muafakat Nasional.”
Dalam pengumumannya semalam, Muhyiddin berkata, menyertai MN adalah pilihan terbaik buat Bersatu.
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai MN yang mendokong PN sebagai gabungan besar atau the grand coalition.
“InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin.
Begitu pun, sementara kemasukan Bersatu dialu-alukan, majoriti dalam UMNO juga membangkitkan keikhlasan Bersatu bersama dengan MN.
Bukan saja Zahid Hamidi, Khaled dan Shahrir yang ada perasaan demikian, malah dipercayai sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO juga berperasaan yang sama.
Ini kerana sebagaimana yang diketahui umum, Bersatu ketika ini berada dalam kedudukan yang sangat lemah dan berpecah, berbeza dengan UMNO yang telah pulih serta bangkit semula selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.
Sekarang ini, masih adanya sokongan ahli kepada Bersatu dan Muhyiddin hanyalah semata-mata kerana parti itu berada dalam kerajaan dan Muhyiddin masih lagi Perdana Menteri.
Jika tiada semua itu, mungkin boleh dikira dengan jari mereka yang sanggup terus berjuang dalam Bersatu?
Lantaran itu, tindakan UMNO menuntut keikhlasan daripada Bersatu, sedikit sebanyak memang ada asasnya.
Cuma, bagaimana untuk mengukur dan menilai keikhlasan Bersatu itu?
Adakah Bersatu akan dilihat 100 peratus ikhlas untuk bersama MN jika Muhyiddin segera melantik Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menggugurkan semua kes mahkamahnya?
Tetapi sebelum itu, ketika Zahid Hamidi mengumumkan UMNO tidak akan menyertai PN di mana keputusan itu diambil hanya dua hari selepas Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan kemudian memaklumkan Bersatu dipelawa menyertai MN, adakah ia sesuatu yang benar-benar ikhlas?

 (Shahbudindotcom 16/08/2020)

TARIKAN UTAMA CALON PILIHANRAYA.


Rayyan Radzwil

Soalan ini agak menarik terutama untuk ditanya kepada calon2 bebas di Malaysia..

RAMAI merasakan teruja jika dipilih sbg calon PRU dan PRK ..Sebagai 1 keistimewaan..Bagi yg bebas, mereka merasa bangga menjadi tumpuan sebentar dan merasai gelombang kempen walaupun sedar RM10k deposit pasti hangus.

Disini soalan penting, adakah mereka paham apa yg menanti mereka sekiranya dipilih sebagai Adun atau MP?

GAJI DAN KEISTIMEWAAN HARTA BENDA?
Mengikut trend gaji negara, gaji MP atau Adun dianggap lumayan dan mudah untuk usaha sikit mereka..kurang2 10k habuan menanti mereka untuk 5 tahun hanya untuk hadirkan diri ke seisi.Itu pun tak potong gaji jika ponteng.Pencen usah cakap..3 tahun cukup layakkan diri untuk pencen seumur hidup..Entah apa jasa mereka pun saya tak paham..Pernah dgr politikus kaya raya tolak pencen??hahahha.

AP Kereta pasti digunakan..Keistimewaan yg kita rakyat hanya boleh mimpi untuk beli merc dgn harga honda..

GLAMOUR?
Ya, sudah tentu..Mak bapak bini anak semua bangga..Budaya kita seolah2 melihat mereka ni sebagai demi god..Sebagai insan terpilih..Bkn apa , kerana masyarakat kita nampak jadi MP atau Adun adalah lesen hidup mewah dan bergaya..Gadis2 mudah terpersona dgn jejaka berpangkat begini bukan..

KUASA?
Mana tidak..Suara mereka boleh bergegar di mana2 media..Boleh sergah polis sekalipun dgn lesen pengubal undang2..Klu dibawah parti pemerintah secara mudah mampu memiliki kuasa lebih ampuh..Projek2 kawasan takan lepas mata mereka dan become decider dlm banyak situasi.

Ya 3 faktor ini yg kebanyakan mereka dambakan..Disini mereka lupa bahawa 3 3 faktor ni bukan tujuan pilihanraya diadakan atau mereka diundi bukan.?Ada kita kisah?Ada kita ambik tahu??Kita juga agungkan mereka bukan..Klu MP lawat perkahwinan atau majlis keramaian anda, pasti anda bangga dan sampaikan berita ni kepada semua rakan2 anda bukan?

Di majlis perkahwinan atau kematian , penghormatan kepada VIP ni lah yg sering melebihi individu yg menjadi sebab majlis itu..Pengantin pun ramai tak hiraukan apabila MP yg melawat majlis itu..Begitu taksub kita dgn kuasa dan pangkat mereka bukan.?Begitu bangga melihat VIP lawat majlis anda bukan?

BERJUANG ATAS AMANAH?
Ye, inilah tugas utama kamu..Suara rakyat iaitu wakil rakyat..Sampaikan masalah rakyat setempat dan mudahkan aturcara penyelesaian masalah mereka dgn pihak berkuasa..Inilah amanah kita..

Perlukah mereka berbangga dan berlagak untuk jalankan kerja ini??

Tidak..mereka harus pikulnya sebagai 1 kurniaan Illahi yg memberikan peluang kepada mereka berkhidmat dan membantu masyarakat setiap hari dlm 5 tahun itu..Bersyukur atas peluang berpahala selama 5 tahun..Berterima kasih kepada rakyat kerana beri peluang membangunkan masyarakat setempat termasuk keluarga dan saudara kamu dikawasan itu..Bertuah kerana diberi peluang baikpulih apa2 kekurangan wakil rakyat dahulu..

Namun malangnya semua ini bukan keutamaan mereka..Bertanding suka2 dgn mengampu ketua2 mereka..Tayang muka kiri kanan..Mimpi kuasa dan pangkat..Membanggakan keluarga sendiri dgn pangkat,kemewahan dan kuasa..Malah akhirnya melompat merata2 bila dapat habuan lumayan tuk rancangan pencen mereka...Hina sgt bukan?Malangnya inilah kualiti ramai pengubal undang2 di negara bertuah ini..

Wujud lagi kah perkataan Amanah di kepala mereka?mampukan negara ni menghasilkan menteri, MP dan politikus yg sekadar naik bas ke kerja tanpa escort spt di negara Denmark??

Ya..mampu sekiranya anda rakyat henti beratur panjang di lapangan terbang hanya tuk melambai2 tangan kepada pemimpin pujaan anda yg keluar negara ngan selesa dlm jet peribadi kerajaan yg bakar wang cukai anda..

Ubah dari kita sebelum mengharap mereka berubah..Henti kejar2 salam dan cium tangan org yg tak kenal kita atau tak kisah pasal kita...

Akhir kata saya ada 1 nasihat kepada bakal calon2 kita.

Ada berjuta2 cara mencari rezeki dalam dunia ini , namun mengapakah anda harus mengunakan politik dan mempermainkan amanah rakyat untuk memburu rezeki itu?

Politik Malaysia untuk isi perut, bukan mantapkan minda?







Setelah 60 tahun Malaysia merdeka, persoalan yang membelenggu rakyat masih lagi seputar ketidak puasan hati antara kaum.

Bagi Profesor Dr Razali Nawawi (gambar kanan), ada sesuatu yang tidak kena dalam gerakan politik di negara ini apabila setelah 6 dekad berlalu namun masalah utama hubungan antara kaum tidak selesai.

Katanya, rakyat memerlukan gerakan membetulkan minda, bukannya membakar emosi secara berterusan sebagaimana yang diamalkan parti-parti politik pemerintah.

"Sudah 60 tahun kita merdeka, semua tahap, semua kumpulan, tidak kira di bandar mahu pun luar bandar masih lagi membincangkan rasa tidak puas hati

"Orang Melayu tak puas hati, Cina tak puas hati, India tak puas hati. Akhirnya masing-masing bertanya kenapa kita jadi macam ini? Mengapa tak puas hati?

"Sebelum ini, kita buat gerakan menuntut kemerdekaan, selepas merdeka kita ada gerakan mengisi kemerdekaan. Tetapi ia hanya menggerakkan perasaan, bukan minda. Maka tidak ada perubahan minda rakyat.

"Analisa saya, dari dulu kita hanya menyemarakkan emosi. Kita bakar emosi. Tak selamat Melayu, kita bakar emosi Melayu. Tak selamat Islam, kita bakar emosi orang Melayu terhadap Islam. (Itu sahaja yang dicapai)," katanya dalam forum bertajuk 'Gagasan Reformasi Dalam Al Quran dan Sunah' yang dianjurkan oleh Gabungan Reformasi Malaysia (GRM) baru-baru ini.

Menurut Dr Razali, gerakan membakar emosi tidak akan kekal lama jika tanpa pengisian. Katanya, Allah dan Rasullullah mengajarkan orang Islam membetulkan minda dan hati budi. Namun parti-parti politik Melayu-Islam di Malaysia tidak bergerak ke arah itu, sebaliknya mengelirukan penyokong dalam retorik perjuangan mereka.

"Sekarang ada atau tidak gerakan membetulkan minda, mentazkiyahkan hati nurani rakyat Malaysia? Gerakan betulkan minda yang kucar kacir. Menetapkan ke mana arah tuju Malaysia?

"Dulu gerakan tuntut merdeka, selepas itu isi kemerdekaan. Sekarang apa? Kita lihat gerakan yang ada ialah 'mengisi perut'. Berapa lama lagi pun kita akan jadi macam ini jika kita tidak memikirkan perubahan struktur," ujarnya lagi.

Oleh itu, Dr Razali tidak bersetuju terhadap ahli-ahli politik yang membakar emosi rakyat menggunakan isu-isu sensitif untuk suvival mereka. Sedangkan menurut beliau, kesannya terhadap masa hadapan negara amat negatif.

"Ada parti politik hidup atas kemiskinan penyokong. Saya tak tau parti mana, tetapi ada parti yang hidup seperti itu. Dekat nak pilihan raya maka hantar beberapa keping atap zink untuk membaiki rumah bocor," sinisnya lagi.

Sehubungan itu, Dr Razali menganjurkan diamalkan politik yang lebih matang dan mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding keuntungan sementara atau kelangsungan sesebuah pemerintahan.

Untuk rekod, Prof Dr Razali Nawawi merupakan penyokong kuat gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998.

Beliau merupakan Presiden pertama ABIM pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Anwar dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Forum anjuran GRM dengan moderator Mustaffa Kamil Ayub (gambar kiri) diadakan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam dan disiarkan secara langsung di Facebook Gabungan Reformis Malaysia.


Agih secara adil bantuan tanam semula kelapa sawit



Skim Tanaman Semula Pekebun Kecil (TSSPK) yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 telah ditukar daripada geran kepada bentuk pinjaman pada RMK ke-11.

Namun Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) ketika ini bercadang memperkenalkan semula bantuan berbentuk geran kepada pekebun kecil kelapa sawit di bawah RMK-12.
Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, terdapat beberapa persoalan yang akan timbul susulan pengumuman dasar baharu tersebut.

Katanya, isu yang sering timbul dalam konteks bantuan bersifat geran ialah kelebihan hanya diberikan kepada satu pihak dan tidak membabitkan pekebun kecil tersusun seperti di Felda dan Felcra.

"Dalam hal ini kerajaan harus memastikan bahawa tiada golongan pekebun kecil yang layak terlepas pandang daripada menerima bantuan tersebut

“Apakah sudah ada sesi libat urus bersama pihak yang terlibat bagi menjamin bantuan yang diperuntukkan dimanfaatkan oleh semua mereka yang berkelayakan selepas ianya diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan ianya bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya ketika sesi soalan tambahan dalam pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam RMK-11 yang bermula pada 2016, Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) yang disediakan dalam RMK-10 telah ditukar kepada pinjaman.

Penukaran tersebut sejajar dengan dasar kerajaan untuk program tanaman semula sawit yang diusahakan oleh agensi lain seperti Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah 

(SLDB),Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) dan juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Bagaimanapun usaha untuk mengembalikan bantuan dalam bentuk geran ke atas Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) untuk dikhususkan kepada kumpulan sasar tertentu seperti golongan B40 memerlukan kajian mendalam sebelum dilaksanakan.




UMNO PPBM REBUT MERSING





Oleh: Omar Mokhtar A Manap

Tatkala sepinya Parlimen Mersing yang kebiasaan hanya diusik sepoi-sepoi bayu laut, tempohari digolak oleh beringasnya politik Ahli Parlimennya Datuk Dr Latiff Ahmad dan bekas partinya Umno, mungkin sudah tiba ruang untuk warganya melihat opsyen yang terpampang di depan mata, bebas dari permainan dan percaturan politik yang tidak menentu.

Jarang sekali Mersing mendapat ruang biarpun anjakan politik pada skala nasional kian menghangatkan ruangan berita dan media sosial, tetapi dengan satu ungkapan "Umno dah tak laku" Dr Latiff agak berjaya meletakkan nama Mersing di segenap bibir pembicara politik dan ruangan berita.

‘Saya orang yang melompat,’ juga pengakuan yang dibuat Dr Latiff ketika berdialog dalam Majlis Ramah Mesra Warga MARA tempohari yang lantas mengundang kritikan panas dari pucuk pimpinan Umno baik di peringkat pusat, yang mana ada yang mencabar Menteri Pembangunan Luar Bandar itu untuk meletakkan jawatannya.

Tolak mohon maaf

Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan bahawa Umno bersedia mengambil semula kerusi Mersing, disusuli Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi yang secara tidak langsung menolak permohonan maaf Dr Latiff secara tegas menyebut bahawa kerusi itu tetap milik Umno, memberikan gambaran situasi sebenar ‘pertalian silaturahim dan kemesraan’ antara Umno dan Bersatu.

Dr Latiff merupakan Ahli Parlimen Mersing di bawah tiket Umno semenjak tahun 1999 lagi, sebelum melompat ke Bersatu pada Februari 2019 dan menjadi sebahagian blok 15 ahli parlimen Umno yang mengukuhkan blok Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Bersatu ketika ini.

Bagaimanapun, Umno Mersing pimpinan ketua bahagian dilihat mengeluarkan “teguran” yang begitu lunak sekali, mungkin masih terhutang budi kepada “Bos Lamanya” walaupun ini kali kedua Umno Mersing dimalukan sebegitu. Bahkan PPBM Mersing juga terus sunyi daripada mempertahankan Ahli Parlimen parti mereka, mungkin terlupa agaknya Dr Latiff sudah melompat ke PPBM.

Pengundi Mersing terkesan
Ketika berlumba-lumba orang Umno ingin menjadi “pendekar” mahu rebut kembali Parlimen Mersing dan PPBM pula seboleh-bolehnya ingin mengekalkan kerusi yang mereka dapat hasil lompatan itu, jangan terlepas pandang bahawa suara Datuk Sri Hj Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I merangkap Ahli Parlimen Lipis dari Umno yang berada "di depan" Dr Latiff ketika ungkapan kontroversi itu dilafazkan, langsung tidak kedengaran.
https://static.wixstatic.com/media/4449e2_5c1f4e77d0b74ab2ae28fb6df00054ec~mv2.jpg/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.jpg
Omar Mokhtar A Manap
Mungkin perangai lama pimpinan Umno masih belum berubah. Tidak berani menegur. Kalau berani pun, sekadar dari jauh. Tidak mengapa, Ahli Parlimen Lipis sudah bersedia dengan seribu satu alasan kenapa beliau sekadar berdiam diri walaupun partinya dihina sebegitu rupa di hadapan penjawat awam dan boleh disaksikan secara langsung di seluruh negara. Mungkin juga beliau ada percaturannya sendiri.

Namun apakah rakyat Mersing tidak terkesan dengan pergolakan ini? Sudahlah Ahli Parlimennya melompat parti, ditambah pula dengan ketidaktentuan menjanjikan pergolakan berpanjangan. Yang pasti, Ahli Parlimennya sudah tidak senang duduk, apatah lagi memastikan agenda rakyat diteruskan.

Sedang Umno dan PPBM berebut kerusi, KEADILAN Mersing sedang bergiat aktif dengan pelbagai program disusun untuk membantu masyarakat.

Semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, KEADILAN melalui pimpinan parti dan Penyelaras di Dun Tenggaroh (salah satu DUN di Parlimen Mersing) telah mendapat kerjasama yang amat baik dari banyak pihak terutamanya masyarakat di Parlimen Mersing dan DUN Tenggaroh, walaupun DUN itu diwakili ADUN dari Parti MIC.

KEADILAN, melalui Pejabat Penyelaras DUN tampak sudah lebih digemari oleh masyarakat untuk menyampaikan sebarang aduan. Tentunya selaku penyelaras DUN, terdapat pelbagai kekangan kewangan. Namun pimpinan parti, pejabat penyelaras DUN serta sukarelawan yang terdiri daripada anggota KEADILAN Cabang Mersing dan masyarakat setempat tetap menunjukkan komitmen yang jitu untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Angin perubahan bermula
Sambutan dan penerimaan yang menggalakkan dari masyarakat Parlimen Mersing semakin dapat dilihat melalui program anjuran KEADILAN dan Pejabat Penyelaras DUN Tenggaroh yang diadakan di kawasan kubu Umno paling kuat di Mersing iaitu di Tenggaroh 3 yang juga merupakan kawasan Felda apabila telah mendapat kehadiran yang luar biasa dari masyarakat. Dewan terbuka Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 penuh sehingga perlu ditambah kerusi di bahagian luar dewan. Ini suatu perkembangan yang amat baik kepada KEADILAN untuk sebuah Parlimen yang dikatakan kubu kuat Umno dan kini sedang direbutkan dengan PPBM.

https://static.wixstatic.com/media/4449e2_0f398d49160a4d4bb20f056af70806a7~mv2.jpg/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.jpg
Penduduk Mersing semakin teruja menghadiri aktiviti anjuran KEADILAN
Tatkala ada yang mengatakan bahawa Umno terlalu kuat jika bergabung dengan Pas dalam Muafakat Nasional, undi yang diperoleh Pas dalam PRU lepas dengan mudah akan berpindah kepada Umno tetapi hakikatnya di peringkat akar umbi tidak begitu. Lebih dari separuh pengundi Pas akan beralih arah untuk tidak mengundi Pas atau rakan kerjasama, sama ada Umno mahupun PPBM sepertimana yang boleh dilihat melalui PRK DUN Chini.

MCA atau MIC usah berangan untuk meraih laba politik dari kerjasama tersebut, anda langsung tidak termasuk dalam perkiraan politik ini. Situasi ini turut sama berlaku terhadap ahli akar umbi Pas Mersing yang masih kekok dan rasa terhina untuk mengibarkan bendera Barisan Nasional. Mustahil untuk mereka terus mengundi Pas yang bersama Umno, tetapi peluang lebih cerah untuk mereka mengundi parti yang melawan Umno asalkan calon tepat dipilih.

Rakyat Mersing semakin jelas, apabila ada pimpinan Umno Mersing mula mendakwa Dr Latiff kini berubah, tidak buat kerja, sombong, tetapi hakikatnya itulah yang Umno Mersing pilih sekian lama sehinggalah PRU 14 yang lalu. Walaupun Umno bersama Pas, usah berangan Umno sudah disucikan.

Umno Mersing jangan lari dari tanggungjawab, jika mahu dakwa Dr Latiff gagal, maka Umno perlu turut sama memikul kegagalan itu. Ini belum dibangkitkan lagi isu-isu setempat. Sebagai contoh, bagaimana rakyat Mersing diberi harapan palsu berpuluh tahun tentang isu jambatan baru di bandar Mersing yang hingga kini langsung tidak kelihatan dan sentiasa menjadi punca utama kesesakan lalu lintas apabila tiba musim perayaan.

Modal politik jambatan inilah yang diguna setiap kali tiba pilihan raya oleh calon sama sejak tahun 1999 maka Umno usah berlepas tangan. Ketika Umno sedang berkira-kira langkah politik yang diambil di Mersing, berebut pula Parlimen Mersing dengan PPBM, kini Rakyat Mersing mempunyai pilihan yang lebih baik melalui Parti Keadilan Rakyat Cabang Mersing yang komited menawarkan khidmat bakti.

Rakyat Mersing wajar memilih KEADILAN yang akan menampilkan calon tempatan yang mempunyai tokoh kepimpinan, muda, latar belakang pendidikan dan aktivisme yang baik, sikap merakyat dan berpotensi besar untuk menggalas harapan baru mereka apabila tiba PRU 15 nanti.

__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN Mersing


Demi rakyat Sarawak, laporan akhir MA63 perlu didedahkan







KEADILAN Sarawak tetap menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63) didedahkan kepada umum.

Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, perkara itu telah didesak berkali-kali namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib enggan berbuat demikian.

Beliau menganggap, keengganan Hanifah untuk mendedahkan laporan tersebut amat mengejutkan, sedangkan rakyat Sarawak mahu mengetahui perkembangan semasa mengenai status MA63.

'Selama lebih lima dekad rakyat Sarawak menderita dibawah pemerintahan ahli-ahli politik yang sebelum ini dari Barisan Nasional (BN) kini dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan dan pembaharuan bagi memastikan hak rakyat Sarawak dipertahankan dan dalam keadaan terbela," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, KEADILAN Sarawak menggesa kerajaan PN dan rakannya GPS supaya menubuhkan jawatankuasa pemilih bagi menangani isu MA63.

Ini setelah hanya 17 daripada 21 perkara yang dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa MA63 pada tahun lalu.

Abun berkata, empat perkara yang masih belum dipersetujui perlu dibincangkan dengan segera selepas GPS gagal mempertahankan hak rakyat Sarawak di Parlimen.

"Pada bulan April 2019, RUU untuk mengubah Artikel 1 (2) Perlembagaan telah dikemukakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Perkara ini diperdebatkan dengan hangat dan rekod menunjukkan bahawa setiap ahli parlimen dari GPS tidak memberikan sokongan yang sewajarnya sedangkan ahli-ahli parlimen PH menunjukkan sokongan yang paling kuat.

"Pindaan tersebut gagal mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan dan hasilnya, usaha untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan adalah gagal.

"Walaupun lantang memperjuangkan hak-hak Sarawak yang berkaitan dengan MA63, ahli-ahli parlimen GPS setakat ini terbukti tidak begitu meyakinkan apabila usul MA63 diajukan di Parlimen.

"Kerajaan mesti memulakan pembaharuan segera dengan mengurus tadbir dengan telus dan bertanggungjawab serta membenarkan semua laporan Jawatankuasa Khas Kabinet MA63 didedahkan kepada umum," katanya.


KES ANWAR, PEMFITNAH DAN HARGA DIRI-ZUNAR







Oleh: Zunar

Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.

Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).

Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang AS$200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.

Azizan mengaku tidak diliwat

Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham) mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"
Azizan: "Ya"
Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"
Azizan: "Saya tak tahu".
Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"
Azizan: "Ya".
Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"
Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.

Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai-pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

Kes Fitnah II

Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri (PM).

Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondominium. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik ke dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.

Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan, bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-duanya enggan.

Warga asing lebih berprinsip

Apa persamaan antara keempat-empat nama di atas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.

Jamal Amro ditawarkan sekitar RM838,000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihan raya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.

Saya catatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.

Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.

Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.

Secara moral, kita semakin terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.

__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan kartunis sosial-politik terkenal tanah air dan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti anugerah Award for Courage in Editorial Cartooning (2011), Cartooning for Peace (2016) dan banyak lagi.


(function() { var d = document, w = window; w

Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

  March 8, 2021  TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI.. Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesum...