KELUAR MENGUNDI RENDAH FAKTOR PH KALAH

 

PRN MELAKA: SIKAP SPR DIKESALI – NIK NAZMI

 

Jika Melayu tidak ‘reform’ sukar untuk Melayu PH menang PRN mahupun PRU

 


Oleh MOHD ALI HASHIM / November 21, 2021

Sekiranya Melayu tidak ‘reform’ maka apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), itu semua akan didakwa dari DAP dan adalah sukar bagi Melayu PH untuk menang sama ada dalam pilihan raya negeri (PRN) maupun Pilihan Raya Umum (PRU).

Oleh kerana itu, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria terdapat dua perkara yang relevan dan signifikan bagi PH iaitu anti Cina atau DAP dijadikan faktor penyatuan Melayu-Islam oleh Umno, Bersatu dan Pas.

Manakala itu kata beliau, orang Melayu-Islam pula melihat PH tidak menjuarai atau ‘championing’ hak-hak dan kepentingan Melayu.

“PH perlu mengkaji dengan teliti menjuarai ataupun ‘championing’ hak-hak mahupun kepentingan orang Melayu.

” Sebetulnya, sekiranya MCA ataupun Gerakan bercakap hal sensitif bab Melayu dan Islam kini, ianya kurang diambil peduli, sebaliknya jika perkara yang sama diperkatakan oleh Dap, ianya akan diperbesarkan bagai hendak runtuh gunung.

” Dalam konteks umum, akademik ataupun sudut syariah banyak perkara menyentuh bab Islam dan Melayu, pendekatan yang diambil oleh PH adalah betul, walau bagaimana pun ianya mudah untuk dimenangi oleh Umno, Pas dan Bersatu,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sejajar dengan itu tegas beliau, semua tindakan yang dilakukan mengaitkan Cina dan DAP, ia akan diputarbelitkan oleh Umno, Pas mahupun Bersatu.


Tahniahlah YB


 


SEMBANG Bersama MOHAMED HANIPA MAIDIN / November 21, 2021

Satu yang saya harus puji parti ehem adalah depa sentiasa ada dalil.

Dan saya juga tabik tahap keyakinan depa. Masa saya mula-mula di”lamar” oleh parti ehem untuk bertanding di sebuah kawasan…lawan seorang mantan menteri, depa habaq kat saya “jangan risau encik Hanipa, insyaAllah kawasan tu berpotensi menang”…masa tu kawasan tu hanya ada 2 cawangan je parti ehem.

But to be fair, saya rasa seronok amat sangat masa tu berkerja dengan hampir 100% ahli marhain parti ehem di situ untuk lawan sakan Umno walaupun masa tu saya baru sahaja keluar U dan baru jadi tok loya!
No way kami nak bagi Umno menang free. Sori mori lah!

Masa saya dalam U lagi dan tolong calon parti ehem di sebuah negeri, walaupun kami masa tu tidoq atas lantai dan bawah meja dan makan pun hanya nasi berlauk batang pisang je..tapi best giler. I really loved all org bawah parti ehem sehingga skrg. I mean it.

Pemimpin atas depa? Lain tahun kita cerita ya. Tapi tu dulu lah. La ni depa dah mewah dan kaya kot.

Dan satu lagi yang saya kagum bila lihat senario di bawah;

-Sekiranya calon depa menang depa akan buat kenduri
-Sekiranya calon depa kalah, pun depa buat kenduri.
-sekiranya calon depa hilang deposit pun depa buat kenduri.
-Sekiranya tiada calon depa bertanding, pun depa akan buat kenduri.





Peranan Tiga Orang Dalam Menjatuhkan PAS Di Melaka

22 kali cabutan khas judi, Idris Ahmad setuju ke rakyat Malaysia jadi ka...

Beberapa sebab kegagalan PH dalam Pirane Melaka

 


 SESUDAH SUBUH

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Melaka.
SELAMAT pagi dan salam Subuh. Pilihan raya negeri Melaka ke-15 sudah selesai dan muktamad. BN menang besar mendapat 21 kerusi, manakala PH hanya menang lima (5) kerusi dan PN dua (2) kerusi. Umno yang menulangi BN menjadi parti mendapat kerusi terbanyak apabila menang 18 kerusi, manakala McA dua (2) dan MiC satu (1).

Dap pula dikira menyelamatkan maruah PH apabila menang empat (4) kerusi dan Amanah satu (1). PKR yang bertanding di 11 kerusi tidak memenangi satu kerusi pun, nasibnya sama dengan Pas yang bertanding di tujuh (7) semua tewas. Keadilan bolehlah jadi adik beradik tiri dengan Pas. Jika Pas kekal berkawan dengan BN mungkin parti itu sudah dapat menghantar wakil sulungnya ke Dun Melaka. 

Sudah berduyung-duyung status yang memberi komen dan ulasan kepada pilihan raya berkenaan. Sebab musabab kenapa Umno menang besar dan Keadilan dan Pas tidak menang satu kerusi, dan mengapa Dap gagal mempertahankan semua kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya ke-14 lalu dibicarakan.

Saya berkesempatan pagi ini untuk memberi sedikit pandangan awal berhubung keputusan pilihan raya berkenaan. Apapun marilah kita ucap tahniah dan syabas dahulu kepada BN khasnya Umno yang berjaya merampas kembali kerajaan yang hilang selama 22 bulan sebelum ini apabila kalah dalam Piraum ke-14 dulu. Umno tentu berasakan maruah mereka terbela. Kemenangan itu akan dijadikan semangat untuk menubuhkan kerajaan Malaysia atas kekuatannya sendiri seperti sebelum ini. 

Sulaiman Md Ali juga telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri awal pagi ini. Tahniah. Umno telah mengotakan janjinya untuk melantik Adun Lendu itu sebagai ketua menteri, bukannya Adun Tanjung Bidara, Abdul Rauf Yusoh. Kesegeraan majlis angkat sumpah Sulaiman itu menunjukkan Umno tidak dapat tidur sepanjang malam tadi kerana meraikan kemenangan mereka. Saya rasa Umno juga terkejut dengan kejayaan itu. 

Dalam membuat ulasan berhubung keputusan pilihan raya itu ada berbagai-bagai pandangan dan sudut dinilai. Diricih dan dicincang. Masing-masing dengan pandangan tersendiri. Ada yang natural, ada yang bias, ada yang berada ditengah-tengah. Yang bias datangnya daripada mereka yang menjadi penyokong kepada parti tertentu. Soal apakah komentar itu professional atau tidak, itu soal lain. Dunia hari ini wacana kedai kopi pun sudah diiktiraf dalam internet. Kena faham dan maafkan. 

Pengulas berpihak, meletakkan kesalahan kepada parti sendiri, atau parti yang disokong, tanpa melihat kepada kekuatan atau strategi mantap oleh pihak lawan. Yang banyak diperkatakan ialah bukan kemenangan BN, tetapi kekalahan di pihak PH. Dapat dibayangkan ahli dan penyokong PH cukup kecewa dan hiba dengan apa yang berlaku. 

Kekalahan PH khasnya kegagalan Keadilan mempertahankan kerusinya yang diperoleh dahulu dan tanpa menang sekerat kerusi pun, banyak diperkatakan oleh pengulas amatur dan profesional. Kerana Keadilan dilihat tulang belakang kepada PH menyebabkan parti itu menjadi tumpuan. Apabila parti utama kalah, tentulah ia dipersoalkan. Yang menjadi sasaran dan perhatian ialah Anwar Ibrahim selaku pengerusi PH dan presiden Keadilan. Wibawa dan popularitinya juga diperkatakan. 

Di sini saya tidak mahu menumpukan kepada satu parti sahaja, tetapi mahu merangkul kesemua parti yang berada dalam PH. Saya juga tidak mahu menyinggung mana-mana peribadi tokoh atas nasib buruk PH itu. Saya akan berbicara dan melontarkan pendapat kerdil secara umum.

Saya turunkan beberapa sebab atau senario dari berbagai aspek kenapa PH kalah. Setengahnya saya sudah bayangkan atau perkatakan dalam status-status di dalam Facebook. 

1. Keadaan pilihan raya itu diadakan ia telah meletakkan pembangkang (PH) dalam keadaan berat dan tertekan serta diperangkap. Pilihan raya itu tidak seperti biasa, tidak boleh berkempen dan penuh dengan tatasusila gila-gila. Sedangkan pihak BN yang merupakan kerajaan dapat melakukan dengan menggunakan segala macam jentera kerajaan. Ternyata aparat kerajaan seperti RTM dan lain-lain berpihak kepada BN walaupun PN juga sebahagian daripada kerajaan.

TYT yang dikenali sebagai orang Umno tidak akan sedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka kalau tidak ada keyakinan jika diadakan pilihan raya mereka akan menang. Ramalan dan analisa mereka tepat, apabila Umno menang besar. Pilihan raya dalam norma baru (Covid) telah mendatangkan hasil sementara PH pula dalam keadaan tangan separuh terikat.

2. BN mempunyai kekuatan secara spiritual apabila perdana menteri adalah Islam Sabri Yaakob yang merupakan naib presiden Umno. Kedudukan itu menjadikan rakyat Melaka lebih bersemangat untuk memangkah Umno berbanding parti lain. Jawatan perdana menteri memainkan peranan signifikan kepada pengundi. Walaupun PN menjual gambar Mahiaddin Yassin tetapi ia tidak membawa kesan kerana Mahiaddin adalah bekas perdana menteri. 

3. Kelemahan dalam PH ternyata sejak awal-awal lagi apabila semasa mengumumkan calon, DAP tidak bersama. Walaupun akhirnya Dap seperti bersama, tetapi mesej awal yang Dap tunjuk tidak "bersama" itu sudah diterima umum dan ia dimainkan dijadikan isu. Orang mengambil faham Dap tidak serius untuk merampas Melaka. Apa sebab Dap menunjukkan sikap demikian itu soal lain, tetapi tindakan itu sebagai kurang cerdik. Membakar sampah tepi rumah, asapnya akan masuk ke dalam bilik sendiri. Kan kini semua kepedihan mata. 

4. Peratus keluar mengundi menjadi faktor utama. Awal-awal saya sudah meramalkan sekiranya peratus keluar mengundi rendah, tidak sampai 80% ke atas ia membahayakan kedudukan PH, dan menguntungkan kepada UBN. Peratus keluar mengundi semalam hanya 65.85 peratus sahaja. Salah satu faktor kenapa pengundi malas mengundi ialah bosan dengan politik dan juga ancaman Covid. Tetapi peratus itu membawa tuah kepada parti yang telah mempunyai penyokong fundamental.

5. MoU di antara PH dengan kerajaan sedikit sebanyak memberi kesan, kerana MoU itu menyebabkan penyokong PH yang tidak suka PH bekerjasama dengan kerajaan dan mahu terus menghentam BN dan PN, tawar hati untuk bekerja keras atau turun mengundi PH. Penanda-tangani MoU itu seperti PH menarik hand break. Ia suatu tindakan yang tidak mengambil kira sentimen dan mood ahli dan penyokong bawahan.

6. Tanpa penglibatan Dr Mahathir Mohamad. Suka atau tidak, harus diterima bahawa pengaruh Dr Mahathir dalam pilihan raya lalu (Piraum ke-15) telah menarik sokongan veteran untuk menyokong PH. Apabila Dr Mahathir tidak menghiraukan pilihan raya itu, menyebabkan mereka dirasakan tidak terpanggil untuk berpartisipasi dengan pilihan raya. Buruk atau baik OT96 pengaruhnya di kalangan veteran Umno tetap ada.  

7. PH tidak jadi sepadu (solid) seperti pilihan raya umum lalu apabila Bersatu sudah berasingan dan membuat perikatannya sendiri. Kehilangan Bersatu itu tidak dapat tokok (topup) oleh PH. Ini terbukti apabila ada kerusi-kerusi kalau dicampur undi Bersatu dengan PH, BN tidak akan menang. 

8. Najib Razak masih berpengaruh dan ada di hati rakyat Melaka. Serangan secara bertubi-tubi terhadapnya dilakukan oleh pihak tertentu termasuk Dr Mahathir di parlimen, telah memberi simpati pengundi veteran kepada Najib. 

Misalnya tindakan veteran Umno Zaharin Yassin setiap malam membelasah Najib Razak, jika diperhatikan ia semacam menguntungkan PH, tetapi sebaliknya cara Zaharin itu untuk membantu BN. Apabila dibelasah Najib melulu macam babi sodok batas ubi, simpati timbul kepada Najib oleh pengundi akhirnya pengundi akan membela Najib dengan mengundi BN. Cara reverse psychology  dilakukan Zaharin ini ramai yang tidak faham dan bertepuk tangan akhirnya gema kekalahan itu jauh ke dalam lubang telinga sendiri. Main politik harus bijak membaca dan menilai.  

9. PH sendiri kekeringan isu dalam pilihan raya itu khasnya isu negeri atau setempat. Isu pasir yang ditimbulkan tidak terkesan kerana secara umumnya ia tidak membebankan rakyat. Isu pasir bukan isu masyarakat, tetapi isu para kontraktor dan politis. Isu kemiskinan misalnya tidak dibawa secara berkesan, atau mungkin masalah kemiskinan tidak wujud lagi di Melaka atau menjadi masalah terpencil. Manakala isu agama bukan menjadi makan minum rakyat Melaka. 

Kesimpulannya pilihan raya Melaka itu memberi natijah dan menjadi indikator oleh semua pihak. Kepada BN ia menjadi semangat untuk parti itu mengembalikan semula kegemilangan yang hilang kini. Kepimpinan Umno yang ada kini boleh merasa sedikit tenang dan bersemangat kembali. Mana-mana pemimpin atau individu Umno yang sudah hilang kepercayaan kepada parti akan merapat langkah semula. 

Bagi PH pula mereka perlu merangka naratif baru dalam pakatan berkenaan untuk memperlihatkan komitmen mereka untuk menerajui Malaysia lebih nyata dan jelas lagi bukan berpuas hati dengan cara dan usaha yang ada kini.

Kegagalan PH untuk memerintah Melaka itu bukan penutup segala jalan cerita atau pengakhiran mimpi. Sebaliknya ia boleh dijadikan azimat untuk menyuntikkan semangat bagi memperelokkan lagi Pakatan Harapan. Kejayaan BN di Melaka itu bukan penanda yang autentik untuk BN dapat menguasai Malaysia dalam Piraum ke-15 kelak. Kemenangan itu bersifat sementara dan lebih kepada bernasib baik. [wm.kl.9:02 21/11/2021]


ANWAR MASIH RELEVAN JADI PERDANA MENTERI, TAPI PRU15 INI HARUS JADI PERTARUHAN TERAKHIR BAGINYA


 Berikutan prestasi buruk PH dan PKR dalam PRN Melaka semalam, banyak pihak terlihat cenderung menyalahkan Anwar Ibrahim atas keadaan itu bersama sebab-sebab lain yang mungkin kita sudah sedia maklum mengenainya melalui pembacaan di pelbagai saluran media.

Selain ramai yang mengatakan beliau harus dipersalahkan atas sifatnya sebagai nakhoda yang gagal, tidak kurang menuding jari menggesanya untuk segera berundur dan meletak jawatan.

Kata mereka, Anwar sudah tidak relevan lagi dan PH serta PKR harus dipimpin oleh pemimpin baru jika gabungan itu mahu menang atau mencapai keputusan menggembirakan dalam PRU15 akan datang.

Persoalannya, benarkah tanpa Anwar, PH mampu mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang dan benarkan jika dipimpin Anwar, PH akan terus dibelenggu kegagalan?

Persoalan lain, jika Anwar berundur, siapa yang layak dan harus menjadi penggantinya?

Daripada satu segi yang lain, kita dapat lihat mereka yang menggesa Anwar berundur itu bukanlah kelompok yang selama ini komited dengan PKR, PH atau blok pembangkang, tetapi adalah mereka daripada dalam UMNO, kelompok yang tidak ketahuan kecenderungan politiknya dan tidak kurang yang pro Tun Mahathir Mohamad.

Jadi, apa sebenarnya maksud tersirat mereka mahu Anwar berundur – benar-benar mahu PH menang atau lebih takut jika Anwar akhirnya berjaya meraih kemenangan?

Khusus mereka dalam UMNO misalnya, jika benar Anwar sudah tidak relevan lagi, mereka sepatutnya gembira kerana ia memberi laluan lebih mudah untuk BN mencapai kemenangan.

Bagi mereka yang komited dengan PH dan PKR, rata-ratanya masih meyakini kemampuan Anwar bersama kewibawaan serta idealismenya untuk memimpin negara dan membawa perubahan kepada rakyat.

Dalam konteks Anwar sebagai Pengerusi PH dan Presiden PKR, memang diakui beliau belum mampu membawa gabungan itu mencapai kejayaan, meskipun pernah membawa blok pembangkang menafikan kemenangan dua pertiga UMNO dan BN bermula pada PRU 2008 dan seterusnya pada PRU 2013.

Sebelum keberadaan Anwar dalam blok pembangkang yang bermula selepas beliau dipecat daripada UMNO pada 1998, tidak pernah lagi mana-mana parti pembangkang atau pemimpin mampu mengubah landskap politik negara seperti mana yang telah dilakukannya.

Dalam PRU14 pada 2018, memang benar kejayaan PH ketika itu dipimpin oleh Tun Mahathir, tetapi bekas Pengerusi Bersatu itu sendiri sebenarnya bergantung penuh kepada kekuatan Anwar dan PKR sehingga beliau sanggup “mencemar duli” merendahkan dirinya bertemu bekas musuhnya itu di mahkamah dan seterusnya menjalin hubungan baik semula setelah berpuluh tahun bermusuhan.

Pokoknya, mampukah Tun Mahathir jika tanpa berbaik dengan Anwar, menumbangkan BN pada PRU14 lalu?

Meski Anwar sekarang memimpin PH, kita juga harus sedar imej gabungan itu telah banyak dirosakkan oleh Tun Mahathir yang ketika mengetuai kerajaan selama 22 bulan telah melakukan pengkhianatan terhadap janji dan mencemar keyakinan rakyat dengan mengatakan buku manifesto bukan kitab suci.

Anwar hari ini bukan saja memimpin PH dengan harapan tinggi rakyat untuk memenangi pilihanraya, tetapi juga kena memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap imej gabungan yang sengaja telah dirosakkan itu.

Untuk itu, bagi berdepan PRU15 akan datang, Anwar sebenarnya masih relevan untuk dijadikan sandaran, cuma banyak kerja yang harus dilakukannya dan beliau tidak mungkin mampu melakukannya sendirian.

Kemampuan, stamina, idea, kebolehan berhujah, punya hubungan antarabangsa, aura sebagai pemimpin yang dimilikinya masih jauh ke depan jika mahu dibandingkan dengan Najib Razak, Mahiaddin Md Yasin, Zahid Hamidi, Mohamad Hasan atau pun Ismail Sabri yang dijangka adalah pesaing-pesaingnya dalam PRU15 akan datang.

Lagi pun, dengan PRU15 mungkin tidak sampai setahun daripada sekarang, menukar nakhoda dengan tiba-tiba bukanlah keputusan yang bijaksana, bahkan mungkin membawa nasib lebih buruk kepada PH.

Turut penting sama kerana tidak ternampak ada di kalangan pimpinan PH sedia ada yang setanding kemampuan dan kewibawaannya untuk menggantikan Anwar buat waktu terdekat ini.

Begitu pun, atas faktor usia, sementara Anwar dirasakan masih relevan untuk menjadi panglima perang dalam PRU15 akan datang dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, dalam masa yang sama beliau tidak harus menjadi seorang yang sehingga ke usia nak mati pun masih lagi ghairah mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebaiknya, PRU15 ini adalah pertaruhan terakhirnya dalam kancah politik, bertanding dalam pilihanraya dan memimpin PH serta PKR.

Bermula sekarang dan dalam penampilan pada PRU15 nanti, pemimpin muda dan baru harus lebih ramai ditonjolkan sebagai persiapan untuk mereka mengambil alih PH dan PKR.

Jika Anwar berjaya memenangi PRU15 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, paling lama beliau harus memimpin negara ialah selama sepenggal setengah dan selepas itu mesti menyerahkan kepada pengganti yang sudah siap sedia dilatih untuk mengambil alih tempatnya.

Jika gagal pada PRU15, Anwar dengan senang hati harus melepaskan segala perjuangan yang telah diasaskannya sejak 1998 untuk diserahkan kepada pemimpin pengganti untuk menghadapi PRU16 yang seterusnya.

Sedemikian itu, dalam PRU15 nanti yang merupakan medan pertarungan terakhirnya, bukan saja Anwar harus lebih bekerja keras, tidak kurang pentingnya ialah mereka yang tetap meyakininya juga mesti turut sama bekerja keras dan sedia berkorban bagi merealisasikan hasratnya memimpin negara ini benar-benar menjadi kenyataan akhirnya. – 


ShahbudinHusin 21/11/2021.



“Masih ada harapan untuk PH, dengan syarat…”


Rafizi

Pendokong PKR, PH jangan sedih kata Rafizi.Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyarankan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil iktibar dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Dari utusan online Beliau berkata keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti adalah lebih baik sekiranya pimpinan belajar dari PRN itu

Beliau juga berpesan “Kepada pendokong PKR atau PH yang mahukan negara ditadbir oleh orang-orang yang amanah dan cekap, Jangan terlalu bersedih dan putus harapan. Ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan PKR atau PH belajar dari keputusan ini, tolak ego. Insya-Allah PRU-15 lebih baik,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

PRN Melaka itu menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandinginya.

Lima kerusi tersebut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Ayer Keroh dan Bukit Katil.

BN pula diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Masa depan PH gelap jika abai suara akar umbi, kata penganalisis



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Penyokong PH membantah gabungan itu menerima dan mencalonkan ‘katak’ politik pada PRN Melaka.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika gabungan itu tidak mendengar suara akar umbinya, menurut seorang penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, akar umbi membantah PH menerima calon yang melompat parti, tetapi pemimpin gabungan itu tidak mengendahkannya.

“Ini menjejaskan sentimen akar umbi terhadap PH,” katanya kepada FMT.

Awang merujuk kepada bekas ahli Umno, Idris Haron, yang bertanding dengan tiket PH di Sungai Udang, dan Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

Mereka adalah antara empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali pada 4 Okt, membuka laluan bagi pilihan raya negeri (PRN).

Awang Azman Pawi.

“Juga, penyokong PH berpendapat tiada jaminan bahawa calon akan kekal bersama gabungan itu. Ada kemungkinan mereka akan melompat ke parti lain seperti yang pernah mereka buat,” katanya.

Tambahnya, ini antara sebab Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRN semalam, menawan 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Satu lagi sebab yang pada pendapat Awang menyumbang kepada kemenangan BN adalah tekanan berterusan Umno ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui pelbagai tuntutan bagi membantu rakyat semasa wabak Covid-19.

Ini termasuk pakej rangsangan, moratorium bayaran balik pinjaman, skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, diskaun bil utiliti dan pemberian wang tunai.

Awang berkata, kemenangan BN juga boleh dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memainkan naratif sebagai “mangsa politik”.

“Satu contoh adalah Zahid, yang mendakwa beliau menjadi mangsa Dr Mahathir Mohamad kerana tidak membubarkan Umno dan tidak mahu menyertai Bersatu.

“Ini meraih banyak undi simpati daripada akar umbi Umno kerana mereka menganggap beliau mempertahankan parti itu habis-habisan,” katanya.

Bagaimanapun, Awang mengingatkan bahawa PRN Melaka tidak akan mempengaruhi kerajaan persekutuan.

“Malah, sekalipun PH menang di Melaka, ia tidak akan mengubah senario politik negara.

“Kemenangan BN malah boleh menjadi perangkap bagi penyokongnya jika mereka leka dan melupakan misi lebih besar untuk menawan kerusi Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, walaupun PRN itu boleh menjadi petunjuk apa yang akan berlaku pada PRU15, ia tidak menjamin corak itu akan berulang.

“Politik bersifat dinamik dan apa sahaja boleh berlaku pada masa depan,” katanya

INI BETUL BETUL KATA NAJIB, BUKAN PELESU LAGI : TOBAT LAHOM DIA TAK MAU DAH TANAH TU.HANGPA JANGAN DOK BUAT LECE....

 


Keputusan muktamad, saya tak mahu tanah, kediaman itu, kata Najib



Najib Razak berkata, RM100 juta itu boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah atau kos perkhidmatan.


PETALING JAYA: Najib Razak menegaskan keputusannya adalah muktamad untuk tidak menuntut tanah daripada kerajaan sebagai manfaat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri.

Beliau sebaliknya menggesa Menteri Kewangan menjual tanah dilaporkan bernilai RM100 juta yang sebelum ini telah dimohonnya itu, selain wang diperolehi disalurkan kepada golongan yang memerlukan.Katanya, dana RM100 juta yang diperolehi boleh dimasukkan dalam satu tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan.

“…(Ini boleh diberi) kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5k (RM5,000) ke RM10k sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP ini“RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5k seorang,” katanya di ruang komen hantaran di Facebook yang menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menaikkan had pengeluaran i-Citra daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Baru-baru ini Parlimen diberitahu Najib telah memohon untuk mendapatkan rumah dan tanah mengikut peruntukan ditetapkan bagi bekas Perdana Menteri, yang mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian memberitahu Parlimen, kerajaan secara prinsipnya bersetuju dengan permohonan itu kerana Najib mempunyai hak untuk membuatnya.Susulan itu Najib mengumumkan menarik semula permohonan berkenaan kerana menyedari isu itu “mencetuskan rasa tidak selesa banyak pihak”

Anwar masih diperlukan tapi ‘saya dah kata jangan ambil katak politik,’ kata Hassan Karim

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
PKR dan Pakatan Harapan berisiko kehilangan sokongan jika dilihat sebagai parti oportunis, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

PETALING JAYA: Kepimpinan Anwar Ibrahim masih diperlukan walaupun PKR dan Pakatan Harapan (PH) kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam setelah menerima dua ‘katak politik’, kata seorang Ahli Parlimen PKR.

“Saya dah sebut sebelum ini, jangan ambil calon yang melompat-lompat. Saya dah bagi peringatan secara bertulis tapi tak nak dengar,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

“Apa nak buat, saya bukan pemimpin pusat, (tetapi) hanya pemimpin kecil di parlimen saja,” beliau berkata kepada FMT.

PKR kalah kesemua 11 kerusi DUN yang ditandingi semalam, manakala secara  keseluruhan, PH yang menawan negeri itu pada PRU lalu, hanya meraih 5 kerusi kali ini, iaitu 4 menerusi DAP dan satu, Amanah.

Anwar ialah Presiden PKR dan Pengerusi PH. Kekalahan teruk itu dikaitkan dengan persetujuan Anwar menerima masuk dua daripada empat ADUN yang menjatuhkan kerajaan Melaka dalam PKR dan Amanah.

Kedua-dua calon itu, Idris Haron dan Norazman Hassan masing-masing tewas atas tiket PH di Asahan dan Pantai Kundor.

Hassan berkata PKR dan PH berisiko kehilangan sokongan jika dilihat sebagai parti oportunis.

“Ternyata penyokong PKR sekarang adalah berpelajaran, dan mereka sokong usaha PKR kerana idealisme reformasi yang berbeza dengan Umno dan kluster mahkamah.

“Tetapi kalau PKR serupa saja, apa bezanya? (Justeru) jangan oportunis. Ternyata di Melaka kita dihukum oleh pengundi,” kata beliau.

Meskipun kekalahan teruk itu sukar diterima, Hassan berkata Anwar masih diperlukan untuk memimpin PKR dan gabungan PH.

Beliau berkata Ketua Pembangkang itu telah membuat yang terbaik, malah akur kepada desakan parti komponen untuk menggunakan lambang PH d Melaka, walaupun akar umbi parti mahu lambang PKR digunakan.

“Kepimpinan Anwar masih diperlukan, dia telah buat yang terbaik untuk PH. PKR pun berkorban untuk tidak guna lambang parti itu, kerana tak mahu PH berpecah.

“Amanah dan DAP nak sangat guna logo PH tapi akar umbi PKR nak kita guna logo sendiri. (Akhirnya) Anwar setuju guna logo PH (dalam PRN Melaka),” dakwanya.

Susulan kegagalan di Melaka, Hassan menggesa Anwar supaya tegas dalam berurus dengan rakan komponen dalam PH tanpa membelakangkan sentimen akar umbi PKR.

“Tengok apa jadi, PKR yang buang logo sendiri dapat kosong kerusi. (Anwar) kena berkeras juga, tak bolehlah berlembut saja.

“Paling terbaru, bila pemimpin kanan PH tandatangan MoU dengan pihak kerajaan, pengundi akan tertanya-tanya, apa bezanya kerajaan dengan kita? Apa beza PH dengan parti lain yang terima calon lompat?” katanya.

Sementara itu, ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu dari DAP, mahu semua pemimpin utama PH tampil mengakui segala kesilapan pada PRN Melaka yang membawa kepada kekalahan teruk itu.

Bekas pemimpin DAP pusat itu berkata antara yang perlu diberi tumpuan adalah defisit kepercayaan pengundi bukan Melayu yang enggan keluar mengundi pada PRN kali ini.

“Kena ada pemimpin utama dari PH bertanggungjawab dan berani mengaku mana kekurangan dan kesilapan supaya penyokong dan pengundi di luar boleh faham dan terima kekalahan itu,” kata beliau kepada FMT.

“Cari semula formula atau pendekatan baru untuk pikat hati pengundi. Nampaknya kita sudah kehilangan keyakinan pengundi. Jadi, kita kena perbetulkan semua (ini),” katanya.

Terdahulu, kalangan penganalisis politik menyifatkan kekalahan besar PKR pada PRN Melaka, sebagai “tamparan hebat” bagi Anwar.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, kekalahan itu disebabkan hilangnya keyakinan rakyat kepada Anwar, yang dilihat sebagai individu utama di sebalik keputusan PH “menerima katak politik”.

“Jika trend (kekalahan) ini berulang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tahun depan, PKR akan musnah,” katanya.


KEH..KEH...DIAM SELOP...TUNGGU SURAT SAMAN KOT...

 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Odmnt Dewan Muslimat PAS Malaysia- DMPM Nov 26, 2019 Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia Oleh KAMARUZAMAN MOHAMAD Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 26 November 2019| 29 Rabiul Awwal 1441... See More KENYATAAN MEDIA فَالنَالسلاسَالسَاسانسن Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Amaran Kepada PH: Jangan Budayakan Arak Dalam Masyarakat KAMARUZAMAN MOHAMAD Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 26November 2019 Rabiul'Awwal 1441H Muafakat Nasional Mmbina.My Membina Malay Follow Like Follow Like Kamaruzaman Mohamad paspusat Kamaruzaman Mohamad my @KamaruzamanKZ‎"‎‎

ADLY ZAHARI UCAP TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI PRN MELAKA, PH AKAN BANGKIT SEMULA

 

Terima kasih kepada semua pengundi yang telah memenangkan 5 kerusi Pakatan Harapan. Terima kasih kepada semua rakyat Melaka yang telah keluar mengundi. Terima kasih kepada pengundi di DUN Bukit Katil. Terima kasih kepada SPR yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PRN Melaka. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh jentera Pakatan Harapan yang telah bekerja keras siang dan malam untuk memenangkan Pakatan Harapan. Terima kasih semua. Kita akan bangkit semula. #IniRumahKita #TerusBerjuang #MoveForward

May be an image of 1 person and text that says "HAR PAN Terima Kasih Semua Kita Akan Bangkit Semula #TerusBerjuang #MoveForward Adly Jahari @AdlyZahariOfficial"

BARU KELUAQ GUA

 May be a Twitter screenshot of 3 people and text that says "Dr MAZA official @realDrMAZA Sampai 100 juta. Apa nak jadi dengan negara ni. Apakah mereka tak kesian pada kita rakyat jelata?! Translate Tweet 4:07 PM 19 Nov 21 Twitter Web App 107 Retweets 36 Quote Tweets 251 Likes La F”Eas- biru yg lebih m... Replying to @realDrMAZA Hahahaahahahhahahahahahahahaa baru keluar gua kelam Hahahahahahahah 46m 11 sc @sccssccsccs 1h Replying to @realDrMAZA tak apa la, asalkan kerajaan melayu-isle. 28 furqan abdullah @furganyarmouk. 39m Replying to @realDrMAZA Tanya lah sendiri sahabat baik Dr yg jadi menteri wilayah tu. Takkanlah dia tak tahu pasal ni? Demikianlah, asalkan melayu-islam, kurang mudarat. 18"

KALAH HANGPA SALAH DIA

 

MOHD SHOUQI TAUPOI


Anwar Juga Dipersalahkan.Waktu Ada Kuasa,Hampa Xpandang Langsung Kat Dia,Bila Hilang Kuasa Pakat2 Nk Cari Salah Dia.

Lepas Tu Bila Nak Atoq Sesuatu Hampa Suruh Dia,Bila Xberjaya Hampa Pakat Maki Dia Pula..
Cilakoyyy Betul Hampa Ni...
Tetap Setia Bersama DSAI.
Lawan Tetap Lawan

May be an image of 1 person

MAHIADDIN, BILA LAGI NAK TEKAN ‘BUTTON’?


Apa yang pasti, selepas PRN Melaka ini para pemimpin UMNO tentu lebih tinggi sombong, ego serta lagak mereka.

Kemenangan cemerlang BN secara solo itu bukan saja akan menjadikan Bersatu terus menjadi sasaran permusuhan, malah juga jadi perlecehan yang berterusan daripada pemimpin-pemimpin UMNO, meski kedua-dua parti duduk bersama dalam membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Sebagaimana sekarang UMNO dan Bersatu ibarat anjing dan kucing yang bermusuhan setiap hari, kemenangan bergaya BN di Melaka tidak lain hanya akan merancakkan lagi pertelagahan tersebut.

Tidak terkecuali daripada itu, Pas yang sebelum ini menolak pelawaan UMNO untuk bersama mereka dan lebih memilih bersama Bersatu dalam PN, pasti turut akan ditolak sama selepas ini.

Teori UMNO tidak mampu menang secara sendirian tanpa bekerjasama dengan Pas dan Bersatu untuk berlawan dengan PH telah terbukti tidak betul sama sekali.


Untuk itu, Pas dan Bersatu sudah tidak diperlukan lagi oleh UMNO perjalanannya untuk menuju PRU15 akan datang.

Melalui kemenangan lebih 2/3 di Melaka, UMNO kini juga sudah boleh menghantar keranda kepada Pas untuk Muafakat Nasional dikuburkan dengan serta-merta.

Sebagaimana Bersatu sudah ditolak, Pas juga bukan lagi keperluan UMNO untuk dijadikan sahabat kerjasama.

Rasionalnya, kalau UMNO sudah boleh menang sendiri dan tanpa berkongsi kerusi, apa lagi perlunya ada Pas di sisi?

Walaupun Bersatu dan Pas yang berada dalam Perikatan Nasional masih merupakan sebahagian kerajaan di peringkat pusat, keberadaan kedua-dua parti itu hanya penting kepada Ismail Sabri Yaakob, tetapi tidak kepada UMNO.

Zahid Hamidi dan Najib Razak yang kini menguasai UMNO bukan saja paling gembira selepas kejayaan di Melaka, malah barangkali sedang merancang skrip seterusnya untuk terus memperlekeh Mahiaddin Md Yasin dan Bersatu.

Soal bahawa PN yang diterajui Mahiaddin masih merupakan gabungan yang diperlukan oleh Ismail Sabri untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri bukan lagi merupakan pertimbangan yang penting bagi Zahid Hamidi dan Najib.

Bagi mereka, kalau Mahiaddin, PN atau Bersatu mahu menarik sokongan sekali pun terhadap Ismail Sabri, ia bukanlah perkara yang membimbangkan kerana jika diadakan PRU15 kemudiannya, BN secara solo pasti senang-senang boleh memenanginya sebagaimana telah terbukti di Melaka.

Dalam semua keadaan ini, berapa lama Mahiaddin dan Bersatu mampu menahan rasa pedih hati jika hari-hari diperlekeh oleh Zahid Hamidi, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO?

Masih lagikah tak mahu menekan apa-apa “button” untuk memberi pengajaran kepada UMNO?

Tambahan lagi, disebabkan pernah menjadi Perdana Menteri, Mahiaddin tidak rugi apa-apa jika kerajaan Ismail Sabri yang dibayangi Zahid Hamidi dan Najib ini dijatuhkan, silap-silap peluangnya terbuka lagi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri buat kali kedua. –


 ShahbudinHusin 21/11/2021.




(function() { var d = document, w = window; w

RENTASAN 1161 | PANAS!! KINI HADI AWANG, MENTERI PAS DIHINA UMNO?

MENARIK DALAM RENTASAN 1161 1. MENTERI PAS CAP AYAM, KATA UMNO 2. PERPADUAN UMMAH ATAU PEREBUTAN GHANIMAH? 3. APA KOS TERSIRAT KENAIKAN INF...