INI BETUL BETUL KATA NAJIB, BUKAN PELESU LAGI : TOBAT LAHOM DIA TAK MAU DAH TANAH TU.HANGPA JANGAN DOK BUAT LECE....

 


Keputusan muktamad, saya tak mahu tanah, kediaman itu, kata Najib



Najib Razak berkata, RM100 juta itu boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah atau kos perkhidmatan.


PETALING JAYA: Najib Razak menegaskan keputusannya adalah muktamad untuk tidak menuntut tanah daripada kerajaan sebagai manfaat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri.

Beliau sebaliknya menggesa Menteri Kewangan menjual tanah dilaporkan bernilai RM100 juta yang sebelum ini telah dimohonnya itu, selain wang diperolehi disalurkan kepada golongan yang memerlukan.Katanya, dana RM100 juta yang diperolehi boleh dimasukkan dalam satu tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan.

“…(Ini boleh diberi) kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5k (RM5,000) ke RM10k sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP ini“RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5k seorang,” katanya di ruang komen hantaran di Facebook yang menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menaikkan had pengeluaran i-Citra daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Baru-baru ini Parlimen diberitahu Najib telah memohon untuk mendapatkan rumah dan tanah mengikut peruntukan ditetapkan bagi bekas Perdana Menteri, yang mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian memberitahu Parlimen, kerajaan secara prinsipnya bersetuju dengan permohonan itu kerana Najib mempunyai hak untuk membuatnya.Susulan itu Najib mengumumkan menarik semula permohonan berkenaan kerana menyedari isu itu “mencetuskan rasa tidak selesa banyak pihak”

No comments: