Pegawai kanan KKM meninggal dunia seminggu lepas ambil dos penggalak

 

Pegawai kanan KKM meninggal dunia seminggu lepas ambil dos penggalak.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 November 2021”.

Demikian catatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai pemergian Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan itu yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

Menurut beliau, Koh Meow telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak Covid-19 pada 9 November lalu.

“Beliau tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut. Malah beliau telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga kelmarin.

“Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. Kementerian Kesihatan memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperoleh,” katanya.

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan juga memohon masyarakat umum menghormati privasi keluarga mendiang.

“Pihak kementerian berdukacita dengan pemergian salah seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau,” katanya.

No comments: