WAJIB BACA.PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR

PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR


ULASAN : RIDUAN SHAMSUDIN  &  AMIRUDDIN AHMAD

Ulasan: Bahang Pemilihan Agung PAS semakin panas berikutan pendedahan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad wujudnya adu domba golongan berhaluan kanan dalam parti itu yang ingin membawa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pada sisi lain, Umno telah memulakan serangannya dengan kenyataan Annuar Musa bahawa beliau menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan. Sehari selepasnya MCA menyerang DAP kerana gagal menghalang hukum Hudud dilaksanakan. Sekali lagi DAP dan PAS akan berlaga.

Isu Hudud yang tiba-tiba timbul adalah serangan terancang Umno menjelang Muktamar PAS bagi menaikkan sokongan golongan anti PR kepada barisan calon berhaluan kanan pada pemilihan kelak.
Sebelum ini, spekulasi telah bertiup kencang sejak mutaqa ulama di Kota Sarang Semut, Kedah dua bulan lalu terdapatnya ura-ura PAS akan meninggalkan PR. Malah di peringkat Dewan Ulama, perdebatan isu  tersebut tidak pernah selesai sejak kerjasama PAS bersama-sama PKR dan DAP pada 1999 lalu.

Dewan Ulama menentang kerjasama bersama parti-parti bukan bertunjangkan Islam, apatah lagi yang datang dari serpihan Umno. Alasan dikemukakan, PAS pernah dikecewakan oleh Semangat 46 dalam kerjasama tahun 1989 – 1996.

Sejak itu, mana-mana parti yang bukan memperjuangkan Islam secara total diragui komitmen mereka. Apatah lagi penyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang dilihat liberal pada kaca mata ulama PAS. Menentang pendapat itu adalah agenda tahaluf siyasi yang dibawa Presiden PAS almarhum Fadhil Noor, yang kebetulan abang angkat Anwar Ibrahim.

Beliau lebih kenal adik angkatnya berbanding ulama PAS. Beliau bertegas isu Anwar ketika itu bukanlah isu politik semata-mata tetapi pemerintah menzalimi seseorang yang tidak bersalah. Anwar adalah simbol kepada kezaliman dan ketamakan kuasa Umno.

Akhirnya, idea Fadhil diterima oleh golongan pro pembaharuan dalam PAS dan parti itu masuk pilihan raya 1999 dengan bekerjasama  dengan Parti Keadilan Nasional dan DAP.


Bersatu bersama Umno


Bagaimanapun, pemimpim berhaluan kanan dalam PAS didakwa tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara dalam kerjasama Barisan Alternatif ketika itu termasuk penubuhan parti selain PAS untuk membawa suara Melayu. Mereka terus mempersoalkan peranan tokoh lain, selain presiden PAS memimpin kebangkitan ummah.


Apabila DAP yang pernah meninggalkan Barisan Alternatif pada 2000 dan masuk semula pada 2008 dalam Pakatan Rakyat, penentangan untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang menjadi serius. Kemasukan DAP dilihat menolak agenda Islam.


Golongan berhaluan kanan berpendapat PAS tidak wajar meneruskan kerjasama dengan DAP dan lebih baik bersatu bersama Umno. Isu kalimah Allah menjadikan golongan ortodok ini semakin teruja dengan idea bersama Umno berbanding PKR dan DAP.


Mereka termakan dengan slogan perjuangan Umno memperjuangkan Ketuanan Melayu. Walaupun ketuanan itu hanya ditulis di atas kertas, hakikatnya 1.5 juta ekar Tanah Rizab Melayu hilang sejak Umno memerintah pada 1957.


Kalimah Allah adalah juga adalah ketetapan di atas kertas, hakikatnya Umno lebih banyak memesongkan ajaran Islam daripada menegakkan syiar. Namun atas perpaduan Melayu Islam maka Umno dilihat lebih baik berbanding kerjasama dengan PKR dan DAP.


Mereka sanggup memejamkan mata terhadap kes tembakan maut, rompakan bersenjata api, korupsi dan salah guna kuasa oleh sebuah kerajaan yang tidak layak memerintah daripada beralih kepada kerajaan baharu yang tidak mengutamakan Ketuanan Melayu.


Hal inilah yang perlu dihadam oleh perwakilan sebelum memilih kepimpinan baru PAS pada muktamar nanti. Perwakilan perlu menentukan sama ada pimpinan baharu akan mengekalkan tahap kerjasama dengan PR yang telah sedia terjalin dan memberi keuntungan selama ini atau saf kepimpinan yang ingin menilai semula kerjasama dalam PR.


Dewan Ulama menyuarakan perlunya PAS menjadi parti dominan dalam PR. Bagaimanapun perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan dalam perjuangan . PAS tidak perlu menjadi Umno dalam Barisan Nasional. Umno memutuskan semua perkara dan MCA serta MIC hanya menjadi pengekor sahaja. Akibatnya masyakarat Cina dan India beralih kepada PR.


Kuasa mutlak Umno pula akhirnya menyebabkan wujudnya dua golongan. Iaitu, penguasa Umno dan rakyat biasa Melayu. Penguasa memperhambakan rakyat mencari wang buat mereka.


Dengan memilih saf kepimpinan yang tidak lantang menyuarakan masalah rakyat PAS akan ketinggalan berbanding parti-parti lain. Sekiranya PAS tidak menggerakkan demonstrasi jalanan seperti tahun 2007, 2011, 2012 dan 2013 pasti nasib parti itu lebih buruk dalam pilihan raya lepas.

Keseimbangan kuasa

Hakikat yang tidak dapat dilihat oleh PAS ialah keseimbangan kuasa yang dimainkan oleh parti itu dalam menyalurkan kemarahan rakyat secara terkawal. Sekiranya PAS tidak lagi mendominasi demonstrasi jalanan sebagaimana yang sukses dilakukan di bawah kepimpinan Mat Sabu maka kemarahan rakyat akan diluah secara yang lebih ganas.


Bayangkan sekiranya tunjuk perasaan besar berlaku tanpa pemimpin, sebagaimana Arab Springs. Rakyat tidak menghormati arahan sesiapa pun, maka negara akan menerima kesan yang buruk. Umno terlalu licik perancangannya untuk diikuti oleh PAS. Umno boleh memusnahkan negara hanya untuk menyambung hayat kuasa.

Menurut keputusan pilihan raya 2013, hanya 45 peratus Melayu menyokong Pakatan berbanding 90 peratus Cina dan lebih 60 peratus India. Selepas kenaikan minyak, kenaikan harga gula dan pengenalan cukai GST rasanya lebih mudah untuk PR khususnya PAS meningkatkan sokongan Melayu. Jadi, apa perlunya gesaan mengkaji semula penyertaan PAS dalam PR? Peranan PAS hanyalah untuk menambah 10 peratus sokongan Melayu. Perkara itu bukanlah susah sangat

Oleh itu, perwakilan harus melihat agenda untuk PAS tinggalkan PR hanyalah dendam peribadi dan usaha sesetengah pemimpin untuk mencari pengaruh atau telah berjaya diperangkap Umno. Tidak lebih daripada itu.


Tanpa PAS dalam PR, BN akan berkuasa selama-lamanya dan rakyat tidak mempunyai pilihan lain untuk menumbangkan kerajaan zalim selain revolusi. Persoalan asas: Adakah PAS lebih gemar mengheret negara ke kancah revolusi berbanding perubahan secara aman yang boleh dilakukan bersama-sama PR?


Nur Jazlan dinasihat muhasabah diri

KUALA LUMPUR - Tanggapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed serong terhadap sebanyak 145,000 perwakilan UMNO adalah tidak adil dan merupakan dakwaan yang serius. 

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Nur Jazlan perlu bermuhasabah diri dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Berikut adalah kenyataan penuh Aminah berhubung perkara itu:

Nur Jazlan perlu mohon maaf kepada kesemua 145,000 perwakilan UMNO di peringkat bahagian kerana telah memperlekehkan maruah mereka di khalayak ramai. Nur Jazlan telah memberi tanggapan bahawa kesemua 145,000 orang ini hanya memilih pemimpin yang mengamalkan politik rasuah.

Nur Jazlan perlu sedar bahawa kekalahan beliau adalah kerana sikapnya yang kurang disenangi oleh ahli-ahli UMNO. Wang bukanlah faktor kekalahan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Nur Jazlan perlu muhasabah diri serta meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan peribadi.

Nur Jazlan secara sukarela perlu menghadap Lembaga Disiplin kerana beliau telah memperlekehkan 145,000 perwakilan dengan amalan politik rasuah. Ini satu dakwaan yang amat serius dan tidak perlu hingga dipanggil bagi membuktikan beliau seorang ahli UMNO yang berjiwa besar.

kes-demam-denggi-kematian-meningkat-di-seluruh-negara

Jumlah kes demam denggi dan kematian akibat jangkitan itu di seluruh negara sejak Januari hingga 9 November tahun lalu mencatat peningkatan, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata sejumlah 31,170 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 67 peratus daripada 18,679 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, kematian akibat jangkitan itu meningkat kepada 63 kematian berbanding 32 kematian iaitu peningkatan sebanyak 97 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

"Di mana serotype dominan DEN 3 pada akhir tahun 2012 dan Januari 2013 bertukar kepada jenis serotype DEN 2 pada tahun ini. Pertukaran serotype adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes dan kematian," katanya.

Lokman berkata, 412 lokaliti berwabak denggi dipantau di seluruh negara setakat ini, dengan 79 lokaliti kawasan panas dikenal pasti melibatkan hanya di Selangor.

"Lokaliti kawasan panas ini berlaku di empat daerah di negeri Selangor iaitu 38 lokaliti di daerah Petaling, 30 lokaliti di daerah Hulu Langat, sembilan lokaliti di daerah Gombak dan dua lokaliti di daerah Sepang," katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh 3 hingga 9 November lalu (minggu ke-45), sejumlah 1,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.

"Perlis meningkat sebanyak lima kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (34 kes), Negeri Sembilan (enam kes), Sarawak (tiga kes), Terengganu (dua kes), Kedah (satu kes) dan Johor sebanyak lima kes," katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan agar memastikan tiada bekas atau tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes berada di kawasan kediaman sempena cuti persekolahan yang akan bermula.

"Langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil bagi mengelak jangkitan denggi seperti menggunakan bahan penghalau nyamuk pada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk.

"Terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit pada awal pagi dan lewat petang," katanya. - Bernama

NOH OMAR KENA BAMBU


(function() { var d = document, w = window; w

Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa

  Astro Awani September 22, 2021  KKM dan MKN hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi ...